Showing posts with label Ekspresi~Al-Khansa'. Show all posts
Showing posts with label Ekspresi~Al-Khansa'. Show all posts

Nov 29, 2012

Tawakal


Tawakal. 

Untuk memperkatakan tentang tawakal, sememangnya mudah. Sangat mudah. Tapi, sejujurnya, adakah kita benar-benar telah meletakkan tawakal kita sepenuhnya kepada Allah s.w.t?

IBADAH HATI

Tawakal adalah ibadah hati, yang lahir dari hati. Ibadah pula datang dari iman, al-imanu billah, keimanan & keyakinan kepada Allah s.w.t.

Dan iman itu mencakupi 3 perkara: anggota, lisan & hati.

Dalam konteks tawakal, hati yang melakukan tawakal, tapi di mana letaknya ibadah anggota & lisan?

Ada seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang meninggalkan untanya tanpa diikatkan pada sesuatu, , lalu ditinggalkan. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak kamu ikatkan?" Ia menjawab: "Saya sudah bertawakal kepada Allah." Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda: "Ikatlah dulu lalu bertawakallah."


Tindakan mengikat unta itulah sebenarnya ibadah anggota, usaha untuk mencapai sesuatu akibat.
Tapi, adakah kerana mengikat unta itu, unta itu pasti tidak akan hilang atau lari? Andai ditakdirkan Allah s.w.t, ada yang mencuri unta tersebut, pastinya unta itu akan hilang. 
Ibnu Qoyyim Al-Jauzi mentakrifkan tawakal: “Tawakal merupakan amalan dan ubudiyah (penghambaan) hati dengan menyandarkan sesuatu hanya kepada Allah, tsiqah terhadap-Nya, berlindung hanya kepada-Nya dan ridha atas sesuatu yang menimpa dirinya, berdasarkan keyakinan bahawa Allah akan memberikan segala kecukupan bagi dirinya dengan tetap melaksanakan sebab-sebabnya serta usaha keras untuk memperolehnya.”
USAHA & TAWAKAL, SEBAB & AKIBAT

Kita melakukan sesuatu usaha, untuk mencapai sesuatu matlamat, untuk memenuhi asbab sesuatu ‘akibat’, & untuk menyempurnakan ibadah anggota kita. Kalau tak study masakan boleh dapat mumtaz?

Tapi, hakikatnya, ‘akibat’ itu adalah di bawah ketentuan Allah s.w.t, tanpa ada sedikit pun hubungan dengan usaha kita. Kalau kita mendapat keputusan yang cemerlang, pada siapa kita sandarkan cemerlang kita itu?

‘Mungkin aku study tahun ni lebih, sbb tu dapat mumtaz
‘Tahun ni aku amalkan study group, mungkin sebab tu keputusan aku cemerlang’

Kalau kita gagal, kita mungkin akan berkata, ‘aku dah usaha sehabis baik dah, tapi kenapa gagal jugak.. ‘ – dengan itu kita telah menyandarkan keputusan kita pada usaha kita.

Allah s.w.t sahaja yang maha tahu apa yang terbaik untuk kita, baik ianya mumtaz atau maqbul, atau gagal sekali pun. Tawakal kita sepatutnya meletakkan 100% baik buruk sesuatu perkara dalam hidup kita kepada Allah s.w.t.

Tawakal & usaha perlu berjalan seiring, tapi kita perlu memutuskan hubungan sebab-akibat dalam tawakal kita. Usaha kita hanya untuk memenuhi ibadah anggota, tapi hati kita menyempurnakan tawakal kepada Allah s.w.t & yakin sepenuhnya dengan keputusanNya.

BEBERAPA DEFINISI TAWAKAL

Tawakal itu merelakan Allah s.w.t menjadi ‘al-wakil’ dalam setiap urusan hidup kita, meyakini zat Allah s.w.t yang mengurus hambaNya dengan kebaikan.
“Hakikat tawakal adalah hati benar-benar bergantung kepada Allah dalam rangka memperoleh maslahat (hal-hal yang baik) dan menolak mudarat (hal-hal yang buruk) dari urusan-urusan dunia dan akhirat” (Imam Ibnu Rajab)
sekumpulan burung terbang berpagi-pagian di Dumyat 

Memaknai tawakal dari sang burung, berpagi-pagian tanpa apa-apa tapi pulang dengan kenyang.
"Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang." (HR At-Tirmidzi)
Tawakal itu kepasrahan hati di hadapan Allah s.w.t, seperti mana pasrahnya seorang mayat di hadapan org yg memandikannya. Tawakal itu adalah membiarkan Allah s.w.t memperbuat sekehendaknya, tanpa mempersoalkan kenapa.

Menyingkap tawakal seorang bayi dalam perut si ibu, menyerahkan urusannya sepenuhnya kepada Allah s.w.t, kenyang atau laparnya, hidup atau matinya, sihat atau cacatnya.

MENDIDIK TAWAKAL DALAM HATI

Dalam Al-Quran banyak diceritakan tentang tawakal para Nabi Allah.

Ingat kisah Nabi Ibrahim a.s yang memusnahkan berhala-berhala ketika ketiadaan orang-orang kafir? Tiadakah perasaan takut dalam hati Nabi Ibrahim ketika itu?

Lihat pula kisah Nabi Allah Musa a.s, bagaimana Allah mendidik tawakal dalam hati Nabi Musa.

Ketika Nabi Musa melihat tongkatnya bertukar menjadi ular untuk pertama kalinya, masih ada rasa takut dan kurang percaya, sehinggakan Nabi lari tanpa menoleh (rujuk Al-Qasas:31).

Kemudian, ketika berhadapan dengan penyihir-penyihir Firaun, Nabi Musa masih merasa takut, tapi hanya dalam hati & tidak sampai melarikan diri. (rujuk Taha: 67)

Dan ketika Nabi Musa bersama pengikutnya melarikan diri dari Firaun, Nabi Musa dengan yakinnya berkata: Sekali-kali tidak akan tersusul. Sesungguhnya Tuhanku bersamaku. Dia akan memberi petunjuk kepadaku. (rujuk Asy-Syu’ara:61-62)

Sebagai seorang doktor (atau bakal doktor), seharusnya perlu sangat-sangat faham tentang tawakal. Doktor perlu berhadapan dengan pesakit, merawat pesakit. Dan usaha merawat pesakit itu tidak lebih hanya sekadar ikhtiar kita untuk menyembuhkan pesakit, tapi kuasa yang menyembuhkan itu adalah Allah. Zahirnya seperti kita bergantung kepada ubat-ubatan & teknologi moden untuk diagnosis & merawat, tapi hakikatnya Allahlah yang menyembuhkan.

Didiklah tawakal dalam hati kita. Manifestasi tawakal akan membuahkan ketenangan dalam hidup. 

Fudhail bin I'yad ketika kematian anak kesayangannya, tertawa dan berkata: "Sesuatu yang Allah mencintainya, aku pun mencintainya, Sesuatu yang Allah kehendaki, maka aku pun mencintai yang Allah kehendaki & pilih"

Tiada istilah depression dalam orang yang bertawakal. Depression hanya untuk orang-orang yang tidak memaknai tawakal dalam hidup mereka!

 ۚ عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلْنَا ۚ رَبَّنَا ٱفْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِٱلْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْفَٰتِحِينَ
"Hanya kepada Allah kami bertawakal, Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak. Engkaulah pemberi keputusan yang terbaik."
(Al-Mumtahanah: 89)

Wallahu'alam

- Mumtaz: cemerlang
- Maqbul: lulus

Jan 1, 2010

It's time!

Pagi ini terjaga dek sms yang bertalu-talu masuk.

Sms dari Dura :
Salam khansa', sanah helwah. Semoga pertambahn umur seiring dgn pertambahan amal. Semoga ukhuwah antara kita semua semakin erat. Aminn..
Sms dari Husna :
Sanah helwah ya gamilah. Akhirnya 21 dah kan? Moga rahmat Allah di sisimu tika gembira sedih, senang susah, sihat sakit, muda tua, kaya miskin, dunia akhirat. Sayang ang sangat!
Sms dari Khaulah :
Salam.kak khansa, selamat hari lahir.. Semoga mumtaz dalam exam, hidup n akhirat jugak.. 
Juga terima e-card dari mak & abah yang dirindui :


Khansa', Selamat menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke 21. Semoga sentiasa dalam keberkatanNya, tetap iman, tinggi semangat juang seperti al-khansa', dikurniakan kesihatan yang baik, berjaya dunia dan akhirat... Semoga Khansa' thabat pada jalanNya...

And, dapat phone call direct from Malaysia, dari Abu Uzayr.

Jazakillah keapda semua atas ingatan dan doa kalian. Maaf, tak tertulis semuanya.

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Rabbul 'Alam, masih memberi peluang untuk aku menghirup udaranya yang segar, masih diberi nyawa hingga ke saat ini. Dan 'hadiah' yang paling besar dari Dia, sudah pastilah rahmat dan hidayahNya, untuk aku masih berada dalam nikmat iman dan Islam.
Alhamdulillah, alhamdulillah.

Dah masuk tahun baru pun, masa untuk refleksi diri, tanyalah kembali pada diri :

1. Siapakah yang menciptakan diriku ini?
2. Untuk apa aku dijadikan?
3. Bagaimana untukku memenuhi tujuan penciptaanku?

4. Ke manakah aku selepas kematianku?

Dah lebih 20 tahun pun kita berada di dunia ni. 20 tahun juga bergelar MUSLIM.
Kita pasti ke kita ada jawapan untuk semua persoalan-persoalan ini? Atau pun kita dah lupa asal usul, lupa tujuan kita dihidupkan?

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
[23:115]

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu?"
[51:56]

"Ingatlah ketika Rabbmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka berkata: Apakah patut Engkau menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. "
[2:30]

Renung-renungkanlah, muhasabah kembali, berapa banyak yang telah kita sumbangkan untuk Islam, selama kita hidup dengan title MUSLIM..

Tertarik untuk berkongsi kata-kata sheikhuna, As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna dalam risalahnya:
Bersamalah kita memohon kepada Allah agar kita beralih daripada medan bercakap kepada medan bekerja, medan mengatur strategi dan kaedah kepada medan melaksana dan mempraktikkan. Sudah sekian lama kita habiskan masa berucap dan bercakap. Masa menuntut kita supaya segera melangkah ke arah yang serius dan produktif

Selamat bermuhasabah..!



cakes sponsored by hana =)



hand-made by hana



from yana.. comel kucing tu, boleh kawan ngan si deco



from kay.. tq!


from mimie.. cute!


"Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah pertambahan usia kami ini satu rahmat bagi kami, untuk terus tunduk dan beribadah kepadaMu, untuk terus menjadi penegak agamaMu, jauh sekali menderhakai segala perintahMu.


Ya Allah, jadikan kami di kalangan mereka yang beramal dengan apa yang diperkatakan, jadikan kami di kalangan orang-orang yang bekerja di jalanMu, tetapkan hati-hati kami untuk terus thabat dijalanMu, dan matikanlah kami sebagai syuhada dalam perjuangan menegakkan kalimahMu. Ameen ya Rabb.."




May 9, 2009

qulilhamdulillah~


Baru sahaja selesai menduduki peperiksaan praktikal Pathology. Killer subject tahun ni…

Beberapa minggu sebelum peperiksaan, berbuih Dr Amal pesan.. “Study well.. “ “Have a good revision”. Sampaikan ada hari-hari yang dikhususkan untuk pelajar Malaysia sahaja untuk mengulangkaji. Egyptian pun kena barrah..!!

“The exam will start on 7 a.m. Please come at 7 a.m. sharp”

Tergamam semua orang. Sebelum ni kelas jam 9 pun mula jam 10. Dr Amal pun pukul 9.30 baru keluar rumah. Mana tak terperanjat semua orang. ‘Ala kulli hal, dah dikatakan pukul 7, pukul 7 jugak lah tercangak kami depan pintu department of Pathology, menunggu ‘amu buka pintu. Dalam hati aku berkata: “Tak pe la, sempat lagi aku belek buku ni.. “

Suasana dalam department sunyi sepi. Mana taknya, belum seorang doktor pun yang dah sampai. Macam mana la nak mula exam pukul 7 ni.. Sementara menunggu doktor sampai, semua sibuk selak buku, ada yang berbincang, ada yang jalan mundar mandir. Tidur pun ada.. hehe.. Macam-macam gaya. Ni baru exam dunia. Macam mana la agaknya keadaan di padang mahsyar nanti sementara menunggu untuk dihisab di hadapan Allah nanti.. Astaghfirullah al-‘azim….


Hampir jam 8.30, Dr Amal pun sampai. Semua mula bising. Kami pun beratur la depan lab,. Ada la dalam 10 ke 15 minit tercangak depan lab tu. Tercangak lagi.. hehe.. Masa menunggu tu sempat la bincang sikit.. pastu bila tak ingat, menggelabah cari buku.. huhu..


And then
, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Dah tak sabar-sabar nak pick nombor untuk menentukan kedudukan meja. Dalam hati ni, cuaknya hanya Allah yang tahu. Soalan akan bergantung pada nombor yang dipilih. Berkali-kali aku berdoa dalam hati, biar la dapat soalan yang aku ingat.

No 24. Hah.
Lab 1.

Aku pun masuk la dalam Lab 1 dengan cuaknya. Aku antara orang yang lambat jugak. Kebanyakan tempat dah berpenghuni. Aku tercari-cari di mana la tempat bertuah untuk aku ni. Cari punya cari, rupanya, Nad dah duduk meja no 24. Nad!! Tengok nombor Nad pun 24 jugak. Macam mana ni??

Terus aku jumpa Dr Essam.

“Okay, follow me”

Aku pun ikut membuntuti langkah Dr Essam ke bilik yang paling digeruni oleh semua pelajar Malaysia. Bilik Dr Amal!

Sementara Dr Essam mengambil kertas yang baru untuk aku, sempat lagi Dr Amal wish good luck untuk aku.. hehe..

“Okay, here’s your paper”

My lucky number : 18

Aku pun masuk la balik ke lab 1, tempat aku nun jauh di hujung sana.




First thing that caught my attention is : Bicornuate uterus.. Rasa macam nak melompat pun ada. I was hoping for that jar..

Alhamdulillah.. soalan-soalan yang lain pun agak senang. Slides pun senang-senang belaka. Berkali-kali aku ucapkan syukur. Allah dah tetapkan aku dapat no 18, walaupun jalannya nampak susah, ye la, pagi-pagi hari dah kena keluar rumah, kena tunggu 'amu kena buka pintu, tunggu Dr Amal sampai, dah dapat nombor kena tukar pulak.. tapi Allah tahu, itu yang terbaik untuk aku.

Sama juga la macam hidup ni. Kadang-kadang kita terlupa, bila kita diberikan sesuatu yang kita tidak suka, macam-macam sumpah seranah yang keluar dari mulut kita. Tak kurang juga yang nak menyalahkan orang lain. Lebih teruk, menyalahkan Allah. Na'uzubillah..

Allah s.w.t berfirman :

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

"..dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

(Al-Baqarah : 216)

Jadi, setiap kali kita diasak permasalahan, yang kadang-kadang bisa merobek hati dan iman kita, ingatlah Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kita, Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang beriman.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Zagazig, semoga terus thabat untuk meneruskan perjuangan ini, sama-sama kita MUMTAZ tahun ni eh..!!


~ al-khansa’



Next on list:
16.5.2009 – Practical Pharmacology

19.5.2009 – Written Pharmacology Paper 1

23.5.2009 – Written Pharmacology Paper 2



Aug 21, 2008

Zagazig yang sepi


First of all, mohon maaf for being idle for quite some time. Hampir sebulan hidup tak berkomputer. Susahnya hidup.. macam burung patah sayap. Terpaksalah tumpang komputer ahli bait bila nak guna internet. Tu pon kejap-kejap je la. Thank you yana.. =) Hampir sebulan komputer kena tahan untuk dirawat, akhirnya komputer ni kembali ke pemiliknya… alhamdulillah~~

Cuti pun dah hampir masuk pertengahannya. Sibuknya kalah sibuk waktu kuliah. Macam-macam program masa cuti ni. Pergi Cairo dah macam pergi suq (pasar) je.. kadang-kadang terpaksa travel malam demi mengejar kelas di paginya. Terpaksa la tebal muka minta khidmat musyrif. Syukran kathir pada muysrif yang berjasa. Inilah hidup kami hari-hari di sini. Ke mana pun berempat je; aku, Husna, Liyana & Amirah. Yang lain? Semuanya sedang bercuti di Malaysia. Sepi jadinya zagazig tak ada orang. Kami berempat pulak selalu ke Cairo. Bila ada kat rumah rasa sunyi je.. tak ada Kay yang suka kacau orang, pegi beit Hawa pon kawan ngan ikan-ikan dalam akuarium tu je.. hehe.. sesekali kami menjenguk kak Pae nun kat salam.. baby k.pae dah tak sabar-sabar nak kuar tu.. nak raye skali ngan acik-acik die.. mm.. untuk korang2 yang kat Malaysia tu.. cepat2 la balik sini… rindu riuh rendah korang.. =(

Tapi takpe.. kalau diorang sume sibuk jalan-jalan kat Malaysia, kami kat sini sibuk menjejalah bumi Mesir yang penuh dengan sejarah ni. Pengalaman jaulah ke Matruh & Siwa memang tak dapat dilupakan. Pantai dia teramatlah cantik.. jernih.. subhanallah hebat ciptaan Allah. Sebenarnya muhafazah Matrouh ni merupakan yang terbesar di Mesir. Terletak di barat laut Kaherah, Matruh mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dikatakan Alexander the Great pernah singgah di Matruh dalam perjalanannya ke Oasis Siwa dan Cleopatra dikatakan datang ke Matruh untuk bersiram.

Hamam Cleopatra : Tempat Cleopatra bersiram. Mempunyai 3 pintu yang dipahat, pintu masuk, pintu di sebelah kanan; tempat air masuk dan di sebelah kiri; tempat air mengalir keluar. Sebelum berangkat untuk bersiram, Cleopatra akan meminta penasihatnya mengkaji cuaca pada hari tersebut. Terdapat kesan pahat pada dinding Hamam. Kami sempat masuk ke dalam. Memang best kalau dapat mandi kat situ. Tak hairan la Cleopatra datang dari jauh semata-mata untuk bersiram!


Pantai Cleopatra : terletak di belakang Hamam Cleopatra. Cantik.. tapi berbatu, licin pulak tu. Ombak pon agak kuat. Agak bahaya & tak sesuai untuk mandi.


Jabal Mouta : Nama pon 'Mouta' kan, of course la tempat simpan mayat, berserta dengan harta-hartanya sekali. Tapi sekarang mayatnya dah dipindahkan ke tempat lain. Harta-hartanya pulak dikatakan dicuri penjajah. Sekarang hanya ada lubang-lubang kosong tak berisi. Kalau boleh nak naik sampai ke puncak atas tu, tapi musyrif tak bagi, bahaya katanya. Di Jabal Mouta ni jugak ada satu bilik khas untuk simpan mumia. Mumia ni tak boleh disentuh dan boleh rosak kalau terkena sinaran lampu, sebab tu bilik ni tak dipasang lampu, tapi kalau terkena cahaya matahari semulajadi, takkan rosak. Dari atas, boleh nampak kota lama Siwa & kubu Iskandar (Alexander The Great)


Kota lama Siwa : tempat penempatan penduduk awal Siwa. Sekarang hanya tinggal kesan runtuhan bangunan-bangunan lama.


Pantai ‘Ajiba : Pantai penuh keajaiban. Turun je dari bas, apa lagi, aku sibuk snap sini, snap sane. View yang sangat cantik. Tapi sayang, kalau datang kena pada waktunya, dapat tengok tujuh lapisan warna..


Temple of Oracle : kuil ni jadi 'office' masa zaman perang dulu. Kami hanya boleh bergambar dari bawah sebab 'amu tu tak bagi naik atas. Ada lagi satu kuil berdekatan yang sekarang hanya tinggal bongkahan-bongkahan kayu.


Kolam Cleopatra : Sebelum turun dari bas, muysrif ada cerita kisah tragis seorang pelajar yang terjatuh ke dalam kolam sedalam 5 meter ni dan meninggal dunia. Tengah kami sibuk-sibuk bergambar, tetiba ada bunyi orang jatuh dalam kolam. Semua kaget. Sangkaan kami ada salah seorang pelajar yang jatuh. Sekali, ada orang timbul. Rupa-rupanya, 'amu arab yang terjun mandi dalam tu. Kononnye nk buat stunt la.. poyo je 'amu ni..


Tasik Garam : masa kami sampai, garamnya dah tak ada. Sikit je yang tinggal..


Jazirah Fatmas : jazirah ni ada di tengah-tengah tasik garam tadi. Kat jazirah ni ada kolam air yang lagi dalam dari kolam Cleopatra tadi.

Balik je dari Matruh, semua dah tukar warna. Sunburn!! Tapi takpe.. tu la bukti jelajah kami ke bumi Matruh & Siwa !!



Apr 20, 2008

cerita hujung minggu


Hujung minggu kali ini membawa cerita yang berbeza seperti selalunya.
Cerita 3 generasi berkumpul atas ikatan iman dan ukhuwwah.
Cerita 3 generasi berkumpul di bumi Zagazig.



Jumaat lalu, kami menerima kunjungan dari kakak-kakak senior medic Cairo.
Kak Battah (tahun 6 Ain Shams U),
dan yang lainnya, Kak Fizah, Kak Mizah, Kak KD, n Kak Azah (Tahun 3 Cairo U).



Muka ceria dapat hadiah.. thanx for the chocolates.. =)



beit Safinah + beit Hawa
sorry Aizah.. muka ko tak nampak.. hehe..



ahli beit Saidah dah bertambah lagi seorang??



PMT Zagazig vs kakak kepada PMT Cairo..



beit Ahdhor + beit Akrimi Mathwa
(
ade jugak 3 budak beit lain tersesat dalam ni..hehe..)


Seronok sangat dapat jumpa akak-akak ni sume..
dapat bertukar cerita n pengalaman
thanks akak-akak sume sebab sudi datang menjenguk kami di zagazig
semoga episod perkenalan ni tak berakhir di sini..


Apr 8, 2008

Kenapa aku menulis..

Kenapa aku menulis?

Aku suka menulis..
sebab dengan menulis aku boleh berkongsi ilmu yang aku dapat dengan orang lain..
Even a little..
Nabi s.a.w bersabda: "Sampaikan dariku walau sepotong ayat."

Aku suka menulis..
sebab itu salah satu cara aku luahkan perasaan..

Aku suka menulis..
sebab bila kita menulis, aku boleh baca balik apa yang aku tulis..
tak seperti bercakap, aku tak boleh dengar balik apa yang aku cakap

Aku suka menulis..
sebab dengan menulis, my left & right brain will be stabilized.. =)

tp..
kadang2 idea tersangkut dalam kepala..
tak terluah dengan perkataan..
kadang2 masa membataskan..
ada idea tp masa pulak tak ada..

Diharap dengan terhasilnya BondingSisters
aku lebih bersemangat untuk menulis..


~al-khansa'