Nov 3, 2009

Sunnah Berjuang

Yang namanya perjuangan itu tidak pernah sepi dari jerih dan payah, tidak pernah lekang dari sebuah pengorbanan dan kesabaran. Tidak dapat tidak, ia mesti dilalui dengan sebuah tekad dan kesugguhan. Sahabat, inilah medan perjuangan kita..!

SUNNAH BERJUANG

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cita
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah berjuang..
Ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu di bayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga


[sebuah nasyid lama yang diberi nafas baru]

4 comments:

  1. nasyid favourite! Ada Sunnah Berjuang 1 and Sunnah Berjuang 2 kan~

    ReplyDelete
  2. suke lagu ni jugak :)
    lagu yang menyuntik semangat!

    a'ah, ni sunnah berjuang 2..

    ReplyDelete
  3. Selamat berjuang. Bagus nasyid2 pemberi semangat ni, juga buat peringatan dalam bentuk santai. Nak suburkan perkembangan otak kanan juga......

    ReplyDelete