Sep 15, 2008

madrasah Ramadhanku~

AJK & Peserta; Sempat bergambar sementara menunggu pete-pete (transport)

Seusai mesyuarat antara persatuan pada malam itu, IMAM-SCI mendapat mandat untuk menguruskan program berbuka puasa di panti asuhan (rumah anak yatim). Mungkin sengaja dialokasikan program ini kepada kami, bukan PKPMI sebagai badan induk, kelab UMNO mahupun IPEM (Ikatan Penulis Mahasiswa Malaysia di Indonesia), kerana IMAM sendiri terdiri dari orang-orang yang pernah menguruskan program yang sama pada tahun lalu. Namun bezanya, kali ini kami bergerak atas platform IMAM, bukan lagi PKPMI. Alhamdulillah. Aku berpuas hati dengan tercapainya matlamat dalam mesyuarat malam tersebut, menyelaraskan aktiviti sepanjang Ramadhan agar tidak lagi terjadi tumpang tindih antara program dari beberapa persatuan di sini. PKPMI akan menguruskan Majlis Nuzul Quran, UMNO bertanggungjawab atas bazaar Ramadhan, manakala IPEM di bidang risalah Ramadhan sesuai dengan bidangnya.


Gerak kerja bermula dengan pantas. Harus pantas kerana singkatnya waktu yang ada. Mesyuarat ringkas diatur antara pimpinan IMAM untuk pembahagian tugas. Dan seperti biasa, kami diingatkan untuk memperbetulkan niat masing-masing. Kita bekerja kerana Islam, untuk mendapatkan redhaNya, insyaAllah. AJK cukup digerakkan dengan sms, telefon & pertemuan singkat. Pengalaman masing-masing menguruskan program di sini cukup membantu menjadikan program ini berjalan lancar. Ya, kami harus bergelut dengan waktu & rutin kuliah yang amat menekan waktu.

Sehingga harinya, segalanya berjalan seperti yang di rancang. Setibanya di Pesantren Ashabul Kahfi, peserta muslimah bergerak ke kediaman pelajar puterinya, manakala muslimin berkumpul di masjid yang tersergam. Aku & beberapa AJK lain membantu dalam penyediaan makanan, pengagihan untuk muslimin & muslimat. Dan alhamdulillah, aku menyertai slot ceramah oleh ustaz di ruangan muslimat.

Aku tidak sempat mengikutinya dari awal, namun pertanyaan-pertanyaan yang dilontarkan oleh ustaz sempat membentak hatiku.

“Apabila kita keluar dari madrasah Ramadhan, apakah kita sudah berjaya mencapai kualiti taqwa?”

Seketika aku mengintrospeksi diri. Sudah 22 kali aku bertemu Ramadhan, sudah hampir 15 tahun aku menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Apakah aku telah mencapai tingkat ketaqwaan yang sebenar-benarnya? Jawapannya ada pada diri sendiri, dan tentunya jawapan yang aku miliki itu mengecewakan. Saban tahun, Ramadhan itu berlalu umpama ombak yang meresap di pepasir pantai. Lenyap begitu saja tanpa ada kesan apapun!! Astaghfirullah...

Kenapa setelah 15 tahun aku berpuasa di bulan Ramadhan, amalku masih tiada kemajuan?
Kenapa setelah 15 tahun aku berpuasa di bulan Ramadhan, solatku masih tidak khusyuk?
Kenapa setelah 15 tahun aku berpuasa di bulan Ramadhan, hatiku masih sering berprasangka?
Kenapa setelah 15 tahun aku berpuasa di bulan Ramadhan, cintaku padaNya masih hambar?

Astaghfirullah...Beri aku kekuatan, Ya Allah. Semoga madrasah Ramadhan kali ini menghasilkan graduasi yang lebih berkualiti..

Singkat pengisian hati dari ustaz, azan Maghrib menyusul. Ais buah membasahi tekak. Sempat juga aku berukhuwah dengan ibu & adik-adik di pesantren. Sudah 3 kali aku ke sini (3 kali Ramadhan) namun tak pernah dapat mengingati wajah mereka. InsyaAllah, kalau ada kesempatan lain aku akan menziarahi adik-adik di sini. Sungguh, melihat wajah-wajah bersih mereka membuatkan aku rasa dekat denganNya.
Peserta bersama adik-adik di pesantren

Setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah, kini waktu untuk makan! Aku mempercayakan AJK Makanan untuk menguruskannya, sedang aku mengambil kesempatan mempererat ukhuwah dengan adik-adik junior. Tiba-tiba, aku dipanggil ke dapur.

“Akak, makanan kita basi...”

Agak terkejut dengan berita itu. Sedang adik-adik peserta & pesantren sedang menunggu makanan di luar. Beberapa ikhtiar & jalan aku fikirkan bersama dengan AJK yang lain. Muslimin turut sama mencari solusi. Akhirnya kami putuskan untuk membeli makanan dari kedai berhampiran. Untuk 70 orang pelajar pesantren & lebih 60 orang peserta dari pelajar Malaysia. Masalah kewangan pula membelit. Its ok, itu kemudian. Yang penting, adik-adik ni dapat makan...

Menarik nafas dalam. Bersedia untuk berhadapan dengan adik-adik peserta, menjelaskan kondisi..

“Assalamualaikum, sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah, kita dah selesai solat Maghrib berjemaah dan kalau diikutkan, sekarang waktu kita makan... tapi, kita hanya merancangkan..Allah yang menentukan. Untuk pengetahuan, nasi yang kita bawak dah basi. Tak dapat nak makan lagi... tapi jangan risau, kami dari pihak AJK akan usahakan utk dapatkan makanan utk semua. Cuma harap sahabat-sahabat faham, lepas isya’ baru dapat nasi tu... mohon maaf sangat-sangat dari pihak AJK..”
Berpeluh aku..huhu. Aku tidak harap untuk mendengar keluhan dari peserta. Alhamdulillah, aku dapat melihat wajah-wajah yang tenang meskipun mendengar berita bahawa mereka tak dapat makan!! Malah ada yang dengan rela menyumbang wang untuk menampung perbelanjaan makanan tambahan ini. Alhamdulillah. Allah telah memudahkan kami dengan peserta yang memahami, serta pihak pesantren yang turut menerima dengan hati terbuka.

Alhamdulillah, mereka tenang mendengar berita daripadaku.. :)

Begitulah secara ringkasnya sebuah majlis yang mana Allah telah uji kami dengannya. Alhamdulillah, di sinilah berkat dari keikhlasan dalam bekerja. Allah pasti memudahkan urusan hamba-hambaNya yang beriman, insyaAllah~

Jazakallahu khoiran katsiro buat seluruh AJK yang banyak membantu, juga buat semua peserta & individu-invividu yang telah menyumbang. Semoga ia menjadi salah satu saham di akhirat kelak. Aamin.

3 comments:

  1. salam perjuangan...

    ini panti asuhan kt BTP 2 ke?

    ReplyDelete
  2. salam kembali,

    ye Bad..ni Pesantren AshabulKahfi kat BTP. dah slalu kite buat kunjungan ke sana. ada gk cuba cari tempat lain, tapi nampaknye kat sini je yg stratergik utk program... :) enta pernah pegi ke last yr?

    ReplyDelete
  3. salam perjuangan...

    ha'ah, pernah pergi...

    ana kesian tengok adik2 tu tak cukup zat... kecik2 badan diowg...

    ReplyDelete