Dah mengantuk tapi nak jugak cerita. Tentang salah seorang pesakitku..
Beliau dirawat di wad di mana aku bertugas sebagai penghidap penyakit TB. Jangkitan kuman TB pada paru-paru yang memerlukan rawatan minimum 6 bulan. Beliau dimasukkan ke hospital kerana terjadi reaksi allergi terhadap ubat-ubat TB (baca : DOTS)
Seperti kebanyakan pesakit-pesakit TB yang lain, beliau merupakan bekas penagih dadah dengan HIV (+) dan Hepatitis C (+). Namun pengalaman hidup mengajarnya, membuatkan beliau kini meninggalkan tabiat lamanya.
Pertama kali aku mengambil darahnya untuk diperiksa, aku melontarkan pertanyaan lazim kepada pesakit-pesakit penagih dadah.
"Pakcik, biasanya susah ke senang nak ambil darah pakcik ni?"
"Biasanya susah doktor..doktor lelaki tu hari tu banyak kali cucuk baru dapat.." balas sang pesakit.
"Hm, memang la susah. Sebab pakcik biasa dok cucuk sendiri kan..urat semua dah jadi keras.." mungkin layak dianggap bebelan seorang doktor kepada pesakitnya. Sambil aku memerhati dan mencari urat mana yang boleh aku dapatkan darah.
Alhamdulillah, aku berhasil mendapatkan darahnya dengan sekali cucuk.
"Ha, pandai la doktor ni. Sekali cucuk je dah dapat.."
"Alhamdulillah..kadang tu nasib je pakcik. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang kene cucuk banyak kali.."
Demikian antara detik-detik pertama mengenali lelaki berusia 50 tahun ini. Beliau seorang yang tidak banyak bercakap, tidak banyak kerenah dan mudah memberi kerjasama.
Saban hari, beliau semakin sembuh & dibenarkan keluar dari hospital. Disebabkan rumahnya terletak jauh dari Pulau Mutiara ini, aku merujuknya ke hospital berdekatan untuk meneruskan DOTS yang masih diperlukan.
Kurang seminggu setelah itu, beliau kembali dimasukkan ke hospital. Kali ini keadaannya agak teruk. Dihantar dengan kerusi roda, sesak nafas dan sangat lemah. Pemeriksaan darah awal juga menunjukkan keadaan yang kurang baik.
Menurut beliau, setelah beberapa hari mengkonsumsi ubat-ubat DOTS dari hospital berhampiran, timbul sesak nafas yang semakin hari semakin memberat. Ini membuatkan beliau kembali ke hospital ini untuk mendapatkan rawatan.
Dari pemeriksaan, kami (team perubatan) menduga adanya sumbatan pada salur darah di paru-paru. Pemeriksaan CT scan menggunakan bahan kontras telah dilakukan secara urgent pada sebelah petang hari yang sama. Aku sendiri yang membawa beliau turun ke bahagian radiologi untuk pemeriksaan. Ketika itu, keadaan beliau stabil hatta tidak lagi memerlukan bantuan oksigen. Seusai pemeriksaan tersebut, aku pulang ke rumah.
Keesokan pagi, di meja makan ketika bersahur aku teringat akan pesakitku yang satu itu. Hari itu (19 Ogos) merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 51. Aku berhasrat untuk memberi sesuatu sebagai hadiah hari jadi kepadanya...
Sesampainya aku di wad, seperti biasa aku akan sepintas melihat pesakit-pesakitku. Aku melihat katil beliau kosong. Tidak ada orang & tilam tidak bercadar.
"Hah! Pergi mana pakcik ni? Pindah katil kot..sebab katil tu memang goyang-goyang sikit semalam.."
Tak sempat aku melangkah ke belakang, terlihat kelibat seorang lelaki - saudara kepada sang pesakit.
"Doktor, ubat semalam yang doktor suruh beli tu saya dah beli. Tapi dia tak sempat makan pun, dah arwah.."
"Haa? Meninggal ke? Macam mana boleh meninggal ni?"
"Pagi tadi doktor, dia nak pergi tandas. Saya bawak la dia dengan kerusi roda. Dia masuk dalam tandas. Lepas tu ntah macam mana, bila saya masuk dalam tandas tu tengok dia terbaring kat lantai dah tak bergerak.."
Ya Allah, alangkah terkejutnya aku mendengar khabar tersebut. Kematian yang sangat tidak disangka. Dan yang lebih menyedihkan, pesakit kesayanganku ini meninggal pada hari ulangtahun kelahirannya!
Aku kesuntukan masa untuk melayan kesedihan. Perlu cepat review semua pesakitku. Namun tanpa sedar, air mata bergenang menanti tumpah membasahi pipi.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah. Al-fatihah.
* Difahamkan mereka (doktor bertugas) sempat melakukan CPR untuk menyelamatkan pesakit namun tidak berhasil. Arwah diduga meninggal kerana Pulmonary Embolism.

sbb ape ye doc ade pulmonary embolism?
ReplyDeletesalam manah. yati ni :)
ReplyDeletetahniah sahabatku, dah bergelar seorg doktor.
rajin2 berkongsi cerita di blog ni ye.moga jadi peringatan buat kita yg masih ada..
orang kata kalau rasa sedih camtu kena pergi tengok kelahiran. betul ke?
ReplyDeleteAnonymous : sori saaangat lambat respon pertanyaan kamu :( Pulmonary embolism (PE) ni sangat bnyk sbbnye..boleh disebabkan masalah pada sel darah yg diwariskan (genetic), umur yg tua, cancer, selepas menjalani pembedahan (major surgery), penyakit jantung, baring terlalu lama (biasanya org2 yg sakit kronik) dan lain2. tapi tak semua org dgn keadaan2 di atas akan dapat PE ni...
ReplyDelete2nd anonymous :P, betul ke? kalau nak tau betul ke tak kene tanya orang yang kata tu laa ;)