Satu
Pagi-pagi relax merelaxkan diri review patient sebab KONONNYE in-charge 1 cubicle je..last minute baru tau Goon dah habis Medical, yang membawa maksud : 1) Dia tak datang hari ni 2) Aku kene cover 2 cubicle! Hah~baru kalut. Memang tak sempat review semua. Nasib baik MO baik & tak cerewet. Alhamdulillah..
Dua
Tak sempat habis MO round, staf nurse panggil. Patient asystole. Kami berempat (2 MO + 2 HO) bersama nurse yang lain bertungkus lumus CPR dan DC patient. Sekejap ok, brady, VT, SVT semua ada. Akhirnya beliau meninggal. Baru berusia 39 tahun, meninggalkan seorang isteri & dua orang anak. Beliau seorang penagih dadah dan menghidap jangkitan pada jantung. Innalillah.
Tiga
Walaupun tak sesibuk hari-hari di wad sebelum ini, aku tetap tak sempat keluar beli makanan (Sebenarnya sempat kalau nak, tapi hari ni rasa macam tak nak makan..*pulak!). Ada bawa bekal roti coklat, cukuplah buat alas perut. Lagipun tak rasa lapar sangat.. Masa jalan pergi kereta nak balik rumah baru rasa lapar. Tandanya? Rindu masakan mak :P
Empat
Alamak, ada kereta putih parking betul-betul belakang kereta aku. Macam mana nak keluar? Aku letak beg dalam kereta, bukak white coat, letak steto...pusing kanan pusing kiri..tak ada orang yang boleh membantu. Tanpa buang masa, bismillah...aku tolak je kereta tu ke belakang. (Sebelum tu, pastikan handbreak kereta tak diangkat..) Nasib baik cuma Myvi yang comel. Aku yang tak gagah ni mampu la nak tolak sorang-sorang.. Akhirnya dapat la aku mengeluarkan kereta dari petak kuning dan berlalu meninggalkan Myvi dan hospital.. Jumpa lagi esok!
(Tolak menolak kereta adalah fenomena biasa di hospital. Almaklum, parking sangat penuh!!)
Lima
Hujan lebat sepanjang jalan. Ya Allah, jantung ni dah tachycardia secepat wiper kereta yang menyapu cermin. Mujur kereta belum banyak. Bawak slow secipuuut.. Tak pe, biar lambat asal selamat. Sekali lagi, alhamdulillah. Selamat sampai rumah :)
Esok
Tetap bekerja 8 pagi hingga 8 malam walaupun hari cuti umum. Tak mengapalah, demi 1) Memberi laluan rakan sekerja berbangsa India menyambut Deepavali 2) Mendapatkan pengalaman & belajar dari pengalaman tersebut 3) Memanfaatkan waktu cuti :P
Mudah-mudahan semua urusan esok berjalan lancar dan dipermudah olehNya.
Sekarang
Mahu rehat.
Assalamualaikum!

No comments:
Post a Comment