May 21, 2009

berakhirlah!


Alhamdulillah.

Akhirnya aku lolos dari rutinitas 9 minggu di Bagian Ilmu Kesehatan Anak. Terlalu banyak peristiwa. Banyak cerita. Banyak kenangan di sana. Dan tentunya banyak ilmu dan pengajaran yang terselit.

Di sana aku mengenal anak-anak yang sakit. Cuba memahami. Berempati, bukan bersimpati. Mereka adalah golongan-golongan yang Allah tarik sedikit nikmat kesihatan, yang Allah uji dengan kesakitan. Ada yang hanya sakit-sakit ringan, malah ada yang datang dengan kondisi yang cukup menyedihkan. Ada yang sakit memang kerana sakitnya, ada juga yang datang membawa akibat dari kesalahan dan kesilapan sendiri, malah kelalaian dari orang tua.

Di sana aku belajar mengatur stratergi. Aku punya 9 minggu untuk aku selesaikan semua tanggungjawab dan kewajipanku, dan akhirnya akan diuji pengetahuan dan kompetensiku di Ujian Keluar 1. Peperangan ini tidak mudah. Dalam perjalanan menuju ke pintu keluarnya, banyak halangan dan cabaran yang menatang. Hampir membuatkan aku tewas dan rebah, tapi Alhamdulillah...aku masih mampu berdiri.

PERJALANAN BERMULA..

Sebuah perjalanan yang mencabar bermula ketika aku menginjak ke minggu ke 4. Kami dihantar bertugas di rumah sakit lain, di luar dari ‘lubuk’ kami. Aku bertugas di Rumah Sakit Labuang Baji, kira-kira 30 minit dari kampus. Kami berempat. Jumlah yang sedikit jika dibandingkan dengan belasan orang pada kebiasaannya. Paling tidak sepuluh orang. Mau bagaimana lagi~Kami terima apa adanya.

Pesakit tidak sedikit. Ragamnya apa lagi. Bangsal (wad) dengan kapasiti 50++ orang, disarati dengan anak-anak sakit. Di perawatan kelas, sekitar 10++ orang. Di ruang bayi, ada lagi sekitar 10++. Dan bersiap sedia menerima kelahiran bayi baru. Semuanya di bawah pemantauan kami. Setiap pagi, kami perlu periksa tekanan darah, nadi, pernafasan dan suhu. Menerima keluhan-keluhan mereka. Sakit perut. Demam yang tak turun-turun. Anak yang tak mau makan. Adik yang tak boleh tidur... Berat badan bayi-bayi di kamar bayi. Takaran susu yang diperlukan mereka. Berapa kali kencing berak mereka...

Akibatnya, tidurku tersita. Waktu makanku entah bila. Tenaga benar-benar terkuras. Pekerjaan melebihi waktu yang ada! Sungguh, benar-benar teruji. Aku harus bekerja dengan cepat dan cekap. Waktu perlu dioptimalkan sebaiknya. Tapi aku puas. Puas kerana dapat melakukan sendiri. Melihat sendiri. Mengaplikasi ilmu yang ada, dan sempat berdiskusi dengan doktor dan teman-teman. Kepenatan itu sebagai bayaran kepada ilmu dan pengalaman yang aku peroleh.

“Dok, anakku sakit perut...sakit sekali dok..”

Aku segera ke kamar belakang. Si anak sedang meringkuk di atas katil, memegang perut yang tidak sihat.

“Sejak kapan ini bu?”

“Tadi..sudah dari *WC..”

“Oh, ibu bawa dia ke WC? Knapa tidak *pipis di sini aja...ini anak tidak bisa banyak bergerak. Sekarang sudah sakit perutnya..”

Aku memeriksa tekanan darahnya. Rendah. Malah sudah renjatan. Tangan dan kakinya mulai dingin. Hmm..aku pun mulalah *takikardi. Cemas. Maklum, ini antara kasus-kasus pertamaku.

Segera aku recall apa yang telah aku ketahui. Teori tak semudah di lapangan. Begitulah. Tahu belum tentu mampu. Aku tahu perhitungan cairan untuk renjatan akibat Demam Berdarah Dengue (DBD). Tapi masalah di depanku ini bukan DBD, tapi demam Tifoid!

“Sama ke ni... tifoid boleh renjatan jugak ye?” Aku berteka teki sendiri. Ah, itu nanti aku cari. Sekarang aku harus bertindak segera. Kesian adik ni. Nak tunggu doktor jaga datang, entah bila.
Dengan pengetahuan yang cetek, aku mengatur cairan Dextrose 5% yang telah sedia tergantung. Pelik sebenarnya kenapa Dextrose yang diberi. Tapi menyedari bahawa aku di RS Labuang Baji, bukan di luar daerah..aku tak mampu berbuat apa-apa. Aku hanya mengatur jumlah cairan yang masuk, lebih banyak kerana adik ini sedang dalam keadaan syok.

Setelah lebih satu jam, baru doktor jaga datang.

“Kamu bikin apa tadi?” Doktornya bertanya.

“Er, saya atur tetesannya dok..20cc per berat badan. Sudah sejam, saya ukur lagi tensinya sudah baik. Jadi saya kurangkan jadi 10cc...” Menjawab dengan tidak yakin. Entah betul atau salah.

“Ok, maaf dek saya terlambat. Ada urusanku tadi..”

Phew...lega aku.... :)

TERIMA KELAHIRAN PERTAMA

Satu pengalaman menarik, pengalaman pertama menerima bayi.

“Manah, ada panggilan *SC di OK Sito...”

“Aa? SC? Aduh, gimana itu? Saya harus bikin apa?”

Aku belum pun pernah menerima bayi dengan kelahiran normal...tiba-tiba kena terima bayi yang di seksio. Masuk kamar operasi. Waduh~~

Adrenaline merembes. Cemas. Takikardi. Berkeringat dingin. Semua ada lah. Aku masuk kamar operasi tanpa mengetahui apa yang harus aku buat. Baby tu keluar aku yang amik ke nanti? Aku yang lap-lap dia? Yang balut dia? Suction? Semua dah ade ke?

“Dek..kamu yang mau terima bayi?”

“Err...iya dok” Aku mengangguk tidak yakin.

“Kamu yang mau terima?!?” Doktor meninggikan suaranya.

“Eh..tidak-tidak dok..” Eee..ape la yang aku cakap ni. Katun sungguh..

“Panggil doktormu dek. Bidannya juga...bla..bla..bla..” Bebel doktor Obgyn di depan aku ni.
Hmmm...begitu ye..mane la aku tau. Hihi.

Setelah keluar bayi dari perut ibunya, alhamdulillah anaknya menangis. Gerakan aktif. Mahasiswa Kebidanan membalut kemas si bayi dengan kain batik dan bawa ke kamar bayi. Aku ikut. Excited! Terus sms mak..

“Mak..manah terima bayi! Beshnyee...” hilang segala kecemasan :)

Di kamar bayi aku menimbang bayi, ukur panjangnya, lingkar kepala, panjang tangan, panjang kaki, dan lain-lain.

TERSERLAH SEGALANYA

“Kalau kat anak ni...baru la kite nampak perangai orang tu yang sebenar...”

Seorang senior pernah menyatakan ini kepadaku. Dan setelah melaluinya, baru aku memahami. Dan aku bersetuju dengannya. Di perjalanan panjang selama 9 minggu di sini, tekanannya bukan sedikit. Dalam kondisi yang tertekan inilah, manusia yang berpura-pura tidak mampu lagi melindungi sifat sebenarnya. Akan terserlah segala sifat-sifat buruknya. Banyak di antara mereka mementingkan diri sendiri. Kalasi – curi tulang. Bijak mengambil kesempatan terhadap orang lain. Dan macam-macam lagi. Di sinilah pentingnya sahabat/teman yang boleh kita andalkan. Yang boleh sama-sama membantu, bukan saling menjatuhkan. Dan sekali lagi Alhamdulillah, aku memiliki mereka. Mereka amat memahami & mendukung. Terima kasih sahabat-sahabatku. Aku sayang kalian :)

PESAN DAN KESAN

Melewati bahagian ini menjadikan aku...

~ Lebih menghargai mak dan abah. Bukan selama ni tak menghargai, tapi lebih terasa betapa besarnya pengorbanan yang telah mereka lakukan. Melahirkan aku, itu bukan suatu yang mudah. Membesarkan aku, menjaga makan minumku, sakit sihatku. Apalagi menjadikan aku seperti Maimanah sekarang ini :) Thanks a lot! Love you very much!

~ Lebih bersedia menerima cahaya mata. Ehe. Betul la.. Lebih memahami si bayi, keperluannya, apa yang baik apa yang tidak. Bak kata seorang sahabat, di anak ni dapat latihan menjadi ibu yang baik! ASIH, ASUH, ASAH ;B

~ Lebih kuat, insyaAllah. Terlalu banyak tekanan menjadikan aku lebih kuat. Apalagi bila menghadapi peristiwa-peristiwa yang tak pernah aku alami sebelum ni. Mak berpesan.. “Itulah cabaran alam kerja. SABAR dan THABAT..” “InsyaAllah u can. This will make u stronger”. Yeah, KAMI KENTAL!

~ Bertambah ilmu. Dan semoga ilmu-ilmu ini mendekatkan aku padaNya

~ Dan banyaakk lagi..... :)
..Semoga Bermanfaat..



Rasa tenang bila tengok baby-baby ni..lupa kejap sume masalah. Subhanallah~
comel kan??

Baby kembar. Kat sini banyak jugak baby kembar. Tapi banyak jugak yang tak dapat di selamatkan. Pernah aku terima baby kembar, 400gr dan 800gr. Kecil sangat. Dan lahir premature...akhirya dua-dua tak dapat selamat. Innalillah..



This is my favourite patient. Hampir sebulan kat hospital. Kurus sangat, lemah je..tapi mulut dia petah!
"Nak susu sapi..." :)
Sepanjang dok kat hospital, ayah dia cukup sabar menemani dan melayani si anak bongsu ni. Isterinya dah meninggal. Pakcik tu nampak susah hati, tapi tetap bersabar. Melihat si ayah membuatkan hati luluh. Pengorbanan seorang ayah. Alhamdulillah aku ada ayah yang baik. Dan aku mau ayah yang baik juge untuk anak-anakku nanti...Mestilah!


Anak kecil datang dengan muntah-muntah. Dia dah dehidrasi berat, tapi doktor tak dapat pasang infus sebab vena dah kolaps (kempis). Akhirnya jarum besar tertancap kat tulang lutut dia untuk masukkan cairan. Namanye intra osseous - dalam tulang. So kitorang kene pegang kaki adik tu spy cairan lancar masuk. Dari pukul 12 mlm sampai laa keesokan paginya. Dah la adik ni asyik nangis je, rengek-rengek, gerak-gerak... Of course la..sakit tau~~ Tu Fuza dah nak tertido dah tu pegang kaki adik ni...sabaq naa..


ape hal pulak Nusaibah ni..excited dpt pegang si comel kot :)



Cmni la life kitorang. Makan tak tentu waktu. Waktu ni tengah jaga..tapi tak makan lagi. So, ape lagi..call Barokah oder Nasi Goreng Pataya. Share je la... Nak tak? :)


Adegan pre-post examination. Diorang dah habis xm. Tapi aku belum xm sbb doktor sibuk. Frust sbb menunggu doktor dari pagi sampai petang. Makan ape pun tak..so malam tu, meronggeng kat MTOS. hihii~


Menceroboh Kedai Strawberry MTOS - Aishah & Fuza



Dah xde keje sangat ni (bukan tak de keje..tp betul-betul frust xdpt xm lg)
Note : Lombok = sambal


Ni lagi...kanak-kanak bersuka ria. Sori la tokey, kami try-try aje spec ni :P

* WC = Toilet
* Pipis = Buang air kecil
* Takikardi = abnormally rapid heart rate
*SC = cesarean section, melahirkan dengan cara pembedahan
*OK sito = emergency operation room
* * *
Terima kasih..
~buat sahabat seperjuangan, Nusaibah & Muhfuzah yang teramat banyak membantu, meleraikan kegundahan, menemani dalam kedukaan, dan mengukir senyuman di hatiku~
~buat teman-teman dekat. Kak Salma, Kak Suhe, Kak Fajar, Kak Kendek, Kak Dina, persatuan mantan-mantan chief yang banyak membantu :) Hidup chief! ehe.
~buat sahabatku Nurul Iman atas sokongan & semangat yang tak putus. Aku hampir melepaskan jas putih ini...
~buat pada doktor yang banyak memberi bimbingan & tips. dr Sa'diyah, dr Lenny, dr Harun, dr Rizqa, dr Ila, dr Mauyana (the Gubenur!), dr William (yang marah aku sbb aku tak timbang berat badan pasien ;P), dr Yussamsiar SpA, dr Martira SpA(K), Ibu Tarni (",) dan semuanya~~~banyak yang saya belajar dari kalian.

6 comments:

  1. Salam,
    Alhamdulillah catatan pengalaman yang berisi dan beremosi. Semoga menjadi panduan kepada bakal2 dokter yang lain, terutama kepada Khansa' (hehe..... Juga renungan untuk kami yang akan menerima kehadiran dokter dalam keluarga....

    ReplyDelete
  2. i wonder ape pulak yang menunggu aku mase clinical nanti..

    just wait n see...

    xsabarnye nak masuk tahun 4...!!

    ReplyDelete
  3. Thanks Apis!
    Saye tunggu kamu juge...cepat2! :)

    ReplyDelete
  4. ...hmm tunggu sambut baby pertama pulak...!!!

    ReplyDelete