May 26, 2009

Al-fatihah..

"Sesungguhnya kematian adalah sebaik-baik peringatan.."

Pagi tadi, dalam kesibukan untuk menyiapkan diri untuk peperiksaan oral pharma hari ini, tiba-tiba ada sms dari mak.. Kusangkakan mungkin mak bercakap perihal peperiksaan yang bakal kuhadapi hari ini.. tapi sangkaanku meleset jauh sekali..

"Salam..mlmh Sabariah dah meninggalkan kita... tolong sebarkan kpd suma kawan kita yang lain.. n doakan mlmh bersama golongan orang2 yang beriman.. amin"

Sebak juga aku menerima khabar itu. Walaupun arwah bukanlah di kalangan keluarga ku, tapi arwah adalah guru aku semasa di Sekolah Rendah Al-Islah. Aku masih ingat lagi, arwah mengajar subjek matematik, ketika aku di tahun 4. Arwah seorang yang sangat baik, mengajar aku erti kehidupan, mendidik aku menjadi aku yang sekarang.

Seingat aku, dalam bulan Januari 2008, aku dikhabarkan, arwah telah disahkan menghidap kanser usus. Lebih setahun beliau menderita. Aku agak terkilan sebab tak sempat berjumpa beliau ketika dia sakit, walaupun aku ada pulang ke Malaysia Disember lalu..

Tadi, seusai peperiksaan, sempat aku berbual dengan mak lewat ym. Arwah telah selamat dikebumikan di kampung ibu beliau (Kg Jambatan Merdeka) selepas solat Zohor (Malaysia). Arwah meninggalkan suaminya (yang juga kurang sihat) bersama 2 orang anak perempuan. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan para mujahidah dan orang-orang soleh. Al-Fatihah..




Anak arwah yg ke 2

1 comment:

  1. "...Beliau adalah guru dan pendidik yang baik. Beliau pernah menjadi guru kelas saya. Apabila dia ada menyebut untuk melihat anak didiknya (saya)hujung tahun 2008 yg. lalu. Maka saya berjaya sampai di hadapan rumahnya,cuma saya tidak sampai hati mengejutkan guru saya setelah memberi salam tidak berjawab 3 kali. Maka saya pulang begitu saja..."

    "Saya menyebut tambah kebaikan-kebaikan orang yang baik, kerana itulah kebiasaan yg dilakukan oleh para sahabat terhadap mereka yg pergi dikalangan orang yang baik-baik. Moga pengiktirafan kebaikannya di dunia menjadi petanda kabahagiannya di akhirat..."

    ReplyDelete