Jun 2, 2008

Convention 3D; punyai sejarahnya yang tersendiri

Sejarah

Beberapa pertemuan telah diatur. Semuanya demi satu matlamat. Kami mengimpikan satu medium untuk menyatukan misi-misi bakal para doktor. Doktor muslim. Yang dalam masa yang sama merupakan da’ie di dalam masyarakat, serta seorang penanggungjawab dalam kehidupan berkeluarga. Tiga ‘status’ dengan bebanan tanggungjawab yang bukan mudah untuk dipikul, tetapi hakikatnya wajib dioptimalkan.

Fikiran dikerah sehabisnya. Kudrat kami bertujuh seupayanya digali. Alhamdulillah, akhirnya Allah mengilhamkan 3D kepada kami~ Doctor, Da’ie & Domesticity..

Dari sana bermulalah segala perancangan & gerak kerja. Potensi-potensi bakal doktor kami libatkan sebagai tenaga kerja. Kerja yang tidak bergaji, tapi insyaAllah menjadi modal saham di akhirat kelak. Dan dengan inizNya jua, kami berhasil menjalankan Convention 3D pada 5 Ogos 2007 dengan peserta seramai 40 orang (secara kasar). Matlamat kami tidak lain, selain memberi gambaran kepada bakal-bakal doktor demikian besarnya cabaran & tanggungjawab yang sedia menanti di hadapan. Dan bukanlah bengis cabaran itu yang satu-satunya kami ingin sampaikan, tetapi yang lebih penting adalah persediaan. Siaga menghadapi apa sahaja mehnah yang mendatang. Sudah bersediakah anda?

Terima kasih terutama buat Dr Latiff sebagai pimpinan di Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) & CUCMS sendiri. Terima kasih buat mak & abah atas sokongan padu antum. Sekalung penghargaan buat sahabat-sahabat AJK. Dan tentunya setinggi-tinggi syukur buat Zat yang selayaknya mengatur segala isi alam. Alhamdulillah..alhamdulillah..

Telah tersurat

2008. Convention 3D sekali lagi cuba diketengahkan. Hasrat pimpinan untuk menjadikan ia suatu aktiviti tahunan kami sahut. Semoga saban tahun ia dapat memberi manfaat kepada bakal pemegang profesi doktor ini. Ahli jawatankuasa baru mula terbentuk. Kepada adik-adik pewaris, kami serahkan mandat untuk mengatur convention kali ini. Seperti dahulunya, pertemuan demi pertemuan telah di atur. Pemilihan tarikh, penyusunan acara, penaja, promosi, dan segalanya telah dirancang malah telah dilaksanakan sebahagiannya. Dari wajah-wajah mereka aku dapat menyaksikan motivasi. Semangat. Dedikasi. Sama-sama meletakkan optimisme dalam kerja masing-masing.

Namun satu hal yang perlu aku & kalian juga tahu. Sudah tahu, tapi mungkin perlu diingatkan. Jalan kebaikan itu tidak pernah sunyi dari duri-duri & ranjau. Tidak semudah A, B dan C. Ia menuntut pengorbanan tenaga, waktu mahupun wang (rupiah/ringgit). Mungkin juga emosi. Dan itulah yang membuatkan hasilnya lebih bermakna, insyaAllah~

Yang Teratas mula bersuara. Kalian merancang, Aku jua yang menentukannya. Dari segala permasalahan yang timbul, akhirnya kalian terpaksa akur. Hambatan waktu menyebabkan perancangan Convention 3D kali ini terpaksa di tunda, mungkin ke tahun berikutnya. Ada beberapa hal yang mungkin agak mencuri waktu sehingga pelaksanaan convention ini tidak dapat dijalankan seperti yang dirangcang.
"Ya Allah, kami mohon hidayahMu dalam memutuskan hal ini..”

InsyaAllah, semoga ini yang terbaik. Yakinlah apa yang berlaku ini adalah yang terbaik buat antum semua. Juga untuk seluruh warga Convention 3D.

2nd Convention 3D; waktunya belum tiba tetapi pasti ada.

Semoga berjumpa di 3D yang akan datang, insyaAllah

1 comment:

  1. salam perjuangan...

    akhirnya terjawab juga persoalan yang bermain di minda...

    ana doakan semoga tahun hadapan berjaya dilaksanakan...;)

    ReplyDelete