Sep 23, 2008

kisah sebuah tangisan =)

“Selamat tinggal ye korang sume. Jangan sedih-sedih...ade waktu lain kite jumpe lagi. Aku akan rindukan korang sume!!” laung Febi dari Honda Jazznya. Hari ini dia akan meninggalkan teman-temannya & ‘dunianya’, berpindah ke England demi mengikuti keluarganya...

Teman-teman sekampusnya hanya melambai dari jauh. Ekin, Ima, Nor & Bacok masing-masing menahan sebak. Sedih dengan pemergian sahabat akrab mereka. Hampir tiga tahun bersama menempuh susah senang di kampus bersejarahn itu. Tapi mereka sudah berjanji sebelumnya, tak nak menangis!!

“isk..isk..” kedengaran juga esak tangis dari belakang. Ekin rupanya.

“Hahh, ko nangis ek Ekin!!” Sergah Bacok sebaik saja kereta Febi hilang dari pandangan..

“Eh, mane ade laa....aku selesema ni ha. Kan banyak debu ni...” Ekin menafikan.


Hmm.. menangis ke selesema ni?? Alasan yang selalu diguna pakai bila seseorang nak sembunyikan tangisannya~ tapi persoalannya sekarang, kenapa kalau orang menangis dia pasti akan selesema (runny nose)?? =)



nangis~hidung pun berair..

Sebenarnye gini...

Setiap daripada kita dikurniakan beberapa buah ‘kilang’ memproduksi air mata. Major Lacrimal Glands, sebagai kilang utama terletak di atas mata, agak ke samping (lateral). Pada keadaan biasa, kilang ini akan menghasilkan produknya-air mata dan ‘dipasarkan’ ke seluruh mata terutama bahagian mata yang terdedah kepada udara. Proses ‘distribusi’ produk ini terjadi apabila kelopak mata kita berkedip. Bermakna, setiap kerdipan kelopak mata kita, ia akan meratakan air mata tadi keseluruh permukaan mata agar mata kita tidak kering. Subhanallah, sempurnanya ciptaan Allah!!




Setelah itu, ke mana perginya air mata tadi?

Air mata ini seterusnya akan keluar melalui pintu-pintu keluar yang disebut pungtum. Pungtum ni terletak di bahagian sudut mata dekat hidung (di kelopak mata). Ia semacam seluran keluar yang mengalirkan air mata. Kalau pungtum ni tersumbat, salah satu masalah yang timbul adalah mata asyik berair je... bukan kerana produksinya yang berlebihan, tapi sebab jalan keluarnya tersumbat! Keadaan ini disebut sebagai epiphora.

Ok, kembali pada keadaan normal.. lepas air mata tadi keluar ikut pungtum, ia akan meneruskan ‘perjalanannya’ melewati ‘highway’ ke canaliculus, lacrimal sac dan lacrimal ducts. Ke manakah destinasi akhir dari ‘highway’ ini? Ahha.. highway ni akan tembus ke dalam hidung!!


Kalau korang nak tau, hidung kite ni ade beberapa lekukan. We call it chonchae & meatus. Ade tiga chonchae, dan kat bawah setiap chonchae tadi ade meatus (macam celah). Haa, dekat meatus inferior (celah yang paling bawah) ni la, ‘highway’ air mata tadi menembus... tapi air mata tadi sikit je, so kita tak terasa pun kalau ada air kat hidung...



So, korang dah tau kenapa kalau kita menangis selalu ikut selesema?? Sebab saluran ni la... bila penghasilkan air mata berlebihan (misalnya waktu kite menangis..), seperti biasa air mata akan mengalir masuk ke hidung. Tapi disebabkan banyak sangat air mata kita tu, terjadilah sok..sek..sok..sek.. ala-ala selesema gitu deh!!


Okay, bertambah lagi satu ilmu hari ni. Alhamdulillah. Semoga ilmu ni lebih mendekatkan kita padaNya. Hebatkan ciptaan Allah?? =)

1 comment:

  1. salam perjuangan...

    ana suke post ini...

    mengenang kembali apa yang ana telah pelajari sebelum ini... :)

    ReplyDelete