Aug 11, 2009

virus nakal:.

virus-virus nakal!


Wabak H1N1 semakin menjadi-jadi. Jumlah ‘mangsa’nya semakin menjadi-jadi. Mangsa yang sakit, dan mangsa yang tidak sakit : mereka yang semakin khuatir dengan jangkitan virus ini (mangsa la jugak tu kan?)

Melihat perkara ni, aku rasa nak menulis sekaligus berkongsi sedikit pengetahuan tentang jangkitan virus ni. Tapi disebabkan kesibukan harus membuat itu dan ini, aku fikir..nanti-nantilah aku tulis. Tapi, semakin banyak pula email dan sms yang aku terima bercerita tentang H1N1 yang semakin menakutkan ini. Yang batuk dan flu sikit, dah mula risau akan serangan virus ini. Mangsa yang tidak sakit ini semakin menjadi-jadi, malah menjadi ‘sakit’ juga.
Ok. Mari kita bercerita tentang virus penjahat ni.

H1N1 adalah salah satu subtype dari Influenza Virus, virus yang paling sering menyebabkan flu pada manusia. Kalau kita flu, selesama & batuk sikit..biasanya penyebabnya adalah Influenza. Ada beberapa strain H1N1, salah satunya memang biasa menyerang manusia dan menyebabkan flu ni. Ada pulak strain H1N1 yang lain, banyak dijumpai pada binatang bernama khinzir. Flu yang timbul disebut sebagai Swine influenza. Dan strain yang lainnya banyak dijumpai pada burung, timbul sebagai Avian Influenza.
Pada dasarnya, serangan virus (virus secara umumnya) bersifat self-limiting disease. Maksudnya, segala gejala yang disebabkan oleh virus boleh sembuh sendiri tanpa menerima pengubatan apa pun. Ini apa yang aku belajar lah~ Tapi, memang wujud beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit yang serius dan mematikan, contohnya Human-Immunodeficiency Virus (HIV). Virus ni bijak. Mereka sentiasa berubah-ubah bentuk sehingga sistem pertahanan tubuh kita selalu tak mampu mengenali mereka sebagai penjahat di dalam tubuh. Itu sebabnya, kita biasa dapat selesema beberapa kali. Banyak kali. Lain dengan penyakit lain yang biasanya kalau sekali dah kena, tak akan kena dah!

Jadi, sama lah dengan virus H1N1 ni. Serangannya bersifat self-limiting disease. Boleh sembuh tanpa pengubatan pun. Yang memberatkan adalah kalau keadaan tubuh kita tidak ‘fit’ untuk melawan virus ini. Ini biasanya terjadi pada orang-orang dengan penyakit immunodeficiency (lemah sistem pertahanan tubuhnya) seperti pada penderita HIV AIDS, Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan kanak-kanak (sistem pertahanan tubuh diorang masih kurang matang)

"Saat ini, 95% penderita virus A-H1N1 dapat sembuh tanpa rawat inap (dirawat di hospital). Bahkan, sebagian lagi sembuh tanpa mendapat ubat apa pun,"- Prof. Tjandra.

Masyarakat tak perlu terlalu risau akan flu ni. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menjaga kesihatan dan sistem imun tubuh agar sentiasa baik. Caranya dengan menjaga kebersihan diri & persekitaran, makan makanan yang berkhasiat, jalani hidup yang seimbang-bersenam juga perlu. Biasakan diri mencuci tangan, sebab penularan virus boleh juga melalui tangan yang dah pegang itu ini. Kalau perlu pakai masker di tempat-tempat yang banyak kuman seperti hospital. Elakkan menyentuh mukosa seperti mata, mulut atau hidung ketika berkomunikasi/berhubung dengan orang lain. Nak makan extra supplement? Silakan. Vitamin atau mikronutrien yang lainnya. Kalau sakit, cepat berikhtiar. Apakah itu makan ubat, jumpa doktor dan sebagainya.

Ok? Smoga penjelasan ni dapat mengurangkan kerisauan korang semua. Bukan tak perlu risau, cuma tak perlu telalu risau. Allah dah jadikan sistem pertahanan yang mantap dalam tubuh kita. Cuma, kita pun kene lah pandai-pandai jaga sistem pertahanan ni. Macam askar-askar, tetap perlu menjalani latihan untuk meningkatkan stamina dan kualiti perkhidmatan :)

* Kalau ade yang salah, harap diperbetul. Saya budak baru belajar ;)

2 comments:

  1. Memang best penerangan nt ni. Bagus-bagus. Seorang doktor menyampaikan pengetahuannya pada masyarakat.

    ReplyDelete
  2. ehem.pembetulan~
    seorang bakal doktor :) belum diiktiraf sbg doktor lagi~
    insyaAllah..semoga dapat terus memberi manfaat kepada orang lain!

    ReplyDelete