Jun 17, 2010

catatan bedah

14 Jun 2010, 12.05pm

Aku sekarang sendiri di wad pesakit tumor, sedangkan kawan-kawan yang lain di poliklinik melayan ragam dan kerenah pesakit.

Dari tempat dudukku (meja batu), aku dapat melihat langsung ke kamar 5, kelihatan seorang wanita yang hanya mengenakan kain sarung (kain pelekat) sampai ke dada. Duduk lemah di atas katil, menjamah makanan yang entah apa rasanya. Terlihat benjolan besar di leher kirinya yang berbalut.

Wanita berusia 63 tahun ini adalah salah satu dari 23 orang pesakit yang dirawat di wad ini. Beliau didiagnose dengan Tumor Colli Sinistra Suspek Malignancy. Hasil Fine Needle Aspiration (FNA) mengatakan bahawa benjolan menggerutunya itu terdiri dari Spindle Cell yang mengganas.


Sayang. Seandainya 25 tahun lalu beliau tidak TAKUT menjalani pemeriksaan, benjolan sekecil kacang itu tidak mungkin membesar dan memburuk di lehernya dan membuatkan para doktor 'TAKUT' untuk melihatnya. Berbenjol-benjol, berdarah, bernanah dan berbau!


p/s : yang mana lebih menakutkan, pergi check up atau pergi ke end-stage disease?

3 comments:

  1. ada yg sampai berulat. Really, they made us jump everytime they come. Jgn simpan2, nanti bersarang. Kan betul kata org tua2...

    So our job is to educate! Promote check-ups and screenings! Let the operation be expensive, as long as the check up is free! Provide them at Public Health Center- the nearest to the people.

    ReplyDelete
  2. kat indonesia leh tengok byk end stage disease..sebab tahap education masih rendah n ramai yg blum sedar kepentingan 'prevention'

    ReplyDelete
  3. i know that patient. very smelly and bernanah rite????
    and dia slalu mrh2 anak dia sbb suruh dia operate mase tak parah mcm tuh... haishs

    ReplyDelete