SUNNAH BERJUANG
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cita
Membara demi Allah dan rasulNya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Sudah sunnah berjuang..
Ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu di bayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga
[sebuah nasyid lama yang diberi nafas baru]
nasyid favourite! Ada Sunnah Berjuang 1 and Sunnah Berjuang 2 kan~
ReplyDeletesuke lagu ni jugak :)
ReplyDeletelagu yang menyuntik semangat!
a'ah, ni sunnah berjuang 2..
Selamat berjuang. Bagus nasyid2 pemberi semangat ni, juga buat peringatan dalam bentuk santai. Nak suburkan perkembangan otak kanan juga......
ReplyDeletebetul-betul-betul! :)
ReplyDelete