Jun 10, 2008

Novel Spiritual~

Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa spiritual, dan sosial sekaligus? Melalui pergulatan yang panjang, pencarian melelahkan, hingga perdebatan sengit tentang eksistensi dan orientasi hidup setiap manusia di bumi ini, Vanny Chrisma W. menoreh kisah yang sangat mengharukan, mendebarkan, dan sekaligus menggugah kesadaran spiritual setiap kita sebagai anak-anak manusia yang lemah, dhaif, dan karenanya sangat membutuhkan kehadiran Tuhan dalam setiap langkah hidupnya. Ada banyak dialog dan adegen menggetirkan yang mungkin tak pernah terlintas dalam benak setiap kita, sekalipun hal-hal terebut sangat identik dengan prilaku keseharian religusitas kita. Sebuah novel inspiratif yang akan memberikan warna tersendiri bagi perjuangan peneguhan iman di hati setiap kita, bahkan di kala kita telah merasa sebagai muslim/muslimah yang kaffah (sempurna)”



Secara jujurnya, bukanlah sinopsis di belakang novel ini yang terlalu mengikat aku. Tetapi penampilan cover pagenya. Benar-benar membuatkan aku tertarik. Namun melihat kepada penulisnya, Vanny Chrisma W., aku menjadi ragu-ragu untuk membelinya. Muslimkah atau tidak penulis ini? Risau kalau-kalau ada sentimen-sentimen yang menggoyah aqidah. Sebaliknya, ada unsur Islamic yang cukup unik pada judulnya.. Hmm..setelah sejenak berfikir, akhirnya aku memilih untuk membelinya. InsyaAllah, aqidah yang terpasak tidak akan mudah tercemar.

Wo Ai Ni Allah; Sebuah Novel Pencarian Spiritual Gadis Cina. Novel merah kini menjadi milikku. Tanggal 24 Mei 2008.



Novel ini ternyata sarat dengan plot-plot kerinduan spiritual. Wajar untuk dirindui, kerana rasa bertuhan itu adalah fitrah setiap manusia. Tidak dapat tidak, sapaan itu pasti kita rasai. Agak melelahkan apabila aku cuba meletakkan diriku pada watak-watak di dalamnya. Lelah kerana keadaan yang ku rasakan amat berat untuk seorang insan kecil memikulnya. Apalagi bila konflik dikocak pula dengan persepsi persekitaran yang amat menekan & kesejahteraan keluarga yang amat gersang. Namun hati kecilku amat terkesan dengan mesej yang ingin disampaikan. Yang terjadi bukan aqidah yang goyah, sebaliknya semakin teguh!


Satu lagi elemen yang turut ditampilkan dalam novel ini adalah realiti yang sedang berlaku di latar di mana kisah dalam novel ini ditulis. Di Indonesia. Kisah anak-anak jalanan. Mereka sering kali aku ketepikan bila ditagih duit di tepi-tepi jalan tanpa pernah aku mengetahui dan memahami kondisi mereka yang sebenar. Selama ini aku melihat mereka seperti anak-anak yang diperguna oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Sehingga kadang marahku pada pihak-pihak itu turut menempias anak-anak tidak bersalah ini. Kenapa tidak aku cuba lebih memahami kondisi, bahawa mereka tidak punya apa hatta untuk sesuap makanan! Mereka juga mengejar matahari~

Perjalanan kisah yang penuh tanda tanya & kekeliruan ini menjadi lebih menarik apabila diwarnai dengan ilmu-ilmu perubatan yang sedang dan telah aku pelajari. Bertepatan dengan jiwaku sebagai seorang mahasiswa perubatan. Dengan minat psikologi. Aplikasi ilmu Allah ini dianyam begitu rapi dalam setiap plot yang ditampilkan. Sekaligus membuktikan peranan seorang doktor dalam masyarakat itu bukanlah sekadar mengubati pesakit, namun juga beramanah besar dalam mengubati spiritual pesakitnya. Sungguh, ilmu perubatan itu sangat dekat dengan ketuhanan, hanya saja manusia sering menganggapnya dua hal yang berbeza.

Hidayah, petunjuk itu milik Allah. Itu pesan yang aku carik dari kisah ini. Disimpan rapi dalam kotak pengetahuanku. Bukan tidak tahu, tapi meneguhkan keyakinan. Namun harus tahu, ada porsi dari usaha kita sendiri untuk mendapatkannya. Sesungguhnya hidayah Allah itu seumpama titisan hujan. Ia pasti membasahi apa sahaja yang ada di muka bumi. Dan ia pasti mengisi tempayan-tempayan yang tertadah di bawahnya. Persoalannya hanya apakah kita membuka atau menutup tempayan itu. Tempayan yang tertutup itu pastilah tidak terisi air mata langit yang turun itu..

Aku tersenyum puas setelah segala simpulan-simpulan terungkai. Benang-benang kisahnya berjaya aku luruskan dengan pelbagai kesan dalam diriku.. Alhamdulillah, tak rugi aku membeli buku ini~

“Semua hati yang keras akan luluh oleh sebuah kata : cinta. Ini bukanlah tentang aku, kelihatannya saja begitu.”

p/s : Sesape nak baca novel ni boleh anytime pinjam. Semoga mesejnya dapat dikongsikan bersama.. :)

4 comments:

  1. salam perjuangan...

    cam menarik je...

    boleh tolong belikan untuk ana sama?

    nanti claim duit balik.

    tapi tak paksa la... :)

    ReplyDelete
  2. salam...
    ha...tula..aku dtg bilik ko byk kali aku dh perasan dh buku ni... menarik minat sbb wo ai ni kan... kalo sarange lagi minat. huhu skrg tgh baca buku ramlee awang murshid...best jugak.. :)

    ReplyDelete
  3. 'mereka juga mengejar matahari' - hehe... ayat masa ipem's day out group zahra... mmg touching la... nanti nak pinjam ek, buku nyer~~ huhuhu~~

    ReplyDelete
  4. to Kak Halaa: boleh2 nak pinjam.cepat,sblm org len pinjam dulu. hehe

    to Iman: Wa Ai Ni tu xbrape menarik, tapi bila ada 'Allah' kat hujung tu jd penasaran sgt! ehm.ramli awang murshid mmg best!!

    to Badrul:btul nak buku ni? boleh je ana belikan..no problem :)

    ReplyDelete