Apr 9, 2008

Kisah speda; cukuplah Allah sebagai penjagaku~


Hari Khamis itu hujan amat lebat. Clinical Skil Lab sudahpun selesai. Aku seorang. Kak Wani (groupmate) dah menghilang dengan teman-teman yang lain. Pulang dengan menaiki pete-pete. Bagaimana dengan aku? Nak naik basikal, tapi hujan. Nak tunggu hujan kembali renyai, entah bila. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk meninggalkan sahaja spedaku di kampus, dan pulang menaiki pete-pete.


“Pak, saya mau tinggal speda di sini saja. Selamatkah? Berkunci ji..” aku menyapa pak yang bertugas di pondok jaga.


“Oh, berkunci? Ndak papa. Selamat ji..”

basikal a.k.a speda kesayangan~


Meninggalkan speda kesayangan di kampus bukanlah pilihan yang terbaik sebenarnya. Kawasan parkir di sana adalah suatu kawasan terbuka. Berhampiran pula dengan tapak pembinaan. Ramai pekerja binaan yang sering memandang tajam para ‘spedarian’ setiap kali melewati jalan pulang. Kes-kes kecurian besi juga sering terjadi. Kalau dijual, lumayan. Sahabatku, Ukhti Nusaibah pun pernah kehilangan speda gara-gara meninggalkannya di kampus. Habis hilang dicuri. Aku tahu itu dan aku tidak lupa. Banyak risikonya. Namun dalam kondisi ini aku tidak punya pilihan yang lain. Terpaksa meninggalkan speda di kampus. Kebetulan, kunci speda pun baru diganti. InsyaAllah selamat.. Langkah aku susun meninggalkan fakulti menuju ke pete-pete. Tawakkal. Dan tawakkal. Cukuplah Allah sebagai pelindungku. Aku yakin dan amat yakin dengan lindungannya. Mengatasi segalanya.


“..Katakanlah, “Cukuplah Allah bagiku. KepadaNyalah orang-orang yang bertawakkal berserah diri” (Az-Zumar 39 : 38)


“Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.
Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal” (Ali ‘Imran 3:159)


Next day, tidak seperti selalunya. Tidak mengayuh basikal ke kampus sebaliknya bersama teman-teman yang lain menaiki teksi. Kebetulan waktu itu pun agak terlambat, jadi tak sempat aku nak ke tempat parkir menjeling speda yang ditinggalkan semalam. Apakah ada atau tidak. Risau? Ade la sikit. Tapi tidak sampai mengganggu aktiviti & tumpuan aku di Clinical Skil Lab (CPR & Radiology). Malah, aku terlupa seketika tentang speda..


Seusai latihan di CSL, aku bergerak pantas menuju ke lokasi parkir. Bismillahirahmanirrahim… cak!! Alhamdulillah.. spedaku masih statik di sana. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. Tapi bila aku nak bukak kunci speda, baru tersedar. Pada rantai kunci tersebut ada kesan-kesan seperti di cungkil. Tempat masukkan kunci tidak lagi mulus. Bergerigi. Ternyata ada orang cuba membuka rantai kunci tersebut!


Ya Allah, aku memanjatkan setinggi syukur padaMu. Benar, Engkau sebaik-baik pelindung. Aku kini yakin. Bertambah yakin. Cukuplah Allah bagiku~


JwiSa~

No comments:

Post a Comment