Hari ini merupakan hari yang bermakna bagi 12 orang junior UNHAS. Kini rasmi bergelar DOKTOR. Sebahagian besar dari adik-adik batch tersebut juga akan menjalani kursus induksi beberapa hari lagi. Atau dengan kata lain, mereka akan mula bekerja. Menempuh rutin dan tanggungjawab baru yang sangat mencabar.
Sempena peristiwa-peristiwa ini, aku terpanggil untuk menulis dan berkongsi sedikit pengalaman bergelar Pegawai Perubatan Latihan Siswazah (Baca : House Officer – HO)
Cilok gambar dari fb PKPMI Makassar
Memulakan kerjaya sebagai seorang doktor, graduan dari Indonesia memberi tekanan yang tersendiri. Belumpun melangkah ke hospital, satu stigma sudah tertanam dalam fikiran – graduan Indonesia teorinya tak mantap. Meskipun aku tidak senang dengan kenyataan itu, tapi tanpa sedar ia telah membumi dalam diri sehingga setiap alur fikir dan gerak tingkahku dibatasi dengan tembok maya yang terbina ini. Benar, minda mampu menguasai. Dan aku seperti boneka yang menari-nari mengikut rentak stigma yang TIDAK BENAR ini.
TIDAK BENAR?
Ya, ia tidak benar. Kepandaian, kemantapan teori mahupun skil seseorang bukanlah bergantung sepenuhnya pada latar belakang pendidikan mereka. Ia hanya sistem sokongan, sebaliknya yang lebih menentukan prestasi individu adalah empunya individu itu sendiri. Dengan kata mudahnya, bergantung pada diri sendiri. Bukan universiti atau negara mana yang memberi ilmu.
GRADUAN LUAR NEGARA
Namun tak dapat dinafikan, budaya membanding-bandingkan graduan dari sana dan dari sini tetap wujud. Secara umumnya menyifatkan graduan dalam negara lebih bagus dan berkualiti dari graduan luar negara. Namun aku berpendapat - graduan dalam negara lebih mudah mengaplikasi ilmunya berbanding graduan luar negara.
Memanglah, mengaplikasi ilmu di tempat dan suasana yang sama dengan tempat di mana kita memperoleh ilmu tersebut sememangnya lebih mudah. Tidak bermakna graduan luar negara tidak pandai atau tidak hebat, hanya saja mereka/kami perlu bekerja/berusaha lebih (extra) untuk beradaptasi dengan sistem kerja di Malaysia.
DIRI SENDIRI
Sudahlah, cukup dengan persepsi mereka dan mereka. Yang penting sekarang adalah diri sendiri. Jangan sesekali membiarkan persepsi mereka itu memaku dan menekan keyakinan diri kita – sebagaimana yang berlaku pada aku. Permulaan karierku sangat dibayangi dan dihantui oleh title graduan Indonesia yang aku galasi. Nak bercakap, tak berani. Nak buat itu ini, tak berani. Nak tanya bos, tak berani.
Sampai-sampai bos menyifatkan aku sebagai seorang yang pendiam, tidak aktif dalam perbincangan dan seumpamanya. (oh, mereka yang mengenali aku pasti akan tergelak besar mendengar – membaca statement ini).
Bos mula bertanya, (ini soalan kegemaran) : “from which university are you graduated?”
KUNCI : KEYAKINAN
Jangan hiraukan semua tanggapan negatif tersebut. Sebaliknya buktikan bahawa kita mampu menjadi yang terbaik. Tampil lebih yakin. Jangan pernah takut atau malu untuk bertanya walaupun ia mungkin hal yang sangat asas dan remeh. Jaga disiplin. Jangan takut menyuarakan pendapat. Jika memang pendapatmu salah (clinical judgement etc), setidaknya mereka boleh membetulkan dan kita tidak lagi terus menerus dalam kesalahan. Jangan takut berbuat salah (HO lah masanya untuk berbuat salah & belajar dari kesalahan. Nanti dah jadi MO, kesalahan bererti fatal!)
Inilah kuncinya. Perlu YAKIN PADA DIRI SENDIRI.
Alhamdulillah, ia berhasil.
Di ujian akhir 1st posting, examiner - specialist bertanya,
“Let me guess, you are from UKM?”
“No”
“From UM?”
“Em, no..”
“Then which university are you from?”
“I graduated from Indonesia, boss.”
Dan setelah sebulan di 2nd posting, MO on call bertanya,
“Are you from USM, is it?”
“Uhm, no. I’m from Indonesia..”
Gambar hiasan : akhbar memaparkan surat yang dikirim oleh seorang HO
All the best to all my friends & juniors. Believe in yourself (and lots of du’a, of course!)
Alhamdulillah ateh..rindu awak :) betul apa yg ateh cakap,,just believe yourself..yakin pada diri insyaAllah and sentiasa positif...tetapi keyakinan pada diritu bermula dgn cara Yakin pd Allah swt insyaAllah..
ReplyDeleteSebagai orang Indonesia, terharu juga membaca tulisan ini.
ReplyDelete