Aug 12, 2009

oh JW Marriott..!

“Siapa yang bilang kalau itu Noordin? Pihak polisi tidak pernah satu kali pun bilang kalau yang ditembak mati itu adalah Noordin” Kadiv Humas Polri Irjen Pol, Nanan Soekarna kembali bertanya kepada para wartawan.
Ketawa berderai. Memang pun. Media yang membuat spekulasi dan andaian bahawa yang berada di rumah itu adalah Noordin M Top. Sedangkan pihak polis Indonesia tidak pernah sekalipun mengeluarkan kenyataan tersebut. Mereka masih menggunakan perkataan ‘diduga’.

Sedang rakyat Malaysia sibuk sana sini dengan H1N1, lain pula ceritanya dengan negara jiran yang satu ni. ‘Perang Pengganas’ masih saja berlaku, belum selesai rentetan terlepasnya Noordin M Top dari pihak polis. Siaran TV di sini tak habis-habis menyiarkan tentang isu ini. Apa yang terjadi?

Peristiwa ledakan di Hotel JW Marriott, Jakarta 18 Julai 2009 yang lalu kembali menarik perhatian. Peristiwa pengeboman tersebut bukanlah kali pertama di Indonesia, malah ia dikatakan merupakan rentetan dari serangan teroris di negara Garuda ini. Setelah hampir sebulan, pihak polis berjaya menangkap dan menumpaskan beberapa orang yang dipercayai terlibat dalam gerakan teroris ini. Hari ini, pihak polis telah mengadakan press conference secara rasmi bagi mengumumkan hasil penyiasatan mereka.

Itulah rancangan eksklusif yang kami tonton di kamar koas Interna, Rumah Sakit Labuang Baji pagi tadi. Memang betul-betul eksklusif. Nanan Soekarna dengan lantang dan tegas bercerita tentang kronologi perancangan yang dilakukan oleh Ibrahim sebagai perancang serangan tersebut. Setiap satu disampaikan dengan teliti, bermula dari kedatangan Ibrahim bersama Dani untuk survey lokasi, proses membawa masuk bom ke kamar 1808, dan bagaimana Ibrahim telah berjaya mengelirukan pihak sekuriti hotel tersebut. Penjelasan beliau diikuti oleh beberapa tayangan rakaman CCTV yang menunjukkan peristiwa tersebut. Memang mantap.

Menurut pihak polis, Ibrahim merupakan ahli Jamaah Islamiyah berdaftar tahun 2000 dan merupakan individu yang bertanggungjawab merancang pengeboman hotel 5 bintang tersebut. Beliau pernah bekerja di hotel ini sebagai tukang kebun selama beberapa tahun, sehingga sebelum peristiwa bom 18 Julai 2009 yang lalu. Setelah itu, Ibrahim menghilang entah ke mana. Sehinggalah pada 8 Ogos 2009, beliau berjaya dikepung dan ditembak mati di Temanggung. Sempat dia mengelirukan polis dengan menjerit, “Aku Noordin! Kalian tidak bisa menembak aku..!” (lebih kurang macam tu lah bunyinye kot~)

Siapa pulak Noordin M Top ni?

“Dok..itu saudara ta’ itu...” gurau perawat-perawat di Rumah Sakit Labuang Baji.

Katanya Noordin Mohammed Top ni orang Malaysia. Lahir di Johor dan dikatakan sebagai orang kuat dalam gerakan teroris di Indonesia. Wallahu’alam~

Sempat aku berbisik pada teman senegara : Hebatlah polis diorang ni keje. Siap buat press conference untuk clarify mende ni. Bila la polis kite dpt buat mcm ni? Kes penculikan budak-budak pun dah brape terlepas dan senyap cmtu je. Politik memanjang~ :P

No comments:

Post a Comment