Showing posts with label .Family.. Show all posts
Showing posts with label .Family.. Show all posts

Jan 3, 2010

Duhai kasih:.

Kasih dan cinta tidak memerlukan batasan waktu tertentu untuk dizahirkan
Namun kehangatannya kadang lebih terasa pada hari-hari yang istimewa
Duhai kasih, izinkan aku menyentuh hatimu dengan kuntuman rinduku~

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran


Khansa'
31 Disember 1988


Abah
2 Januari 1960



Aku sayang, kasih & rindu kalian~~


Nov 17, 2009

.:datang dan pergi:.

Alam tidak akan pernah mengkhianati sunnatullah. Setiap hari manusia datang, dan setiap hari manusia pergi.

Hari ini aku mendapatkan berita gembira berupa kehadiran ahli keluarga baru, sedang baru semalam aku mendapatkan berita sedih berupa pemergian ayahanda seorang sahabat.
Salam takziah buat teman, Tuan Mohd Azlan yang baru kematian ayahandanya. Semoga arwah digolongkan dalam golongan orang yang beriman, dan semoga beliau dan keluarga redha dengan pemergian ini.

Juga,
Tahniah buat Usayd dan Kak Aween, mendapat gelaran baru - Abah dan Mak.
Tahniah buat Along dan Abang Azim, mendapat gelaran baru – Pak Long dan Mak Long.
Tahniah juga buat seisi keluarga (termasuk diri sendiri), walaupun tetap dengan gelaran yang sama :)

Selamat datang, Uzayr bin Usayd. Semoga kelak menjadi anak yang soleh.

* Giliran ‘kedatangan’ kita sudah berlalu. Entah bila giliran ‘pemergian’ kita...

JwiSa~
Makassar
9.46pm, 15 Nov 2009

Sep 24, 2009

5 Syawal

Assalamualaikum..

Ops, dah lama rupanya teratak comel ni tak terupdate. Almaklum, Mood ‘beraya di Malaysia’ memudarkan segala keinginan untuk mengirim berita di laman hijau ni. Kad raya kt bawah ni pun, setelah dipaksa oleh Mak dan Abah. Huhu~

Okie. Hari ni dah 5 Syawal. Alhamdulillah, dah dapat 1 hari puasa sunat Syawal. Ada 5 hari lagi. Coming soon insyaAllah. Nak tau kami buka puasa kat mana? Ahaaa..dari Penang ke Sungai Petani. All the way, untuk mencari Radix Fried Chicken (RFC)! Nyam-nyam~~


Kak Aween kata, warna oren dia very 'catchy'

Bagi siapa yang belum tau, RFC ni merupakan produk Islam yang pertama di Malaysia. Konsepnya lebih kurang macam KFC, tapi ni orang Melayu/Islam punye version. I'm impressed. Penuh orang. Beratur panjang..sampai dah maghrib baru dapat makan. Alhamdulillah. Sedaap!


RFC ni salah satu dari produk HPA. Banyak lagi produk diorang. Barangan kesihatan, herba, hotel, IT & communication. Macam-macam lah. Tak tau pulak perpanjangan dari HPA ni ape. Tapi ni betul-betul produk Islam. Untuk terlibat dalam perusahaan diorang ni, ada beberapa program khusus yang wajib dilalui. Tamrin, Qiam dan seumpamanya. Pekerja-pekerja diorang sentiasa dalam keadaan berwudhu’ sepanjang hari. Subhanallah. Siapa kata orang Islam tak boleh berjaya? Malah Allah dah bagi tips yang cukup berguna. Cuma kita je yang malas nak mengamalkannya...

Satu lagi produk HPA ~Dimiliki oleh HPA Organics Sdn. Bhd.]

Tengok suasana kat RFC tadi, rasa macam dekat bandar Islam je. Kebanyakannya bertudung, berkopiah. Pekerjanya pun menutup aurat. Alhamdulillah. Mak kata, kat SP ni je nampak HPA boleh ‘tumbuh subur’. Mungkin sebab masyarakat kat situ ada kesedaran yang lebih terhadap Islam. Tempat lain tu bukanlah tak ade, cuma belum ‘sehangat’ di Sungai Petani ni la kot... Di area tu je, ada 3-4 lot milik HPA dengan pelbagai produk diorang. Tahniah kepada owner HPA. Semoga kualiti dapat di tingkatkan, dan terus berjaya. InsyaAllah. Dan kepada muslimin muslimat di luar sana, apa lagi? Jangan lupa untuk sama-sama menyokong usaha murni ni. Mudah-mudahan menjadi saham kita di akhirat nanti. InsyaAllah :)

Ok. Nak cerita apa lagi? Baanyak sangat cerita sebenarnye ni. Sampai x tau nak cerita yang mana satu. Hehe~ tapi xboleh la nak crite semua kat sini kan. InsyaAllah kalau ada kelapangan nanti akan dikongsikan di sini.

Radix Chicken Delight. Nak try?


Panjang beratur. Beratur sambil fikir menu..nak makan ape ye?

Ha. Dah dapat makanan! Mai le makan~ Ni gambar orang suke makan dan mau makan :)



Sedap sehingga menjilat hidung! Eh, jari laa.. :P




Kat atas ada ruang solat yang amat selesa. Alhamdulillah. Macam ni la bagus!




On the way back, singgah sekolah lama. Sebuah memori :)

Oh ye. Semua gambar yang di upload di post ni adalah hasil dari kamera baru :) Terima kasih mak dan abah dah belikan kamera baru. Lama mengidam nak beli kamera. Kamera ape? Biasa je, simple one. Kecanggihan tu tak penting. Kamera biasa pun, kalau kita tau nak manfaatkannya betul-betul..hasilnya cantik jugak kan? Bukan setakat kamera, pendrive baru pun dapat. (pendrive lama dah hilang..)
Tapi ape-ape pun, mak pesan.. “Manfaatkanlah barang-barang ni untuk menambah pahala. Untuk kerja-kerja dakwah..” InsyaAllah, mak. I will :)

Macro On


Sony 730. Test power sket~


Ok. Dah habis. Nak tgk gambar lagi? Klik sini
Pesanan : JOM PUASA 6! :)

Sep 19, 2009

Jun 19, 2009

(0_~)

Keluarga tercinta. Aku rindu kalian~


Alhamdulillah.
Setelah hampir seminggu, kami semua kini dalam proses recovery. Secara fizikal, emosi dan ambisi dalam kehidupan ini. Demikianlah, hidup ini ada turun naiknya. Banyak pelajaran. Banyak pengajaran. Banyak pesanan. Dan banyak juga peringatan buat kami. Semoga setiap detik itu lebih mendekatkan kami kepada Yang Maha Khaliq.



[Makassar, 3.03 am; 19 June 2009]

Jun 14, 2009

La Tahzan


Aduhai hati, bersabarlah..
Allah bersama orang-orang yang bersabar.

Aduhai diri, berbahagialah..
Allah menjanjikan pahala atas kesabaranmu.

Aduhai jiwa, berlapang dadalah..
Allah berkata ini yang terbaik untukmu.

Aduhai rohku, tetaplah kental..
Allah ingin menguatkanmu dengan ujian ini.

Tulang besi itu tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan semangat perjuangan Abah!
Allahuakbar!

“Ya Allah, jadikan AlQuran sebagai penyubur hati kami, penghilang kesedihan kami, cahaya di dada kami, dan pembasmi gundah gulana kami..”


La Tahzan!

May 9, 2009

Selamat Hari Ibu~

Selamat Hari Ibu!
Lokasi : Tanjung Bira, Bulukumba
Model : Mak & Syaimaa'
Foto oleh : Maimanah

May 4, 2009

Ceritera 'Aisya


.:balancing right and left brain:.

Nov 14, 2008

Tahniah!

Tahniah buat Syaimaa' atas kejayaan 5A dalam UPSR.
Semoga dapat meneruskan kejayaan di masa-masa yang akan datang, dunia & akhirat insyaAllah~
Be Good!


[don't get confused, gambar ni masa konvo abang kat UTP]
**rasa macam baru je hari tu die masok skolah darjah 1..sekarang dah nak masuk F1!! huhu**

May 8, 2008

..'Amalyn Nuha..



'Amalyn Nuha~12.50pm, 2 Mei 2008





'Amalyn Nuha & 'Aisya Nuwayrah




Dari kiri : Abah & Nuwayrah, Syaimaa' & 'Amalyn, Mak, Along, Abang Azim.

Di Hospital Selayang

..Semoga anak yang lahir ini menjadi serikandi mujahidah agama, pewaris perjuangan umi & walid. InsyaAllah..

May 7, 2008

.:semangat buat Abah:.

Pagi ni sempat chatting dengan abah..melepaskan rindu. InsyaAllah, Disember nanti aku balik Malaysia. Tak sabar menanti saat itu~



Spontan aku bertanya tentang bidang perniagaan yang baru abah ceburi (kalo xsilap, dah hampir 3 tahun..mase aku 1st year). Jawapan abah ringkas.



Tough..



Ringkas. Tapi cukup menguji. Aku tahu & aku dapat melihat abah bertungkus lumus membina gerbang perniagaannya itu. Dan sudah tentu banyak cabaran, kekangan & kesulitan yang di hadapi. Mungkin aku belum cukup terdedah untuk memahami setiap perkara yang dilalui, tetapi sungguh..aku cuba memahami & sedikit memahami.



Abah seperti aku & manusia lain pun juga, semangat ini pasti ada turun naiknya. Tatkala beban terasa amat berat tergalas dibahu, diri cenderung berkeluh kesah. Kepala terasa begitu sesak dengan hal-hal yang perlu diselesaikan. Namun apalah erti hidup ini jika mahu lari dari segala masalah ini. Tidaklah diri teruji menjadi khalifah yang beriman.



"Tidak Aku uji manusia di luar kemampuannya"

(surah Al-Baqarah)



Untuk abah, aku doakan agar beliau terus kuat dalam medan perjuangannya. Biar apa pun medan itu. Perniagaan. Dakwah. Kepimpinan. Dan apa saja. Aku tahu abah orang yang tegar & komited terhadap pekerjaannya. Abah pasti mampu melaluinya dengan kesabaran & ketabahan. Aku sentiasa mendoakan kejayaan abah tersayang~



Be Strong, Abah!!



JwiSa~

Apr 30, 2008

memori untukmu~


Along~Nazihah selamat melihat dunia Sheffield tahun 1983.

Dua tahun kemudian Usayd pula lahir menemani Along.
Belum puas Usayd menikmati air susu mak, aku menyusul ketika dia baru berusia 1 tahun 1 bulan!
Kehamilan anak ke empat, awalnya disangka lelaki. Nama Syam'an sudah berkali-kali disebut.
Namun ternyata yang keluar itu perempuan, jam 10.40 malam tanggal 31 Disember 1988 :)

Inilah kami empat beradik, dengan macam-macam ragam dan kerenah. Tidak banyak yang terlekat di memori; namun aku pasti ianya adalah detik-detik bermakna dalam hidup..
Setelah 8 tahun, mak disahkan hamil lagi. Pada usia 36 tahun (ketika itu), dengan kehamilan yang amat tidak diduga, sebahagian kawan-kawan mak & abah bergurau dengan mengatakan "Ni anak Ganopolen ni..." ehe~
Menghitung waktu. Kehadiran warga baru ini dalam keluarga amat dinanti-nantikan... Abah, Along, Usayd, apatah lagi Khansa'; masing-masing mengimpikan adik lelaki. Memandangkan kami hanya mempunyai seorang 'teruna' dalam keluarga. Nama Syam'an kembali disebut-sebut.
Ternyata setelah 8 tahun pun, nama itu masih meniti di bibir-bibir kami..

Dalam diam, Mak telah dapat menduga bahawa anak dalam kandungannya itu bukanlah Syam'an yang diimpikan. Syam'an-nama milik lelaki. Kuatnya firasat seorang ibu, anak yang bakal lahir ini adalah anak perempuan. Akhirnya dicari sebuah nama yang mirip dengan nama Syam'an..sehingga bertemulah nama Syaimaa' ~ Tercatat dalam sirah sebagai anak kepada Halimah As-Sa'idiah; ibu susu Nabi Muhammad s.a.w

Waktu yang ditetapkan Allah akhirnya tiba. 30 April 1996, lahirlah Syaimaa' bt Mohd Rashid. Seronok. Gembira. Bahagia. Apakah lagi kata-kata yang ada untuk menggambarkan perasaan tatkala itu??

Syaimaa' membesar di hadapan mataku. Dia membesar bersama-samaku, sedang Along, Usayd & Khansa' tinggal di asrama.

Setiap pagi, tolong mak siapkan dia pergi Nursery..
Setiap petang, bermain dengan si chumel~
Setiap malam, dodoikan si manja dalam buaian..

Keakraban aku dengannya menjadikan dia lebih manja denganku berbanding yang lain~manja amat..

Aku melihatnya membesar..

Hari itu aku mendengar suaranya mengiringi nyanyianku mendodoikannya..

Hari itu dia mula memanjat tangga. Sampai terpaksa kami halang dengan papan besar.

Hari itu dia mula berdiri. Semua perkakas rumah nak di capainya.

Hari itu aku tidur disisinya, yang tangannya sering memegang sikuku.


Hari ulangtahun kelahirannya yang pertama, aku melihat dia menapak, berjalan dengan sendirinya. Ketika itu di rumah nenek, sedang Mak & Abah di Makkah mengerjakan haji.
Hari itu aku melihat dia memakai tudung yang aku jahitkan untuknya. Sudah pandai 'berposing'


Satu hari, ketika aku sedang mengemas pakaian untuk pulang ke asrama.. dia datang menghampiriku. Tubuh mungil berusia 5 tahun itu disandarkan ke bahuku..
"kak Manah nak balik asrama ke..Syaimaa' rindu kat kak Manah.."
Sayu suaranya. Bergenang air mataku ketika itu.
Waktu begitu cepat berlalu. Hari itu aku melihat dia memakai seragam sekolah. Darjah satu di Sekolah Rendah Islam Al-Islah, Teluk Kumbar. Badan yang kecil menggalas beg yang besar.

Hari itu dia pulang mengadu,
"kak Manah..hari ni banin buli Syaimaa'. Depa suruh Syaimaa' buat keje depa.."
Aku tersenyum memujuk

Hari itu dia pulang bercerita,
"kak Manah..mu'alimmah suruh Syaimaa' masuk pertandingan Nasyid.."

Hari itu dia pulang berbisik,
"kak Manah..surat yang mu'allim bagi tu tertinggal kat sekolah.."

Hari ini ketika aku di Makassar, aku terima email dari mak. Gambar-gambar sukan sekolah SRI Al-Islah. Syaimaa' terpilih menjadi olahragawati sekolah.
Hari ini mak mengirim sms. Syaimaa' mewakili sekolah ke Hari Syabab Fatayat.
Hari ini mak kirimkan gambar. Syaimaa' di atas pentas menerima hadiah kecemerlangan akademik...
Hari ini,
dia menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke-12!
Memori untukmu..
Selamat Hari Lahir, adikku Syaimaa'


Semuanya masih segar dalam ingatanku, bagaikan baru saja terjadi. Gembira melihat dia membesar. Bangga dengan pencapaian-pencapaiannya. Rindu mendengar suaranya. Terkenang kerenah-kerenah manjanya. Tak sangka...dia kini sudah meningkat dewasa!

Untuk adinda Syaimaa' yang di sayangi..
Panjatkan syukur pada Allah atas kesempatan usia yang masih Dia berikan.
Ucapkan terima kasih pada Mak & Abah atas didikan & kasih sayang yang mereka berikan.
Bisikkan pada diri, agar menjadi insan yang bertambah amalnya, bertambah ilmunya dan bertambah kualiti akhlaqnya; seiring bertambah usiamu tahun ini..

Amin~


..JwiSa..