Showing posts with label program.aktiviti.kegiatan. Show all posts
Showing posts with label program.aktiviti.kegiatan. Show all posts

May 10, 2010

.:IBU:.

Mari menjadikan ibu sebagai pendidik pertama dan utama di dalam rumahtangga~

Demikianlah tema program yang aku ikuti kali ini. Meskipun berada di negara yang tidak sedang menyambut Hari Ibu pada 9 Mei, aku tetap merasakan suasana ‘hari ibu’ itu ketika berada di sini.

Alhamdulillah, pada hari penuh makna ini aku berkesempatan menghadiri program kewanitaan, Acara Silaturrahim bersama Bapak Jafar Sodding (Ustaz) dan Bapak Asriady Samad, yang kedua-duanya merupakan wakil rakyat di Sulawesi Selatan dan Kota Makassar dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Selain berfungsi sebagai majlis ta’lim umum, acara ini juga digunakan untuk memberi peluang kepada rakyat yang diwakili untuk mengajukan sebarang aduan ataupun masalah yang dihadapi.

Aku tidak hadir sebagai rakyat Indonesia yang diwakili tokoh masyarakat ini, dan aku juga tidak hadir sebagai ibu atau wanita yang bergelar ibu. Justeru aku menghadam setiap penyampaian ustaz dari sudut pandang seorang anak, serta sebagai seorang yang bakal bergelar ibu.

Dalam penyampaian ta’lim, Ustaz Jafar Sodding menekankan pentingnya peranan para ibu dalam pendidikan anak-anak. Beliau menyatakan bahawa 80% dari pendidikan anak terletak pada 5 tahun pertama kehidupannya dan pada fasa ini, anak didominasi oleh si ibu. Malah, ayah kepada Imam Syafi’e menyatakan bahawa pendidikan anak-anak itu bermula 25 tahun sebelum kelahirannya. Pendidikan yang dimaksudkan adalah bagaimana si ibu dan si ayah yang pada ketika itu belum pun bertemu apalagi berkahwin menyiapkan diri menjadi lelaki/wanita yang baik, seterusnya memilih pasangan hidup yang baik berdasarkan landasan Islam (pembahasan tentang ini dah masuk topik lain).


Menurut beliau, ada 3 peranan utama wanita yang bergelar ibu yang tidak dimiliki oleh ayah.

1. Hamil

Kehamilan adalah proses pendidikan yang pertama bagi sang anak. Selama 9 bulan dalam kandungan, si anak menjadi sebahagian dari diri si ibu. Dia makan apa yang si ibu makan. Dia dengar semua yang si ibu bicarakan, bacakan dan dengarkan. Oleh sebab itu ibu yang sedang hamil dinasihatkan banyak melakukan amal-amal kebajikan serta perkara-perkara yang dapat merangsang pertumbuhan anak yang sihat. Makan makanan yang berkhasiat. Ada juga pendapat atau kepercayaan, kalau mahu anak yang cantik dan handsome banyak amalkan surah Yusuf (wallahu’alam). Kalau ada yang pernah membaca tentang rahsia kecerdasan orang-orang Yahudi Laknatullah, para ibu-ibu Yahudi yang hamil banyak mengkonsumsi omega sebagai supplement tambahan, melakukan latihan/soalan-soalan matematik, mendengar lagu puji-pujian dan sebagainya.

Di sinilah pentingnya peranan seorang ibu, pendidikan anak-anak telah bermula di dalam perut mereka...


2. Melahirkan

Satu lagi peranan ibu yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh sang ayah (Lain persoalannya pada modifikasi biologi yang dilakukan oleh orang Barat sehingga seorang lelaki dapat hamil & melahirkan..sangat2 melanggar sunnatullah!!). Pada proses persalinan itu, si ibu berada di antara hidup dan mati. Bertanyalah kepada ibu-ibu kalian bagaimana sakitnya melahirkan. Seorang ibu pernah berkata kepada saya, “Macam nak mati dah rasanya...”. Tapi hebatnya ibu, sakit yang sebegitu pun mereka tetap menyayangi anak-anak dan sanggup untuk hamil serta melahirkan sekali lagi..dan lagi..dan lagi..

Aku ingat betul ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Badrul Amin satu masa dulu. Beliau menceritakan pengalamannya mendampingi si isteri melahirkan anak untuknya. Melihat betapa susah dan peritnya proses persalinan itu, beliau menjadi sedar dan nekad untuk tidak pernah memarahi hatta meninggikan suara terhadap isterinya. Perjuangan si ibu itu sangat luar biasa, yang hanya mampu ditanggung oleh mereka..subhanallah!

(Aku pernah melihat proses persalinan secara ‘live’ di hospital. Betapa tingginya daya juang seorang ibu demi kehidupan seorang anak.. Sesakit mana pun mereka sanggup hadapi demi anak yang tercinta..wahai anak-anak di luar sana, hargailah ibu-ibu kamu)

3. Menyusui

Ini merupakan satu lagi proses pendidikan yang luar biasa. Menyusui bukanlah semata-mata ‘eating time’ utk si bayi. Ketika menyusui, ibu mengalirkan sepenuh kasih sayangnya melalui tatapan mata, dakapan yang cukup hangat dan belaian yang sangat lembut. Belum lagi terhitung seberapa besar khasiat dari susu ibu. Sungguh, detik-detik itu sangat bererti dalam sebuah kehidupan!

Kenapa pentingnya pendidikan pertama anak-anak?

Menjawab pertanyaan ini boleh dianalogikan seperti seperti tasbih, atau rantai manik. Untuk menghasilkan seutas rantai manik yang cantik, kita memerlukan biji-biji manik yang bagus dengan warna-warna yang sesuai. Ukuran yang sesuai. Dari beberapa jenis butir manik tadi, kita perlu menyusun dengan urutan-urutan tertentu agar menghasilkan kombinasi yang cantik. Barulah nanti ianya wujud sebagai seutas rantai yang cantik. Apakah akan terjadi kalau biji-biji manik yang digunakan tidak sempurna sifatnya? Pasti rantai yang dihasilkan tidak terlalu sempurna, atau lebih mudah..cacat.

Demikianlah juga anak-anak ini. Si kecil yang keluar dari perut ibu-ibu itu nantinya akan tumbuh membesar membentuk keluarganya sendiri. Seterusnya dari keluarga-keluarga ini membentuk sebuah masyarakat yang akhirnya membentuk negara malah dunia! Alangkah ruginya andai anak-anak yang kecil tadi tidak dididik dari awal, tidak dihias dengan akhlaq yang baik, tidak ditanam dengan benih spiritual yang kuat.

Demikianlah pentingnya peranan para ibu, tangan-tanganmu mampu mengubah dunia!

Kisah :

Pada suatu hari, Rasulullah sedang menggendong seorang bayi. Tiba-tiba, si bayi kencing dan membasahi jubah Nabi. (Almaklum, zaman dulu mane ada pampers. Baby tu pun bukannye tau siapa yang tengah dukung dia. Dia nak kencing, kencing je lah!). Si ibu kepada bayi ni menjadi marah sebab anaknya mengencingi Nabi. Lalu dia menarik si bayi dengan kasar dari tangan Rasulullah. Nabi kemudiannya berkata, “Wahai si ibu, kencing anakmu yang membasahi jubahku boleh dibersihkan hanya dengan sekali bilas. Tapi perlakuan ibu yang kasar terhadap bayimu itu tidak mudah dihapuskan”

Pengajarannya, perlakuan ibu merupakan salah satu bentuk pendidikan terhadap anak-anak. Malah anak-anak lebih mudah menerima/mencerna/mencontohi perbuatan orang tua berbanding nasihat-nasihat yang disampaikan. Hati-hati dengan perlakuanmu terhadap anak mahupun di hadapan anak.

Dalam penyampaian ta'limnya, Ustaz Jafar turut mengingatkan :

- Peranan suami/lelaki dalam mendukung para ibu/wanita dalam melaksanakan pendidikan yang sempurna. Para bapa berperan penting dalam menetukan perjalanan si anak.

- Solusi paling tepat dalam mendidik anak adalah pendidikan yang sesuai dengan agama. Islam bukan sekadar agama yang menyentuh aspek akhirat dan ketuhanan, tapi ia adalah sebuah tatacara kehidupan yang sangat lengkap.

- Selain berusaha, DOA seorang ibu sangat didengari oleh Allah. Jangan pernah lelah memohon kebaikan dariNya. Allah tidak pernah jemu mendengar permintaan hamba-hambaNya, malah lebih sayang pada mereka yang sering mengingatiNya.

- Dalam mendidik anak-anak, persiapkanlah mereka untuk menghadapi dunia yang tidak sama dengan zaman sekarang.

Wallahu’alam




suasana program


kasih ibu - suasana di ruang menunggu Klinik Keluarga UNHAS

Kucing pun sayang anak..

Note :


1. Kagum dengan pelaksanaan majlis ni. Dihadiri oleh dua orang wakil rakyat, tetapi majlis cukup sederhana. Kalau di Malaysia, aku sifatkan suasana majlis ni seperti suasana di pertemuan tahunan PIBG sekolah. Sangat simple. Dua orang pemimpin di hadapan itu juga sangat low profile. Like it~

2. Rasa macam sedang mengikuti kelas tarbiyatul aulad pun ade! (hehe)

3. Aku rindu mak. Bertambah sayang dan bertambah rindu. Pengorbanan mak sangat-sangat besar buat aku. Terima kasih mak, hanya Allah yang mampu membalasnya.

4. Perasaan bercampur baur mengenangkan aku sebagai seorang wanita yang bakal bergelar ibu. Ibu berkerjaya!

Dec 25, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan!

Peserta : Aku & adik-adik seramai 21 orang *hah, terasa macam cikgu bawa anak-anak murid pergi rombongan pulak* :)


Destinasi pertama : Rumah Makan Lae-Lae


Lebih kurang 30 minit dari Rusun menaiki pete-pete, kami sampai ke Rumah Makan Lae-Lae yang terkenal dengan makanan lautnya. Sewaktu kami tiba, pengunjung dah banyak memenuhi meja-meja makan. Selamat datang, adik-adikku..inilah Rumah Makan Lae-Lae yang sudah tak asing lagi dikalangan pelajar Malaysia di Makassar.

Menu kami : ikan Baronang Rica-Rica, ikan Kakap Asam Asin, Cumi-cumi (sotong) goreng tepung, cah kangkung & otak-otak (ikan). Hmm~ cepat aje habis. Siap tambah nasi lagi. Seronok tengok adik-adik makan dengan enaknyee :)

Di meja makan, aku sempat berkenalan dengan adik-adik. Almaklum, sebagai senior final year..tak mampu dah nak kenal semua adik-adik. Jadi kesempatan malam ni aku gunakan untuk lebih mengenali mereka. Semoga lepas ni, dah boleh panggil nama kalau berselisih. Hehe


Destinasi kedua : Pantai Losari



Bila dah kenyang, kami berjalan lebih kurang 400 meter menuju ke tepi laut. Er, nama je pantai tapi kat situ xde pantai. Kalau nak pergi pantai kene masuk lagi kat dalam. Tempat ni dah cantik, tak macam masa kami baru datang dulu. Suasananya, bak kata Aqilah (salah satu adik yang ikut malam tu) tempat ni macam Dataran Merdeka kat Penang tu. Ramai orang duduk-duduk menikmati malam, tangkap gambar sana sini.




Sampai je tempat ni, bertebaranlah adik-adik aku. Bergambar sana sini. Nasib baiklah aku ni ‘gila foto’ jugak~boleh join skali :) Tapi kami tak boleh lama-lama kat situ. Ada satu lagi destinasi, dan jam hampir mencecah 10 mlm! (suasananya seperti jam 11 malam di Malaysia). Hmm..susah jugak aku nak kumpulkan adik-adik ni semula. Nasib baik ada adik-adik tahun 3 (Nabilah, Mahfuzah & Farhana) tolong kumpulkan adik-adik. Kalau tak, lama laa pulak Khade & Tia tunggu kat destinasi ketiga kami..


Destinasi ketiga : Makan ais krim!



Masih disekitar Losari, kami berjalan lagi kira-kira 400 meter menuju ke kedai aiskrim (aku tak pernah tau nama kedai tu..hehe). Kedai ni atas laut. So boleh makan ais krim sambil menikmati deru laut yang sejuk. Tapi malam tu agak ramai, penuh dengan pengunjung. Almaklum, menjelang hari Natal. Tak mengapa. Kami tetap gembira!

Kami pulang jam 11 malam, dan selamat sampai di Rusun hampir 11.30 malam. Alhamdulillah, satu misiku tercapai. Semoga ukhuwah yang terbina malam ni membuka satu jalan untuk aku (dan sahabat-sahabat) lebih mendekati mereka.




Sebuah lukisan akan lebih cantik jika pelukisnya menjiwai lukisannya.
Sebuah puisi akan lebih bernilai jika penulisnya menghayati nukilannya.
Sebuah pesan dakwah akan lebih terkesan jika penyampainya memahami objek dakwahnya.
Itulah seni dalam kehidupan~



Note : Tak suke setting blogspot yang baru. Complicated!

Sep 30, 2009

Berilmu dan Berbudi

“Assalamualaikum, cikgu..ada kat sekolah hari ni?”
“Wa’alaikumsalam..ada. Petang satgi pukul 3.30 ada jamuan raya.."




Wah. Langkah kanan betul! Patut la hari tu rase macam nak kene pegi jugak sekolah hari Selasa :) Dari pekan Sungai Petani, kami naik teksi ke sekolah. Saje nak mengimbau kenangan naik bas pi skolah (haha..sebenarnye...)


Kedatangan kami disambut Pn Noraini Zakaria yang kebetulan keluar dari pejabat. Nampak la kami yang baru nak melangkah naik ke atas. Alahai rindunye kat cikgu :) Seperti biasa, update berita dan khabar.

Lepas tu..kami menjenguk ke beberapa port.


Bilik guru
Kecoh! Macam ade pesta ape je menyambut kami berdua. Dan bermulalah sesi interview. Macam-macam pertanyaan & komen tentang kami. Maklumlah, kan dah 2 tahun aku tak menjenguk sekolah.


Bilik PK HEM
Bilik ni sekarang ‘dihuni’ oleh Ust Ismail Hussain, menggantikan Cikgu Raof. Kami intai-intai je, tapi Ustaz xde la pulak. Biasa laa..HEM memang sibuk Aku dulu kejap2 datang bilik tu cari cikgu Raof. Kejap dia ada, kejap hilang pulak. Dah la cikgu memang kecik :P


Anjung Informasi
Sepi je tengok anjung ni dari luar. Tak berani laa nak masuk. Tertanya jugak, Cikgu Azam & Pak Dan dok kt sini lagi ke?


Galeri
Galeri mane pulak ni? Erm. Ingat tak ade tempat duduk kt sebelah toilet pelajar pompuan tu? Tempat tu dah jadi galeri sekarang. Nak masuk, tapi berkunci. Kami intai dari luar je (haihh..dari tadi asyik mengintai jee..). Banyak laa piala & pingat skolah kt dalam tu..


Blok D
Jalan-jalan sampai ke Blok D. Kat sebelah bangunan tekno tu dah ade building baru. Dan sekarang sedang dibina satu lagi building. Nak bukak kelas lagi. Sebahagian tasik kt situ dah ditambak untuk bangunan tu...Makin kecik laa taman rekreasi kita...




Dewan Makan
DM makin ceria. Side perempuan tu dah tambah sikit lagi, macam kt sebelah laki tu. Memang DM kite ni kecik pun. Tapi tengok ratio pelajar perempuan dah makin sikit berbanding lelaki. Waktu makan tu, budak perempuan duduk kt side tambahan ni je. Selebihnya dipenuhi budak laki..


Aspuri
Aspuri pun nampak makin ceria. Mural warna warni. Water cooler sampai 3. Cuma kat depan tu nak buat bangunan aspuri lagi satu. Bilik rehat stil macam dulu. TV dah upgrade sket..yg canggih pny. Musolla pun x banyak beza. Cuma ada la tambah rak dan papan kenyataan..Dark Room masih sama :D


Aspura?
Ahha..tak masuk le sampai ke sana...

Okie..Ada beberapa info tentang skolah..

- Pn Siti Rohah dah jadi PK 1, Ust Ismail PK HEM, Cikgu Marlina PK KoKu.
- Pak Rush dah naik pangkat sbg Pegawai Sains & Matematik di Pejabat Pendidikan Daerah (ofis dia kt belakang sekolah tu je)
- Pak Dan, Ust Mizi, Cikgu Harris pun dah keluar..naik pangkat
- Cikgu Raof dah bersara 1997
- Cikgu Puteh, Ustazah Zainab..dah bersara jugak kot. Tak nampak pulak diorang hari tu..
- Majoriti cikgu yang kami jumpe dok komen tentang student sekarang. Disiplin kurang, prestasi pun menurun. Trial SPM SBP baru-baru ni dapat top five dari bawah...
PMR dah dekat. Kelas anjal F3 sedang berlangsung kt Dewan Besar yang tak besar-besar lagi tu :)
- Cikgu Zuraini (budak 4A5 ingat lagi x??) dah mengajar kt sini. Dah kawen, ade anak sorang :)
- Mak kepada Faiz Azhari Noor (AFAN) mengajar kat sini jugak...
- Anjung informasi dah jadi macam bilik tetamu. Kalau ada pegawai mane2 dtg jumpe kt situ je. Tempat cikgu Azam kat belakang, blok D

.....Ade lagi ke??

Tentang prestasi adik-adik kite ni..tak boleh diabaikan. Cikgu-cikgu mengharapkan bantuan dari kita.

“hampa mai la buat program kat adik-adik ni. Bagi motivasi sikit. Kalau orang luar yang bagi, impak dia lain dengan ex-student..”

Bukan sorang je cikgu yg ckp cmni..3-4 org jugak..maknanya, memang diorang mengharap lah jgk. Bagi yang dah keje tu, try la buat program dgn skolah..dana skali, sorang sikit. Yang ringan sama dijinjing, kan :)

Kita dah berilmu, bila lagi nak berbudi? :)

Dec 29, 2008

Our Updates~


Phew~dah agak berhabuk blog ni rupenye. Walaupun slalu jenguk, tapi x sempat-sempat nak menyapu or mengemas ape yg patut... dah sebulan lebih aku x update. Sian bondingsisters~ tapi tau x knape? Haa, jangan kata kitorang balik mesia tu sbg ‘percutian’ tp hanya ‘dihantar bertugas ke luar negara’. Maknenye...ade la keje kitorang buat. Bukannye balik goyang kaki. Hehe..


Ok, ni ringkasan kejadian sepanjang kesepian blog ni..

1. Jwisa aka Maimanah pulang ke Malaysia on 23rd November 2008. Keterangan dan gambar seperti di entry sebelumnya :)

2. Jwisa ‘terpenjara’ di Gombak (rumah Along) sbg baby sitter dan penggubah hantaran pernikahan Usayd yang akan diadakan pada 5 Disember 2008. Adei~dah la xde pengalaman menggubah hantaran. Bingung nak wat cemane. Sikir-sikit aku buat. Hasilnya? Bole la, for the very first time~~


[Biru sebagai warna tema hantaran pengantin lelaki]

3. AlKhansa’ mendarat di KLIA pada 29 November 2008 (setelah delayed almost sejam), dan dikejarkan ke Pudu Raya utk catch up bas konsortium ke Pulau Pinang. Pecut 140km/j! credits for Usayd for make it on time.

[Mase ni tgh pecut gi parking area - to Puduraya]

4. Upacara pernikahan & kenduri perkahwinan di Desa Putra, Kajang pada 5 & 6 Disember 2008. Kami menjadi tumpuan sebagai keluarga pengantin lelaki yang sedondon, mirip dan... pape je lah~

[Selamat di ijabkabulkan]


[Mempelai tiba di Perkarangan Zainal Abidin]

[Baju sedondon~Maimanah.Syaimaa'.Mak.Along.Khansa']


5. Lebih sibuk dengan persiapan kenduri sebelah pengantin lelaki. Jwisa jadi project manager, manakala AlKhansa’ incharge bahagian doorgift. Dalam masa yang sama, perlu siapkan barang-barang untuk pulang ke Makassar & Zagaziq masing-masing L. Majlis perkahwinan selamat di adakan di perkarangan surau Bayan Baru, Pulau Pinang pada 13 Disember 2008.

[Hijau pucuk pisang di Penang]
[Sedondon lagi kami~~]
6. AlKhansa’ kembali ke bumi Mesir pada 15 Disember 2008, hanya dua hari selepas majlis perkahwinan. Dan.. kembali meneruskan rutin sebagai mahasiswa perubatan di sana. Siap ade exam lagi lepas balik tu. Ngehehe~

[Bubbye Malaysia!]

7. Jwisa pulak balik ke Makassar 2 hari selepas, 17 Disember 2008. Dihantar sampai airport Penang je, sebab baru je dua hari lepas dah turun KL untuk hantar Khansa’. Kakak, kene la berkorban sikit. Hehe..

[cepat-cepat masok!!]

8. Family Vacation (Mak, Abah & Syaimaa’) akhirnye menjejakkan kaki ke bumi Makassar sempena majlis wisuda (convocation) Jwisa di UNHAS. Alhamdulillah, sempat seminggu mereka di sana (21 – 28 Disember 2008) dan telah ‘menjelajah’ beberapa tempat termasuk Malino & Tanjung Bira~

[Wisudawati manis~]


[Sebelum masuk hall]

[Shopping kt MTC~Abah pakai kain orang Bugis!]


[Jalan-jalan ke Rumah Sakit Wahidin]


[Masjid Agung 45 depan UMI]

9. Dan...Jwisa pula kembali disibukkan dengan urusan-urusan di Makassar. Kebetulan menjadi salah satu jawatankuasa Minggu Penghayatan Islam (MPI) anjuran bersama PKPMI, UMNO & IMAM~ [25 - 31 Disember 2008]

[A lots of ativities : Kuiz Agama, Pertandingan Khat, Penulisan Karya Islam, Photography, PotLuck, Futsal, Road Relay, Malam Kesenian Islam and many more!]

Okies. tu je update dari kitorang, BONDINGSISTERS~ InsyaAllah will come out with more articles and post. And also the tagSS :)~

Jun 12, 2008

Matahari masih menampakkan sinarnya~

..keadaan berubah..
..ada sinar-sinar yang berpotensi untuk di pancarkan..
..ada ruang-ruang untuk kembali menghidupkan Convention 3D tahun ini..
..bersama kita doakan..!!
Convention 3D; Doctor, Da'ie & Domesticity

Jun 2, 2008

Convention 3D; punyai sejarahnya yang tersendiri

Sejarah

Beberapa pertemuan telah diatur. Semuanya demi satu matlamat. Kami mengimpikan satu medium untuk menyatukan misi-misi bakal para doktor. Doktor muslim. Yang dalam masa yang sama merupakan da’ie di dalam masyarakat, serta seorang penanggungjawab dalam kehidupan berkeluarga. Tiga ‘status’ dengan bebanan tanggungjawab yang bukan mudah untuk dipikul, tetapi hakikatnya wajib dioptimalkan.

Fikiran dikerah sehabisnya. Kudrat kami bertujuh seupayanya digali. Alhamdulillah, akhirnya Allah mengilhamkan 3D kepada kami~ Doctor, Da’ie & Domesticity..

Dari sana bermulalah segala perancangan & gerak kerja. Potensi-potensi bakal doktor kami libatkan sebagai tenaga kerja. Kerja yang tidak bergaji, tapi insyaAllah menjadi modal saham di akhirat kelak. Dan dengan inizNya jua, kami berhasil menjalankan Convention 3D pada 5 Ogos 2007 dengan peserta seramai 40 orang (secara kasar). Matlamat kami tidak lain, selain memberi gambaran kepada bakal-bakal doktor demikian besarnya cabaran & tanggungjawab yang sedia menanti di hadapan. Dan bukanlah bengis cabaran itu yang satu-satunya kami ingin sampaikan, tetapi yang lebih penting adalah persediaan. Siaga menghadapi apa sahaja mehnah yang mendatang. Sudah bersediakah anda?

Terima kasih terutama buat Dr Latiff sebagai pimpinan di Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) & CUCMS sendiri. Terima kasih buat mak & abah atas sokongan padu antum. Sekalung penghargaan buat sahabat-sahabat AJK. Dan tentunya setinggi-tinggi syukur buat Zat yang selayaknya mengatur segala isi alam. Alhamdulillah..alhamdulillah..

Telah tersurat

2008. Convention 3D sekali lagi cuba diketengahkan. Hasrat pimpinan untuk menjadikan ia suatu aktiviti tahunan kami sahut. Semoga saban tahun ia dapat memberi manfaat kepada bakal pemegang profesi doktor ini. Ahli jawatankuasa baru mula terbentuk. Kepada adik-adik pewaris, kami serahkan mandat untuk mengatur convention kali ini. Seperti dahulunya, pertemuan demi pertemuan telah di atur. Pemilihan tarikh, penyusunan acara, penaja, promosi, dan segalanya telah dirancang malah telah dilaksanakan sebahagiannya. Dari wajah-wajah mereka aku dapat menyaksikan motivasi. Semangat. Dedikasi. Sama-sama meletakkan optimisme dalam kerja masing-masing.

Namun satu hal yang perlu aku & kalian juga tahu. Sudah tahu, tapi mungkin perlu diingatkan. Jalan kebaikan itu tidak pernah sunyi dari duri-duri & ranjau. Tidak semudah A, B dan C. Ia menuntut pengorbanan tenaga, waktu mahupun wang (rupiah/ringgit). Mungkin juga emosi. Dan itulah yang membuatkan hasilnya lebih bermakna, insyaAllah~

Yang Teratas mula bersuara. Kalian merancang, Aku jua yang menentukannya. Dari segala permasalahan yang timbul, akhirnya kalian terpaksa akur. Hambatan waktu menyebabkan perancangan Convention 3D kali ini terpaksa di tunda, mungkin ke tahun berikutnya. Ada beberapa hal yang mungkin agak mencuri waktu sehingga pelaksanaan convention ini tidak dapat dijalankan seperti yang dirangcang.
"Ya Allah, kami mohon hidayahMu dalam memutuskan hal ini..”

InsyaAllah, semoga ini yang terbaik. Yakinlah apa yang berlaku ini adalah yang terbaik buat antum semua. Juga untuk seluruh warga Convention 3D.

2nd Convention 3D; waktunya belum tiba tetapi pasti ada.

Semoga berjumpa di 3D yang akan datang, insyaAllah

May 27, 2008

Feminine Talent Challenge




Organize by Islamic Medical Association of Malaysia-Student Chapter of Indonesia

(IMAM-SCI)

ALERT!! pertukaran tarikh program~

Date : 27th June 2008

Time : 7.30 pm - 11.00 pm

Venue : Lecture Theater 5, Faculty of Medicine, UNHAS

Entrance Fee : Rp10,000 only

Ticket's Agent : Maimanah 'o5 & Azzahra 'o6

Activities :
~ Performance Competition
~ Busana Muslimah Fashion Show
~ Smart Circle Award

* Those who are interested to take part in the competition, do contact our Registration Department at
08524257084 (Ummi Mirza '05)



Don't Miss It, Ladies of Makassar!