Showing posts with label santai~. Show all posts
Showing posts with label santai~. Show all posts

May 31, 2011

back to 90's



by SHADES

May 18, 2011

bed-time story ^_^

Hampir setiap malam aku membeleknya, layaknya sebagai bed-time story. Pusing sana, pusing sini. Mujurlah kepalaku tidak ikut berpusing. Menyelesaikan puzzle Rubik’s cube bukan lagi sesuatu yang susah, malah aku sudah mampu mengajar orang lain bagaimana menyelesaikannya.

Berhari-hari aku bersama puzzle yang satu ini membuatkan kagum dengan ciptaan ini. Kagum bagaimana idea ini boleh tercetus. Kagum bagaimana gerakan-gerakan tertentu hanya mengubah kubus-kubus tertentu. Dan lebih kagum, kombinasi gerakan-gerakan tersebut akhirnya mampu mengembalikan semua kubus-kubus kecil ini ke tempat asalnya. Subhanallah!

Kekaguman ini hujung-hujungnya menimbulkan satu pertanyaan. Siapakah orang pertama yang menemukan penyelesaian puzzle ini? Atau lebih tepat, siapakah orangnya yang mencipta puzzle ini?

Erno Rubik

Inilah orangnya. Erno Rubik, dan nama puzzle ini juga diambil sempena nama beliau (kini bergelar professor). Dilahirkan di Budapest, Hungary pada Julai 1944 & dibesarkan dengan sentuhan seorang jurutera (ayahnya) dan penyair (ibunya) memberikan nilai kesenian tersendiri padanya. Beliau mempelajari tentang sculpture (juga berhubungan dengan kesenian) di sebuah kolej dan melanjutkan pelajaran di  Academy of Applied Arts and Design, mempelajari architecture. Setelah menamatkan pengajiannya, beliau bekerja di sana mengajar interior design. (Ah, aku pernah memasang impian menjadi interior designer!)

"It was wonderful, to see how, after only a few turns, the colors became mixed, apparently in random fashion. It was tremendously satisfying to watch this color parade. Like after a nice walk when you have seen many lovely sights you decide to go home, after a while I decided it was time to go home, let us put the cubes back in order. And it was at that moment that I came face to face with the Big Challenge: What is the way home?" - Erno Rubik

Di sinilah bermulanya sebuah ketidaktahuan. Pemuda berusia 29 tahun ini bertungkus lumus mencari ‘jalan pulang’ bagi pihak kubus-kubus tersebut. Setelah mencuba, berfikir dan mencuba, beliau mendapatkan sesuatu : certain sequences of moves for rearranging just a few cubies at a time.

Setelah sebulan, akhirnya Rubik berjaya membawa pulang kesemua kubik ke tempat asal mereka. Pada hari ini, Rubik’s cube sudah dikenali umum. Malah ada pelbagai bentuk yang lain, yang tentunya lebih mencabar. Di seluruh sudut dunia manusia ‘bermain’ dengan puzzle ini, dikelola oleh World Cube Association (WCA), sebuah organisasi yang kini bergerak secara internasional di 13 negara dunia (tidak termasuk Malaysia). Rekod baru juga telah dicapai, 6.24 saat oleh adik Feliks Zemdegs  yang baru berusia 16 tahun!

Salah satu dari pencapaian Feliks Zemdegs

Permainan seumpama ini sangat bagus sebagai latihan minda. Seperti tubuh, minda juga memerlukan latihan/exercise untuk tetap sihat. Kajian menunjukkan bahawa permainan seperti ini membantu mempertahankan akal yang tajam meskipun di usia tua. Menyelesaikan puzzle, crossword dan permainan minda yang lain meningkatkan kualiti memori jangka pendek, koordinasi mata-tangan serta kemampuan konsentrasi.

Namun satu hal yang perlu diwaspadai adalah meletakkan prioriti. Permainan ini memang menyeronokkan dan mengasyikkan. Tapi jangan sampai seluruh masa yang ada dihabiskan bersama kubus-kubus ini sedangkan lebih banyak urusan-urusan penting yang perlu diutamakan. Ingat, permainan ini lebih bersifat duniawi dan dunia adalah musuh Allah.

"Sesungguhnya dunia ini musuh Allah, sedangkan engkau mencintainya. Barang siapa mencintai seseorang tentu membenci musuh orang itu" - Kitab Minhajul Abidin, Karangan Imam Ghazali.

Wallahu’alam.

p/s : ada persamaan antara kedua individu yang disebutkan di atas (Erno Rubik & Feliks Zemdegs) : Kedua mereka adalah PEMUDA ketika mereka mencipta sejarah hebat. Ayuh PEMUDA ISLAM, di mana sejarah hebatmu?


Apr 17, 2010

Gossip bakal doktor

Sebuah sketsa realiti yang diubahsuai. Nama dan watak adalah rekaan semata-mata. Harap maklum.


Lokasi : Dalam pete-pete menuju ke Mall Panakkukang

Kay : Rindunye kat korang..lama kite tak keluar skali ek.

Mie : A’a la..rasanya last time kite keluar sama masa dinner sambut birthday Fir dulu. Lame gile kot, lebih 3 bulan!

Nor : Aku dgn Mie selalu je sama-sama. Ko la Kay..masuk bagian lain-lain.

Kay : Biase la tu. Dah koas ni susah la sikit..aku free, korang lak sibuk. Aku sibuk korang free..

Nor : Tak pe, kejap je lg nak habis ni..tengok senior2 kite cepat je. Kite ni pun, tak terasa nnt tetibe dah habis.

Mie : InsyaAllah...

Kay : Korang sempat ke wisuda Disember?

Mie : Hm, kalau ikut sempat kot. Tapi aku tak nak berharap sangat. Kalau sempat, sempat la..kalau tak, Mac pun ok.

Nor : A’ah, nnt punye la nk kejar tetibe tak dapat. Frust den~

Kay : Hehe..ok la tu. Tak jauh beza pun dgn kitorang..

Nor : Eh, nanti korang nak apply hospital mana? Aku pun dok pening fikir ni..

Mie : Aku x kisah memane, asalkan ade member. Tak nak la sorang2..Kalau diikutkan, aku dengan Sue bole la nak apply skali kot, rumah pun dekat. Tapi, cik Sue kite tu mesti nak kawen dulu..tinggal la aku sengsorang..huhu

Nor : Ala, ko dgn aku la..xde la jauh sgt Johor dengan Melaka kan :)

Kay : Hmm..kalau boleh aku nak apply hospital yang dekat dengan rumah. Asyik duduk jauh je. Dari sekolah, duduk asrama. Time keje ni nak dok dgn family pulak laa. Lagipun aku kan anak bongsu. Abang kakak aku sume dok jauh..

Mie : Hm, memang la. Kalau boleh mmg nak dekat family. Tapi hospital area aku ni susah sket la..senior-senior cakap doktor kat sane macam pandang rendah sikit la kat student grad Indonesia. Cuak la sket..

Nor : Ha, tu lagi satu aku risau. Dah la english kite kt sini hancur.. Aku selalu terfikir cemane nanti doktor tak reti speaking. Adei, kan malu..

Kay : Setakat english biase tu xpe lagi. Ni medical term sume english. Ternganga laaa..

Mie : Memang tu la cabaran kite. Tapi senior2 kite ok je..mula-mula memang la cam blur sket. Biasa la tu, baru kan. Tapi macam Kak Yatt pesan hari tu, kite buat pede (confident) je..then kalau x tau, tanya. Jangan buat2 tau. Tanya pi la lat nurse ke, sape2 kt situ..daripada kite buat salah..

Kay : A’a..insyaAllah, everything will be fine. Just try our best~

Nor : Eh, kite turun kat sini kan? Tu ade beca..

Kay : Kiri pak!

-The End-

Jan 31, 2010

Kasut baru

Ada cerita dalam cerita, ada kisah dalam kisah..

Satu hari, aku ke kedai untuk mencari sepasang kasut baru. Kasut yang boleh aku pakai untuk ke kuliah setiap hari, kerana kasut yang lama sudah rosak.

Tempat tujuan pastilah sebuah kedai yang terpercaya. Aku biasa membeli di sana dan aku berpuas hati dengan produknya. Tak perlu terlalu mahal, tapi tidak juga terlalu murah. Barang yang terlalu murah kadang lebih sinonim dengan kualiti yang rendah.

Aku melihat sekali imbas. Hal yang pertama aku perhatikan adalah rekabentuk kasut yang sesuai dengan hasratku. Yang sesuai dengan status ‘kasut kuliah’. Yang terlihat kukuh dan fleksibel. Juga warnanya. Hmm..ada beberapa pasang kasut yang kelihatan agak bagus. Aku melihat dengan lebih teliti.

Berminat dengan sepasang kasut berjenama tempatan, aku cuba memakainya. Agak kecil. Aku minta ukuran yang lebih besar. Hak pengguna, aku mencari barang yang bagus. Penjual kembali dengan kasut seukuran kakiku. Ku sarungkan ke kaki. Just nice. Cuba berdiri, berjalan dan berpusing memperagakan kasut – mungkin bakal kasut baruku. Selesa? Hmm..boleh la. Tapi agak ketat. Kata penjual, kasut tersebut akan mengembang. Jadi kasut ketat itu akan bertambah longgar seiring waktu. Setelah mempertimbangkan harga, warna dan rekabentuk, aku setuju membelinya.



Hari pertama kuliah di semester baru, aku melangkah dengan semangat baru & kasut baru. Langkah terasa agak berbeza. Maklum, kasut baru. Belum biasa. Tapi aku senang dengannya. Setiap kali bertemu rakan-rakan, sempat aku memberitahu. Ini kasut baru aku! :) Bukan menunjuk, sekadar berkongsi kegembiraan.

Tapi menjelang petang, kaki mula terasa sakit. Kasut baru seakan mencengkam urat-urat kakiku. Ketat! Sehingga untuk berjalan pun aku rasa tidak sanggup. Sekiranya diberi pilihan, mahu saja aku berjalan dengan kaki ayam. Tapi tidak mungkin.

Sesampainya di rumah, kasut baruku secepatnya aku tanggalkan. Hahh. Sakit, betul-betul menyakitkan. Tapi tak bererti aku tidak menginginkannya. Aku masih ingat kata-kata si penjual, kasut ini akan mengembang nanti. Sabarlah sikit...

Hari kedua kuliah, aku merehatkan kakiku dengan hanya memakai kasut kuliah yang lama. Walaupun sudah rosak, ia masih dapat melindungi kakiku. Selama seminggu, hanya dua hari aku memakai kasut baru. Sebab pertama, aku akan kesakitan kalau memakainya setiap hari. Kedua, aku tetap mahu memakai kasut baru itu supaya ia cepat mengembang, supaya cepat aku merasai keselesaannya. Dan ketiga, aku tetap ingin memakai si kasut baru yang aku yakin ia memang sepasang kasut yang bagus!

Setelah itu, aku sudah mampu memakainya dengan lebih kerap. Kesakitan masih terasa, tapi sudah berkurang dan dapat ditahan. Kalau sakit sangat, boleh buka sekejap. Lepas tu pakai la balik.. Aku harus tetap sentiasa memakainya. Sehinggalah akhirnya setelah masuk bulan kedua, kasut baruku sudah cukup selesa untuk dipakai setiap hari.

Hari ini, kasut baruku (yang aku tetap ingin memanggilnya ‘kasut baru’) masih setia menemaniku ke kuliah setiap hari, dan aku akan setia dengannya~

[End of story]

Ada cerita dalam cerita~Ambillah mana-mana cerita yang kamu mahu.

Dec 25, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan!

Peserta : Aku & adik-adik seramai 21 orang *hah, terasa macam cikgu bawa anak-anak murid pergi rombongan pulak* :)


Destinasi pertama : Rumah Makan Lae-Lae


Lebih kurang 30 minit dari Rusun menaiki pete-pete, kami sampai ke Rumah Makan Lae-Lae yang terkenal dengan makanan lautnya. Sewaktu kami tiba, pengunjung dah banyak memenuhi meja-meja makan. Selamat datang, adik-adikku..inilah Rumah Makan Lae-Lae yang sudah tak asing lagi dikalangan pelajar Malaysia di Makassar.

Menu kami : ikan Baronang Rica-Rica, ikan Kakap Asam Asin, Cumi-cumi (sotong) goreng tepung, cah kangkung & otak-otak (ikan). Hmm~ cepat aje habis. Siap tambah nasi lagi. Seronok tengok adik-adik makan dengan enaknyee :)

Di meja makan, aku sempat berkenalan dengan adik-adik. Almaklum, sebagai senior final year..tak mampu dah nak kenal semua adik-adik. Jadi kesempatan malam ni aku gunakan untuk lebih mengenali mereka. Semoga lepas ni, dah boleh panggil nama kalau berselisih. Hehe


Destinasi kedua : Pantai Losari



Bila dah kenyang, kami berjalan lebih kurang 400 meter menuju ke tepi laut. Er, nama je pantai tapi kat situ xde pantai. Kalau nak pergi pantai kene masuk lagi kat dalam. Tempat ni dah cantik, tak macam masa kami baru datang dulu. Suasananya, bak kata Aqilah (salah satu adik yang ikut malam tu) tempat ni macam Dataran Merdeka kat Penang tu. Ramai orang duduk-duduk menikmati malam, tangkap gambar sana sini.




Sampai je tempat ni, bertebaranlah adik-adik aku. Bergambar sana sini. Nasib baiklah aku ni ‘gila foto’ jugak~boleh join skali :) Tapi kami tak boleh lama-lama kat situ. Ada satu lagi destinasi, dan jam hampir mencecah 10 mlm! (suasananya seperti jam 11 malam di Malaysia). Hmm..susah jugak aku nak kumpulkan adik-adik ni semula. Nasib baik ada adik-adik tahun 3 (Nabilah, Mahfuzah & Farhana) tolong kumpulkan adik-adik. Kalau tak, lama laa pulak Khade & Tia tunggu kat destinasi ketiga kami..


Destinasi ketiga : Makan ais krim!



Masih disekitar Losari, kami berjalan lagi kira-kira 400 meter menuju ke kedai aiskrim (aku tak pernah tau nama kedai tu..hehe). Kedai ni atas laut. So boleh makan ais krim sambil menikmati deru laut yang sejuk. Tapi malam tu agak ramai, penuh dengan pengunjung. Almaklum, menjelang hari Natal. Tak mengapa. Kami tetap gembira!

Kami pulang jam 11 malam, dan selamat sampai di Rusun hampir 11.30 malam. Alhamdulillah, satu misiku tercapai. Semoga ukhuwah yang terbina malam ni membuka satu jalan untuk aku (dan sahabat-sahabat) lebih mendekati mereka.




Sebuah lukisan akan lebih cantik jika pelukisnya menjiwai lukisannya.
Sebuah puisi akan lebih bernilai jika penulisnya menghayati nukilannya.
Sebuah pesan dakwah akan lebih terkesan jika penyampainya memahami objek dakwahnya.
Itulah seni dalam kehidupan~



Note : Tak suke setting blogspot yang baru. Complicated!

Nov 3, 2009

Sunnah Berjuang

Yang namanya perjuangan itu tidak pernah sepi dari jerih dan payah, tidak pernah lekang dari sebuah pengorbanan dan kesabaran. Tidak dapat tidak, ia mesti dilalui dengan sebuah tekad dan kesugguhan. Sahabat, inilah medan perjuangan kita..!

SUNNAH BERJUANG

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cita
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah berjuang..
Ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu di bayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga


[sebuah nasyid lama yang diberi nafas baru]

Sep 24, 2009

5 Syawal

Assalamualaikum..

Ops, dah lama rupanya teratak comel ni tak terupdate. Almaklum, Mood ‘beraya di Malaysia’ memudarkan segala keinginan untuk mengirim berita di laman hijau ni. Kad raya kt bawah ni pun, setelah dipaksa oleh Mak dan Abah. Huhu~

Okie. Hari ni dah 5 Syawal. Alhamdulillah, dah dapat 1 hari puasa sunat Syawal. Ada 5 hari lagi. Coming soon insyaAllah. Nak tau kami buka puasa kat mana? Ahaaa..dari Penang ke Sungai Petani. All the way, untuk mencari Radix Fried Chicken (RFC)! Nyam-nyam~~


Kak Aween kata, warna oren dia very 'catchy'

Bagi siapa yang belum tau, RFC ni merupakan produk Islam yang pertama di Malaysia. Konsepnya lebih kurang macam KFC, tapi ni orang Melayu/Islam punye version. I'm impressed. Penuh orang. Beratur panjang..sampai dah maghrib baru dapat makan. Alhamdulillah. Sedaap!


RFC ni salah satu dari produk HPA. Banyak lagi produk diorang. Barangan kesihatan, herba, hotel, IT & communication. Macam-macam lah. Tak tau pulak perpanjangan dari HPA ni ape. Tapi ni betul-betul produk Islam. Untuk terlibat dalam perusahaan diorang ni, ada beberapa program khusus yang wajib dilalui. Tamrin, Qiam dan seumpamanya. Pekerja-pekerja diorang sentiasa dalam keadaan berwudhu’ sepanjang hari. Subhanallah. Siapa kata orang Islam tak boleh berjaya? Malah Allah dah bagi tips yang cukup berguna. Cuma kita je yang malas nak mengamalkannya...

Satu lagi produk HPA ~Dimiliki oleh HPA Organics Sdn. Bhd.]

Tengok suasana kat RFC tadi, rasa macam dekat bandar Islam je. Kebanyakannya bertudung, berkopiah. Pekerjanya pun menutup aurat. Alhamdulillah. Mak kata, kat SP ni je nampak HPA boleh ‘tumbuh subur’. Mungkin sebab masyarakat kat situ ada kesedaran yang lebih terhadap Islam. Tempat lain tu bukanlah tak ade, cuma belum ‘sehangat’ di Sungai Petani ni la kot... Di area tu je, ada 3-4 lot milik HPA dengan pelbagai produk diorang. Tahniah kepada owner HPA. Semoga kualiti dapat di tingkatkan, dan terus berjaya. InsyaAllah. Dan kepada muslimin muslimat di luar sana, apa lagi? Jangan lupa untuk sama-sama menyokong usaha murni ni. Mudah-mudahan menjadi saham kita di akhirat nanti. InsyaAllah :)

Ok. Nak cerita apa lagi? Baanyak sangat cerita sebenarnye ni. Sampai x tau nak cerita yang mana satu. Hehe~ tapi xboleh la nak crite semua kat sini kan. InsyaAllah kalau ada kelapangan nanti akan dikongsikan di sini.

Radix Chicken Delight. Nak try?


Panjang beratur. Beratur sambil fikir menu..nak makan ape ye?

Ha. Dah dapat makanan! Mai le makan~ Ni gambar orang suke makan dan mau makan :)



Sedap sehingga menjilat hidung! Eh, jari laa.. :P




Kat atas ada ruang solat yang amat selesa. Alhamdulillah. Macam ni la bagus!




On the way back, singgah sekolah lama. Sebuah memori :)

Oh ye. Semua gambar yang di upload di post ni adalah hasil dari kamera baru :) Terima kasih mak dan abah dah belikan kamera baru. Lama mengidam nak beli kamera. Kamera ape? Biasa je, simple one. Kecanggihan tu tak penting. Kamera biasa pun, kalau kita tau nak manfaatkannya betul-betul..hasilnya cantik jugak kan? Bukan setakat kamera, pendrive baru pun dapat. (pendrive lama dah hilang..)
Tapi ape-ape pun, mak pesan.. “Manfaatkanlah barang-barang ni untuk menambah pahala. Untuk kerja-kerja dakwah..” InsyaAllah, mak. I will :)

Macro On


Sony 730. Test power sket~


Ok. Dah habis. Nak tgk gambar lagi? Klik sini
Pesanan : JOM PUASA 6! :)

Sep 19, 2009

Sep 15, 2009

Puisi Kenang-Kenangan

Aku tak pandai menulis puisi. Aku hanya pandai berpuisi.
Alhamdulillah, ada insan yang sudi mencipta puisi indah untuk aku deklamasikan sehingga ke peringkat kebangsaan.
Naib Johan Puisidra Sains Kebangsaan 2000
Terima kasih, Pn Hjh Siti Rohah atas kepercayaan yang diberikan. Kenangan ini sungguh indah!



Di Sebalik Rahsiamu..Atom
IzinNya,
Seni dalam keindahan
Sekecil atom ternukil kisah
Jirim membusana empat unsur..
Tanah… api… udara… air bermula segalanya
Yaasin mengungkap citra sistem solar
6 takah 7 petala langit terbentang
Tersusun indah di langit nirmala
Tertib tunduk planet tanpa celaka
Mengungkap benar teori Atom Dalton…
Atom bersfera seni dan pejal menciri jirim
Membuka lembaran kajian tanpa ujung…

Hadirmu..
Sinar katod membukti diri zarah bercas negatif
Elektron memercik jasa
Melahir insan madani
1000 tahun mengorak langkah pertama
Memancar kemilau Al-Hambra seharum Andalusia
Sedangkan..
Gelap jahil masih memayungi bumi Eropah..
Namun.. apabila inkuiri menyapa
Atom diburu dalam kemaruk Renaissance
Sumber tenaga segenap maya

Kazanah atom terhimpun
Jadual berkala membisik sifat diri
Bagaikan insan ketemu cinta
Proton bercas positif menarik sayang kekumin neutron
Dek jalinan kasih.. nukleus terlahir
Elektron bagaikan juara antara bitara
Bergerak pantas memacu tenaga mengelilingi nukleus di petala sana
Laksana planet mengelilingi mentari
Kata Einstein..
“Paduan jisim, rembatan cahaya tenaga terhasil”

Kiranya..
Kering emas hitam di perut lautmu
Kiranya..
Bitumin ghaib dek berinsutnya masa..
Atom meluru di sisi merisik bantu..
Menghulur salam pecahan nekleus
Lautan pasti berbusa diredah megahnya bahtera
Meniup bisikan di mana-mana..
Jambatan alaf terentang antara benua
Dihubung kasih digital maya siber

Di orbit sana
Galaksi gelisah dijeling atom lakuran nukleus
Pastinya..terpana siBima Sakti
Melihat Marikh dalam genggaman..
Reaktor tenaga..
Memuntah nuklear dalam hambatan paradigma
Terpancarlah sinar cahaya
Helium menitip budi di sebalik gas adi..
Reaktor nukleus melampias haba menitis wap
Menggerak janakuasa membias kemilau neon
Bagaikan nur penyuluh alam

Keajaibanmu Kobalt..
Merenjis penawar duka
Tabib dan doktor menadah syukur
Kanser durjana diamuk resah
Diunjam musnah dek Radium radioaktif
Curie membakar diri..mencari formula
Akhirnya..
Pawaka sel dijirus sirna
Organisma barah berkulai sendu merela satu kehidupan
Buatmu homo sapien..

Kini
Terjawab sudah bila dan di mana?
Disingkap pengesan radioaktif
Karbon 14 membisik rahsia asal bermula
Pra sejarah cermin hari ini..
Tindak balas kimia hayat bukan lagi arbitrari..
Khabarkanlah..
Di sebalik citra seninya atom
Satu Terrarium membukti keesaan Maha Khaliq

Dirimu..
Bagaikan pawana berpuput lembut
Sesekali mengirim badai
Menyentak cendekia dek hipotesis dan teori
Seumpama kejutan Quark menciri jirim
Apakah itu benar?
Hanya masa menentukan…


credit to OUR TEAM :)

Dari kiri : Suhaimi & Arif (pelakon), Maimanah (pendeklamasi), Fazlin (PA pendeklamasi :P)
Pn. Koh Mui Hong, En Harris Ganae, Pn Hjh Siti Rohah, En Wazaruddin, Pn Noorsalawati
(dan ramai lagi....)

Aug 31, 2009

Bahtera Hamba

Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...

Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...

Kalau tiba ke pantai putih
Hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu

Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....

Kini danau nurani bersih
Berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
Telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....




[Hayati alunannya di sini]

Aug 2, 2009

Musafir Kelana

Musafir Kelana by Rabbani
Berjalan bermusafirlah
Melihat keagungan Allah
Meninjau menitilah
Rahsia ciptaan Allah
Ziarahilah makam kekasih Allah
Kenangilah Rasulullah
Bangunkan jiwa jihad Islami
Semangat syuhada ilahi
Marilah bermusafir
Laksanakan tuntutan jiwa
Bermusafir berkelana
Luaskan pandangan saujana
Bermusafir berkelana
Kenal Tuhan Maha Pencipta
Berbekal keimanan
Penyuluh disempanjang jalan
Mengharap keredaan
Doa menjadi kelaziman
Penat lelah mainan safar
Tempuhi ranjau banyak bersabar
Letih lesu tidak menentu
Syurga menjadi idaman kalbu



Kubu Qaitbay, Alexanderia
Lembu Samiri
[Thaha : 85-98 dan al-A'raf : 148-154]

Masjid Fatah, Zagazig


Pantai 'Ajiba



Tasik Garam

Toba : Sempadan 3 negara (Mesir, Palestin, Jordan)


Tanjung Bayang, Makassar
Air Terjun Bantimurung, Kabupaten Maros

Pelabuhan Tanjung Bira, Bulukumba


Tanjung Bira, Bulukumba



Resepsi pernikahan budaya Bugis-Makassar


Suasana malam di Jakarta Barat


Senayan City, Jakarta


Grasmere, UK




Tower Bridge




"Maka tidakkah mereka memperhatikan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami membangunnya dan menghiasinya, dan tidak terdapat retak-retak sedikitpun? Dan bumi yang Kami hamparkan dan Kami pancangkan di atasnya gunung-gunung yang kukuh, dan Kami tumbuhkan di atasnya tanam-tanaman yang indah, untuk menjadi pengajaran dan peringatan bagi setiap hamba yang kembali (tunduk kepada Allah). Dan dari langit Kami turunkan air yang memberi berkah, lalu Kami tumbuhkan dengan (air) itu pepohon yang rindang dan biji-bijian yang dapat di panen, dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun, (sebagai) rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan (air) itu negeri yang mati (tandus). Seperti itulah terjadinya kebangkitan (dari kubur)"
[50:6-11]



Jul 21, 2009

Dok & Dek

Situasi 1
Dek : Ass Dok. Maaf mengganggu. Ada pasien baru di perawatan 3, atas nama Rusly dgn Suspek Demam Tifoid.
Dok : Ok dek. Terima dulu. Nanti saya ke sana.

Situasi 2
Dek : Dok, pasien di ICU atas nama Idris dgn DM, HbA1C 6, GDS terakhir 55. Penurunan kesadaran. Terpasang infus Dextrose 10%, chor
Dok : Kasi masuk dulu Dextrose 40% bolus, dan dextrose 10% drips.
Dek : Pasien sudah mulai sadar dok, tapi masih lemah.
Dok : ok dek, saya lagi ke sana.

Situasi 3
Dok : Dek, brapa tensinya Dg Lara’ tadi? Coba ditensi lagi. Kalau sudah baik atur mi cairannya 24 tpm ya.
Dek : Sudah dok saya tensi, masih 80/60. Tetap di chor dok?
Dok : Iya dek. Follow up per 30 menit dek na.
Dek : Ok dok! :(

Situasi 4
Dok : Dek, kamu di mana?
Dek : Saya lagi di jalan dok.
Dok : Saya tunggu di meja perawat. Cepat dek, sebentar Prof datang.
Dek : Ok dok..

Bila Dok nak tenter Dek ni? Tak pe Dok, nnt Dek tanya banyak2..! :D


Note:
Tenter = Mengajar

Nov 15, 2008

minesweeper

Korang pernah main game minesweeper x? Aa, xtau? Alaa..game kat windows tu la. Ade gamba BOM. Ehe~

Tatau la korang tau ke x main game ni. Saje je nak share for those yg xtau. Sbb sape2 yg xtau tu mesti ingat game ni cam main tekan je..pernah skali mase kat campus, main la game ni. Tetibe sorang member menyatakan keharianan bin ajaibnye melihat aku men game ni. Dia kata game ni ikot nasib je..kalau nasib baik, tak kene la bom. Huhu~ mane buley cmtu. Kalau x, watpe la dier buat game ni kan...

Ok, first..let me introduce to u bout this game. Game ni actually kite kene bukak semua box yg ada without membuka box yg berisi bom. How can we do that? Mesti ade clue...and clue dia adalah nombor-nombor yang ade kat box tu. I’ll explain u later. Sebelum tu, nak gtau..sblh kiri atas tu indicate bilangan bom, sebelah kanan indicate time & smiley kat tengah tu saje je buat kite cuak everytime kite klik kat box. Huhu..and it is shortcut utk new game (atau leh tekan F2)
Before start, pilih la dulu nak level mane. Senang ke susah ke..kalo baru nk blaja2, amik la beginner dulu. Pastu leh naik level susah sket...
Orait. Da ready? Click any box there. Akan kluar one number (unless you click a MINE!). As I stated before, this number is a clue. That number is indicating how many mines are there in a boxes around it. Let me show u this..


Number 3, indicate there are 3 mines somewhere in 8 boxes dat surround it. Sama la kalau kluar number 1 ke, 4 ke, 6 ke... kalo nombor 8? Maknanya semua kotak keliling dier tu ade bom! Aha, senang kan? Err..tapi cemane kite nak teka dari 8 kotak tu, yg mane je yg ade bom? Ok, don’t panic. Klik je lagi kat any box. Another number will appear (again, unless u click a MINE..). If bernasib baik, kite klik kat satu kotak, banyak pulak kotak yang terbukak. But of course boxes yg xde bom la yg akan terbukak.. So, dari beberapa clue numbers yg dah ada tu, we can know which box yg ade bom. Macam kat gambar ni..


Untuk selamat, supaya kite tak TERtekan dekat box yg kite sure ade bom, right-click kat kotak ni. Ade gambo bendera akan kuar. Bila dah ade bendera ni, slamat la. Even kite klik kat situ pun, box tu xkan terbukak. Kite leh letak tanda bendera tu kat mane2 je yg kite yakin ade bom. Kalau xletak pun xde masalah, tapi takot kite TERtekan la..mati karang~ And, note that bilangan bom kat atas tu akan berkurang, sesuai dgn bilangan bendera yg korang letak. But, when korang nyer bendera dah terlebih dari yang sepatutnya, bilangan bom kat atas tu akan bernilai negatif. Maksudnye, ade la mane-mane bendera korang tu tersalah tempat. Ingatkan ade bom kat situ, rupenye xde....

Ok, faham setakat ni? Kite proceed k..
Next teknik is when u are not sure..kat kotak ni ade ke x...hurmm. korang leh letak tanda soal kt box ni. Caranya, right-click dua kali. Dgn tanda ni, korang akan lebih aware. Tapi, berbeza dgn bendera tadi, box dgn question marks ni tetap akan terbuka kalau korang klik. Kalau betul la ade bom kat situ, mati laaa...

Once korang tersalah tekan (tekan box yg ade bom), semua bom yg ade akan revealed. Bom dgn kotak merah kat blakang is the box yg korng tersalah tekan tu. Bom dgn tanda pangkah is bom yg td korang letak tanda bendera tapi ternyata xde bom pun kat situ...kuangkuang~ Game over.

Ok..if korang dah dapat bukak semua boxes, korang dah menang! Smiley tu pun pakai spec itam. Bergaya gito lho~ tahniah...


And kalau korang memang terror, dapat le masuk dlm highest score. Masokkan name korang kat situ...

Amacam, senang kan? game ni bagus utk kite nyer kecekapan mata, IQ & daya fikir kite... xde la main saje2. i usually play this game before blaja (warming up), selingan antara topic pembelajaran (refreshment) and before sleeeeep :) bagi seimbang sket otak kanan & otak kiri ni.. yang penting, jangan sampai lagha!
so, xnak try?