Sep 18, 2010

Buat yang ku sayang~


BAB  (1)
Beberapa minggu yang lalu, kami mendapat berita mengejutkan tentang salah seorang dari saudara kami. Salah seorang dari keluarga jauh kami itu telah ditemui meninggal dunia di dalam keretanya sendiri setelah lehernya dikelar. Arwah baru berusia 24 tahun dan merancang untuk berkahwin tahun hadapan. Innalillah.


Sebelumnya juga, aku mendapat khabar daripada bonda. Salah satu kenalannya meninggal akibat kemalangan jalanraya. Allahyarhamah sedang hamil anak yang pertama dan suaminya pada ketika itu berada di luar negara atas urusan pekerjaan.

Aku juga pernah bercerita tentang seorang nenek yang kematian suaminya ketika arwah sedang tidur. Meninggal dunia ketika sedang tidur.

Seorang  pesakit dikejarkan ke UGD. Terbaring, tidak sedarkan diri. Kepalanya berdarah. Tangannya calar-balar. Kakinya hitam, kotor. Setelah diperiksa, pesakit yang disangka lelaki ini rupa-rupanya seorang perempuan. Respon sangat minimum. GCS 7. Akhirnya disahkan meninggal beberapa jam kemudian. Gadis ini meninggal, kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke pusat hiburan. 

Di hospital tempat aku bertugas/belajar, hampir setiap hari ada pesakit meninggal dunia. Sebahagian daripada mereka memang sudah berada pada keadaan kritikal, namun ada juga yang meninggal dunia secara mengejut. Sedangkan sebelumnya mereka sepertinya sudah bertambah sihat.

Ada yang meninggal disebabkan kerosakan yang amat dahsyat. Tapi ada juga meninggal hanya kerana tercekik tulang. Siapa sangka?


“Dimanapun kamu berada, KEMATIAN AKAN TETAP MENDAPATKAN KAMU, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kuat....” (An-Nisa’:78)


BAB (2)

Belumpun setapak aku menjejak ke ground floor RUSUN, dah ternampak si uda dan dara di atas motor. Meluncur laju meninggalkan perkarangan. Entahlah nak pergi mana. Bertudung atau tidak, berbaju kurung, berseluar atau berskirt, sama saja.

Belumpun sejam aku berada di Mall Panakkukang atau MTOS, ternampak pula sepasang demi sepasang ‘merpati sejoli’ berbelanja. Berbaju warna yang sama, mungkin supaya hati pun warna sama. Jalan beriringan berpegangan tangan.  Tak cukup tangan, pinggang dan bahu pun nak disapu.

Belum panas pun punggung aku duduk di Solaria, Roti Canai Mahathir dan Rumah Makan Damai, bersua lagi dengan  mereka-mereka yang sangat aku sayang. Tapi malangnya mereka tidak tahu bagaimana menyayangi diri sendiri.

Aku tahu mereka bukan saudara kandung yang menghalalkan mereka berkepit berdua-duaan begitu. Dan aku juga tahu mereka BELUM suami isteri yang dapat membuatkan aku serta seisi langit dan bumi untuk  cemburu. Ia perkara yang TIDAK BIASA tetapi telah menjadi BIASA di mata-mata mereka. Ia perkara yang HARAM, tetapi telah menjadi HALAL di mata-mata mereka. Maka bertepuk tanganlah SYAITAN durjana.


BAB (3)

Kamu semua pelajar perubatan yang pandai dan handal. Cemerlang dan terbilang. IQ 120, malah lebih tinggi. Fikirkanlah sendiri apa huraian yang terbaik untuk BAB seterusnya.
Sebelum tidur malam nanti, berbaringlah. Tutuplah mata dan tutuplah dirimu dengan selimut atau apa pun ia. Kematian itu TERLALU DEKAT. Apa akan terjadi kalau kita dijemput ketika kita sedang melakukan DOSA dan MAKSIAT kepada Allah. Sanggup?


Note :


Bercinta dan berkasih sayang tidak salah kerana ia sebuah fitrah yang sangat halus dan suci. Tapi bersikap pandailah dalam mengekspresikan perasaan itu. Jika kamu sayang dia, tentu kamu tidak sanggup melihat dia menjadi BAHAN BAKAR API NERAKA nanti.

“..dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.” (Al-‘Imran : 135)


*Peringatan terutama buat diri sendiri.

4 comments:

  1. @ doc :

    Assalamualaikum, salam perjuangan.

    Masya Allah, tabarakallah, santai tapi padat.

    ReplyDelete
  2. lama dah tak blog hopping..

    Bestnya baca tulisan nt..

    Rasa macam baca tulisan penulis yang sangat berpengalaman..

    ReplyDelete
  3. ~fatimah : tulisan yang dibuat memang untuk menyentuh hati-hati yang memerlukan. Sampaikanlah pada yang lain, semoga Allah menghitungnya sebagai usaha kita menegakkan ajaranNya :)

    ~ Badr : utk student medic yg xbanyak waktu lapang, kene singkat n padat. hehe

    ~mutiara bd : Lama jugak tak dengar khabar enti..hari tu 2 Syawal sempat lalu depan rumah enti. Mak ana bawak round tempat2 'lama' :) Tak sempat singgah sbb dah malam masa tu.. Ana bukan penulis berpengalaman pun, baru sampai tahap pembaca kurang pengalaman ;)

    ReplyDelete