May 31, 2008

R U L E S ?


“ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki tua yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.” (An-Nur:31)

Ini merupakan ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah, berbentuk perintah & larangan kepada kaum perempuan. Bila kita berbicara tentang perintah mahupun larangan dari ayat Al-Quran (yakni dari Allah), maka jatuhlah hukum WAJIB bagi kita untuk menurutinya. Undang-undang yang ditetapkan oleh Yang Maha Khaliq ini jika dilihat dari aspek keduniaan, samalah kiranya seperti peraturan/undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan sesebuah negara terhadap rakyatnya. Yang mana jika undang-undang ini tidak dipatuhi, maka hukuman mesti dikenakan (dan hakikatnya peraturan manusia itu jauh dari kesempurnaan).

Kita ambil contoh yang paling mudah. Setiap warganegara Malaysia yang mencecah usia 12 tahun dimestikan untuk membuat kad pengenalan diri. Peraturan ini sudah terlalu common dikalangan rakyat Malaysia, di mana setiap daripada kita sudah memiliki kad pengenalan diri. Bayangkan jika anda bertemu dengan teman anda, ternyata dia tidak pernah memiliki kad pengenalan diri. Apakah yang anda fikirkan? "Berani betul, silap-silap boleh dihukum!"

Maka demikianlah juga undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah ini. Malah peraturan Allah itu jauh lebih praktikal, penting dan berpengaruh dalam kehidupan manusia. Sekiranya ada dikalangan hambaNya yang tidak menjalankan kewajipan ini, maka apa pula persepsi kita terhadapnya? Hakikatnya masyarakat kita pada hari ini sudah memandang sebelah mata apabila perintah & larangan Allah ini tidak ditunaikan. Fenomena free hair, pakaian ketat, pendedahan aurat dan sebagainya sudah menjadi terlalu lazim dalam masyarakat kita hari ini, sehingga tidak lagi timbul sensitiviti terhadap perkara sedemikian.. (na’uzubillah..!!) Sedangkan hukuman Allah terhadap para pesalah ini tidak akan pernah dimungkiri!!

Sekali lagi kita melihat undang-undang Allah dari aspek manusiawi. Setiap negara, organisasi diperingkat apa pun, hatta persatuan-persatuan di sekolah/universiti pasti ada peraturan/undang-undang yang dibentuk. Untuk apakah segala peraturan ini dibentuk? Seorang individu yang matang pasti sudah mampu menjawab pertanyaan simple ini. Dengan adanya undang-undang ini, sesebuah organisasi lebih terarah dan terkendali, malah tidak dinafikan ia membantu mempermudah bagi pencapaian matlamat organisasi tersebut. Kenyataan ini jugalah yang menjelaskan tentang kenapa adanya undang-undang dari Allah.

Kenapa Allah melarang kita melakukan itu dan ini. Dan kenapa pula Allah memerintahkan kita melakukan sebegini dan sebegitu. Jawapannya ada di atas tadi. Tapi yang lebih penting, kita harus ingat bahawa peraturan Allah itu (sekali lagi) jauh lebih tepat, bermakna dan sesuai dengan fitrah manusia. Tidak mungkin untuk seorang tukang kayu tidak tahu keadaan rumah yang telah dibina dengan tangannya. Begitu jugalah Allah, Dia menciptakan setiap daripada kita dan segala isi alam ini. Maka tidak mungkin Dia tidak mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan sebaliknya.. Dengan itu, yakinlah bahawa setiap peraturan/undang-undang Allah itulah yang terbaik untuk kita ikuti. Sama halnya dengan perintah yang Allah rangkumkan dalam surah di atas, dimana para wanita itu harus menjaga pandangannya, auratnya dll. Janganlah kita beranggapan bahawa Allah telah menyekat kebebasan wanita dengan peraturanNya itu. Pasti tidak! Sebaliknya ia menunjukkan betapa kasih & sayangnya Dia terhadap kaum wanita. Betapa terlindungnya wanita beriman itu daripada kehinaan & kejahatan.

Segolongan masyarakat mengeluh.

“Perempuan-perempuan bertudung pun ada yang kene rape, perempuan bertudung pun ada yang lebih teruk perangainya daripada yang tak bertudung…”

Apakah hal ini terjadi kerana salahnya peraturan yang Allah buat? Sudah tentu jawapannya tidak. Sebaliknya manusialah yang tidak mengambil perintah & larangan Allah itu secara total. Total bererti menyeluruh; bukan sebahagian-sebahagian sahaja, dan pelaksanaannya disertai penghayatan yang mendalam. Apabila peraturan ini diamalkan secara partial, sudah tentu manfaatnya juga tidak terhasil secara total. Mana mungkin sebiji kek coklat yang enak dapat dibuat daripada tepung & coklat sahaja tanpa ada telur, margarine & gula??



Semoga bermanfaat

4 comments:

  1. hehe... penah baca artikel nih... baru post dlm blog eh~~ neway, good approach~~ alhamdulillah~~
    teruskan, ya ukht..

    ReplyDelete
  2. ye la kak,baru blaja2 nak menulis ni :)

    ReplyDelete
  3. salam perjuangan...

    post yang berkaitan dengan isu hangat di malaysia sekarang berkenaan isu pakaian pelajar sekolah

    ReplyDelete
  4. hmm..baru terbaca ttg isu uniform skolah ni kat radiomuslim..

    ReplyDelete