Jan 12, 2012

ward round


“Ok, Maimanah..esok awak datang la dalam pukul 6 – 6.15 camtu. Awak review 3rd cubicle ek..” 

Fuh, mujurlah akhirnya aku akan balik ke rumah. Hari pertama memang tidak ada cabaran fizikal yang nyata, tetapi berada dalam suasana baru memang sangat menegangkan.

6.30 pagi, 12 Julai 2011. Tagging bermula.

Aku menghampiri pesakit yang pertama di cubicle ketiga. Belek helaian demi helaian. Tapi malangnya satu habuk pun aku tak paham apa yang tertulis. Sebab pertama : tulisan cakar ayam. Sebab kedua : shortforms yang sama ada memang tak pernah aku tahu atau LUPA. Sebab ketiga : belum familiar dengan format penulisan di dalam fail (BHT) pesakit.

Ketidaktahuan mengheret aku kepada ketegangan, sekali lagi. Apa nak tulis ni?? Oh, semalam Suhana-bukan nama sebenar (senior yang baik & sangat suka membantu) cakap,
“Salin je yang kat atas tu – K/C/O, Problem. Then baru tulis findings apa yang awak dapat..then plan. If x tau nak plan (bagi ubat apa etc) tulis je macam yang sebelumnya. Nanti MO akan round tengok balik..”

Aku pun mula menulis. Menulis dengan penuh ketakutan. Takut salah, takut tak betul (sama la tu kan?), takut itu dan takut ini. Dah tak larat nak rasa takut, aku bawak BHT pergi jumpa Suhana yang berada di cubicle pertama.

“Su, macam ni betul ke?”
“Aa, ok la ni. Plan ni awak tulis je. Nanti MO tengok..”

8.00 pagi.

MO pun muncul. Dr Lim (bukan nama sebenar) digambarkan sebagai seorang MO yang baik. Alhamdulillah, baguslah. Round pun bermula. Dah tentu bukan aku yang present case. HO Dr Lisa (bukan nama sebenar) yang present case, cerita pum pang pum pang pasal pesakit satu demi satu. All this while i thought present case during round is something formal and (i can say) serious la. Rupa-rupanya bila tengok si Lisa ni present just macam bercerita/bersembang dengan MO. The point is just to update our boss what is our patient’s progress. That’s all! Tapi telan air liur jugak la tengok dia present case. Aku nak ingat main diagnosis patient pun tergagau lagi.. Huhu~~ tak ape..slow2..

Ward round : Specialist, MO, HO and nurse should attend.
Presenting case, updating and discussing about current problem of each patient. Proceed by planning-problem solving. Once problem resolved, patient can be discharged! :)

Baru pergi ke pesakit kedua, datang seorang lagi doktor. Hm, dah tentu aku tak kenal siapa doktor tu. (Awal-awal kerja ni semua yang ada kat ward tu nampak macam doktor. Hehe..) Selepas memperkenalkan diri sebagai HO baru-1st poster pada boss, dia ajak aku buat round dekat patient yang aku review. Erk!!
Memang tergamam lah. Tak cakap apa-apa. Tapi dia memang dah tahu pasal patient ni. Balik-balik, dia yang cerita kat aku pasal pesakit ni. Dia cakap, dan dia suruh aku tulis. Tergagau jugak sebab dia cakap cepat sangat, ada perkataan yang aku tau tapi pronunciation lain so lambat pick up sikit dan ada perkataan memang aku tak pernah dengar!

“Maimanah, please write faster. You have to work fast, ok. Today ok la, I can accept as this is ur first day.. By next week I want u to be able to remember all the diagnosis dan problem list, ok?" Dia tak marah, tapi tutur katanya tegas.  

“ok boss!” seru dalam hati je laa..

Round pun selesai dengan penuh tragis (hehe). Proses seterusnya adalah run the plan. Semua yang dah ditulis dalam plan tu kenelah dilaksanakan. Nak amik blood, nak buat scan, nak itu dan ini. Banyak lagi ‘silibus’ dalam tagging ni yang perlu dikuasai..

To be continue.. J

* At the end of the day I just realized that the doctor who did round with me that morning is actually a specialist!!


Nov 8, 2011

Denial!

"Akak, saya nak tanya ni, kalau baby baru lahir, umur 2 minggu boleh tak bagi minum susu tepung..sebab susu mak dia tak banyak, baby asyik lapar je.."


"Ana rasa, anti boleh handle adik ni. Anti dekati dia dan cuba cari punca kenapa dia macam tu. Ana tau anti boleh, lagipun anti doktor!"


"Doktor, saya nak tanya ni. Kalau dah 5 bulan kahwin, tapi belum pregnant... Macam mane ek? 

Astaghfirullah, kata-kata yang sebegini selalu membuatkan aku tersentak. Bukan baru menyedari-bahawa peranan seorang doktor itu sangat besar dalam masyarakat; tapi mungkin kerana masih ada unsur 'denial' jauh dalam diri. Denial, ingin menafikan peranan yang super hebat, super berat ini. Yang menuntut aku menjadi (juga) orang yang super hebat. Mampukah aku?

Note :
Alhamdulillah, pagi ini tidak terisi dengan rutin terburu-buru, meredah hujan pagi menuju ke hospital. Masih mood bercuti dan moga dapat dimanfaatkan sebaiknya. Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua!

Oct 25, 2011

Hari Ini

Satu
Pagi-pagi relax merelaxkan diri review patient sebab KONONNYE in-charge 1 cubicle je..last minute baru tau Goon dah habis Medical, yang membawa maksud : 1) Dia tak datang hari ni 2) Aku kene cover 2 cubicle! Hah~baru kalut. Memang tak sempat review semua. Nasib baik MO baik & tak cerewet. Alhamdulillah..

Dua
Tak sempat habis MO round,  staf nurse panggil. Patient asystole. Kami berempat (2 MO + 2 HO) bersama nurse yang lain bertungkus lumus CPR dan DC patient. Sekejap ok, brady, VT, SVT semua ada. Akhirnya beliau meninggal. Baru berusia 39 tahun, meninggalkan seorang isteri & dua orang anak. Beliau seorang penagih dadah dan menghidap jangkitan pada jantung. Innalillah.

Tiga
Walaupun tak sesibuk hari-hari di wad sebelum ini, aku tetap tak sempat keluar beli makanan (Sebenarnya sempat kalau nak, tapi hari ni rasa macam tak nak makan..*pulak!). Ada bawa bekal roti coklat, cukuplah buat alas perut. Lagipun tak rasa lapar sangat.. Masa jalan pergi kereta nak balik rumah baru rasa lapar. Tandanya? Rindu masakan mak :P

Empat
Alamak, ada kereta putih parking betul-betul belakang kereta aku. Macam mana nak keluar? Aku letak beg dalam kereta, bukak white coat, letak steto...pusing kanan pusing kiri..tak ada orang yang boleh membantu. Tanpa buang masa, bismillah...aku tolak je kereta tu ke belakang. (Sebelum tu, pastikan handbreak kereta tak diangkat..) Nasib baik cuma Myvi yang comel. Aku yang tak gagah ni mampu la nak tolak sorang-sorang.. Akhirnya dapat la aku mengeluarkan kereta dari petak kuning dan berlalu meninggalkan Myvi dan hospital.. Jumpa lagi esok!
(Tolak menolak kereta adalah fenomena biasa di hospital. Almaklum, parking sangat penuh!!)

Lima
Hujan lebat sepanjang jalan. Ya Allah, jantung ni dah tachycardia secepat wiper kereta yang menyapu cermin. Mujur kereta belum banyak. Bawak slow secipuuut.. Tak pe, biar lambat asal selamat. Sekali lagi, alhamdulillah. Selamat sampai rumah :)

Esok
Tetap bekerja 8 pagi hingga 8 malam walaupun hari cuti umum. Tak mengapalah, demi 1) Memberi laluan rakan sekerja berbangsa India menyambut Deepavali 2) Mendapatkan pengalaman & belajar dari pengalaman tersebut 3) Memanfaatkan waktu cuti :P

Mudah-mudahan semua urusan esok berjalan lancar dan dipermudah olehNya.

Sekarang
Mahu rehat.
Assalamualaikum!


Oct 20, 2011

sebuah gambar

Tepat jam 5.03 petang, kereta emasku berhenti betul-betul di hadapan rumah. Yes, aku sampai rumah lebih awal dari mak. Sebelum turun dari kereta, sengaja aku melepak dalam ruang yang sejuk dan empuk itu sambil mendengar puisi yang dialunkan oleh DJ IKIM.

Tangan mencapai handphone yang turut 'kedinginan', ingin melayari halaman MukaBuku untuk seketika. Sejenak homepage MukaBuku terpapar, mataku tertarik pada sebuah gambar...





BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu.
.MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Sepintas membacanya, dengan tidak semena-mena pipiku terasa basah dek air mata yang tumpah. Kata-kata ini seolah-olah ditujukan khusus untukku, yang sedang merasai beratnya ujian yang dihadapi. Yang sedang merasa tidak terdaya menanggungnya. Yang sedang merasa sakit dan pedih yang tidak tertahankan. Yang sedang marasa lemah dan sungguh tidak terdaya..

Terpujuk jua hati yang rapuh ini, benarlah (dan yakinlah!) Allah sentiasa bersama mereka yang sabar.

"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. 
Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." 
(2:153) 








Aug 31, 2011

Kini jadi kenangan~

Oh, aku tengah study~ VIVA exam bakal menyusul sejurus selepas cuti rayaa
Tapi nak menulis jugak, tiba-tiba teringat & terkenang...
Suasana lebaran nun jauh di timur. Tanpa mak & abah, tanpa keluarga & sanak saudara apa lagi duit raya..(hehe, nak mention jugak!)

Empat tahun berturut-turut aku menyambut lebaran di perantauan. Untuk lebih tepat, di Makassar. Rutin kami setiap tahun tak banyak berbeza. Gotong royong memasak juadah hari raya : kuah kacang, kuah lodeh, rendang, nasi himpit, ketupat & lemang. Tak ketinggalan kuih muih yang dikirim oleh orang tua dari Malaysia. Yang dah hancur pun ada, tapi layan je~

Tahun pertama di perantauan, perasaan excited lebih mengusai. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami anak-anak Malaysia menerima undangan rumah terbuka Prof Chaeruddin. Wah, seronoklah kami. Prof menyediakan dua buah bas untuk membawa kami dari Rusun ke kediamannya yang tersergam. Juadah ala Makassar kami nikmati dengan lahap. Sesuatu yang 'istimewa' dan menarik di sana adalah Coca Cola. Ambillah seberapa banyak yang kalian mahu. Yang tak berapa nak tahu malu tu, sampai masuk dalam beg. Buat bekal katanya. Aku tengok aje la. Tak pandai nak minum air-air yang mengembungkan perut ni..

Itu hari raya pertama. Gembira & sangat senang hati beraya dengan kawan-kawan. Menjelang hari raya kedua, kami sekali lagi menerima jemputan ke rumah seorang lagi guru (baca : doktor). Namun aku 'menarik diri' dari rombongan. Tahu kenapa? Hehe.. sebab tak cukup duit untuk transport ke sana. Abah belum sempat kirim duit belanja sebelum raya. Alamatnye, kene tunggu lepas raya baru dapat 'duit raya'. Berikat perutlah aku di bilik..(tapi kenapa time tu aku tak puasa je ek?)

Hari raya tahun kedua lebih menyedihkan. Aku diberi tanggungjawab mengendalikan sambutan hari raya tahun tersebut, berganding bersama rakan sejawat : Tuan Mohd Azlan. Macam-macamlah cabaran & kekangan yang dihadapi. Menangani kerenah-kerenah manusia yang tak berapa nak rajin bekerja, mengurus duit-duit yang pandai nak terbang sendiri, dan lain-lain hal yang agak bersifat peribadi. Waktu tu lah rasa naaak sangat balik beraya di Malaysia. Tapi apa boleh buat, inilah satu-satunya pilihan yang ada. Alhamdulillah, itu tanda sayang Allah padaku. Oh ye, tahun ni tak ada baju raya. Baju yang dikirim tak sempat sampai. Jawabnye, pinjam baju kawan. Nasib baik muat & memang baju baru. Sunnahnye kan berbaju baru dan bersih :)

Tahun ke tiga..mm, apa yang terjadi tahun ketiga ye? Tak ingat apa-apa yang menarik pun. Raya seperti biasa, dengan baju raya yang mak jahit-kain batik Jakarta :)

Tahun keempat, majoriti kawan-kawan balik beraya di Malaysia. Almaklum memang tengah cuti, baru habis wisuda (baca : konvo) pre-clinical. Batch aku yang tak balik masa tu cuma aku dan Zuhri. Sedih! Tapi aku punya perancangan tersendiri. Balik beraya akan mengganggu jadual kuliah 'tambahan' yang perlu aku hadiri, dan aku 'menyimpan' cuti untuk Aidiladha nanti. Perlu balik untuk meraikan walimah kakanda Usayd. So berkorban la sikit (setahun 3 bulan tak balik...tahap homesick dah makin memuncak). Alhamdulillah, sangat terasa nikmatnya :)


Menyambut lebaran diperantauan memberikan pengalaman yang tersendiri.

Sangat terasa ukhuwah & ikatan kekeluargaan bila sama-sama duduk bersila mengupas bawang & halia, menumbuk kacang, membasuh ayam, berbelanja di pasar lecak (oh, kami pernah meredah banjir lumpur setinggi bawah lutut di pasar sehari sebelum raya), menghias aula (dewan kecil serbaguna kami) sambil dengar lagu raya, main bunga api di halaman rusun, menyalakan pelita, (tengok orang) membakar lemang, buat nasi himpit tak jadi, buat kek batik, membakar kek pakai oven sampai black out satu rusun, dan..dan..dan...seterusnya. Subhanallah, banyak kenangan yang saaangat manis untuk diimbas. Alhamdulillah, semua itu menambah perasa dalam kehidupanku :)

Okeh, masa habis!
Nak g sambung study.
Doakan insan kerdil ini menghadapi exam lepas raya nanti.

Ya Rabb,
Lancarkan aku berkata-kata, lembutkan hati penguji-pengujiku.
Yang lebih penting, berkati aku dengan ilmuMu, Ya Allah!

~JwiSa