Hampir setiap malam aku membeleknya, layaknya sebagai bed-time story. Pusing sana, pusing sini. Mujurlah kepalaku tidak ikut berpusing. Menyelesaikan puzzle Rubik’s cube bukan lagi sesuatu yang susah, malah aku sudah mampu mengajar orang lain bagaimana menyelesaikannya.
Berhari-hari aku bersama puzzle yang satu ini membuatkan kagum dengan ciptaan ini. Kagum bagaimana idea ini boleh tercetus. Kagum bagaimana gerakan-gerakan tertentu hanya mengubah kubus-kubus tertentu. Dan lebih kagum, kombinasi gerakan-gerakan tersebut akhirnya mampu mengembalikan semua kubus-kubus kecil ini ke tempat asalnya. Subhanallah!
Kekaguman ini hujung-hujungnya menimbulkan satu pertanyaan. Siapakah orang pertama yang menemukan penyelesaian puzzle ini? Atau lebih tepat, siapakah orangnya yang mencipta puzzle ini?
Erno Rubik
Inilah orangnya. Erno Rubik, dan nama puzzle ini juga diambil sempena nama beliau (kini bergelar professor). Dilahirkan di Budapest, Hungary pada Julai 1944 & dibesarkan dengan sentuhan seorang jurutera (ayahnya) dan penyair (ibunya) memberikan nilai kesenian tersendiri padanya. Beliau mempelajari tentang sculpture (juga berhubungan dengan kesenian) di sebuah kolej dan melanjutkan pelajaran di Academy of Applied Arts and Design, mempelajari architecture. Setelah menamatkan pengajiannya, beliau bekerja di sana mengajar interior design. (Ah, aku pernah memasang impian menjadi interior designer!)
"It was wonderful, to see how, after only a few turns, the colors became mixed, apparently in random fashion. It was tremendously satisfying to watch this color parade. Like after a nice walk when you have seen many lovely sights you decide to go home, after a while I decided it was time to go home, let us put the cubes back in order. And it was at that moment that I came face to face with the Big Challenge: What is the way home?" - Erno Rubik
Di sinilah bermulanya sebuah ketidaktahuan. Pemuda berusia 29 tahun ini bertungkus lumus mencari ‘jalan pulang’ bagi pihak kubus-kubus tersebut. Setelah mencuba, berfikir dan mencuba, beliau mendapatkan sesuatu : certain sequences of moves for rearranging just a few cubies at a time.
Setelah sebulan, akhirnya Rubik berjaya membawa pulang kesemua kubik ke tempat asal mereka. Pada hari ini, Rubik’s cube sudah dikenali umum. Malah ada pelbagai bentuk yang lain, yang tentunya lebih mencabar. Di seluruh sudut dunia manusia ‘bermain’ dengan puzzle ini, dikelola oleh World Cube Association (WCA), sebuah organisasi yang kini bergerak secara internasional di 13 negara dunia (tidak termasuk Malaysia). Rekod baru juga telah dicapai, 6.24 saat oleh adik Feliks Zemdegs yang baru berusia 16 tahun!
Salah satu dari pencapaian Feliks Zemdegs
Permainan seumpama ini sangat bagus sebagai latihan minda. Seperti tubuh, minda juga memerlukan latihan/exercise untuk tetap sihat. Kajian menunjukkan bahawa permainan seperti ini membantu mempertahankan akal yang tajam meskipun di usia tua. Menyelesaikan puzzle, crossword dan permainan minda yang lain meningkatkan kualiti memori jangka pendek, koordinasi mata-tangan serta kemampuan konsentrasi.
Namun satu hal yang perlu diwaspadai adalah meletakkan prioriti. Permainan ini memang menyeronokkan dan mengasyikkan. Tapi jangan sampai seluruh masa yang ada dihabiskan bersama kubus-kubus ini sedangkan lebih banyak urusan-urusan penting yang perlu diutamakan. Ingat, permainan ini lebih bersifat duniawi dan dunia adalah musuh Allah.
"Sesungguhnya dunia ini musuh Allah, sedangkan engkau mencintainya. Barang siapa mencintai seseorang tentu membenci musuh orang itu" - Kitab Minhajul Abidin, Karangan Imam Ghazali.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment