Apr 30, 2008

memori untukmu~


Along~Nazihah selamat melihat dunia Sheffield tahun 1983.

Dua tahun kemudian Usayd pula lahir menemani Along.
Belum puas Usayd menikmati air susu mak, aku menyusul ketika dia baru berusia 1 tahun 1 bulan!
Kehamilan anak ke empat, awalnya disangka lelaki. Nama Syam'an sudah berkali-kali disebut.
Namun ternyata yang keluar itu perempuan, jam 10.40 malam tanggal 31 Disember 1988 :)

Inilah kami empat beradik, dengan macam-macam ragam dan kerenah. Tidak banyak yang terlekat di memori; namun aku pasti ianya adalah detik-detik bermakna dalam hidup..
Setelah 8 tahun, mak disahkan hamil lagi. Pada usia 36 tahun (ketika itu), dengan kehamilan yang amat tidak diduga, sebahagian kawan-kawan mak & abah bergurau dengan mengatakan "Ni anak Ganopolen ni..." ehe~
Menghitung waktu. Kehadiran warga baru ini dalam keluarga amat dinanti-nantikan... Abah, Along, Usayd, apatah lagi Khansa'; masing-masing mengimpikan adik lelaki. Memandangkan kami hanya mempunyai seorang 'teruna' dalam keluarga. Nama Syam'an kembali disebut-sebut.
Ternyata setelah 8 tahun pun, nama itu masih meniti di bibir-bibir kami..

Dalam diam, Mak telah dapat menduga bahawa anak dalam kandungannya itu bukanlah Syam'an yang diimpikan. Syam'an-nama milik lelaki. Kuatnya firasat seorang ibu, anak yang bakal lahir ini adalah anak perempuan. Akhirnya dicari sebuah nama yang mirip dengan nama Syam'an..sehingga bertemulah nama Syaimaa' ~ Tercatat dalam sirah sebagai anak kepada Halimah As-Sa'idiah; ibu susu Nabi Muhammad s.a.w

Waktu yang ditetapkan Allah akhirnya tiba. 30 April 1996, lahirlah Syaimaa' bt Mohd Rashid. Seronok. Gembira. Bahagia. Apakah lagi kata-kata yang ada untuk menggambarkan perasaan tatkala itu??

Syaimaa' membesar di hadapan mataku. Dia membesar bersama-samaku, sedang Along, Usayd & Khansa' tinggal di asrama.

Setiap pagi, tolong mak siapkan dia pergi Nursery..
Setiap petang, bermain dengan si chumel~
Setiap malam, dodoikan si manja dalam buaian..

Keakraban aku dengannya menjadikan dia lebih manja denganku berbanding yang lain~manja amat..

Aku melihatnya membesar..

Hari itu aku mendengar suaranya mengiringi nyanyianku mendodoikannya..

Hari itu dia mula memanjat tangga. Sampai terpaksa kami halang dengan papan besar.

Hari itu dia mula berdiri. Semua perkakas rumah nak di capainya.

Hari itu aku tidur disisinya, yang tangannya sering memegang sikuku.


Hari ulangtahun kelahirannya yang pertama, aku melihat dia menapak, berjalan dengan sendirinya. Ketika itu di rumah nenek, sedang Mak & Abah di Makkah mengerjakan haji.
Hari itu aku melihat dia memakai tudung yang aku jahitkan untuknya. Sudah pandai 'berposing'


Satu hari, ketika aku sedang mengemas pakaian untuk pulang ke asrama.. dia datang menghampiriku. Tubuh mungil berusia 5 tahun itu disandarkan ke bahuku..
"kak Manah nak balik asrama ke..Syaimaa' rindu kat kak Manah.."
Sayu suaranya. Bergenang air mataku ketika itu.
Waktu begitu cepat berlalu. Hari itu aku melihat dia memakai seragam sekolah. Darjah satu di Sekolah Rendah Islam Al-Islah, Teluk Kumbar. Badan yang kecil menggalas beg yang besar.

Hari itu dia pulang mengadu,
"kak Manah..hari ni banin buli Syaimaa'. Depa suruh Syaimaa' buat keje depa.."
Aku tersenyum memujuk

Hari itu dia pulang bercerita,
"kak Manah..mu'alimmah suruh Syaimaa' masuk pertandingan Nasyid.."

Hari itu dia pulang berbisik,
"kak Manah..surat yang mu'allim bagi tu tertinggal kat sekolah.."

Hari ini ketika aku di Makassar, aku terima email dari mak. Gambar-gambar sukan sekolah SRI Al-Islah. Syaimaa' terpilih menjadi olahragawati sekolah.
Hari ini mak mengirim sms. Syaimaa' mewakili sekolah ke Hari Syabab Fatayat.
Hari ini mak kirimkan gambar. Syaimaa' di atas pentas menerima hadiah kecemerlangan akademik...
Hari ini,
dia menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke-12!
Memori untukmu..
Selamat Hari Lahir, adikku Syaimaa'


Semuanya masih segar dalam ingatanku, bagaikan baru saja terjadi. Gembira melihat dia membesar. Bangga dengan pencapaian-pencapaiannya. Rindu mendengar suaranya. Terkenang kerenah-kerenah manjanya. Tak sangka...dia kini sudah meningkat dewasa!

Untuk adinda Syaimaa' yang di sayangi..
Panjatkan syukur pada Allah atas kesempatan usia yang masih Dia berikan.
Ucapkan terima kasih pada Mak & Abah atas didikan & kasih sayang yang mereka berikan.
Bisikkan pada diri, agar menjadi insan yang bertambah amalnya, bertambah ilmunya dan bertambah kualiti akhlaqnya; seiring bertambah usiamu tahun ini..

Amin~


..JwiSa..

3 comments:

  1. amiin~~ semoga Allah melindungi dan mendidik barisan anak2 muda agar jd generasi yg lebih baik. happy birthday to u too, syaimaa'~~

    psst, psst, kakakmu berdua ni dah plan sumthing nih. haha~~

    ReplyDelete
  2. aku faham kenape adik ko nangis when bace nih. aku pon menangis terharu. bagus2. p.s. aku nak kakak mcm ko!! huhuhu

    ReplyDelete
  3. Moga Allah rahmati kalian sekeluarga

    ReplyDelete