Apr 11, 2008

imtihan dunia vs imtihan akhirat


Fatrah imtihan bakal bermula di bumi Mesir. Azhari mahupun Tibb. Bagi kami pelajar Tibb, hanya tinggal 20 hari saje lagi sebelum menjelang final.. Masa makin suntuk. Masih banyak lagi yang perlu aku ulangkaji. Yang dah belajar satu hal, tambah lagi silibus yang belum habis. Moga dipermudahkan.

Bila tiba musim imtihan ni, tiba-tiba semua jadi sibuk. Sibuk baca buku-buku kuliah. Ada yang sampai tak keluar rumah, makan dengan buku, tidur pun dengan buku. Kuliah pun kosong je.. katanya nak study kat rumah, tapi kita kena ingat, banyak mana ilmu yang kita dapat pun, kalau tak ada berkat guru, susah jugak nak lekat.

Satu perkara penting yang kita selalu lupa. Apa tujuan kita belajar? Adakah niat kita untuk imtihan semata-mata? Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang menuntut ilmu, yang sepatutnya dia belajar kerana Allah, tetapi dia belajar kerana mengharapkan ganjaran dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga." [H.R.Tirmizi]. Betulkan niat kita kembali, bukan untuk imtihan semata-mata, bukan untuk mengejar jawatan tinggi atau gaji beribu, tapi kerana Allah semata-mata.

Selalunya, masa nak imtihan ni la kita ditimpa macam2 masalah. Masa tu la almari nak roboh.. masa tu la kad bank nak hilang.. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang terfikir, kenapa macam tu? Tapi semua yang terjadi ada hikmahnya. tapi alhamdulillah sekarang semua dah selesai. Terima kasih semua yang bagi support, mentally n physically.

Dalam kita sibuk2 menelaah ni.. jangan lupa jaga hubungan kita dengan Allah, dengan mak ayah kita, dengan guru-guru kita, sahabat-sahabat kita. Biar ilmu-ilmu yang kita dapat tu berkat. Usaha sehabis daya, yang lain serahkan pada Allah je..

Setiap kali imtihan, aku mesti terfikir.. ni baru imtihan kat dunia. Macam mana imtihan di akhirat nanti? Bila-bila masa saje kita boleh dipanggil. Kat dunia ni, dalam keadaan kita tahu bila nk imtihan, belum tentu boleh dapat mumtaz. Dah bersedia ke aku?


~al-khansa'

No comments:

Post a Comment