Showing posts with label Pengalaman itu mengajar. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman itu mengajar. Show all posts

Mar 22, 2012

"I graduated from Indonesia.."


Hari ini merupakan hari yang bermakna bagi 12 orang junior UNHAS. Kini rasmi bergelar DOKTOR. Sebahagian besar dari adik-adik batch tersebut juga akan menjalani kursus induksi beberapa hari lagi. Atau dengan kata lain, mereka akan mula bekerja. Menempuh rutin dan tanggungjawab baru yang sangat mencabar.

Sempena peristiwa-peristiwa ini, aku terpanggil untuk menulis dan berkongsi sedikit pengalaman bergelar Pegawai Perubatan Latihan Siswazah (Baca : House Officer – HO)


 Cilok gambar dari fb PKPMI Makassar

Memulakan kerjaya sebagai seorang doktor, graduan dari Indonesia memberi tekanan yang tersendiri. Belumpun melangkah ke hospital, satu stigma sudah tertanam dalam fikiran – graduan Indonesia teorinya tak mantap. Meskipun aku tidak senang dengan kenyataan itu, tapi tanpa sedar ia telah membumi dalam diri sehingga setiap alur fikir dan gerak tingkahku dibatasi dengan tembok maya yang terbina ini. Benar, minda mampu menguasai. Dan aku seperti boneka yang menari-nari mengikut rentak stigma yang TIDAK BENAR ini.

TIDAK BENAR?

Ya, ia tidak benar. Kepandaian, kemantapan teori mahupun skil seseorang bukanlah bergantung sepenuhnya pada latar belakang pendidikan mereka. Ia hanya sistem sokongan, sebaliknya yang lebih menentukan prestasi individu adalah empunya individu itu sendiri. Dengan kata mudahnya, bergantung pada diri sendiri. Bukan universiti  atau negara mana yang memberi  ilmu.

GRADUAN LUAR NEGARA

Namun tak dapat dinafikan, budaya membanding-bandingkan graduan dari sana dan dari sini tetap wujud. Secara umumnya menyifatkan graduan dalam negara lebih bagus dan berkualiti dari graduan luar negara.  Namun aku berpendapat -  graduan dalam negara lebih mudah mengaplikasi ilmunya berbanding graduan luar negara.

Memanglah, mengaplikasi ilmu di tempat dan suasana yang sama dengan tempat di mana kita memperoleh ilmu tersebut sememangnya lebih mudah. Tidak bermakna graduan luar negara tidak pandai atau tidak hebat, hanya saja mereka/kami perlu bekerja/berusaha lebih (extra) untuk beradaptasi dengan sistem kerja di Malaysia.

DIRI SENDIRI

Sudahlah, cukup dengan persepsi mereka dan mereka. Yang penting sekarang adalah diri sendiri. Jangan sesekali membiarkan persepsi mereka itu memaku dan menekan keyakinan diri kita – sebagaimana yang berlaku pada aku. Permulaan karierku sangat dibayangi dan dihantui oleh title graduan Indonesia yang aku galasi. Nak bercakap, tak berani. Nak buat itu ini, tak berani. Nak tanya bos, tak berani.  

Sampai-sampai bos menyifatkan aku sebagai seorang yang pendiam, tidak aktif dalam perbincangan dan seumpamanya. (oh, mereka yang mengenali aku pasti akan tergelak besar mendengar – membaca statement ini).

Bos mula bertanya, (ini soalan kegemaran) : “from which university are you graduated?”

KUNCI : KEYAKINAN

Jangan hiraukan semua tanggapan negatif tersebut. Sebaliknya buktikan bahawa kita mampu menjadi yang terbaik. Tampil lebih yakin. Jangan pernah takut atau malu untuk bertanya walaupun ia mungkin hal yang sangat asas dan remeh.  Jaga disiplin. Jangan takut menyuarakan pendapat. Jika memang pendapatmu salah (clinical judgement etc), setidaknya mereka boleh membetulkan dan kita tidak lagi terus menerus dalam kesalahan. Jangan takut berbuat salah (HO lah masanya untuk berbuat salah & belajar dari kesalahan. Nanti dah jadi MO, kesalahan bererti fatal!)

Inilah kuncinya. Perlu YAKIN PADA DIRI SENDIRI.

Alhamdulillah, ia berhasil.

Di ujian akhir 1st posting, examiner - specialist bertanya,
“Let me guess, you are from UKM?”
“No”
“From UM?”
“Em, no..”
“Then which university are you from?”
“I graduated from Indonesia, boss.”

Dan setelah sebulan di 2nd posting, MO on call bertanya,
“Are you from USM, is it?”
“Uhm, no. I’m from Indonesia..”



Gambar hiasan : akhbar memaparkan surat yang dikirim oleh seorang HO


All the best to all my friends & juniors. Believe in yourself (and lots of du’a, of course!)


Aug 31, 2011

Kini jadi kenangan~

Oh, aku tengah study~ VIVA exam bakal menyusul sejurus selepas cuti rayaa
Tapi nak menulis jugak, tiba-tiba teringat & terkenang...
Suasana lebaran nun jauh di timur. Tanpa mak & abah, tanpa keluarga & sanak saudara apa lagi duit raya..(hehe, nak mention jugak!)

Empat tahun berturut-turut aku menyambut lebaran di perantauan. Untuk lebih tepat, di Makassar. Rutin kami setiap tahun tak banyak berbeza. Gotong royong memasak juadah hari raya : kuah kacang, kuah lodeh, rendang, nasi himpit, ketupat & lemang. Tak ketinggalan kuih muih yang dikirim oleh orang tua dari Malaysia. Yang dah hancur pun ada, tapi layan je~

Tahun pertama di perantauan, perasaan excited lebih mengusai. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami anak-anak Malaysia menerima undangan rumah terbuka Prof Chaeruddin. Wah, seronoklah kami. Prof menyediakan dua buah bas untuk membawa kami dari Rusun ke kediamannya yang tersergam. Juadah ala Makassar kami nikmati dengan lahap. Sesuatu yang 'istimewa' dan menarik di sana adalah Coca Cola. Ambillah seberapa banyak yang kalian mahu. Yang tak berapa nak tahu malu tu, sampai masuk dalam beg. Buat bekal katanya. Aku tengok aje la. Tak pandai nak minum air-air yang mengembungkan perut ni..

Itu hari raya pertama. Gembira & sangat senang hati beraya dengan kawan-kawan. Menjelang hari raya kedua, kami sekali lagi menerima jemputan ke rumah seorang lagi guru (baca : doktor). Namun aku 'menarik diri' dari rombongan. Tahu kenapa? Hehe.. sebab tak cukup duit untuk transport ke sana. Abah belum sempat kirim duit belanja sebelum raya. Alamatnye, kene tunggu lepas raya baru dapat 'duit raya'. Berikat perutlah aku di bilik..(tapi kenapa time tu aku tak puasa je ek?)

Hari raya tahun kedua lebih menyedihkan. Aku diberi tanggungjawab mengendalikan sambutan hari raya tahun tersebut, berganding bersama rakan sejawat : Tuan Mohd Azlan. Macam-macamlah cabaran & kekangan yang dihadapi. Menangani kerenah-kerenah manusia yang tak berapa nak rajin bekerja, mengurus duit-duit yang pandai nak terbang sendiri, dan lain-lain hal yang agak bersifat peribadi. Waktu tu lah rasa naaak sangat balik beraya di Malaysia. Tapi apa boleh buat, inilah satu-satunya pilihan yang ada. Alhamdulillah, itu tanda sayang Allah padaku. Oh ye, tahun ni tak ada baju raya. Baju yang dikirim tak sempat sampai. Jawabnye, pinjam baju kawan. Nasib baik muat & memang baju baru. Sunnahnye kan berbaju baru dan bersih :)

Tahun ke tiga..mm, apa yang terjadi tahun ketiga ye? Tak ingat apa-apa yang menarik pun. Raya seperti biasa, dengan baju raya yang mak jahit-kain batik Jakarta :)

Tahun keempat, majoriti kawan-kawan balik beraya di Malaysia. Almaklum memang tengah cuti, baru habis wisuda (baca : konvo) pre-clinical. Batch aku yang tak balik masa tu cuma aku dan Zuhri. Sedih! Tapi aku punya perancangan tersendiri. Balik beraya akan mengganggu jadual kuliah 'tambahan' yang perlu aku hadiri, dan aku 'menyimpan' cuti untuk Aidiladha nanti. Perlu balik untuk meraikan walimah kakanda Usayd. So berkorban la sikit (setahun 3 bulan tak balik...tahap homesick dah makin memuncak). Alhamdulillah, sangat terasa nikmatnya :)


Menyambut lebaran diperantauan memberikan pengalaman yang tersendiri.

Sangat terasa ukhuwah & ikatan kekeluargaan bila sama-sama duduk bersila mengupas bawang & halia, menumbuk kacang, membasuh ayam, berbelanja di pasar lecak (oh, kami pernah meredah banjir lumpur setinggi bawah lutut di pasar sehari sebelum raya), menghias aula (dewan kecil serbaguna kami) sambil dengar lagu raya, main bunga api di halaman rusun, menyalakan pelita, (tengok orang) membakar lemang, buat nasi himpit tak jadi, buat kek batik, membakar kek pakai oven sampai black out satu rusun, dan..dan..dan...seterusnya. Subhanallah, banyak kenangan yang saaangat manis untuk diimbas. Alhamdulillah, semua itu menambah perasa dalam kehidupanku :)

Okeh, masa habis!
Nak g sambung study.
Doakan insan kerdil ini menghadapi exam lepas raya nanti.

Ya Rabb,
Lancarkan aku berkata-kata, lembutkan hati penguji-pengujiku.
Yang lebih penting, berkati aku dengan ilmuMu, Ya Allah!

~JwiSa

Jun 30, 2011

Peristiwa demi peristiwa (2)

Sambungan..

3. Ziarah jenazah

Hari-hari yang lalu juga membawa perkhabaran yang tidak diinginkan. Satu demi satu berita kematian diterima, menggetarkan hati ini. Ya Allah, sudahkah aku bersedia menghadapinya?

Beberapa minggu yang lepas aku menziarahi sebuah keluarga yang baru kematian anak sulungnya. Arwah seorang perempuan, baru berusia 19 tahun meninggal di ICU Hospital Besar Pulau Pinang setelah berbulan lamanya mengalami koma akibat kemalangan. Arwah bersama ayahnya (yang sudah lebih awal menemui Ilahi) dilanggar oleh sebuah kereta ketika motosikal yang mereka naiki berhenti di persimpangan jalan.

Suasana di rumah arwah sangat sibuk. Ramai jiran dan sahabat handai datang mendoakan arwah yang baru tiba dari hospital. Para tetamu mengadakan bacaan yasin dan tahlil, sedang keluarga arwah (ibu & adik-adiknya) tidak henti menangis dan bersedih, duduk bersebelahan dengan jenazah. Dengar-dengar mereka belum makan apa pun sejak pagi!

Aku teringat ajaran Rasulullah kepada kita, bagaimana adab dalam melayani dan menyantuni keluarga si mati; dalam hadith baginda yang berbunyi : Tatkala datang berita wafatnya Ja’far_ bersabda; ‘Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far, karena telah datang kepada mereka urusan yang menyibukkan’.

Kita (yang datang menziarahi keluarga di mati) sebenarnya yang disunatkan menyediakan makanan bagi keluarga si mati, bukan mereka (keluarga si mati); seperti apa yang biasa terjadi pada masyarakat pada hari ini. Orang ramai datang dengan harapan mendapat makan dan minum sementara mereka tidak berbuat apa-apa kepada keluarga si mati.

Adapun adab-adab dalam menziarahi jenazah yang lain adalah mendoakan jenazah mendapat keampunan Allah, memberi bantuan dalam urusan penyempurnaan jenazah,  mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah dan sebagainya, juga menunaikan solah sunat jenazah.

*Pada hari yang sama juga menerima berita kematian junior di sekolah sains dulu, meninggal dunia akibat mati lemas. Padahal arwah seorang yang aktif dan berbakat dalam sukan renang... Itulah kematian, boleh terjadi kapan pun, di mana pun, dan apa cara sekalipun~dengan kehendak Allah*

4. Medical check up

Surat perlantikan sebagai pegawai perubatan UD 41 yang aku terima 10 Mei yang lepas disertai arahan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Jadi memang kenelah buat.. Berhajat nak buat check up di klinik (swasta) yang biasa aku pergi-lebih cepat, tapi katanya (bede’) kene buat di hospital kerajaan atau klinik-klinik kesihatan kerajaan. Ya lah, nak jadi pegawai kerajaan kenelah ‘menyokong’ kerajaan.. (macam tu ke?). So dalam keadaan ‘terpaksa’ jugak, aku pergi ke klinik kesihatan Bayan Baru (yang baru ada sejak aku balik dari Makassar ni). Malangnya, pemeriksaan kat sana terbatas jadi aku (sekali lagi) terpaksa pergi ke Hospital Besar Pulau Pinang yang nun jauh berada di town.. (Jauh ke?)

Hospital tu menjadi lebih jauh bila aku sesat tak jumpa hospital. Gara-gara Makcik GPS bawa aku ke hospital yang salah (kesian dia aku salahkan dia pulak..), terpaksalah aku meredah bandar dengan motor antik tu. Hapir sejam! Akhirnya sampai (jumpa) jugak, Alhamdulillah :)

Akibat kesesatan yang melanda, maka aku tidaklah dapat menjadi orang terawal sampai di hospital tu.. Dah ramai orang di depan kaunter dan maknanya, aku perlu menunggu lebih lama untuk dapat berjumpa dengan makhluk berbaju putih di dalam sana. (Hahh, aku pun akan jadi makhluk yang sama tak lama lagi~). 

Sementara menunggu, sempat membelek buku yang aku bawa – Ubat daripada sumber babi dan pilihan alternatif – tapi kene sorok-sorok sikit sebab ramai orang-orang pemakan babi di sekeliling aku. *Rasa macam nak ulas pasal buku ni nanti, tapi belum sempat (sebab tak brapa nak paham so kene baca balik..hehe)*

Lebih sejam aku menunggu, barulah sampai giliran aku. Nombor 24 di bilik nombor 2. Masuk situ, doktor tu tengok borang medical check up aku. Tulis-tulis, tanda..sempat la sembang kejap dengan aku-tanya pasal study kat sana. Lepas tu? Selesai! Lerr..ini bukan pemeriksaan kesihatan namanya, cik doktor... *jangan jadi doktor macam tu ye, Maimanah!*

5. Terima surat induction

Dah lebih sebulan, kami belum lagi dapat surat induction. Masing-masing dah gelisah. Isk, kenapa belum dapat ni... Kononnya dah tak sabar nak mula bekerja, tapi tak nampak gaya macam nak kerja pun! – tak belajar la maksudnyeee. So kami pun berpakat untuk ‘menyerang’ KKM dengan pertanyaan-pertanyaan “Bila kami nak dapat surat?” “Dah sebulan lebih ni, kenapa lambat sangat?” “Cik, kami dah dapat surat perlantikan 10 Mei, dah buat medical check up..lepas ni apa pulak?”. Tapi pegawai tu relax je, dah biasa kot dengan kerenah-kerenah orang tanam anggur ni. “Tunggu je la dik ye. Tarikh induksi belum ada..”

Hmm, menunggu dengan perasaan hampa.

Tetiber (sehari je selepas serangan tersebut), datanglah si pakcik posmen ke rumah dengan machonye membawa surat urusan seri paduka baginda – siap pakai pos laju lagi tu! Suratnya berbunyi,

“Wahai adinda Maimanah, sudikah adinda mengikuti kursus induksi di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson pada 5 Julai 2011 ini?”

Hahh, 5 Julai? Grrr..mula la rasa cuak ni. Dua minggu je lagi. Cuak. Cuak. Gelabah. Tapi lepas tu lepak jugak... B)

So insyaAllah hari selasa depan aku akan mula bekerja, bertugas sebagai HO di hospital yang belum diketahui tempatnya. Sesuatu yang sangat aku nantikan, tapi juga sesuatu yang amat tidak disenangi. Walau apa pun perasaan itu, aku tahu aku harus menghadapinya. Sedangkan orang lain mampu, kenapa tidak aku?

Doakan saye ^_^

--------
Stress je Syaimaa' T___T
Oh ye. Beberapa hari lepas berkunjung ke sekolah adinda Syaimaa’ ambil report card. (Teringat pulak suasana conference ibubapa-guru masa sekolah dulu. Bagus ke, teruk ke result tu, kenelaa berdepan dengan mak abah & cikgu). PMR dah semakin dekat tapi nampaknya suasana ‘demam exam’ tu belum terasa di sana. Sempat la kene ‘grill’ kejap Syaimaa’ hari tu :P Semoga Syaimaa’ dan kawan-kawan dapat memaksimalkan usaha dan menghadapinya dengan penuh tawakkal. All the best, my dearie!


~JwiSa


Jun 28, 2011

Peristiwa demi peristiwa (1)

Alhamdulillah, setelah mengumpul kekuatan akhirnya dapat juga aku keluarkan satu lagi post di teratak hijau ni. Dalam masa sebulan, banyak peristiwa yang terjadi dari hal kecil hinggalah perkara yang lebih besar dan besar pula kesannya pada kehidupan ini... Sekali lagi, mungkin post kali ni lebih kepada catatan peribadi tapi insyaAllah ada pesan-pesan yang boleh diambil iktibar.

1. EXCELL

Waktu cuti yang lapang sengaja disibukkan dengan hal-hal yang lebih bermanfaat, insyaAllah. Salah satunya adalah membantu sahabat-sahabat di IKRAMTeen Pulau Pinang dalam mengendalikan program EXCELL, khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Tak banyak pun yang dapat aku bantu, sekadar mengisi satu kerusi panel Forum “Cemerlang Dakwah Cemerlang Akademik”. Walaupun ini bukanlah pertama kali aku menjadi panelis di forum-forum perbincangan, namun forum kali ini memberi cabaran yang tersendiri.

Pertama, kekangan bahasa membuatkan aku tak dapat menyusun kata-kata dengan lebih spontan dan lancar. Kenapa kekangan bahasa pulak? Ye lah, dah lebih 5 tahun ‘berkampung’ di negara jiran..kadang-kadang aku keliru membezakan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia! Adeh~

Forum Bicara IPT di Masjid Balik Pulau

Kedua, sudah agak lama aku meninggalkan dunia persekolahan. Sedangkan dalam perucapan umum seperti ini, seseorang perlu menggunakan bahasa, perumpamaan dan gaya yang sesuai dengan tahap/pengetahuan penonton. Mudah-mudahan adik-adik ni faham apa yang kami sampaikan..

Berbalik pada tajuk forum, isu ini sebenarnya perlu diperhatikan dengan serius. Berapa ramai para remaja yang mengalami kejutan budaya bila memasuki alam universiti, terutama mereka yang bersekolah di sekolah unisex (Lelaki sahaja atau perempuan sahaja) dan sekolah-sekolah agama (yang dianggap zon selesa dalam aspek menjaga pergaulan dan kesuburan iman). Berapa ramai siswa yang sibuk mengejar kecemerlangan akademik, tetapi melupakan aspek yang jauh lebih penting untuk sesuatu yang lebih hakiki iaitu akhirat.

Dunia di luar sana sangat berbeza dengan alam persekolahan mereka. Secara zahirnya, tiada lagi peraturan-peraturan yang mengongkong cara mereka berpakaian. Tiada lagi jadual harian yang mengatur segala aktiviti mereka. Tiada lagi cikgu garang yang sedia menghayunkan rotannya. Mampukah mereka tetap mempertahankan peraturan & hukuman Allah yang telah diajarkan kepada mereka? Disinilah pentingnya menjaga kecemerlangan dakwah dan terbiyah agar tidak mudah hanyut dengan dunia bebas di luar sana.


2. Kenduri kendara

Musim cuti sekolah yang lepas juga dipenuhi dengan jemputan-jemputan kenduri, meraikan kawan-kawan yang menamatkan zaman bujang mereka. Subhanallah, cuti sekolah kali ini aku menerima sangat banyak jemputan. Empat hingga lima jemputan dalam sehari, dari seluruh negara. Aku usaha untuk memenuhi jemputan, tapi dah tentu tak dapat datang semuanya. Namun aku tak lupa menitipkan doa, agar mereka berbahagia dan terlindung di bawah rahmatnya.

Salah satu kenduri yang sempat aku hadiri adalah kenduri di Baling, Kedah. Majlis perkahwinan kawan lama, Fazlin Shazana a.k.a Nana. Seronok bukan kepalang bila dapat bertemu setelah lebih 6 tahun tak bersua. Alhamdulillah. Dalam diam aku terkenang zaman persekolahan dulu..

.:Ummu, Nana & Manah:.
Nana merupakan orang yang pertama yang aku kenal di sekolah sains. Sifatnya yang murah senyuman membuatkan orang lain senang berkawan dengannya. Walaupun kami tidak sekelas, tapi kami agak rapat. Lebih rapat bila beliau menemani aku sepanjang pertandingan Puisidra Sains, dari peringkat sekolah sehingga peringkat kebangsaan (memandangkan aku satu-satunya perempuan dalam team sekolah). Beliau yang menemani aku menjalani latihan puisidra, memberi kata-kata semangat bila aku memerlukan. Sangat supportive dan memahami. Sangat sesuailah sekarang beliau menjadi seorang kaunselor :) Teringat juga liku-liku yang kami tempuh bersama dalam silat. Menghadiri latihan setiap minggu, mengikuti perkhemahan, dimarahi jurulatih, menyertai pertandingan seni silat. Subhanallah, saat-saat itu sangat indah untuk dikenang. Terima kasih sahabat, atas kenangan yang dilakarkan~

oh, ini memanglah gambar lama! 2001 kalau tak salah..

Juga sempat menghadiri walimah ex-boss, Zaki di Jitra. Terasa sungguh cepat waktu berlalu. Dulu selalu ‘bergaduh’ dalam organisasi pengawas sekolah, mudah-mudahan nanti tak bekerja di hospital yang sama..kalau tak, bergaduh lagi..?!?

 Banyak lagi peristiwa demi peristiwa yang ingin dikongsikan, tapi kene stop dulu sekarang. Banyak kerja sedang menanti. Kerja sebelum kerja :) Siap begadang!

Bersambung..

~JwiSa


Aug 6, 2010

cerita nenek



Di sini aku menunggu. Tepatnya di Rumah Sakit Haji, 90 minit perjalanan dari rumah. Perjalanan yang jauh terpaksa aku tempuh demi satu tujuan. Bertemu seorang doktor (consultant), dengan membawa surat tugas - menguji aku di Ujian Keluar Bagian Bedah.

Penantianku ditemani seorang ibu; nenek sebenarnya. Duduk berteleku disampingku. Lalu aku menyapa..
   "Ibu, kita menunggu siapa bu?"
   "Cucuku mau operasi, nak..ada benjol-benjol di lehernya," ramah beliau menjawab.
   "Oh, gitu..di manaki tinggal bu?"
   "Di dekat lampu merah sana..(entah di mana tempatnya, aku hanya mengangguk). Sendiri saya tinggal. Meninggalmi suamiku 2 bulan lalu.." dengan tidak semena-mena dia bercerita...

Pagi itu, seperti biasa sang suami bangun membersihkan diri. Meminta sabun dari sang isteri. (mungkin kebetulan pagi tu habis bekalan sabun dalam toilet). Anehnya, sabun tersebut tidakpun digunakan oleh sang suami... Seusai mandi, beliau mengenakan pakaian untuk ke masjid. Dan sekali lagi aneh, sang suami tidak keluar rumah sebaliknya berbaring kembali di katil. Dan demikianlah berakhirnya kehidupan sang suami, beliau tidur dan tidak akan pernah bangun lagi...

Menurut sang isteri, arwah yang hampir mencecah 80 tahun itu tidak ada penyakitnya. (wallahu'alam, mungkin ada tapi tidak diketahui). Sihat, aktif berjalan ke sana sini. Namun itulah yang dinamakan ajal. Bila sampai waktunya, tidak ada yang mampu mengubahnya. Sebelum kematiannya, arwah sering berkata pada isterinya, "Saya rasa macam saya tak sampai Ramadhan tahun ni.."
Aku lihat mata tuanya berkaca. Cinta matinya kini pergi meninggalkan dia, bersama 10 orang anak yang kini terpencar di seluruh Indonesia. Innalillah~

Masih tersisa beberapa hari sebelum menjelang Ramadhan.. Allahumma Ballighna Ramadhan..! (Ya Allah, sampaikan kami ke bulan Ramadhan)

Hampir 6 jam aku di sini, Allah belum mempertemukan aku dengan pengujiku. Tapi Dia memberikan aku sebuah peringatan dengan mempertemukan aku dengan nenek ini. Alhamdulillah.

***
Hari ini 6 Ogos 2010-sebentar lagi, Abah akan berangkat ke GAZA untuk misi Ramadhan di Gaza. Semoga perjalanan Abah dan rombongan dirahmati, selamat pergi dan pulang. InsyaAllah~

*Gambar hiasan : Abah berangkat ke Mesir, 4 Syawal 1430H*

Jun 17, 2010

catatan bedah

14 Jun 2010, 12.05pm

Aku sekarang sendiri di wad pesakit tumor, sedangkan kawan-kawan yang lain di poliklinik melayan ragam dan kerenah pesakit.

Dari tempat dudukku (meja batu), aku dapat melihat langsung ke kamar 5, kelihatan seorang wanita yang hanya mengenakan kain sarung (kain pelekat) sampai ke dada. Duduk lemah di atas katil, menjamah makanan yang entah apa rasanya. Terlihat benjolan besar di leher kirinya yang berbalut.

Wanita berusia 63 tahun ini adalah salah satu dari 23 orang pesakit yang dirawat di wad ini. Beliau didiagnose dengan Tumor Colli Sinistra Suspek Malignancy. Hasil Fine Needle Aspiration (FNA) mengatakan bahawa benjolan menggerutunya itu terdiri dari Spindle Cell yang mengganas.


Sayang. Seandainya 25 tahun lalu beliau tidak TAKUT menjalani pemeriksaan, benjolan sekecil kacang itu tidak mungkin membesar dan memburuk di lehernya dan membuatkan para doktor 'TAKUT' untuk melihatnya. Berbenjol-benjol, berdarah, bernanah dan berbau!


p/s : yang mana lebih menakutkan, pergi check up atau pergi ke end-stage disease?

Mar 31, 2010

Oral exam

Student A : Mampus aku... Aku xm dengan dr H! Doktor paling killer kt department ni... Paling tinggi pun biasa budak-budak dapat B dengan dia..senior cakap, pemeriksaan fisis kene mantap. He is very detail..

Student B : Ye ke? Takpe2, nanti kite blaja sama-sama. Aku dapat dr. L.. Baik je exam dengan dia. Santai. Tapi tak pernah bg A pun. Tak kire la ape jawapan ko, gerenti B je dia bagi.. huhu~

Student A : At least ko dah confirm lulus. Aku ni haa...

Student B : Eh, si M dapat dr. J kan? Ok la tu, sesuai la dengan dia. Very objective. Bagus jawapan ko, bagus la result. Camtu lg bagus! Tak sia-sia la blaja...

Student A : A’ah. Ok doktor tu. Tp budak-budak kata dia moody sket la.. Kalau datang bad mood dia tu, tak tau le nak kata..




Sistem pembelajaran dan peperiksaan di peringkat pre-clinical (teori) tidak sama dengan clinical. Di peringkat clinical, mahasiswa lebih dituntut untuk berketerampilan dalam menangani pesakit. Melakukan anamnesis & physical examination tidak boleh dengan kepala yang kosong. Harus dengan pengetahuan teori yang mapan. Demikian halnya pada tahap mengubati pesakit. Maka sistem ujian di peringkat clinical mencakupi pengetahuan teori dan skil, yang dilakukan secara oral dan praktikal. Bersoal jawab serta melakukan pemeriksaan pada pesakit, disaksikan oleh penguji.

Sistem ujian yang sebegini memberi cabaran yang tersendiri pada mahasiswa. Dari pengalaman sepanjang bergelar pelajar clinical (apalagi di Indonesia), tidak sedikit mahasiswa yang ‘jatuh’ dalam ujian sebegini meskipun memiliki rekod prestasi yang baik di peringkat pre-clinical. Ada di antara mereka yang tidak dapat menjawab kerana gugup, sehingga lupa semuanya. Blank. Ada sebahagian orang yang diberikan kemampuan memahami dan mengingat dengan baik, tetapi kurang berkemampuan dalam menyampaikan. Sehingga output ketika ujian tidak memuaskan. Pada beberapa situasi yang lain, keadaan emosi sang penguji pula tidak berada dalam keadaan yang baik. Bad mood. Semua jawapan boleh jadi salah. Terlalu subjektif. Belum lagi penguji-penguji yang lain. Masing-masing dengan cara masing-masing.

Melihat keadaan ini, aku terpanggil untuk berkongsi. Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam menghadapi situasi-situasi tersebut selain persiapan ilmu sebelum menghadapi ujian. Ini bukanlah ‘acuan baku’ dalam menghadapi ujian, tapi mungkin boleh di ambil sebagai perkongsian pengalaman.

“Allah berikan kita jalan untuk berjaya, iaitu berusaha. Dan kita orang-orang Islam, Allah ada sediakan satu lagi jalan ‘extra’ untuk berjaya, itulah berdoa. Ada dua jalan Allah bagi pada kita, tapi hanya satu jalan pada mereka yang berada di luar Islam. Tapi kenapa hari ini kita lihat lebih ramai golongan mereka yang berjaya? Sebab kita sombong, berdoa kita malas, berusaha pun ala kadar saja!” -Dr Danial Zainal Abidin.



Berdoa mohon diberikan penguji yang sesuai dengan kita
Di satu-satu department, ada banyak penguji dengan bermacam-macam cara dan kemahuan, dengan gaya pemikiran yang berbeza. Tak perlu berdoa ingin dapat dr A sebagai penguji, tapi berdoalah agar diberikan penguji yang sesuai dengan diri dan kemampuan. Dalam hidup banyak rahsia, dan kita tak tahu rahsianya bagaimana keadaan kita ketika ujian nanti. Serahkan pada Allah, dengan doa tersebut. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan sesungguhnya tawakkal adalah salah satu pintu rezeki.. Bila dah dapat penguji, yakinlah dengan sepenuh keyakinan bahawa itu yang terbaik untuk kita-siapapun dia.

Berfikiran positif
Aku pernah dipertemukan dengan seorang hamba Allah, yang terlalu merendahkan dirinya. Dengan sungguh-sungguh berkata dirinya bodoh, tidak pandai dan tidak pandai.. Alhasil, soalan-soalan yang very basic pun dia tak dapat jawab. Na’uzubillah... You are what u think. Jadi fikirkanlah yang positif. Dengan fikiran yang positif, kita lebih tenang dan insyaAllah dapat menjawab dengan lancar.

Berdoa agar penguji dalam kondisi yang tenang
Aku pernah dihadapkan dengan penguji yang amat terkenal dengan wajah yang menakutkan, sehingga ada mahasiswa yang menangis setelah ujian dengan beliau. Aku pernah dihadapkan dengan penguji yang anti-Malaysian, tak kurang juga penguji yang kuat pengaruh ‘mood’nya ketika menguji. Satu hal yang selalu aku amalkan adalah membaca ayat pelembut hati.

“Katakanlah (Muhammad),”Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang” (3:31)

Bacalah dengan keyakinan bahawa Allah yang memegang hati manusia. Sekeras apapun ia, jika Allah mentakdirkan sebaliknya pasti akan terjadi. Alhamdulillah, terasa banyak keajaiban yang terjadi dengan doa ini.

Wujudkan situasi yang bersahabat
Salah satu cara aku mengatasi situasi tegang ketika ujian adalah dengan senyuman. Senyuman hormat. Dari awal masuk ke ruang ujian, ketika memperkenalkan diri, dan siap untuk ujian. Senyuman itu setidaknya mengurangkan ‘ketakutan’ dan menunjukkan keyakinan. Secara peribadi aku menganggap first impression examiner terhadap kita amat penting. Yang menilai kita dalam ujian ini adalah manusia, dan penilaian manusia terhadap kita bermula dengan apa yang dilihat. Tunjukkan kita well-prepared untuk memulakan ujian. Salah satu cara aku mendapatkan keyakinan ketika ujian adalah pemilihan pakaian yang selesa dan meyakinkan :)

Setelah selesai ujian, bertawakkallah kepada Allah. Lapangkan dada selapang-lapangnya menerima hasilnya nanti. Selalu ingat, kita belajar bukan untuk mengejar nilai/result yang bagus semata-mata. Yang lebih penting adalah keberkatan ilmu itu sendiri, semoga ilmu-ilmu itu nantinya memberi manfaat kepada dunia kita dan juga akhirat kita. InsyaAllah.

wallahu'alam

Mar 13, 2010

Kalaulah...

Dilema. Dalam beberapa minggu belakangan ini aku berada dalam dilema. Memang susah membuat keputusan bila ia melibatkan sesuatu yang kita sayang. Dan akhirnya, hari ini aku telah memutuskannya.

“Kamu tak nak jual ke? Pak cik nak beli. Nak bagi kat anak pak cik. Boleh dia pakai pergi sekolah..” si tukang kebun menyapaku petang itu.

Bukan aku tak nak jual. Tapi aku sayang. Hampir 5 tahun aku bersamanya. Walaupun aku kini tidak lagi menggunakannya, terasa amat berat untuk aku melakukannya. Banyak kenangan aku dengannya..

***

Tarikh : September 2005 (sebuah petang yang damai)
Tempat : Tepi longkang, bawah RUSUN blok D, menghadap ke UPF

“Nak tak kite beli basikal? Jimat sikit duit nak ulang alik pegi kelas...petang-petang camni pun boleh main basikal, tak de la boring sangat..” Aku memberi usul.

“Ha, ok gak tu. Tapi kene survey dulu la harga. Kira betul-betul, mane lagi jimat. Naik pete-pete ke beli basikal..” Kawan aku yang sorang ni memang amat teliti bab berbelanja :)

Setelah keliling kedai sana dan sini, akhirnya aku membeli sebuah basikal ungu dengan bakul di depan. Ada tempat duduk penumpang kat belakang juge..13 keping not Rp 500,000 aku keluarkan dari beg duit pemberian roomateku. Harga yang jauh lebih murah berbanding harga basikal sekarang. Alhamdulillah..aku kini memiliki sebuah basikal..

Setiap pagi kami pergi ke kelas naik basikal. Aku biasanya paling depan. Biar laju supaya tak lenguh kaki nak mengayuh naik bukit (memanfaatkan inersia : aplikasi fizik)-sampai dua kali orang buat persembahan seloka pantun perli aku bawak basikal laju!-sebab basikal aku tak ade gear. Loceng je ade :) Dengan basikal, aku dapat jimat Rp 4,000 pete-pete pergi & balik per hari, aku mudah nak ulang alik ke kelas bila ada barang tertinggal kat bilik. Senang nak pergi fakulti tengok result yang baru keluar beberapa minit sebelum Maghrib. Senang nak pergi fotokopi kat tepi jalan besar depan sana (Pintu Dua). Boleh jalan-jalan petang keliling tasik sambil beriadah... Dan tempat yang paling jauh aku pernah pergi dengan basikal ni adalah ke Pasar Daya, 30 minit perjalanan kot. Beli ayam, ikan & sayur :)

Tapi memiliki basikal bukanlah semua yang indah-indah...

“Hoi kamu orang Malaysia, miskin sangat ke naik basikal aje!?!” tiba-tiba je si penunggang motor kat sebelah tu menjerit. Ape hal? Aku pun tak faham dengan orang 'sinting' macam tu. (jangan risau, mereka hanya sebilangan kecil dari sekian banyak rakyat Indonesia. Lebih banyak yang berbuat baik pada kami)

Panas, hujan. Meredah banjir, habis basah lencun kain kembang. Terjatuh, kene langgar..perkara biasa. Tapi Alhamdulillah tak pernah ada kes luka teruk. Kunci basikal hilang, padlock basikal rosak.. Satu demi satu ‘spedarian’ kehilangan basikal (dicuri), alhamdulillah aku punya masih selamat.

***

“Macam mane, kamu nak jual tak?” sekali lagi pertanyaan itu diajukan kepada aku.

“Tunggu dulu ye pak cik, saya fikir-fikir dulu..” aku menangguhkan.

Ok, aku dah memutuskan untuk menjualnya. Tapi, nak jual dengan harga berapa ni?? Aku beli pun tak mahal sangat. Dah pakai 5 tahun, loceng pun dah hancur. Bakul dah berlubang sana sini dan senget. Besi dah berkarat tak nampak warna. Brek sebelah dah out. Ada nilai lagi ke? Tapi kalau jual murah sangat, tak untung la...hm, dilema...

Tapi untuk seketika aku teringat sebuah kisah. Aku hanya ingat main point dari kisah tersebut, tak ingat siapa watak di dalamnya, dan plot cerita yang tepat.

Seorang sahabat, ketika dalam keadaan nazak berkata, “Kalaulah semua..kalaulah..kalaulah yang baru..”

Sahabat lain yang mendengarkan kata-kata tersebut bertanya kepada Rasulullah.

Rasulullah menjawab bahawa ketika itu Allah telah menunjukkan kepada si arwah, ganjaran yang akan dia dapatkan hasil dari kebaikan yang dia lakukan ketika di dunia.

Suatu ketika dulu, si arwah sedang makan roti (yang merupakan satu-satunya makanan yang dia miliki ketika itu). Tiba-tiba datang seorang pengemis meminta roti tersebut. Si arwah mencubit sedikit dari rotinya dan memberikan kepada di pengemis itu. Dengan kebaikan itu, Allah telah memberikan sejumlah ganjaran. Maka, si arwah pada ketika nazaknya berkata, “Kalaulah aku bagi semua roti tu, pasti ganjaran dari Allah lebih besar!”

Pada ketika yang lain, seorang sahabat yang miskin datang ke rumah si arwah meminta bantuan berupa pakaian. Si awrah yang memiliki beberapa helai jubah berbesar hati untuk menghulurkan bantuan. Beliau mengambil sehelai jubahnya yang sudah lama dan diberikannya kepada sahabatnya. Dengan kebaikan itu Allah telah memberikan ganjaran yang amat menyenangkan. Maka si arwah pada ketika nazaknya berkata, “Kalaulah aku bagi jubahku yang baru, pasti ganjarannya lebih besar!”

(kalau ada yang tahu kisah sebenar dari kisah ini, mohon ingatkan saya~)

Satu-satunya gambar basikal yang aku ada. Yang lain dah hilang. Gambar first year, tembam sikit :)

Tarikh : 13 Mac 2010 (10.15 am)

Tempat : Pintu gerbang masuk Rusun

“Pak cik memang nak basikal saya ni kan? Macam ni la, pak cik ambil je basikal tu. Saya bagi kat pak cik..”
“Oh! Terima kasih, nak..”

Alhamdulillah. Semoga basikal kesayanganku dapat terus berbakti kepada manusia :)
Segala yang baik itu datang dari Allah~

Wallahu'alam

Baca juga INI

Feb 1, 2010

si hidung merah

“Kehidupanku tidak sesenang orang lain. Aku tidak mampu bersekolah kerana kedua ibu bapaku tidak mampu menanggung perbelanjaan sekolah. Sebagai anak sulung, aku perlu membantu mak dan ayah mencari wang untuk kehidupan. Setiap hari, aku berjalan disepanjang pelabuhan untuk mencari sisa-sisa tangkapan nelayan untuk aku jual di pasar. Dari hasil jualan itu nantilah aku dapat membeli makanan untuk kami sekeluarga... Tapi kehidupanku berubah bila aku bertemu dengan Kak Den. Kak Den mengajar aku dan kawan-kawan ilmu silap mata dan pertunjukan sarkas. Setiap hari kami berkumpul di halaman rumah untuk berlatih. Kak Den juga mengajar kami bahasa Inggeris. Kami juga bertuah bila Kak Den dan kawan-kawannya membantu kami mendapatkan wang sehingga kami dapat kembali ke sekolah. Hidup aku kini berubah, terima kasih Kak Den..” (Telah diubahsuai dan dialih bahasa ke bahasa Malaysia)

Mata berkaca. Nafas terasa sesak, dada terasa berat menahan sebak. Simpati. Akhirnya berderai juga air mata...





Sedutan video itu sungguh menyentuh perasaan. Memang begitulah realiti kehidupan sebahagian masyarakat di Indonesia. Berapa ramai anak-anak yang tidak mendapat pendidikan kerana keterbatasan wang. Hidup mereka yang seharusnya penuh dengan keseronokan, keceriaan dan pembelajaran terpaksa dilalui dengan jerih dan payah mencari sesuap nasi.

Kak Den yang disebut di sedutan video tadi adalah seorang warganegara Amerika yang datang ke Indonesia mengikuti keluarganya. Beliau sempat bersekolah di Indonesia sebelum melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di Chicago. Setelah beberapa lama, beliau terpanggil untuk kembali ke Indonesia. Ada sesuatu yang menarik beliau untuk kembali ke sini, itulah naluri kemanusiaannya.

Kehidupan Kak Den (nama penuh tidak diketahui) di Indonesia telah banyak dipertontonkan dengan sketsa kehidupan anak-anak di sana yang tidak bernasib baik. Keprihatinannya menggerakkan hati beliau untuk mendekati anak-anak ini. Kak Den yang fasih berbahasa Indonesia mulanya tidak diterima orang warga setempat kerana ragu-ragu. Namun setelah beberapa waktu, Kak Den semakin mendapat kepercayaan mereka. Dari situ, Kak Den berjaya menubuhkan sebuah kumpulan ‘sarkas hidung merah’ yang telah beberapa kali membuat persembahan di beberapa tempat di Indonesia. Kak Den turut membantu mereka mencari dana untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan mereka. Menurut beliau, bukan ‘sarkas hidung merah’ yang ingin beliau perjuangkan, tetapi beliau ingin melihat anak-anak ini lebih berkeyakinan melalui kehidupan mereka. Dalam usia yang masih muda, banyak potensi dan peluang untuk mengubah kehidupan menjadi sesuatu yang lebih bermakna.



Kumpulan hidung merah bersama guru mereka, Kak Den membuat pertunjukan di rancangan TV Rapor Idola Cilik 3. Meskipun ada yang silap langkah, ada yang tersalah baling, dan ada yang terlepas gegelang warna warni, namun pertunjukan mereka cukup menarik dan menghiburkan. Terserlah kesungguhan mereka untuk memberikan yang terbaik untuk seisi dewan. Pertunjukan tersebut bukan hanya menunjukkan bebola dan gegelang warna warni yang dibaling dan disambut, tetapi juga menyisipkan nilai kasih sayang ke hati-hati penontonnya.

Nilai keprihatinan dan kepedulian itu ada pada semua orang. Namun alangkah baiknya jika nilai ini ditambahmaniskan dengan nilai-nilai agama dan ketuhanan. Selain membawa mereka ke kehidupan dunia yang lebih baik, ia juga memberikan jaminan kebahagiaan di akhirat kelak. Siapakah yang akan memperkenalkan nilai-nilai tersebut pada mereka? Silakan, para da’ie sekalian. Ambillah bahagian masing-masing.

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dah berkata, “Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)”?

Jan 2, 2010

waktunya untuk kembali

Tarikh istimewa, 01-01-10 akan berlalu beberapa minit lagi. Setelah itu, bermulalah satu lagi hari baru dalam sejarah kehidupan. Di sana sini orang sibuk merayakan awal tahun, menyambut 2010. Dengan cara masing-masing. Tapi aku tak ingin membicarakan tentangnya. Aku ingin membawa pembaca kembali ke duniaku, beberapa tahun dahulu ketika aku masih dibangku sekolah.

Masuknya tahun yang baru memang sesuatu yang besar maknanya bagiku, ketika itu. Bukanlah besar sangat, kalau ia kerana ‘tahun baru’ itu sendiri. Tapi ia lebih bermakna, kerana memasuki tahun baru bererti sudah hampir tiba waktunya untuk aku kembali ke sekolah. Ya, aku suka ke sekolah dan setiap cuti akhir tahun aku tidak sabar menunggu bilakah lagi akan kembali ke sekolah :)



Masih ada beberapa minggu sebelum kembali ke sekolah, aku sudah mula mencongak. Apakah yang akan aku hadapi di tahun yang baru. Aku akan duduk di meja paling hadapan, sudah tentu bersama teman-teman karibku. Aku akan memiliki buku-buku yang baru dan cantik. Oh ya, aku pasti nanti dibelikan kasut baru, dijahitkan baju dan tudung baru yang putih berseri..segalanya baru. Yang paling menyeronokkan, aku akan bertemu kawan-kawan dan cikgu-cikgu di sekolah!

Wah! Dunia semalam sungguh terasa indah bila dikenangkan kembali. Dalam keseronokan itu kadang tak terasa susahnya Fizik dan Matematik Tambahan (Memang tidak susah berbanding mata pelajaran sejarah..hehe) Dalam keasyikan itu tak terasa penat dek padatnya rutin pelajar asrama. Kerana di sanalah aku belajar untuk menghadapi kehidupan di luar nantinya.

Dan sekarang, semua itu adalah masa silamku. Boleh dikenang. Bukan untuk dilewati kembali, tapi sebagai inspirasi untuk perjalanan ke depan. Aku perlukan keikhlasan itu. Semoga aku juga dapat menikmati detik-detik ‘sekolahku’ yang sekarang :)

Untuk adinda Syaimaa’, selamat kembali ke sekolah. Mulakan dengan niat yang ikhlas, semangat yang mantap dan kekalkan momentum dengan azam dan cita-cita. Semoga lebih cemerlang. Enjoy your time!



Oct 2, 2009

baca la.pendek je

Satu hari masa aku bertugas di salah satu rumah sakit swasta di Makassar, seorang pesakit di wad kelas 1 menyampaikan hasratnya untuk pulang ke rumah.

“Prof, saya mau pulang hari ini. Bisa?”

“Kenapa mau pulang? Saya periksa dulu ya..”

“Besok ulangtahun saya..saya mau ke rumah anak yatim bagi-bagi hadiah..”

Prof tersenyum. Aku pun tersenyum. Sambil angkat kening..

Orang sekarang sibuk mengharapkan hadiah di hari ulangtahun kelahirannya, tapi bapak yang satu ini sibuk menyediakan hadiah-hadiah buat mereka yang tidak beribu dan berbapa.

Dan anak-anak yatim ini pula hampir sesak kekenyangan di bulan Ramadhan, sebaliknya sesak kelaparan di bulan-bulan yang lainnya.

Sampai bila nak jadi macam ni?

Peringatan buat diri yang sering lupa~


Dua minggu aku di sini. Terima kasih.

Sep 30, 2009

Berilmu dan Berbudi

“Assalamualaikum, cikgu..ada kat sekolah hari ni?”
“Wa’alaikumsalam..ada. Petang satgi pukul 3.30 ada jamuan raya.."




Wah. Langkah kanan betul! Patut la hari tu rase macam nak kene pegi jugak sekolah hari Selasa :) Dari pekan Sungai Petani, kami naik teksi ke sekolah. Saje nak mengimbau kenangan naik bas pi skolah (haha..sebenarnye...)


Kedatangan kami disambut Pn Noraini Zakaria yang kebetulan keluar dari pejabat. Nampak la kami yang baru nak melangkah naik ke atas. Alahai rindunye kat cikgu :) Seperti biasa, update berita dan khabar.

Lepas tu..kami menjenguk ke beberapa port.


Bilik guru
Kecoh! Macam ade pesta ape je menyambut kami berdua. Dan bermulalah sesi interview. Macam-macam pertanyaan & komen tentang kami. Maklumlah, kan dah 2 tahun aku tak menjenguk sekolah.


Bilik PK HEM
Bilik ni sekarang ‘dihuni’ oleh Ust Ismail Hussain, menggantikan Cikgu Raof. Kami intai-intai je, tapi Ustaz xde la pulak. Biasa laa..HEM memang sibuk Aku dulu kejap2 datang bilik tu cari cikgu Raof. Kejap dia ada, kejap hilang pulak. Dah la cikgu memang kecik :P


Anjung Informasi
Sepi je tengok anjung ni dari luar. Tak berani laa nak masuk. Tertanya jugak, Cikgu Azam & Pak Dan dok kt sini lagi ke?


Galeri
Galeri mane pulak ni? Erm. Ingat tak ade tempat duduk kt sebelah toilet pelajar pompuan tu? Tempat tu dah jadi galeri sekarang. Nak masuk, tapi berkunci. Kami intai dari luar je (haihh..dari tadi asyik mengintai jee..). Banyak laa piala & pingat skolah kt dalam tu..


Blok D
Jalan-jalan sampai ke Blok D. Kat sebelah bangunan tekno tu dah ade building baru. Dan sekarang sedang dibina satu lagi building. Nak bukak kelas lagi. Sebahagian tasik kt situ dah ditambak untuk bangunan tu...Makin kecik laa taman rekreasi kita...




Dewan Makan
DM makin ceria. Side perempuan tu dah tambah sikit lagi, macam kt sebelah laki tu. Memang DM kite ni kecik pun. Tapi tengok ratio pelajar perempuan dah makin sikit berbanding lelaki. Waktu makan tu, budak perempuan duduk kt side tambahan ni je. Selebihnya dipenuhi budak laki..


Aspuri
Aspuri pun nampak makin ceria. Mural warna warni. Water cooler sampai 3. Cuma kat depan tu nak buat bangunan aspuri lagi satu. Bilik rehat stil macam dulu. TV dah upgrade sket..yg canggih pny. Musolla pun x banyak beza. Cuma ada la tambah rak dan papan kenyataan..Dark Room masih sama :D


Aspura?
Ahha..tak masuk le sampai ke sana...

Okie..Ada beberapa info tentang skolah..

- Pn Siti Rohah dah jadi PK 1, Ust Ismail PK HEM, Cikgu Marlina PK KoKu.
- Pak Rush dah naik pangkat sbg Pegawai Sains & Matematik di Pejabat Pendidikan Daerah (ofis dia kt belakang sekolah tu je)
- Pak Dan, Ust Mizi, Cikgu Harris pun dah keluar..naik pangkat
- Cikgu Raof dah bersara 1997
- Cikgu Puteh, Ustazah Zainab..dah bersara jugak kot. Tak nampak pulak diorang hari tu..
- Majoriti cikgu yang kami jumpe dok komen tentang student sekarang. Disiplin kurang, prestasi pun menurun. Trial SPM SBP baru-baru ni dapat top five dari bawah...
PMR dah dekat. Kelas anjal F3 sedang berlangsung kt Dewan Besar yang tak besar-besar lagi tu :)
- Cikgu Zuraini (budak 4A5 ingat lagi x??) dah mengajar kt sini. Dah kawen, ade anak sorang :)
- Mak kepada Faiz Azhari Noor (AFAN) mengajar kat sini jugak...
- Anjung informasi dah jadi macam bilik tetamu. Kalau ada pegawai mane2 dtg jumpe kt situ je. Tempat cikgu Azam kat belakang, blok D

.....Ade lagi ke??

Tentang prestasi adik-adik kite ni..tak boleh diabaikan. Cikgu-cikgu mengharapkan bantuan dari kita.

“hampa mai la buat program kat adik-adik ni. Bagi motivasi sikit. Kalau orang luar yang bagi, impak dia lain dengan ex-student..”

Bukan sorang je cikgu yg ckp cmni..3-4 org jugak..maknanya, memang diorang mengharap lah jgk. Bagi yang dah keje tu, try la buat program dgn skolah..dana skali, sorang sikit. Yang ringan sama dijinjing, kan :)

Kita dah berilmu, bila lagi nak berbudi? :)

Sep 24, 2009

5 Syawal

Assalamualaikum..

Ops, dah lama rupanya teratak comel ni tak terupdate. Almaklum, Mood ‘beraya di Malaysia’ memudarkan segala keinginan untuk mengirim berita di laman hijau ni. Kad raya kt bawah ni pun, setelah dipaksa oleh Mak dan Abah. Huhu~

Okie. Hari ni dah 5 Syawal. Alhamdulillah, dah dapat 1 hari puasa sunat Syawal. Ada 5 hari lagi. Coming soon insyaAllah. Nak tau kami buka puasa kat mana? Ahaaa..dari Penang ke Sungai Petani. All the way, untuk mencari Radix Fried Chicken (RFC)! Nyam-nyam~~


Kak Aween kata, warna oren dia very 'catchy'

Bagi siapa yang belum tau, RFC ni merupakan produk Islam yang pertama di Malaysia. Konsepnya lebih kurang macam KFC, tapi ni orang Melayu/Islam punye version. I'm impressed. Penuh orang. Beratur panjang..sampai dah maghrib baru dapat makan. Alhamdulillah. Sedaap!


RFC ni salah satu dari produk HPA. Banyak lagi produk diorang. Barangan kesihatan, herba, hotel, IT & communication. Macam-macam lah. Tak tau pulak perpanjangan dari HPA ni ape. Tapi ni betul-betul produk Islam. Untuk terlibat dalam perusahaan diorang ni, ada beberapa program khusus yang wajib dilalui. Tamrin, Qiam dan seumpamanya. Pekerja-pekerja diorang sentiasa dalam keadaan berwudhu’ sepanjang hari. Subhanallah. Siapa kata orang Islam tak boleh berjaya? Malah Allah dah bagi tips yang cukup berguna. Cuma kita je yang malas nak mengamalkannya...

Satu lagi produk HPA ~Dimiliki oleh HPA Organics Sdn. Bhd.]

Tengok suasana kat RFC tadi, rasa macam dekat bandar Islam je. Kebanyakannya bertudung, berkopiah. Pekerjanya pun menutup aurat. Alhamdulillah. Mak kata, kat SP ni je nampak HPA boleh ‘tumbuh subur’. Mungkin sebab masyarakat kat situ ada kesedaran yang lebih terhadap Islam. Tempat lain tu bukanlah tak ade, cuma belum ‘sehangat’ di Sungai Petani ni la kot... Di area tu je, ada 3-4 lot milik HPA dengan pelbagai produk diorang. Tahniah kepada owner HPA. Semoga kualiti dapat di tingkatkan, dan terus berjaya. InsyaAllah. Dan kepada muslimin muslimat di luar sana, apa lagi? Jangan lupa untuk sama-sama menyokong usaha murni ni. Mudah-mudahan menjadi saham kita di akhirat nanti. InsyaAllah :)

Ok. Nak cerita apa lagi? Baanyak sangat cerita sebenarnye ni. Sampai x tau nak cerita yang mana satu. Hehe~ tapi xboleh la nak crite semua kat sini kan. InsyaAllah kalau ada kelapangan nanti akan dikongsikan di sini.

Radix Chicken Delight. Nak try?


Panjang beratur. Beratur sambil fikir menu..nak makan ape ye?

Ha. Dah dapat makanan! Mai le makan~ Ni gambar orang suke makan dan mau makan :)



Sedap sehingga menjilat hidung! Eh, jari laa.. :P




Kat atas ada ruang solat yang amat selesa. Alhamdulillah. Macam ni la bagus!




On the way back, singgah sekolah lama. Sebuah memori :)

Oh ye. Semua gambar yang di upload di post ni adalah hasil dari kamera baru :) Terima kasih mak dan abah dah belikan kamera baru. Lama mengidam nak beli kamera. Kamera ape? Biasa je, simple one. Kecanggihan tu tak penting. Kamera biasa pun, kalau kita tau nak manfaatkannya betul-betul..hasilnya cantik jugak kan? Bukan setakat kamera, pendrive baru pun dapat. (pendrive lama dah hilang..)
Tapi ape-ape pun, mak pesan.. “Manfaatkanlah barang-barang ni untuk menambah pahala. Untuk kerja-kerja dakwah..” InsyaAllah, mak. I will :)

Macro On


Sony 730. Test power sket~


Ok. Dah habis. Nak tgk gambar lagi? Klik sini
Pesanan : JOM PUASA 6! :)

Aug 25, 2009

Adaptasi


Ogos datang lagi. Bererti, kami akan menerima pelajar-pelajar baru. Angkatan 2009. Alhamdulillah, mereka telah selamat tiba di bumi Makassar ini pada 21 Ogos 2009 yang lalu, tahun ini seramai hampir 50 orang. Melihat mereka datang dengan beg dan kotak yang besar lagi berat, terkenang pula saat kami bergelar mahasiswa baru di Universitas Hasanuddin ini. Hari ini (25 Ogos 2009), genap 4 tahun kami di sini. Sedar atau tidak, kami telah bergelar pelajar tahun akhir! (erk..!!)

Menempatkan diri di dunia baru, dengan rutin yang baru, suasana baru, bahasa baru, serba serbinya baru..pasti memerlukan sedikit adjusment. Adaptasi. Dan teori yang aku pegang sejak dulu, semakin cepat proses adaptasi seseorang, maka semakin cepatlah pula dia bergerak menuju ke matlamatnya. Mungkin benar, mungkin juga salah. Semuanya bergantung pada diri masing-masing.

Aku sering berpesan kepada adik-adik mahasiswa baru, bahawa mereka perlu segera beradaptasi dengan suasana baru ini. Meskipun Makassar tidak terlalu jauh bezanya dengan Malaysia, namun tetap ia memerlukan mengubahsuaian. Ada beberapa fasa dalam proses adaptasi ini.

Fasa satu

Dalam menghadapi satu suasana atau tempat baru, apakah itu tempat belajar yang baru, tempat tinggal, kerja baru, keluarga baru dan sebagainya, kita akan mengalami fasa pertama ini. Pada fasa ini, akan ada satu lonjakan ‘excitement’ dalam diri kita. Kita akan bersemangat untuk menghadapinya. Kita mula merancang untuk berbuat itu dan ini.

Contohnya, seorang mahasiswa yang akan melanjutkan pelajarannya di Makassar, di bidang perubatan. Excited tak? Mesti lah.. Aku nak blaja betul-betul, nak score. Nak bawak Atlas Anatomy Netter, Physiology Guyton, itu dan ini. Rasanya tak nak balik kot. Duduk je kat Makassar. Time cuti boleh ikut extra class. (dan macam-macam lagi..)

Fasa ini normal, dan setiap dari kita melaluinya. Betul x?

Fasa kedua

OK. Dengan excitement tadi, kita pun mulai menempuh kehidupan baru. Hari-hari pertama kuliah, kita bangun awal pagi, datang awal dan duduk depan di dewan kuliah. Khusyuk dengar doktor menjelaskan. Tapi... tak faham la pulak ape yang doktor ni cakap. Laju sangat. Dia buat lawak ape ntah. Semua orang ketawa. Kitorang bdak Malaysia terpinga2.. Kat kuliah pulak, students local bising gile. Menjerit2 dalam kelas. Macam suasana skolah rendah. Sakit kepala. Lepas tu, assistant mula bagi keje berlambak-lambak. Dah la kene taip pakai typewriter manual! Koman btul laa. Akibatnya, tak tidur malam semata-mata nak siapkan keje. Tangan pun bengkak menaip...

Setelah merasai ‘wajah sebenar’ dari dunia baru yang kita hadapi ni, kita memasuki fasa kedua iaitu fasa ‘kejatuhan semangat’. Ternyata ia tidak seindah khabar, tidak semudah yang disangka. Pada fasa ini, kita cenderung untuk jatuh ke titik yang paling bawah. Down. Tak semangat lagi untuk buat apa pun! Rasa menyesal, putus asa. Semuanya ada.


Fasa ketiga

Seterusnya, dengan sedikit kekuatan dan keazaman yang masih tersisa, kita cuba untuk dapatkan kembali semangat dan kekuatan. Cuba menjadikan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Atau pada sebahagian dari kita, lalui saja apa adanya. Secara grafik, motivasi dan semangat kita pada fasa ini akan turun naik. Tidak stabil Tidak setinggi fasa satu, dan tidak pula serendah fasa dua. Apa yang perlu kita lakukan adalah, supaya maintain graf ni supaya tidak terlalu merudum-dan itu ertinya kita QUIT. Jangan dulu!


Fasa keempat

Fasa terakhir, setelah melalui ketiga fasa di atas. Akan sampai satu waktu, kita memasuki fasa ini di mana hidup, emosi dan semangat kita relatif stabil. Pada fasa ini, kita sudah tau rentak yang perlu dimainkan. Kita dah ada momentum kerja yang diperlukan. Kita dah tau, di mana kekuatan kita dan di mana kelemahan yang perlu dielakkan.


Inilah secara ringkas, proses adaptasi yang pasti dilalui oleh setiap orang. Hatta menulis di blog pun, aku akui aku melalui fasa-fasa ini. Namun yang membezakan kita adalah cepat atau lambatnya kita melepasi keempat fasa ini. Setelah itu, kita akan mampu memberi fokus terhadap matlamat kita di depan (asalkan kita jelas betul dengan apa yang ingin kita capai nantinya!). Inilah yang aku katakan di atas - semakin cepat proses adaptasi seseorang, maka semakin cepatlah pula dia bergerak menuju ke matlamatnya.

Cepat atau tidaknya fasa adaptasi ini pula, bergantung kepada diri anda. Kematangan dalam menghadapi permasalahan, pemikiran yang positif, motivasi yang tinggi, dan yang paling penting adanya kebergantungan terhadap Allah serta redha terhadap kehendakNya.

Wallahu’alam

P/s : kepada adik-adikku angkatan 2009, selamat beradaptasi!


[Dah kene bersiap2 ke hospital ni. On duty!]

Jul 15, 2009

*polaroid*

“Polaroid ape cite? Bila lagi nak kluar?”

Sebuah pertanyaan yang sering kali aku terima sejak beberapa bulan ini. Memang kami menjanjikan POLAROID sekitar awal tahun 2009 yang lalu, namun sampai sekarang pun masih belum nampak bayangnya.
POLAROID sulung

POLAROID-majalah rasmi PKPMI seIndonesia dihasilkan sebagai medium komunikasi seluruh ahli PKPMI secara umumnya. Tapi apalah sangat majalah 2 edisi ini mampu lakukan. Tidak banyak. Namun tetap setidaknya ia memberi informasi yang harus diketahui oleh para ahli.

Perjalanan POLAROID tidak mudah. Dari NOL. Dari titik terendah ini kami membina sidang editorial. Membentuk konsep. Memberi nama-POLAROID-sebagai simbol; capture the moment. Menyebar jaringan ke seluruh Indonesia untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat dari seluruh cawangan PKPMI. Berkomunikasi dan bekerja bersama, meskipun kami tidak pernah mengenali apalagi bertemu antara satu dengan yang lain. Dan yang semakin membuatnya ‘tidak mudah’ adalah keterbatasan waktu, sarana dan dana. Kami mahasiswa yang dituntut untuk belajar, dan kami pelajar yang tidak punya gaji untuk menggerakkan semua ini. Namun momentum komitmen dan tanggungjawab menjadikan segala ‘tidak mudah’ ini menjadi sesuatu yang dapat dibanggakan.

Tidak mudah, tapi aku suka. Puas dapat menghasilkan sesuatu dengan tangan sendiri. Puas dapat menjelmakan imaginasi menjadi realiti. Sudah tentu, sebelum menghasilkan sesuatu perlu ada imaginasi. Membayangkan ia begini dan begitu, dan dengan bayangan ini aku berusaha menjadikannya nyata. Akan terdapat beberapa modifikasi dan adjustment dari apa yang telah dibayangkan tadi, dan perlu disesuaikan dengan idea / objektif asal sesuatu karya tersebut. Hmm..
khusyuknye?

Kembali ke cerita asal. Bila POLAROID nak keluar ni?

POLAROID kedua direncanakan pada bulan Mac 2009 yang lalu, sempena perhimpunan Kongres Tahunan PKPMI Pusat. Kami telahpun menyiapkan soft copy sesuai dengan time-line yang dirancang. Namun inilah salah satu ‘tidak mudahnya’ POLAROID apabila terpaksa berdepan dengan beberapa masalah yang lebih kompleks. Kongres PKPMI terpaksa ditunda beberapa kali atas beberapa sebab, sekaligus mengheret kepada tertundanya POLAROID edisi kedua. Kedua dan terakhir bagi sesi ini.

Alhamdulillah, edisi kedua POLAROID sudah siap dicetak. Hanya menunggu hari - Kongress Tahunan PKPMI Pusat di Jakarta pada 15 & 16 Ogos 2009.
bakal menemui anda-ahli PKPMI

Masa depan POLAROID selanjutnya? Ini POLAROID kedua dan terakhir. Terakhir bagi sesi ini. Tentang masa depan POLAROID selanjutnya, akan diserahkan kepada pimpinan PKPMI Pusat akan datang. Apakah masih akan wujud pos Exco Penerbitan yang akan mengendalikan POLAROID atau tidak. Ia sebuah pilihan, bukan mandatori untuk dilaksanakan.

Buat team PKPMI Pusat 08/09 dan sahabat-sahabat PolaCrew seluruh Indonesia, setinggi penghargaan buat kalian atas segala kerjasama yang telah diberikan. Tanpa komitmen yang kalian tunjukkan, kedua edisi POLAROID ini tidak akan pernah wujud. Mohon maaf andai ada kecacatan pada karya yang tidak seberapa ini. Hanya inilah yang dapat disajikan buat semua~semoga bermanfaat!

Catatan peribadi Sang Editor~JwiSa

Jun 29, 2009

Gerabak Interna [1]

Bismillah..

Dah lama rupanya teratak ni tak ‘terhias’ dengan artikel/post yang panjang. Cebisan-cebisan waktu yang ada hanya sempat diisi dengan beberapa post pendek. Baiklah~~ insyaAllah kali ni kalian akan ‘menikmati’ artikel panjang dari BondingSisters [panjang pendek tak penting pun kan, asal ada manfaatnya :)~]

Alhamdulillah, sudah seminggu aku ‘bergelut’ di bagian Ilmu Penyakit Dalam. Bagian yang cover hampir semua penyakit. Minggu awalnya cukup padat. Hanya 38 jam bebas dari tugas di hospital, sepanjang 168 jam pada minggu pertama di sini. Penat, memang penat. Tapi berbaloi. Banyak pengalaman, biar baru satu minggu..
Sibuk ya?
Pengalaman I

Setiap pagi aku bersua dengan orang-orang yang terlantar di katil. Di tangan mereka terpasang infus. Muka pucat. Sebahagiannya kurus. Wajah lesu. Pesakit-pesakit dibawah tanggungjawabku kebanyakannya menderita penyakit ginjal. Ada batu di ginjal mereka, menyebabkan fungsi organ penting tersebut terganggu. Ginjal tidak mampu membersihkan darah dengan sempurna. Sebahagiannya perlu menjalani hemodialisis (cuci darah) secara rutin, 2 hingga 3 kali seminggu.

Setiap hari, tangan-tangan mereka aku ‘belai’ dengan sphygmomanometer (alat pengukur tekanan darah) dan termometer digital kuningku.

“Brapa dok tensiku...?” lemah suara Pak R. Janggut dan misainya yang tidak terurus membuatkan dia kelihatan lebih tua dari usianya. Dah agak, dia mesti tanya soalan tu..

“Hmm..masih 80 pak..” berat, tapi aku perlu menjawab pertanyaannya. Aku tetap menunduk, pura-pura memeriksa tubuh longlai itu. Tak tegar aku melihat wajahnya yang semakin mencuka. Adiknya juga.

“Dok, begini dok ya.. kami ini datang dari jauh. Dari Ambon. Sudah lama juga kami di sini. Mintak tolong dok ya, supaya cepat...” Si adik pula bersuara, mendekat ke arahku yang masih memeriksa abangnya.

“Iya pak, saya mengerti. Kami juga sudah usaha bagaimana supaya naik tekanan darahnya. Sudah dikasi masuk cairan...mudah-mudahan sebentar siang naik tensinya..”

Pesakitku yang satu ini menghidap Chronic Kidney Disease stage V. Kedua ginjalnya sudah rosak akibat tumpukan batu yang besar. Kencingnya juga terasa sakit gara-gara batu yang turut menyempitkan saluran keluar tersebut. Beliau perlu di hemodialisis. Tapi malangnya, tindakan ini tertunda hampir seminggu kerana tekanan darahnya yang rendah. Hemodialisis hanya boleh dilakukan jika tekanan darah sistole melebihi 100mmHg. Sabarlah, saudaraku!

Tidakkah apa yang dihadapkan padumu ini menjadikan kamu lebih bersyukur? Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang masih menjadi milikmu..!
Pengalaman II

“Kak, ada statusnya Pak A? Mau disuntik lantusnya dulu...” Malam itu aku ke Lontara 2 (bahagian Bedah) untuk menyuntik insulin pada pesakit kencing manis di situ.

Manusia memerlukan glukosa sebagai salah satu sumber tenaga bagi tubuh. Glukosa yang diperoleh dari makanan akan diproses dan dibawa masuk ke dalam sel-sel oleh sistem pengangkutan yang cukup kompleks dan unik. Ada di situ namanya hormon insulin, yang menggerakkan sistem pengangkutan tersebut. Namun hormon penting ini ‘mogok’ pada pesakit-pesakit kencing manis (Diabetes Mellitus, DM). Tubuh mereka tidak mampu menghasilkannya bagi tujuan tersebut. Akibatnya, glukosa akan menumpuk di dalam darah dan memberikan dampak yang negatif pada tubuh. Sebagai penanganannya, mereka diberikan bantuan insulin dari luar agar hormon ini kemudiannya dapat mengangkut glukosa masuk ke sel-sel tubuh.

Disebabkan pesakit DM ini memerlukan insulin sepanjang hidupnya, mereka diajarkan supaya mampu menyuntiknya sendiri setiap kali sebelum makan. Kini terdapat alat suntikan insulin berbentuk pen, yang mudah di pakai. Alat inilah yang kami pakai di sini untuk menyuntik pesakit-pesakit DM setiap hari.
NovoPen. Insulin berbentuk pen. Hanya suntik!

“Tadi pagi kenapa Pak A tidak disuntik, dik?” Senior itu kembali bertanya kepadaku.

“Gula darahnya tidak terkontrol, dik.. Minta tolong dik ya, diperhatikan ini. Jangan sampai terlewatkan..” Jelas beliau tanpa sempat aku berkata apa-apa. Entah, mungkin coass yang ditugaskan pagi tadi terlupa, atau sengaja melupakan?

Memang betul, kadang sebuah rutin/kebiasaan menghakis makna dari perbuatan tersebut. Sudah terlalu biasa menyuntik pesakit-pesakit, membuatkan pekerjaan tersebut kelihatan amat mudah dan mula di anggap remeh. Sedangkan, 0.8 ml insulin yang meresapi ke tubuh setiap pesakit itu amat bermakna dalam kehidupan mereka. Semoga aku terhindar dari kealpaan tersebut.


Pengalaman III

Kamar coass adalah tempat kami ‘bersantai-santai’ di saat bertugas di hospital. Kalau ada keluhan dari pesakit ataupun pesakit baru, jururawat akan datang memaklumkan. Demi kenyamanan, bilik tersebut dilengkapi dengan air-cond dan TV.

Satu hari aku dan teman-teman berkesempatan menonton TV, yang kebetulan sedang menyiarkan Debat Calon Presiden (Debat Capres) yang melibatkan ketiga-tiga calon Presiden Indonesia – Susilo Bambang Yudhoyono (SBY), Jusuf Kala (JK) dan Megawati Soekarnoputri. Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia semakin hampir, dan suasana semakin hangat.

Debat tersebut memberi ruang kepada ketiga-tiga calon Presiden itu untuk mengemukakan pendapat masing-masing tentang persoalan negara dan rakyat yang diajukan. Seluruh rakyat yang bakal memilih pula dapat menilai sendiri sejauh mana kredibiliti, kapasiti dan ideologi para pemimpin mereka. Setiap dari tokoh tersebut diberi waktu (1 minit 30 saat kalau tak salah) untuk mengemukakan hujah dan pendapat masing-masing. Debat seperti ini bukan saja dilakukan untuk pemilihan presiden, tetapi juga pada pemilihan-pemilihan lainnya. Biar ada 10 atau 20 partai yang bertanding, semua mereka diberi kesempatan yang sama. Tidak ada yang lebih, tidak ada yang kurang.
Seru benget!

Inilah demokrasi cara mereka. Tidak ada yang memonopoli media. Iklan-iklan yang mempormosi ketiga calon ini ditayangkan dengan sama rata. Ada iklan SBY dengan slogan ‘lanjutkan..!’, ada iklan JK dengan slogan ‘lebih cepat lebih baik..!’, dan ada juga iklan Mega [ade slogan ke?]. Bagus kan?

Bila pulak Malaysia nak buat debat macam ni?
--------
Alhamdulillah. Inilah beberapa pengalaman yang aku alami dalam seminggu di Interna. InsyaAllah gerabak waktu akan bergerak lagi, membawa aku melalui dan meneroka ilmu Allah yang Maha Luas ini. Semoga perjalanan ini dimudahkan!