Showing posts with label PEDULI. Show all posts
Showing posts with label PEDULI. Show all posts

Sep 30, 2009

Berilmu dan Berbudi

“Assalamualaikum, cikgu..ada kat sekolah hari ni?”
“Wa’alaikumsalam..ada. Petang satgi pukul 3.30 ada jamuan raya.."




Wah. Langkah kanan betul! Patut la hari tu rase macam nak kene pegi jugak sekolah hari Selasa :) Dari pekan Sungai Petani, kami naik teksi ke sekolah. Saje nak mengimbau kenangan naik bas pi skolah (haha..sebenarnye...)


Kedatangan kami disambut Pn Noraini Zakaria yang kebetulan keluar dari pejabat. Nampak la kami yang baru nak melangkah naik ke atas. Alahai rindunye kat cikgu :) Seperti biasa, update berita dan khabar.

Lepas tu..kami menjenguk ke beberapa port.


Bilik guru
Kecoh! Macam ade pesta ape je menyambut kami berdua. Dan bermulalah sesi interview. Macam-macam pertanyaan & komen tentang kami. Maklumlah, kan dah 2 tahun aku tak menjenguk sekolah.


Bilik PK HEM
Bilik ni sekarang ‘dihuni’ oleh Ust Ismail Hussain, menggantikan Cikgu Raof. Kami intai-intai je, tapi Ustaz xde la pulak. Biasa laa..HEM memang sibuk Aku dulu kejap2 datang bilik tu cari cikgu Raof. Kejap dia ada, kejap hilang pulak. Dah la cikgu memang kecik :P


Anjung Informasi
Sepi je tengok anjung ni dari luar. Tak berani laa nak masuk. Tertanya jugak, Cikgu Azam & Pak Dan dok kt sini lagi ke?


Galeri
Galeri mane pulak ni? Erm. Ingat tak ade tempat duduk kt sebelah toilet pelajar pompuan tu? Tempat tu dah jadi galeri sekarang. Nak masuk, tapi berkunci. Kami intai dari luar je (haihh..dari tadi asyik mengintai jee..). Banyak laa piala & pingat skolah kt dalam tu..


Blok D
Jalan-jalan sampai ke Blok D. Kat sebelah bangunan tekno tu dah ade building baru. Dan sekarang sedang dibina satu lagi building. Nak bukak kelas lagi. Sebahagian tasik kt situ dah ditambak untuk bangunan tu...Makin kecik laa taman rekreasi kita...




Dewan Makan
DM makin ceria. Side perempuan tu dah tambah sikit lagi, macam kt sebelah laki tu. Memang DM kite ni kecik pun. Tapi tengok ratio pelajar perempuan dah makin sikit berbanding lelaki. Waktu makan tu, budak perempuan duduk kt side tambahan ni je. Selebihnya dipenuhi budak laki..


Aspuri
Aspuri pun nampak makin ceria. Mural warna warni. Water cooler sampai 3. Cuma kat depan tu nak buat bangunan aspuri lagi satu. Bilik rehat stil macam dulu. TV dah upgrade sket..yg canggih pny. Musolla pun x banyak beza. Cuma ada la tambah rak dan papan kenyataan..Dark Room masih sama :D


Aspura?
Ahha..tak masuk le sampai ke sana...

Okie..Ada beberapa info tentang skolah..

- Pn Siti Rohah dah jadi PK 1, Ust Ismail PK HEM, Cikgu Marlina PK KoKu.
- Pak Rush dah naik pangkat sbg Pegawai Sains & Matematik di Pejabat Pendidikan Daerah (ofis dia kt belakang sekolah tu je)
- Pak Dan, Ust Mizi, Cikgu Harris pun dah keluar..naik pangkat
- Cikgu Raof dah bersara 1997
- Cikgu Puteh, Ustazah Zainab..dah bersara jugak kot. Tak nampak pulak diorang hari tu..
- Majoriti cikgu yang kami jumpe dok komen tentang student sekarang. Disiplin kurang, prestasi pun menurun. Trial SPM SBP baru-baru ni dapat top five dari bawah...
PMR dah dekat. Kelas anjal F3 sedang berlangsung kt Dewan Besar yang tak besar-besar lagi tu :)
- Cikgu Zuraini (budak 4A5 ingat lagi x??) dah mengajar kt sini. Dah kawen, ade anak sorang :)
- Mak kepada Faiz Azhari Noor (AFAN) mengajar kat sini jugak...
- Anjung informasi dah jadi macam bilik tetamu. Kalau ada pegawai mane2 dtg jumpe kt situ je. Tempat cikgu Azam kat belakang, blok D

.....Ade lagi ke??

Tentang prestasi adik-adik kite ni..tak boleh diabaikan. Cikgu-cikgu mengharapkan bantuan dari kita.

“hampa mai la buat program kat adik-adik ni. Bagi motivasi sikit. Kalau orang luar yang bagi, impak dia lain dengan ex-student..”

Bukan sorang je cikgu yg ckp cmni..3-4 org jugak..maknanya, memang diorang mengharap lah jgk. Bagi yang dah keje tu, try la buat program dgn skolah..dana skali, sorang sikit. Yang ringan sama dijinjing, kan :)

Kita dah berilmu, bila lagi nak berbudi? :)

Sep 16, 2009

Wajah & Buku



Dua kata berbeza maknanya. Tapi bila disatukan, mampu 'menggalakkan' jiwa apalagi jiwa-jiwa muda di luar sana.

Tak salah, tapi berpada. Jangan sampai jatuh haram ke atas kita yang menggunakannya.

Macam pisau.
Ia hanya sebilah pisau, yang kita boleh gunakan untuk memotong ketam dan bakso (bebola daging) yang dengan itu kita dapat mengenyangkan perut; ATAU untuk menikam hati dan jantung milik manusia (bukan lagi ketam atau lembu) yang dengan itu kita mendapat dosa membunuh!
Bukan salah si pisau, tapi salah tangan yang menggunakannya..

Terserah anda nak pakai 'pisau' Wajah & Buku ini untuk apa. Tapi aku nak pakai untuk menyampaikan mesej Islam. InsyaAllah.


Wallahu'alam


refer :

~ Facebook : Antara Pro dan Kontra

Baca juga DI SINI

Aug 25, 2009

Adaptasi


Ogos datang lagi. Bererti, kami akan menerima pelajar-pelajar baru. Angkatan 2009. Alhamdulillah, mereka telah selamat tiba di bumi Makassar ini pada 21 Ogos 2009 yang lalu, tahun ini seramai hampir 50 orang. Melihat mereka datang dengan beg dan kotak yang besar lagi berat, terkenang pula saat kami bergelar mahasiswa baru di Universitas Hasanuddin ini. Hari ini (25 Ogos 2009), genap 4 tahun kami di sini. Sedar atau tidak, kami telah bergelar pelajar tahun akhir! (erk..!!)

Menempatkan diri di dunia baru, dengan rutin yang baru, suasana baru, bahasa baru, serba serbinya baru..pasti memerlukan sedikit adjusment. Adaptasi. Dan teori yang aku pegang sejak dulu, semakin cepat proses adaptasi seseorang, maka semakin cepatlah pula dia bergerak menuju ke matlamatnya. Mungkin benar, mungkin juga salah. Semuanya bergantung pada diri masing-masing.

Aku sering berpesan kepada adik-adik mahasiswa baru, bahawa mereka perlu segera beradaptasi dengan suasana baru ini. Meskipun Makassar tidak terlalu jauh bezanya dengan Malaysia, namun tetap ia memerlukan mengubahsuaian. Ada beberapa fasa dalam proses adaptasi ini.

Fasa satu

Dalam menghadapi satu suasana atau tempat baru, apakah itu tempat belajar yang baru, tempat tinggal, kerja baru, keluarga baru dan sebagainya, kita akan mengalami fasa pertama ini. Pada fasa ini, akan ada satu lonjakan ‘excitement’ dalam diri kita. Kita akan bersemangat untuk menghadapinya. Kita mula merancang untuk berbuat itu dan ini.

Contohnya, seorang mahasiswa yang akan melanjutkan pelajarannya di Makassar, di bidang perubatan. Excited tak? Mesti lah.. Aku nak blaja betul-betul, nak score. Nak bawak Atlas Anatomy Netter, Physiology Guyton, itu dan ini. Rasanya tak nak balik kot. Duduk je kat Makassar. Time cuti boleh ikut extra class. (dan macam-macam lagi..)

Fasa ini normal, dan setiap dari kita melaluinya. Betul x?

Fasa kedua

OK. Dengan excitement tadi, kita pun mulai menempuh kehidupan baru. Hari-hari pertama kuliah, kita bangun awal pagi, datang awal dan duduk depan di dewan kuliah. Khusyuk dengar doktor menjelaskan. Tapi... tak faham la pulak ape yang doktor ni cakap. Laju sangat. Dia buat lawak ape ntah. Semua orang ketawa. Kitorang bdak Malaysia terpinga2.. Kat kuliah pulak, students local bising gile. Menjerit2 dalam kelas. Macam suasana skolah rendah. Sakit kepala. Lepas tu, assistant mula bagi keje berlambak-lambak. Dah la kene taip pakai typewriter manual! Koman btul laa. Akibatnya, tak tidur malam semata-mata nak siapkan keje. Tangan pun bengkak menaip...

Setelah merasai ‘wajah sebenar’ dari dunia baru yang kita hadapi ni, kita memasuki fasa kedua iaitu fasa ‘kejatuhan semangat’. Ternyata ia tidak seindah khabar, tidak semudah yang disangka. Pada fasa ini, kita cenderung untuk jatuh ke titik yang paling bawah. Down. Tak semangat lagi untuk buat apa pun! Rasa menyesal, putus asa. Semuanya ada.


Fasa ketiga

Seterusnya, dengan sedikit kekuatan dan keazaman yang masih tersisa, kita cuba untuk dapatkan kembali semangat dan kekuatan. Cuba menjadikan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Atau pada sebahagian dari kita, lalui saja apa adanya. Secara grafik, motivasi dan semangat kita pada fasa ini akan turun naik. Tidak stabil Tidak setinggi fasa satu, dan tidak pula serendah fasa dua. Apa yang perlu kita lakukan adalah, supaya maintain graf ni supaya tidak terlalu merudum-dan itu ertinya kita QUIT. Jangan dulu!


Fasa keempat

Fasa terakhir, setelah melalui ketiga fasa di atas. Akan sampai satu waktu, kita memasuki fasa ini di mana hidup, emosi dan semangat kita relatif stabil. Pada fasa ini, kita sudah tau rentak yang perlu dimainkan. Kita dah ada momentum kerja yang diperlukan. Kita dah tau, di mana kekuatan kita dan di mana kelemahan yang perlu dielakkan.


Inilah secara ringkas, proses adaptasi yang pasti dilalui oleh setiap orang. Hatta menulis di blog pun, aku akui aku melalui fasa-fasa ini. Namun yang membezakan kita adalah cepat atau lambatnya kita melepasi keempat fasa ini. Setelah itu, kita akan mampu memberi fokus terhadap matlamat kita di depan (asalkan kita jelas betul dengan apa yang ingin kita capai nantinya!). Inilah yang aku katakan di atas - semakin cepat proses adaptasi seseorang, maka semakin cepatlah pula dia bergerak menuju ke matlamatnya.

Cepat atau tidaknya fasa adaptasi ini pula, bergantung kepada diri anda. Kematangan dalam menghadapi permasalahan, pemikiran yang positif, motivasi yang tinggi, dan yang paling penting adanya kebergantungan terhadap Allah serta redha terhadap kehendakNya.

Wallahu’alam

P/s : kepada adik-adikku angkatan 2009, selamat beradaptasi!


[Dah kene bersiap2 ke hospital ni. On duty!]

Aug 12, 2009

oh JW Marriott..!

“Siapa yang bilang kalau itu Noordin? Pihak polisi tidak pernah satu kali pun bilang kalau yang ditembak mati itu adalah Noordin” Kadiv Humas Polri Irjen Pol, Nanan Soekarna kembali bertanya kepada para wartawan.
Ketawa berderai. Memang pun. Media yang membuat spekulasi dan andaian bahawa yang berada di rumah itu adalah Noordin M Top. Sedangkan pihak polis Indonesia tidak pernah sekalipun mengeluarkan kenyataan tersebut. Mereka masih menggunakan perkataan ‘diduga’.

Sedang rakyat Malaysia sibuk sana sini dengan H1N1, lain pula ceritanya dengan negara jiran yang satu ni. ‘Perang Pengganas’ masih saja berlaku, belum selesai rentetan terlepasnya Noordin M Top dari pihak polis. Siaran TV di sini tak habis-habis menyiarkan tentang isu ini. Apa yang terjadi?

Peristiwa ledakan di Hotel JW Marriott, Jakarta 18 Julai 2009 yang lalu kembali menarik perhatian. Peristiwa pengeboman tersebut bukanlah kali pertama di Indonesia, malah ia dikatakan merupakan rentetan dari serangan teroris di negara Garuda ini. Setelah hampir sebulan, pihak polis berjaya menangkap dan menumpaskan beberapa orang yang dipercayai terlibat dalam gerakan teroris ini. Hari ini, pihak polis telah mengadakan press conference secara rasmi bagi mengumumkan hasil penyiasatan mereka.

Itulah rancangan eksklusif yang kami tonton di kamar koas Interna, Rumah Sakit Labuang Baji pagi tadi. Memang betul-betul eksklusif. Nanan Soekarna dengan lantang dan tegas bercerita tentang kronologi perancangan yang dilakukan oleh Ibrahim sebagai perancang serangan tersebut. Setiap satu disampaikan dengan teliti, bermula dari kedatangan Ibrahim bersama Dani untuk survey lokasi, proses membawa masuk bom ke kamar 1808, dan bagaimana Ibrahim telah berjaya mengelirukan pihak sekuriti hotel tersebut. Penjelasan beliau diikuti oleh beberapa tayangan rakaman CCTV yang menunjukkan peristiwa tersebut. Memang mantap.

Menurut pihak polis, Ibrahim merupakan ahli Jamaah Islamiyah berdaftar tahun 2000 dan merupakan individu yang bertanggungjawab merancang pengeboman hotel 5 bintang tersebut. Beliau pernah bekerja di hotel ini sebagai tukang kebun selama beberapa tahun, sehingga sebelum peristiwa bom 18 Julai 2009 yang lalu. Setelah itu, Ibrahim menghilang entah ke mana. Sehinggalah pada 8 Ogos 2009, beliau berjaya dikepung dan ditembak mati di Temanggung. Sempat dia mengelirukan polis dengan menjerit, “Aku Noordin! Kalian tidak bisa menembak aku..!” (lebih kurang macam tu lah bunyinye kot~)

Siapa pulak Noordin M Top ni?

“Dok..itu saudara ta’ itu...” gurau perawat-perawat di Rumah Sakit Labuang Baji.

Katanya Noordin Mohammed Top ni orang Malaysia. Lahir di Johor dan dikatakan sebagai orang kuat dalam gerakan teroris di Indonesia. Wallahu’alam~

Sempat aku berbisik pada teman senegara : Hebatlah polis diorang ni keje. Siap buat press conference untuk clarify mende ni. Bila la polis kite dpt buat mcm ni? Kes penculikan budak-budak pun dah brape terlepas dan senyap cmtu je. Politik memanjang~ :P

Jul 5, 2009

Ini bukan taman permainanmu!

Dari jauh sudah kedengaran gelak tawa mereka. Entah apa yang seronok sangat. Berlari ke sana ke sini. Indahnya dunia mereka tanpa bebanan tanggungjawab. Tiada yang harus dipedulikan. Tiada yang harus difikirkan. Bermain adalah dunia mereka.

Aku hanya memerhatikan dari jauh. Bukan sehari dua, tapi hampir setiap hari aku memerhatikan mereka. Sekumpulan anak-anak seumur pelajar sekolah rendah sedang bergembira bermain. Main kejar-kejar, mungkin. Kaki tidak beralas, baju lencun dek peluh yang merembes. Tapi semua itu tidak perlu dihiraukan. Mereka sedang bergembira. Ya, gembira. Tapi aku tidak melihat dengan kegembiraan, sebaliknya kecewa...

Ini bukan taman permainanmu, adik-adikku. Gelanggang ini bukan taman permainan kalian. Di sini tempat berhimpunnya segala generasi kuman. Di sini tempat berkumpulnya penyakit turun temurun. Di sini bukan taman permainanmu, di sini hospital!



Hospital tempat aku bertugas, sepertinya bukanlah ‘taman larangan’ buat mereka yang masih terlalu rentan terhadap kuman dan bakteri itu. Bukan tidak ada arahan dan papan-papan tanda, tetapi semua itu tidak pernah dihiraukan oleh mereka. Kadang bukan salah mereka, tapi ibubapa. Larangan bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun untuk memasuki kawasan hospital hanyalah sebuah hiasan. Tidak ada yang memandang serius akan hal ini.

Setiap hari kita terpapar terhadap kuman dan sumber penyakit. Udara yang kita hirup sehari-hari penuh dengan partikel-partikel yang dapat merosakkan tubuh kita. Tangan yang kita pakai untuk memegang makanan, juga penuh dengan kotoran yang tak terlihat dengan mata kasar. Tetapi kenapa kita tidak sakit? Kerana Allah telah siapkan ‘tentera pertahanan’ dalam tubuh kita untuk mengatasi musuh-musuh di negeri tubuh kita ini. Tidak cukup dengan siri pertahanan pertama, ada pula siri pertahanan kedua, ketiga dan selanjutnya. Maka tubuh kita tidak mudah sakit. Hanya kadang kala sistem pertahanan kita melemah sehingga musuh dapat menguasai tubuh. Itupun, tidak lama. Tentera-tentera tubuh kembali meraih kemenangan.

Malangnya, pada adik-adik kita terutama mereka yang berusia kurang dari 12 tahun, tentera-tentera tubuh mereka belum cukup terlatih dan kompeten untuk melawan musuh yang hebat diluar sana. Itulah sebabnya, mereka lebih senang mendapat ‘kekalahan’ dalam pertempuran menyebabkan mereka jatuh sakit. Maka secara logiknya, tidakkah anda memikirkan bahawa mereka memerlukan perlindungan yang lebih ketat berbanding orang dewasa? Itulah sebabnya, kenapa anak-anak dilarang memasuki kawasan hospital-sebagai sarang kuman, kotoran dan penyakit.


Di sini bukan taman permainanmu, ia adalah taman permainan kami!





Mar 14, 2009

Awas : Musuh Dalam Selimut

Sempat aku termenung kejap sementara tunggu member-member yang lain datang. Mee Pangsit yang aku pesan dah pun 'licin' di depan mata. Tinggal kuah aje. Mata aku terpaku pada botol minuman FresTea rasa Apel yang dingin.



Tiba-tiba aku terbaca kat botol tu...

Diproduksi oleh : PT Coca Cola Bottling Indonesia

Aduh~~ternyata minuman yang selalu aku beli ni pun produk Coca Cola!

Percume (sia-sia) aje slama ni aku tak minum Coke, tapi tetap membeli produk-produk Coca Cola yang lainnya. Hm. Berhati-hati, teliti sebelum membeli kerana masih banyak 'musuh dalam selimut'!!


Jan 25, 2009

Pasca Perang : PALESTIN masih memerlukan

Meskipun rejim Zionis telah berundur, namun 'peninggalan' ini meninggalkan kemusnahan yang amat dahsyat. Rakyat Palestin masih memerlukan bantuan bagi membangun semula Gaza~


Artikel dipetik dari http://palestinkini.info
Khamis, 22/01/2009 - Kementerian Kerja Raya Palestin di GAza menganggarkan kos pembinaan semula Gaza selepas serangan Israel mencecah 2.215 billior dolar, Dr Yousef Al-Mansi berkata demikian dalam satu sidang akhbar.

Lebih 5000 keluarga kehilangan tempat tinggal dan setiap keluarga memerlukan 10000 dolar setahun. Lebih 600 keluarga mengalami sebahagian kemusnahan teruk rumah mereka dan setiap keluarga tersebut memerlukan 5000 dolar setahun. Lebih 10000 keluarga mengalami kerosakan rumah sederhana dan setiap keluarga memerlukan 3000 dolar setahun.

Mansi berkata 20000 rumah yang musnah memerlukan 250 juta dolar sementara kos untuk membina bangunan awam, kerajaan dan kelab, dianggarkan 8 juta dolar. Sementara Lapangan Terbang Gaza memerlukan 10 juta dolar. Lebih 40 juta dolar diperlukan untuk membina kembali sekolah, universiti, tadika dan lebih 55 juta diperlukan untuk membina kilang, bengkel, dan kemudahan pertahanan awam. Lebih 55 juta dollar untuk membina sistem infrastruktur, elektrik dan pembetungan sementara 40 juta dolar diperlukan untuk membina ladang, kawasan ternakan, dan kilang pertanian.
Beliau menambah lagi sebarang peruntukan pembinaan semula Gaza haruslah diatur melalui kerajaan Palestin di Gaza dan bukannya di Ramallah yang tidak akan melaksanakannya dengan penuh amanah.

penterjemah : anonymous

Jan 12, 2009

Jangan Berhenti!!

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya. Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera.


Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali. Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia!


Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'. Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah. Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda. Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular.


Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"


USAHA KITA : PILIHLAH


Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.


Doa anda boleh bacanya sebagai :

A: Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

B: Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

C: Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
D: Dan banyak lagi waktu doa maqbul.


4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.


TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam. Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya. Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya: Allah menyebut : "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu "(Riwayat Muslim)Sebahagian riwayat lain pula berbunyi yang bererti : "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan "( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)


AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!

Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya. Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya. Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus. Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin. Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US, bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.?


MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA

Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa? Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworths, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang. Dan pada 6 Jan, Gordon brown bersetuju dengan cadangan rencatan senjata kedua belah pihak tetapi mengikut skima Bush, iaitu dengan pelbagai syarat yang tidak menyebelahi Palestin dan Hamas tentunya. Malah sebahagian syarat ini tidak mungkin dapat ditunaikan.


QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.


Maksudnya :

"Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir,

Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU." .Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang.

Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.


Atrikel oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman; pensyarah ekonomi di UIA Gombak. Berdakwah melalui penulisan di http://www.zaharuddin.net/

Sep 3, 2008

Rayuan Ramadhan 1429 H

Kasihilah saudaramu sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri...

sedang iftar kita dihidangkan dengan kuih muih, goreng-gorengan, ikan bakar panas-panas dan tekak dibasahi dengan sirap bandung, air soya segar atau air tebu sejuk, mereka hanya mampu minum seteguk air kelat yang belum tentu dimasak dan makan kepingan roti kering... PEDULILAH!!

Rayuan Ramadhan 1429 H



info lanjut sila layari

Aug 19, 2008

21 OGOS

AYUH SEMUA!!

Bersama-sama kita memakai pakaian

HITAM

pada 21-8-2008

bersempena

HARI AL-QUDS SEDUNIA

Sebagai tanda bantahan kita terhadap 60 TAHUN penderitaan ummat palestin

TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA!!



ADA APA DENGAN 21 OGOS? MENGAPA HARI ITU DIINGATI?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan.

Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan. Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah—pemilik tanah Palestin yang sah.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal yang boleh dilakukan dengan mengoptimakan kemahiran dan sumber yang ada demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya. Islami Ya Quds!


Risalah Pergerakan Pemuda Islam
Musthafa Muhammad Thahan
14 Momen-Momen penting dalam Sejarah pp.209

Details : LINK