Jul 19, 2009

.:Qanaah:.

by Dr. Rizal USM Penang.
[thanks ma for the email. Semoga bermanfaat!]

-------------
Assalamualaikum wrth.

Pagi tadi terbaca satu doa Rasulullah SAW berbunyi:

"Wa auzubiLlah hi min nafsin la 'La Tasyba" atau maknanya
"Aku berlindung dengan Allah daripada diri yang tidak merasa cukup".

Kita sering merasakan betapa beruntungnya si anu atau si fulan tu, dek kerana kaya atau bijak atau hebatnya mereka. Kita pula selalu merasakan apa yang kita punyai tidak ada apa yang nak dibanggakan. Itulah sifat manusia. Apa yang ada, jarang dihargai. Apa yang tiada, itulah yang didambakan. Masalah utama ialah masalah hati. Tiadanya Qanaah atau sifat merasa cukup.
Manusia bahagia bila dia merasa cukup dengan apa yang Allah SWT anugerahkan kepadanya. Merasa cukup pastinya mengundang bahagia. Merasa sebaliknya pasti mengundang sengsara dan kesempitan. Merasa cukup dimanifestasi dengan kesyukuran yang terjelma di dalam percakapan, perbuatan dan pemikiran manusia. Alhamdullah, baguslah jika begini sifat kita.
Ubahlah jika kita sering mengeluh pada manusia tentang nasib kita, melainkan rintihan dan keluhan pada Allah SWT.TETAPI, merasa cukup tidak bermakna kita tidak mahu/akan berusaha ke arah yang lebih baik. Merasa cukup tidak menghalang kita untuk memperbaiki keadaan hidup kita hari ini. Merasa cukup tidak menghalang kita untuk bercita-cita tinggi.
Merasa cukup sebenarnya menyediakan kita tapak dan kekuatan untuk pergi lebih jauh ke hadapan. Jika hari ini kita kekurangan di sudut kewangan, kita akan berusaha dengan satu kesedaran bahawa apa juga hasilnya, kita serahkan pada Allah SWT. Empunya segala rezeki.Yang penting adalah kesediaan hati untuk menerima dengan lapang apa jua yang Allah SWT tetapkan untuk kita. Kelapangan hati ini yang akan menghilangkan rasa resah, gelisah dan keluh kesah. Bila kita yakin bahawa apa yang Allah SWT tetapkan pasti terlaksana, InsyAllah kita tidak akan kecewa dan putus asa.
Marilah kita sentiasa merasa cukup dengan kurniaan Allah SWT. Tapi tidak mengabaikan usaha untuk memperbaiki prestasi amal kita seharian. Hanya dalam ibadah kepada Allah SWT, semestinya kita tidak akan pernah merasakan kita telah melakukan secukupnya untuk membalas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan.
Allahua'lam
Wassalam
d.rizal

2 comments:

  1. Salam. Tazkirah yang baik. Cuma klu boleh betulkan ejaan 'La Tasbaq' kepada 'La Tasyba'' krn berbeza maksudnya. Doa baginda nabi:
    اللّهم إن نعوذبك من نفس لاتشبع

    "Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari ilmu yg tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yg tidak pernah kenyang, dan dari doa yg tidak dimustajabkan olehmu"

    ReplyDelete