Aug 21, 2008

Refleksi diri:.

Jam menunjukkan jam 4.57 pg, 21 Ogos 2008. Genap 22 tahun aku melihat dunia. Alhamdulillah.


Pesan apakah yang ingin Dia sampaikan dengan hadirnya tarikh ini?


Dia mengingatkanku, betapa aku sedang menghampiri titik tamat. Porsi hidupku semakin singkat berbanding tahun-tahun kelmarin. Sungguh, semakin bertambah usia seseorang maka semakin hampirlah dia dengan kematian... Sudah bersediakah aku?


Dia menyedarkan aku, betapa selama 22 tahun ini aku tidak pernah sepi dari melakukan kesalahan. Kerana aku lahir sebagai hamba bernama manusia, An-Naas yang pada fitrahnya makhluk yang sering lupa. Lupa untuk sentiasa mengingati Allah, lupa akan perintah & larangannya. Astaghfirullah..masihkah ada ampunan buatku?



Dia ingin mengingatkan aku, dari mana asal usulku. Aku pada hari ini bukanlah seperti ini 22 tahun yang lalu. Aku hanya anak kecil yang lemah & tidak berdaya untuk apa pun. Maka tidaklah wajar aku menyombongkan diri di muka bumi Allah ini.


Dia ingin mengenangkan aku terhadap dua sosok yang telah mewarnai hidupku. Dua insan yang paling istimewa dalam hidupku, mak & abah. Dua insan yang telah mencorakkan hidupku dengan seni yang cukup indah sehingga aku boleh menjadi Maimanah seperti hari ini.


Dan beruntungnya aku, kerana Dia mengingatkan aku kepada peristiwa tragis dalam sejarah Islam. Nakbah Palestin, 60 tahun yang lalu. Aku antara insan yang terpilih untuk lahir pada tanggal bersejarah ini, agar api perjuangan tidak pernah padam dalam diriku.


Terima kasih ya Allah. Beri aku kesempatan memburu redhaMu. Semoga aku lebih dekat denganMu.


Selamat Hari Lahir, Maimanah~

8 comments:

  1. hepi b'day to u..hepi b'day to u..hepi b'day to ateh..hepi b'day to u..(dinyanyikan dengan irama lagu bugis sengkang)

    semoga Allah merahmati dan meredhai umur yg telah berlalu, dan menambah keberkahan buat yg akan datang. setiap tahun yg dilewati mendekatkan diri dengan kematian, tetapi tiap dari tahun yg berlalu juga menjadi saksi bagi amalan yg semakin bertambah dengan usia. so get busy living and not busy dying.

    hepi bday to my dearest sister, may Allah bless u throughout the toughest days which yet to come. u go sister

    ReplyDelete
  2. hepi besday, dear!!
    :)
    sori, ek.. lambat wish... capek ma kodong~ hehe... kata2 andalannya posko kassa tuh~

    neway, it's good that u already wished yourself... semoga amalan tahun ni meningkat juga ya, seiring meningkatnya usia. semoga keimanan semakin kukuh dan menjadi maimanah yang lebih baik.

    doakan ummat Islam yang lain juga~ yang turut lahir pada hari ini (macam syira chumel~). semoga kita semua dinaungi bawah panji rahmat Allah sentiasa. amiin~~

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas ingatan & doa. yang lebih penting adalah bagaimana kita menyikapi setiap hari/peristiwa yang hadir dlm hidup kita. semoga ia lebih mendekatkan kita padaNya~

    ReplyDelete
  4. Glad Allah bless me wif u as my ukhti! Uhibbukifillah!

    ReplyDelete
  5. Happy (belated) birthday. Semoga usia ini sentiasa mendata redaNya.

    ReplyDelete
  6. Er, boleh salah taip pulak. *Mendapat

    ReplyDelete
  7. fuhh..susah nak mendata redhaNya tu. hehe..

    ReplyDelete
  8. kot2 maimanah dpt skill pendataan dr KKN... tp hebat tuh kalau dpt mendata redhaNYA.. haha...

    ReplyDelete