Showing posts with label KKN. Show all posts
Showing posts with label KKN. Show all posts

Sep 29, 2008

[KKN 5]

Fasa 1 – Pendataan

Baiklah, let’s the story begin =) Sekarang kite dah masuk ke main story of KKN. What is KKN? Gambaran awalnya sudah dijelaskan di [KKN 2]. So, apakah PENDATAAN is all about?

Okay. Misi pendataan adalah untuk mendapatkan data primer; informasi kesihatan di kalangan penduduk kampung. Kami telahpun dibekalkan dengan selonggok questionaire utk diisi. Setiap satu questionaire utk satu keluarga. Antara soalan kat questionaire tu, termasuklah identiti setiap anggota keluarga, penyakitnya, sumber & kualiti air, keberadaan toilet (ade je yg takde toilet..), tempat pembuangan sampah, ternakan & tanaman, partisipasi dalam program Keluarga Berencana dan sebagainya. Haa, banyak tak? Bayangkan, setiap soalan ni harus ditanyakan pada setiap rumah...hebat tidak? Huhu~

Untuk memenuhi ‘misi’ pendataan ni, and memudahkan kerja..kami ke kantor desa dulu untuk mendapatkan maklumat tentang desa yang masih asing buat kami. Dari situ, kami dapatkan info tentang geografi desa Polewali. As stated before, desa ni consist of 3 dusun – Dusun Bela-Belawa, Dusun Polewali & Dusun Ladea masing-masing dgn keluasan 2.98 km2, 2.85 km2 dan 2,24 km2. Posko kitorang kat Dusun Bela-Belawa, and Dusun Ladea adalah dusun yang paling jauh. Dari Pak Desa juga, kami peroleh informasi bahawa kat desa ni ada 3 Sekolah Dasar (=sekolah rendah) dan takde SMA atau SMP. Pustu (Puskesmas Pembantu) ade la satu kat Bela-Belawa.

Dah selesai kunjungan ke Kantor Desa, kami bergerak ke Pustu. Ade ibu bidan kat situ. Tapi dia dah nak pindah. Akan datang nanti bu bidan yang baru. Waktu kami datang tu pun, dia tgh packing, dan halaman pustu tu...hmm, macam sarang ular la jugak kot. Semak, rumput panjang tak terbela. Papan tanda pun dah tunggu waktu je nak roboh.

Selesai mencari maklumat di Kantor Desa, Pak Desa tandatangan journal kami..

Malam tu kami rapat (meeting), bahagi tugas utk pendataan besok. Sekaligus menjelaskan tentang prosedur pendataan, ttg soalan-soalan di questioaire ni. Amatlah bermanfaat utk aku, since I have no idea at all (at first) of what I’m going to do tomorrow~ And kitorang buat undian, sape yang akan jaga posko-at least sorang kene ade kat posko, mana tau kalau-kalau terima tamu. Huhh, aku cuak gile time ni. Tak mau jaga posko. Takot Aheem datang!! (masa tu takot gile dgn dia...almaklum, baru kenal). Tp aku dpt undi jaga posko hari ke-5 (kami target 2 hari untuk setiap dusun, so ade 6 hari pendataan).

Next day, bermulalah kerja pendataan. Mulanya kami berjalan kaki menuju ke Dusun Ladea. Tapi jauhnye ya Allah...walau tak terasa penat (sbb adrenaline tgh bnyk kot masa tu, bersemangat semacam je..), ternanti-nanti jugak..bila la nak sampai Ladea ni. Mujurlah ada org kampung yang pinjamkan moto. Salah satunya moto Aheem. Dytho & Lambang jadi Pak Ojek pagi tu. Hurm. Bonceng moto dgn guys? Er. Of course tak mau. Jadi aku jalan laju gile. Dgn harapan, dapat sampai dulu sebelum diorang sempat angkut aku. Setiap kali diorang offer, aku suruh diroang amik kawan-kawan yang lain kat belakang dulu... Tapi ternyata dusun Ladea tu masih jauh...! Akhirnya aku terpaksa naik moto dipandu Dytho, sebagai orang yang terakhir. Hmm..

Long way to go~ Aku dah pecut kat depan sane. huhu~

Sempat lagi bergambar. Dari kiri : Mitha, Lambang, Jeane

Datang bantuan transportasi~Dytho, Yenny, Mitha, Pak Yahya & Lambang

Bermula sesi pendataan. Mulanya agak kekok aku berbahasa Indonesia. Dan satu masalah yang kami hadapi adalah, rata-rata penduduk di sini tak fasih berbahasa Indonesia, tapi berbahasa Bugis!! Adoi. Bahasa Indonesia pun xbrape betul, inikan pulak Bugis. Apa lagi, setiap kali bertemu dgn bapak2 or ibu2 yg berwajah blurr dgn sapaan kami (Aku n Jeane), “Prima...!! Ke mari ko..!” hehe..dia je yg faham bugis. Translator please!

Hari pertama yang meletihkan. Panas terik mula membakar kulit. Basah berkeringat. Dahaga. Macam nak tercabut kaki. Perut lapar. Masih ada sekian banyak rumah untuk di data. Nak balik utk lunch, dan datang semula? Jauh macamni? Hmm..kami syura seketika di depan rumah sape ntah. At last, sepakat. Balik lunch, solat & rest kejap. Ptg nnt datang lagi. Alhamdulillah, perjalanan pulang lebih mudah bila tuan rumah kami (Pak Anto) pinjamkan pete-petenya. Dyhto drive!

Pendataan oleh Ibu Sabniati

Take a break. Nak terus ke nak stop lunch??


Demikianlah hari-hari kami melakukan pendataan, selama 4 hari. Dua hari lebih singkat dari yang kami sasarkan. Alhamdulillah, masing-masing telah menunjukkan komintmen yang baik. Semakin hari jugak makin ringan, sebab lokasi pendataan makin dekat. Lunch kami bungkus dan bawa waktu pendataan. So tak perlu lagi berpatah balik utk lunch. Kami makan kat rumah-rumah penduduk kampung – Kepada Dusun Ladea & Ibu Rahmah di Polewali.

Hari kedua pendataan, lunch kat rumah Kepala Dusun Polewali. Semua dah tersadai kepenatan


Pengalaman semasa pendataan? Huhh, macam-macam...firstly, aku semakin close dgn teman-teman posko. Jeane & Prima sebagai teman pendataanku. And, setiap kali aku & Prima mendata...selalu murah rezeki. Ade je tuan rumah jamu makanan. Bubur la, itu la, ini la..hehe. Dan beberapa hal yang buat aku agak terkesan adalah bagaimana hidup diorang kat sini. Rumah yang cukup sederhana. Buat dari kayu & daun nipah. Sesetengah rumah, tak ada bilik. Boleh nampak pintu belakang rumah walau berdiri di pintu depan. Ada rumah yang tak ada toilet. Kalau nak mandi, cuci baju dsb ke rumah-rumah jiran. Atau ke toilet umum-kalau ade... Anak-anak bermain tanah, panjat pokok, kurus, rambut kusut. Kuku hitam. Berkaki ayam, kotor. Ade satu rumah, bila ditny...ibu masak tidak airnya sebelum diminum. Katanya tak masak. Ditanya lagi kenapa, alasannya tidak menang tangan dgn anak-anak. Jangan samakan kondisi mereka dengan kita. Mereka masak pakai kayu api, di bawah rumah. Dengan bekalan air yang terbatas. Kadang minumlah air yang penuh E.Coli tu tanpa di masak. Kesempitan hidup yang mereka alami membataskan mereka utk lebih memperhatikan kebersihan & kesihatan mereka...hmm...

Ade jugak pengalaman lucu. Antaranya...reaksi beberapa ibu yang excited bila tau aku ni orang Malaysia. Mulalah bercerita, saudaranya ada kat Mesia...bla..bla.. Ada satu hari tu, mendata sorang ibu tua. Orang-orang tua ni slalunya yang tak reti bahasa Indonesia. So kawan aku Prima yang bersoal jawab dgn ibu tu. Aku hanya mencatat. Bila ditanya, ibu ada sakit apa-apa, mesemma? (demam, flu) then ibu tu jawab...iya, selesema! Prima blur seketika. Apa itu selesema? Haha~ dia enggak menger, kerna itu bahasa Malaysia! Kuang-kuang. Sejak bile pulak la ibu ni tau bahasa Malaysia. Rupa-rupanya anak dier baru balik dari Malaysia. Hmmm..kat kawasan ni mmg ramai yg stay kat Malaysia – Kawasan Sabah & Sarawak, sebab secara geografinya mmg dekat...


Toilet diorang pun kami suluh. Ade yang tak berpintu...


Lima hari yang bermakna telah aku lalui. Setakat ni alhamdulillah temaan-teman sume cooperative & supportive. Cheerfull too! Ade je yang membuatkan aku geli hati. Tapi all were under control. Kalau dah lebih-lebih tu, aku lebih memilih untuk diam. Senyumku dah cukup untuk mengingatkan mereka. Alhamdulillah.

Dari sekian banyak data yang kami peroleh, langkah seterusnya dalah analisis data. Pakai analysis software SPSS. Tapi yang ni, pakarnya is teman-teman dari FKM (Fakultas Kesehatan Masyarakat). Kami yang lain hanya membantu dari aspek input data. Alhamdulillah sekali lagi, semuanya bekerjasama. Love y0u all!!

Sep 7, 2008

[KKN 4]

30 Juni 2008
Inilah harinya. Aku akan berangkat ke Pinrang, berkampung di sana selama kira-kira 7 minggu. Macam-macam persepsi & tanggapan awal berlegar kat kepala ni. Setidak-tidaknya, lepas pertemuan dengan teman-teman sekumpulan & supervisor (Drs Sartini dari Fakultas Farmasi) serta pembekalan/taklimat selama 2 hari full di Baruga hari tu, aku semakin jelas dengan apa yang aku akan lakukan di sana. Yg aku akan LAKUKAN, bukan yang aku akan HADAPI. Yang akan dilakukan tu semua org sama. Matlamat & perjalanan kerja sepanjang KKN asasnya sama. Tapi apa yang akan aku hadapi? Wallahu’alam. Aku hny dpt fikirkan kemungkinan-kemungkinannya. Dan yang paling penting, aku dah set in mind. Target utk mendapatkan sesuatu yang ‘ekstra’, tambahan daripada target/matlamat KKN secara formalnya. Aku ingin mencari sesuatu yang baru, yg bermanfaat, dan yang boleh aku aplikasikan dalam kehidupan mendatang nanti.


OK. Persiapan sehingga malam terakhir di Makassar, beg besar yg tadinya kosong dah pun penuh. Sungguh tak aku sangka, beg yg besar mcmtu aku boleh penuhkan. Huhu.. walaupun dalam ‘sejarah’ hidup aku memang slalu tergolong sbg orang-orang yang xbawak barang bnyk. Masa datang 1st time kat sini pun, beg aku antara beg yg paling kecil & barang yang paling sikit. Takleh lawan la kwn2 lain yg bawak barang berkotak-kotak..ehe~ Ape yg aku bawak kali ni? Basic things, baju, tudung, kasut..Cuma mungkin kuantitinya lebih bnyk. Sebab dari pengalaman2 senior, KKN ni perlu bnyk baju esp t-shirt. Bnyk buat kegiatan outdoor yg memenatkan. Mengotorkan baju. Bawak peralatan medic yg aku ade (stetoskop, handscoon, termometer, ubat2 dll) termasuk beberapa barang yg sblm ni aku xpernah tau n guna. That is antis – cairan berunsur alkohol yg dipakai utk bersihkan tgn time xde air & wet tissue yg juga utk hyegiene. Almaklum, student dr fakulti berbasis kesihatan. Kene la jaga kebersihan, apalagi bila duduk kat tempat yg hyegienenya kita tak tau macammane. Hny sbg langkah berjaga-jaga.

Upacara pelepasan di Lapangan PKM

So, pagi tu aku antara org yg awal keluar dari rusun. Semangat, biase laa..hehe. Berkumpul kat lapangan PKM. And after majlis pembukaan baru kitorang bertolak. Untuk pengangkutan, my group dapat Damri 2. Dengar nama Damri tu, excited la sbb dapat bas aircond. Ade group yg dapat naik bas je. Ape beza bas dgn Damri? Aku pun tak sure. Hehe..both are bus sebenarnya. Tp bas tu cm bas kecik2 n lama tu la. Damri ni (kalau x salah) mmg syarikat bas yg terkenal kat sini. Dan bas Damri yg slalu aku nampak is mcm bas ekspress kat M’sia tu. Bas Transnasional, Konsortium dll. But somehow keselesaan dier taraf bas skolah besar yg ade aircond kat Mesia je. Orait la jugak tu kan...


Tp alangkah malangnya, ternyata bas kitorang tu is Damri yg lama!! Buruk! Huhu... takpe lah. Nok wak gano~ naik je la, sumbat beg-beg yg besar tu. Padat gile. Aku kebetulan naik dgn beberapa kwn2 Malaysia (Kak Hanis & Kak Halaa). Dan around 10am, bas mula bergerak meninggalkan kampus merah (gelaran kepada UNHAS). Ade dlm brape belas bas hari tu. Bnyk btul..


Everything berjalan lancar. Just rase nk tido je time tu sbb mlm td tido lewat. Hmm..bestnye (walaupun aircond tak macam aircond – tak sejuk pun). Until suddenly...gedegok..gedegok!! dgr bunyi yg semakin kuat dari belakang. Asap hitam pulak menyesakkan nafas. Aku dah la duduk about 3 seats from back. Sume panik. Bas slowdown & stop kat tepi jalan. Rupa-rupanya lapisan bunga tayar (outer layer) dah tercabut. Tercabut separuh, so bila tayar bergerak tu yg jd bunyi gedebok tu... so pak tu just cut the piece yg tertanggal tu. Abes cite... Adei, cuak aku. Terganggu tidur. Hehe...



Kitorang pun berjalan lagi..tp aku terfikir jugak. Dier potong ade bunga tayar tu td. Xpe ke? Tak jadi botak ke tayar tu nnt...? Entah la.. serahkn pada yg pakar. Aku pujuk diri sendiri je la. Hari pulak makin panas. Angin aircond dah trasa mcm bahang. Tambah pulak penapis udara kat bumbung bas tu cm dah bocor. Hiruplaa udara kotor dlm bas tu. Adei~ sampai pening pale. Muka aku pun dah jd hitam!!


Nak dijadikan crite pulak, about 1 hour after kejadian gedebok td... terjadi hal yg sama. Gedebok..gedebok!! Kali ni, makin kuat pulak dgr bunyinye, dan makin tebal asap hitam yg menghitamkan baju & muke kitorang. Adei.. aku dah agak dah, dah xsedap ati dr tadi lg. Kan betul instinct aku. Mane taknye, dia potong cmtu je bunga tayar yg tercabut td. Simply ilke that. Hmmm...


Bas kitorang pun stop tepi jalan. Kali ni, baru pak tu ganti tayar. Kebetulan mmg Damri 7 yg ade kat blakang stop skali utk tolong. Diorang best la, bas aircond. Biar padat pun, tp setidak-tidaknya ventilasi baik. Aku dah macam cacing kepanasan kat dlm bas tu (masa tu kol12 tghhari..) so aku pun turun dr bas. Lepak kt tepi jalan tu yg kebetulan ade kedai runcit. Ade pulak beranda dia kat situ. Kitorang lepak-lepak situ sementara pak-pak ni repair tayar. Adus. Apela malang nasib. Dah la dpt bas dhaif. Stop 2 kali pulak masalah tayar! Ehe~


Orait. What happened next? Another 30 minutes, kitorang dah sampai Pinrang. Tapi tak sampai-sampai lagi kat Kantor Bupati (place where semua bas akan stop n kitorang akan tukar transport ke desa masing-masing). Sesat! Seingat aku ade la dlm 3 kali bas tu berpatah balik. Pi mai pi mai tang tu. Alhamdulillah la xlama sgt sesat. Akhirnya sampai jugak kat Kantor Bupati yg besar lg cantik tu. Antara yg terlambat sampai, tp ade lg yg lebih lambat.


Kat sana xde wat pe pun. Just formality, ade majlis kat dlm kantor yg bersize kecil. Of course xdpt nak muatkan beratus-ratus peserta KKN ni. So hny beberapa org je yg masuk dalam. Aku malas nk join kat dalam. Biarlah golongan-golongan KOOR yg ikut (Koordinator Kabupaten, KORKAP; Koordinator Kecamatan, KORCAM & Koordinator Desa, KORDES). So, lepak-lepak sambil tunggu transport yg disediakan utk kami ke Desa Polewali...


Jeng..jeng.. ternyata dugaan kami tak hbs lg. Ape pulak? Dalam penantian menunggu transport tu, aku statik berdiri di tgh-tgh beg yg besar. Tengok je kereta/van/lori/bas dll yang datang & pergi ambil peserta-peserta KKN dr Kecamatan & Desa lain.


“Bila laa bas aku (ke Desa Polewali) nak sampai ni...” hurm. Lame gile tunggu. Sampailah kat Kantor tu tunggal 3 group, including my group! Huhu~ aura malang sape pulak yg memalangkan kami ni. Hikhik... sampai da dekat maghrib, baru la bas kitorang sampai. On the wat nak gi Kantor Kecamatan Suppa tu dah gelap. Pertemuan dgn Pak Camat (Kepala Kecamatan) kat kantor pun dah selesai. Kantor dah gelap, hny ada 2 pete-pete yg menunggu kami utk dihantar ke Desa Polewali. Kuang kuang kuang...

Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di rumah pak desa


Hampir 9 jam (10 am – 7 pm) kami menempuh perjalanan yg horror, akhirnya sampai jugak kat Desa Polewali. Duduk berta’aruf kt rumah Pak Desa & lastly merebahkan diri atas sofa rumah Pak Imam (Opposite the house). Alhamdulillah...

“Dah la bas dhaif xde aircond, tayar rosak 2 kali, sesat, lambat dijemput kt Kantor Bupati pulak..!! Ape lg lepas ni??”

[KKN 3]

Bukan kehendak hati untuk menjadi begini, malah tiada siapapun menginginkan sebegitu. Hanya saja Yang Di Atas mahu menguji, dan mungkin inilah jatah pahala untukku..

Pak Rahim

Pagi pertama kat Desa Polewali. Haahh..segar je hirup udara desa. Walaupun perjalanan dari Makassar ke sini semalam agak memenatkan (dan horror!!), tp boleh tahan awal jugak kitorang bangun pagi tu... Yang cewek2 lebih memilih untuk basuh baju. Habes baju kitorang hitam gara-gara habuk kat dalam bas semalam.. (crite perjalanan dari Makassar ke Pinrang?? insyaAllah, akan menyusul) manakala yang cowok (4 orang je..) gi pasang spanduk posko (banner) kat depan rumah...

“Assalamu’alaikum! Siapa namamu..?”

“Aditya, Pak”

“Kamu..?”

“Herlambang, Pak.” Dhyto & Lambang senyum je la kat pak yg tetibe tegur diorang...

“Aditya, *Herlamban. Kamu tinggal di mana?”

“Saya dari Bau-Bau, Pak..”

“Oh, Aditya. Dari Bau-Bau ya. Channelku mengatakan, di samping rumahmu ada rumah sakit. Di belakang rumahmu ada lapangan. Benar tidak..?”

“Ehm, benar pak..” Kaget si Dhyto. Macammane pulak la pak ni boleh tau..dia kenal aku ke?

“Herlamban, kamu dari mana?” ehe, Lambang pulak jadi sasaran..

“Erm, saya dari Surabaya pak..”

“Surabaya, Jawa ya. Bisa bahasa Jawa?”

“Bisa pak..”

Pastu ape lg, cakap Jawa la pulak bapak tu. Pokpek2 cakap Jawa. Cakap pulak bukan cakap kosong. Semua yg da cakap tu mostly betul tentang Lambang.

Kaget. Memang kaget. Aku yang waktu tu duduk atas beranda rumah pun jadi tertarik dengar suara & cara dia bercakap. Tertarik sbb pelik at first. Sebab skali dgr macam ade org marah... rupa2nya diorang kt depan rumah...

Tak lama pastu, Dhyto & Lambang pun masuk rumah. Tak sempat diorang nk crite kat kitorang, pak yg ‘aneh’ ni naik ke rumah pulak. Kebetulan aku & Yenny duduk kat muka pintu. Apalagi, kamilah sasaran pertamanya...

Soalan-soalan yg sama. Nama, asal. Setiap orang, satu-satu dia akan tanya. Dan pada stiap jawapan, mesti ada ‘pertanyaan tambahan’ tentang tempat tinggal kami. Macam dia tau semua jalan, semua tempat..mmg la tak semua batul, tapi kebanyakannya memang betul!!

“Lihat, hebat tidak? Semua bahasa saya bisa kuasai. Bahasa Jawa, China..Malaysia”


Camtu la antara hari-hari pertama aku & kawan-kawan kenal Pak Rahim, jiran kami kat Desa Polewali ni. Ade la jarak dalam 10 buah rumah dari rumah kitorang. Kenapa dia pelik? Sebab dia sebenarnya antara orang yang ditarik nikmat kewarasan oleh Allah. Dia skizofrenia. Gila. Dan dari kata-kata dia, dgn ilmu yang aku ada... aku menduga dia waham kebesaran (gangguan piskologi yg anggap diri dia la bagus, itu ini boleh. Dan ada tahap yang anggap dirinya Tuhan atau utusan Tuhan!)

So, selama beberapa minggu kitorang kat sana, slalu sgt dia datang ke posko. Ade-ade je topik yg dia nak borak. Kadang tu nampak cam ok, tp kalau time dia tgh ‘beleng’ tu...merepek2 la dia cakap. Kitorang layan je la, ape lagi org waham kebesaran ni sifatnya tak boleh orang lebih dari dia. So ape2 je yg dia cakap kitorang mengiyakan je la..brani nk lawan?? Silap2 ade yg kene kang (dia pernah ditangkap polis sebab pukul orang kat sawah...!!)

Time awal-awal tu, aku takot gak jumpe dia. Mane x nye, ade satu hari tu...dia dtg posko bawak pistol! Dgn spec hitam, misai tebalnye...mengacu2 pistol kt kitorang. Er..tak tau la pistol betul ke x, tp dia memang ade pistol betul. Parang pun, sebut la parang jenis ape pon..semua ada kat rumah dia (menurut anak-anak desa..). Yang kelakarnye, time kitorang buat seminar dgn warga desa..dia dtg pulak. Adei. Dah la bawak pistol (this time confirm pistol mainan), siap pakai baju alis peluru lak tu. Serius macam detektif ape je...Tersirat darah aku tgk dia masuk kantor desa waktu tu. Yenny pulak cepat-cepat menyorok dlm bilik. Mane taknye, dia slalu jd sasaran Aheem! (selain Lambang = Bamban & Pak Yahya). Comel sgt, orang gila pun berkenan. Hehehe
Waham kebesaran dia obvious gile at one night tu. Kitorang tengah makan kat rumah Pak Desa. Dia datang duduk kat sofa. Macam-macam la dia cakap..

“Bamban, usus buntumu (appendix) ada brapa? Usus 12 jarimu (Duodenum) ada brapa?”

Hmm..surprizing, ilmu-ilmu kedokterannya boleh tahan...

“Saya tau semuanya. Hebat tidak? Kerna apa? Kerna otak udang!!” Bangganya dia kata dia ada otak udang. Hehe.

“Saya cucu Sultan Hasanuddin yg ke-29...” habis dia crite pasal sejarah Makassar, dan beberapa tempat kat Indonesia yg aku xtau.

“Hebat tidak? Sayalah Avatar! Kalau saya di tanah, saya bisa gunakan kuasa tanah. Kalau saya di angin, sy pakai kuasa angin...” Ehe, tringat plak katun avatar yg best tu. Boleh pulak dia ckp dia avatar?? Macam-macam la yg dia cakap malam tu. Tp smuanya jelas menunjukkan waham kebesaran dia. Kitorang mengiyakan je....

Sempat aku tanya ket Pak Desa pasal sejarah hidup Aheem. Rupanya dulu dia keje mekanik. Keje kat bengkel moto kat Pare-Pare. Lepas tu dia bukak pulak bengkel dia sendiri kat bawah rumah (rumah papan yg kaki tinggi tu..). Bengkel dia maju betul. Ramai anak muda kampung keje kat situ...

In the same time, Aheem ni suka baca buku-buku tasawuf. Terlalu memikirkan la kot, sampai dia tak mampu nak faham & trima ilmu tu. Tambah pulak dgn masalah family, tanah dll...akhirnya dia jadi penyandang gangguan psikis. Baru-baru ni je jadi, about several weeks sblm kitorang KKN.

Dalam dia dok dtg tempat kitorang tu, sempat jugak kenal dgn isteri dia. Isteri dia slalu panggil dia balik bila dah lewat malam ke, atau dah lama sgt dia kluar. Stiap kali jumpe/nampak isteri Aheem, dia senyum je. Ceria je nampak. Tapi perasaan dlm hati tak sape pun tau. Siapa x sedih tgk keadaan suami mcmtu? Dan ada satu peristiwa yg buatkan aku tersentuh sgt...
Siang tu mcm biasa la dia datang posko. Pokpek.. tetibe ade sorang budak kecik datang. Mybe dlm umor 10 thn kot. Panggil dia dari luar je..

“Ayah..!!” Entah ape dia ckp, xbrape dpt tangkap bahasa Bugisnye..tp anak dia ni nak mintak duit. Nak pegi kelas mengaji...

“Masuk mo ko nak..mari duduk di sini..” slumber je Aheem ni jerit, then sambung lg cakap2 kat atas. Si anak ni dah lambat nk g klas..nak mintak duit. Tapi si ayah cmtu lak.. menangis budak tu, trus balik rumah. Hmm...sian aku tgk adik tu. Mesti dia sedih gk dgn keadaan ayah dia. Sedih, tertekan, mungkin jugak malu esp dgn kawan-kawan...

Aheem bersama isterinya

Memang Aheem sering jadi bahan ketawa kat posko. Kata-kata & gelagat dia slalu sgt diajuk2. Ketawa lagi..tapi kesian kat dia. Dia tak mintak jadi mcmni, siapapun taknak. Tapi tu lah ketetapan Allah buat dia. Jadi, wajar ke kita yg sihat akal ni memperlakukan dia mcmtu? Cuba fikirkan keluarga & masa depan dia.. tak kesian ke? Orang-orang mcmni bnyk je dalam masyarakat kita, tapi tak banyak yg concern nk bantu diorang. Padahal keadaan ni masih boleh dirawat...tak perlu jd doktor psikologi ke ape, cukuplah kita as masyarakat umum tak pandang sebelah mata kt orang-orang macam ni... Semoga ujian hebat ni menyumbang saham diorang kat akhirat nnt. Aamin...

Tuti, pernah bercerita tentang kembarnya-seekor buaya!

Note : Beberapa hari sebelum kiotorang habis KKN, nampak macam Aheem dah semakin pulih. Kata-kata dia dah xterlalu merepek. Alhamdulillah, aku doakan dia cepat sembuh.... (juga untuk 2 orang lagi yang senasib dgn Aheem kat desa ni.. Tuti-belasan tahun dan Pak Tua-dah tua sgt, bongkok2 dah..)

Sep 1, 2008

[KKN 2]

Kuliah Kerja Nyata Profesi Kesehatan (KKN-PK). Desa Polewali, Kecamatan Suppa, Kabupaten Pinrang.

Spanduk Posko Desa Polewali

“Ape mende tu? Pelik semacam je bunyi-bunyinye...”

Ramai kawan-kawan yang tny soalan yang sama. Memang agak pelik bunyinya. Aku pun perlu beberapa waktu untuk hafal perkataan-perkataan baru ni. Ok, let me explain briefly...

KKN tu, one of the syllabous kat sini (Sulawesi je. Kat Jakarta, Medan dll xde rasanya..). It is a part of kuliah, tapi dalam bentuk praktikal. Namanye pun Kuliah Kerja Nyata. Maknanya kuliah (pembelajaran) tapi bukan dalam kelas/lecture room sebalinya secara nyata berhadapan dengan masyarakat, dan bertindak direct terhadap masyarakat. KKN pulak ada bnyk jenis. Tapi yang aku tau ade KKN Regular & KKN Profesi. Regular means standard, anyone dari faculty mana pun boleh join. Kalau profesi pulak, modul KKN tu sesuai dengan kelompok pekerjaan/faculty tertentu je. Contohnye mcm KKN yang aku ikut ni, KKN Profesi Kesehatan. So yg join this KKN are those students dari health faculty – Medicine, Pharmacy, Nurse, Community Health (Kesihatan Masyarakat) & Dentistry. So, modul dalam KKN ni pun smua yg health related laa...

Pelaksanaan KKN ni, student dari semua faculty ni akan dibahagi dalam group kecil. Dalam 12-13 orang (mine ade 12 orang), combine from all this faculty. Student Medic, Pharmacy etc sume ade in each group. Selama 7 minggu kitorang akan berkampung kat kampung-kampung yg dah ditetapkan...


Peta Kecamatan Suppa, yang paling dekat dengan Makassar

Lokasi KKN pulak, tukar-tukar stiap tahun. Utk tahun ni, KKN berlokasi kat Kabupaten Pinrang. Ok, kabupaten tu setaraf dgn DAERAH kat Malaysia. So, semua peserta KKN tahun ni ditempatkan di seluruh Kabupaten Pinrang. Setiap Kabupaten terdiri dari beberapa Kecamatan (mcm MUKIM la kot). Ade Kecamatan Suppa, Batu Lappa, Matirobulu, Palatteang, Matirosompe, Lanrisang dll. Dalam kecamatan ni pulak, ada beberapa desa. Cthnya dekat Kecamatan Suppa ada 10 desa. Kat kecamatan lain ada yg 4 desa, 7 desa dll. Setiap group yg 12-13 orang tadi, akan ditempatkan di satu desa. Means, 1 desa 1 group. Faham?? Jadi, tempat KKN aku adalah... Desa Polewali, Kecamatan Suppa, Kabupaten Pinrang!!

Seminar Evaluasi Bulan 1, selepas beberapa minggu menjalankan program yang telah dirancang


Ape yg kitorang wat slama 7 minggu tu??

Basicnya, kitorang apply ilmu-ilmu teori yg blaja kat kuliah. Ape yg kitorang buat is pertama skali kenalpasti masalah-masalah kesihatan yang ade kat desa tu. Melalui survey. Pendataan. Pegi laa satu-satu rumah kat desa tu. Kat desa aku ade about 600 rumah/keluarga. Lumayan penat. 5 hari kitorang mendata. Nasib baik la jugak, daripada desa lain ade yg lebih 1000 keluarga! So dari hasil pendataan yg dianalisis, kita akan dapat beberapa masalah kesihatan dlm kampung tu. Contohnye? Air minuman yg tak bersih, tak da tempat buang sampah yg proper, slalu sakit gigi, slalu batuk, gizi kurang dll.

Daripada masalah tu, kitorang kene plan beberapa program sbg usaha membantu masyarakat selesaikan masalah tu. Yg ni kene ade kerjasama dgn orang kampung, pihak puskesmas (pusat kesihatan masyarakat = mcm klinik setempat la..) dan beberapa pihak berkaitan. Bila dah plan, kene la ade pelaksanaan. Dana sume kene sendiri (huhu..) so kitorang xbnyk wat aktiviti yg perlu budget besar. Mostly buat penyuluhan/taklimat/penerangan kat penduduk kampung tentang kepentingan kesihatan..bla..bla.. After dah buat, kene evaluate balik. Berhasil ke tak. And of course kene siapkan laporan. Hehe..

So itula KKN secara simplenya. But then of course dlm masa 7 minggu tu macam-macam kitorang lalui. Bekerja dgn team baru – kawan-kawan baru, bersosialisasi dgn penduduk kampung, masalah itu ini. Adaptasi. Apelagi, KKN ni dipilih lokasi-lokasi yg agak susah, tak brapa ada kesedaran terhadap kesihatan, toilet pun xde kat rumah. Dan lain-lain......

Best ke?

Soklan ni pun soklan favourite. Best ke? Hmm, aku pun tny diri sendiri. Actually jawapan ni akan berbeza dari setiap orang. Walaupun orang-orang dalam group yang sama, persepsi mereka akan tetap berbeza. Masing-masing ada pengalaman tersendiri yang membentuk tafsiran best atau tidaknya KKN ni. Bnyk faktor. Antaranya: groupmate kita, cooperative ke x. Tuan rumah yg kita tinggal tu, baik ke, kedekut ke, faham kita ke x. Keadaan rumah & desa yg kita duduk tu, terlalu dhaif ke sampai xde toilet & xde bilik. Dan yg xkurang penting adalah diri sendiri, bagaimana kita mempersepsikan kondisi KKN kita tu... kesimpulannya utk soklan ni: hadapilah sendiri, anda akan tau bagaimana! (khusus utk my junior yang akan melalui KKN) tapi personally my KKN best Alhadulillah. Tak terlalu hambar dan tak pulak terlalu bingit. Keje jalan, makan cukup..hehe. Banyak yang aku belajar dari KKN, tidak sebatas ilmu-ilmu formal tentang kedokteran, tp jugak tentang erti hidup. InsyaAllah I’ll share with antum... Sabar ye!

Aug 17, 2008

[KKN 1]

Teman Baru~

Janggal rasanya bila berada di sekitar orang yang tidak dikenali. Sana sini melihat wajah-wajah baru, aku tidak kenal mereka & mereka juga lebih-lebih lagi tidak mengenal aku. Belum ada kesempatan aku berta’aruf dengan warga Desa Polewali. Biar secara rasmi mahupun tidak rasmi. Kehadiran aku & teman-teman hanya cukup di kenal sebagai anak KKN UNHAS.

Itulah yang aku alami beberapa waktu dulu. Hanya setelah dua minggu berada di bumi Pinrang ini, aku lebih mengenali mereka, terutama anak-anak desa. Ika, Ryan & Irfan menyapa aku pagi itu..

“Ke mana ki kak!?!” Teriak Ika yang sedang bermain di Sekolah Dasar. Kebetulan, aku melewati bangunan-bangunan sederhana SD Negeri 107 Bela-Belawa (Sekolah Dasar adalah setara dengan Sekolah Rendah di Malaysia, dengan 6 tingkat kelas bermula usia 6-11 tahun)

“Jalan-jalan dik..! Jalan pagi..” dengan senang hati aku membalas sapaannya. Aku terus melangkah.

“Ikut kak! Ikut..!” Sekali lagi aku menoleh. Adik-adik itu ternyata sedang berlari ke arahku.

“Oh, ayuh mi..kita jalan-jalan..” tidak dapat tidak aku harus memberikan jawapan yang positif.

Bukan tidak mahu bersama mereka, tapi sebetulnya lebih selesa untuk bersendirian. Menikmati suasana pagi yang hening. Dingin & damai.

Hmm..biarla diorang ikut. Kalau tak, sampai bila pun aku takkan kenal diorang. Senyum-senyum kambing je tiap kali selisih kat bawah rumah..

Suasana pagi di Dusun Bela-Belawa


Ika & Irfan dua bersaudara merupakan cucu Pak Imam Munir, tuan rumah yang kami duduki. Sering saja aku melihat mereka di sekitar rumah, pagi, petang, siang dan malam. Dan selama ini aku hanya tersenyum, menyapa dengan sapaan sekadarnya. Ryan juga sering bermain-main bersama, tentunya tinggal tidak jauh dari posko kami.

“Kakak rencana mau ke kuburan..” Aku memulakan perbualan.

“Mau foto ya? Cantik memang di sana kak..!” Benar, di tanganku tergenggam kemas kamera Sony Cybershot DSC-S750 dengan 7.2 mega pixels milik teman Protestantku, Jeane Fermita. Dan benar, tujuanku ke kuburan untuk ‘memburu’ pemandangan-pemandangan cantik untuk aku mengaplikasikan ilmu-ilmu iPhotoku. Tapi itu bukanlah hasrat yang utama. Papan tanda merah yang menuntun ke arah perkuburan Bela-Belawa itu benar-benar menarik perhatianku semenjak pertama kali aku melewati persimpangan itu. Terasa benar-benar terpanggil untuk berziarah ke halaman sepi itu, sekadar untuk mengingatkan diri terhadap sesuatu yang pasti aku lalui. Semua orang tahu & sedar akan kedatangan detik itu, tapi tidak banyak yang sentiasa berwaspada tentang itu. Semoga aku tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai.


Perkuburan Bela-Belawa 200 M
“Cantik ya kalau di sana..? Hmm, kalo begitu ayo kita ke sana aja” Aku masih berbasa basi dengan teman-teman baruku ini. Sulit menjelaskan kepada mereka tentang hasrat yang tersimpan di hati. Sulit menjelaskan dan sulit pula mereka memahaminya nanti. Tak perlulah aku menjadikannya terlalu kompleks. Ehe, simplify ur life!

Pagi itu kami hanya melewati beberapa petak sawah di pinggir jalan, dan bergerak kembali ke SD Negeri 107. Dan tentunya dengan beberapa picture shot!

“Hmm..di kuburan itu ada apa..?” sengaja aku memancing mereka petang itu. Kali ini, kami nekad untuk ke kuburan memandangkan hasratku pagi tadi tidak kesampaian. Tapi kelihatannya mereka masih dibayangi mitos-mitos pocong yang sinonim dengan kuburan. Mitos? Ehm, entah. Alam ghaib itu tidak aku nafikan kewujudannya, tapi aku tidak melihatnya sebagai sesuatu yang perlu ditakuti. Sebaliknya hanya pada AlKhaliq yang Maha Dahsyat siksanya yang selayaknya di takuti.

“Ada kubur, tempat orang mati, banyak..” serentak mereka bertiga menjawab. Memang kelihatan remeh pertanyaanku tadi, tapi aku cuba menyampaikan sesuatu.

“Orang-orang mati tu.. siapa saja..?” aku memancing lagi. Hasratku tidak lain hanya sekadar membetulkan persepsi bahawa kawasan perkuburan itu bukanlah sesuatu yang harus ditakutkan, sebaliknya umat Islam digalakkan menziarahi tempat persinggahan itu demi mendapatkan peringatan tentang detik yang pasti itu.

“Orang-orang mati lah! Ada mama’nya Ryan di situ..” Ika sebagai yang paling tua mewakili adik-adiknya. Oh! Aku agak terkejut. Rupa-rupanya Ryan sudah tidak beribu. Wanita itu meninggal ketika melahirkan anak pertamanya yang kini berada di sampingku. Ryan Budiawan, kini menjadi anak yatim. Lebih suram kehidupannya apabila ayahnya pula meninggalkannya untuk bersama dengan wanita yang dikira lebih pantas untuk di dampingi. Tinggallah dia bersama neneknya di desa ini. Tatkala Ika bercerita perihal Ryan, aku memandang wajah tidak bersalah itu. Ryan hanya tunduk melihat tanah. Tiada riak sedih mahupun kecewa dengan kisah hidupnya. Mungkin jiwa anak-anaknya masih belum dapat mengerti sepenuhnya akan tragedi yang melanda.

“Yang di kuburan itu semua kan manusia juga toh? Seperti kita-kita juga... Nah, kita nanti bagaimana, akan ke sana juga kan?” Aku cuba sampaikan mesej ini dengan kata-kata yang paling simple, mudah-mudahan mereka memahami maksudku.

“Jadi, tidak ada yang harus kita takutkan dik. Kita hanya perlu takut pada siapa?”

“Allah...!!” Teriakan mereka memecah keheningan petang itu.

“Ya, pintar semua...! Ayo, kita jalan lagi..” Perbualan kami terhenti seketika sedang kaki terus melangkah. Tapi entah kenapa dan bagaimana (aku pun lupe..) kami membatalkan hasrat ke kuburan, sebaliknya kami ke sawah. Kali ni, kami benar-benar masuk ke dalam, ke kawasan sawah yang terbantang luas, saujana mata memandang. Dari jalan kampung, kami melintasi denai-denai hampir 7 minit. Sambil aku mempelajari beberapa kata dalam bahasa Bugis...

Bembe = kambing
Lame = Ubi
Awu’ = Bambu
Paria = peria
Loka = pisang
Kaluku = kelapa
Bojok = Labu
Panasa = Nangka
Kaniki = Betik
Dongi-dongi = Burung
Maccule = Main-main

Di sawah, aku terpegun melihat indahnya lapangan hijau yang terbentang luas. Beberapa pohon rendang memasak di tanah, bukit-bukit tinggi kelihatan samar-samar seperti berada di hujung dunia. Mendung langit petang itu juga cukup memberikan kesan yang mendamaikan. Tenang rasa hati.

Irfan (8 tahun), Ryan Budiawan (9 tahun) & Ika (12 tahun)

Seperti seorang pelancong bersama beberapa ‘pemandu pelancong kecil’, mereka membawaku menjelajah sawah yang luas itu. Mereka menunjukkan padaku yang namanya pohon paria, pohon jambu biji (pink guava), sumur di tengah sawah dan macam-macam lagi. Ya, aku anak kota yang jarang dapat melihat semua ini. Dan aku bangga dapat menghabiskan petangku bersama mereka di tengah-tengah sawah yang menghijau ini. Puas rasanya, walaupun sudah mulai terasa letih setelah melangkah ke hampir setengah keluasan sawah. Akhirnya kami pulang menjelang Maghrib, bersama beberapa orang anak-anak desa yang kebetulan bermain basikal di jalan-jalan denai yang kami lewati.

“Dadaa.. ketemu lagi besok ya!” Aku mengakhiri pertemuan petang itu.

Demikianlah antara detik-detik pertama aku mengenali mereka. Dan semenjak itulah, lebih banyak anak-anak desa sering ke posko. Irfan, Rimba, Ryan, Idris, Ayu, Ippa, MIla dan lain-lain. Tidak seperti warga kota yang sering ku bergelut dengannya, anak-anak desa ini cukup ramah & mudah berteman. Tanah, batu & dedaun menjadi permainan mereka sehari-hari. Kehidupan mereka sehari-hari sebetulnya penuh dengan kesederhanaan, berdikari & ceria. Dan sungguh, banyak yang aku pelajari dari mereka. Tentang hidup..


Idris (7 tahun), Irfan (8 tahun) & Rimba (8 tahun) bersama teman poskoku, Mitha (belakang)

Aku sedikit kagum dengan mereka. Kagum kerana mereka anak yang berdikari. Terbiasa dengan hidup yang sederhana membuatkan mereka tidak terlalu ‘demand’, terima apa adanya. Namun ada bibit-bibit simpati dalam hatiku, mengenangkan masa depan mereka. Entah apa yang menanti mereka di hadapan, entah ada atau tidak peluang & ruang untuk mereka memperbaiki taraf kehidupan mereka. Potensi mereka besar, aku dapat melihatnya. Hanya saja mereka perlu diberikan peluang untuk menonjolkan potensi mereka.. semoga mereka kelak menjadi orang yang berguna pada agama & negara..

Yang pasti, mereka telah melakar warna dalam kehidupanku. Mereka akan menjadi sebuah sejarah dalam catatan hidupku, dan mereka akan ku rindui satu hari nanti!