Apr 10, 2008

Hari Baru Pengalaman Baru

Catatan pada 16 Mac 2008..

Hari baru pengalaman baru. Ia benar-benar pengalaman baru yang memberi kepuasan kerja buat aku. Puas melihat wajah-wajah gembira meskipun keletihan. Puas melihat suasana ukhuwah yang terjalin biarpun ia merupakan sebuah persaingan sebenarnya. Smart Circle’s Explorace. Satu lagi pengalaman baru..

Sejujurnya, persediaan untuk program kali ni tidaklah seberapa memandangkan kebanyakan AJK mempunyai komitmen yang lain. Exam pun baru dilepasi. Ukhti Baizura, Siti Asma’ & Maisarah sibuk dengan program semi-mega PKPMI; Mukhayam Ukhuwah Tautan Isnaniah Remaja (MUTIARA) yang akan diadakan minggu depan. Ukhti Iman, Halaa, Azzahra & Maisarah (lagi) sebagai teras iPEM yang baru ‘lahir’. Alhamdulillah. Ukhti Nusaibah, Asma’, Ummi & Sumaiyah banyak membantu. Sekurang-kurangnya memudahkan tugas-tugas Timbalan Pengarah Program yang aku pikul kali ni. Jazakillah akhawat sekalian.. Setiap aspek-peralatan, makanan, cenderahati, kewangan, promosi, teknikal & semuanya telah disiapkan sebelum jam 7.30 pagi tadi.

Program bermula. Ukhti Baizura sebagai MC memulakan majlis. Ta’aruf. Taklimat peserta. Erobik (credits for Ainul..!). Pelepasan peserta tepat jam 9.17 pagi. Semua peserta, sahabat-sahabat & adik-adik junior semangat berlari ke checkpoint sasaran masing-masing. Setiap kumpulan telah diberi pembayang bagi lima checkpoint. Andainya tidak tahu lokasi (destinasi/matlamat) tersebut, maka sulitlah untuk mereka merancang perjalanan yang mengambil waktu kira-kira 1 jam 30 minit ini.

Hilangnya para peserta dari pandangan, aku berbisik sendiri.


"Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan adik-adik & sahabat-sahabatku. Jauhkan mereka dari sebarang kecelakaan. Semoga ada yang dapat dimanfaatkan dari perjalanan ini…"

Aku risau sebenarnya. Risau kalau ada ralat dari pihak AJK sehingga mengganggu perjalanan explorace. Risau kalau penganjuran aktiviti ini tidak mampu mencapai objektifnya. Dan risau juga kalau soalan-soalan & tugas yang diberikan terlalu mudah untuk peserta!! Tapi xpe. Aku yakin dengan percaturan Allah. Aku yakin bahawa apa yang sedang & akan berlaku adalah yang terbaik. InsyaAllah.

Aku tidak bertugas menjaga checkpoint, sebaliknya memantau perjalanan explorace secara umum. Mujur ada speda burukku (terima kasih kerana berkhidmat!!). Dapatlah aku mengelilingi kampus untuk memerhati dari jauh setiap gelagat peserta. Ada yang sanggup berlari dari pintu masuk kampus ke Fakulti Perubatan rather than menaiki public transport (aku yang naik speda pun take time +/- 10 minit untuk sampai). Inilah yang dinamakan semangat. Semangat mengatasi segalanya. Dari jauh kelihatan pulak kumpulan serba merah, memenuhi pete-pete. Ke mana destinasi mereka seterusnya, aku tak tahu. Sekali sekala aku menghubungi AJK lain di lokasi-lokasi berbeza. Sekadar untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Jika ada masalah, elok kalau dapat ditangani segera (konsep yang sama juga yang ditekankan dalam ilmu perubatan yang sedang aku pelajari). Beberapa masalah teknikal memang tidak dapat tidak, pasti akan terjadi. Yang menjadi indikator professional atau tidaknya sesuatu penganjuran itu adalah kemampuan untuk mengatasi & beradaptasi dengan masalah itu secepat mungkin sehingga memberikan kesan yang minimal terhadap program tersebut. Alhamdulillah, ia berhasil kali ni..

Sekitar jam 10.30 pagi, beberapa kumpulan nampaknya sudah hampir selesai. Hmm..not bad. Cepat jugak diorang dapat setelkan everything. Satu demi satu kumpulan datang submit hasil task kepada Ukhti Baizura. Tubuh-tubuh kepenatan direbahkan atas kanvas yang terbentang. Suasana bingit kembali menyerikan ruang terbuka di bawak blok Dahlia ni. Masing-masing excited bercerita pengalaman menarik sepanjang game. Lucu!!!

Majlis penutup diadakan ringkas, dengan menjemput wakil dari setiap kumpulan untuk berkongsi pengalaman menarik mereka. Memang menarik. Ada yang dikatakan ‘buang tabiat’ oleh ayah di Malaysia apabila mereka menghubungi ayah masing-masing untuk bertanyakan soalan teka silang kata-Siapakah Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang? Berapa tahun hijrah sekarang? Ada pula yang tanpa segan silu bertanya pada pemandu pete-pete (public transport) di manakah Rumah Makan Syaidatul Masitah. Walhal, nama itu tak pernah wujud sebagai nama kedai makan, sebaliknya ia adalah nama pemilik kedai tersebut. Sengaja diolah bagi mengelirukan peserta. Menariknya, kumpulan serba merah dengan anggota teramai (8 orang) dikatakan sebagai ahli bomba apabila kelihatan berlari-lari di dalam kompleks beli belah untuk menyelesaikan cabaran di sana!! Aku pun teruja untuk menyertainya. Tapi apakan daya, aku hanya penganjur..huhu.. Mudah-mudahan setiap peserta mendapat faedah dari program yang telah dijalankan ini. InsyaAllah.

Secara keseluruhannya, Alhamdulillah. Aku berpuas hati. Bukan senang untuk aku berasa puas dalam penganjuran sesuatu program. Perfectionist. Tapi sudah tentu tidak ada yang paling sempurna di alam fana ini. Sekurang-kurangnya, aku gembira melihat 36 orang peserta dari 3 batch dapat berkumpul. Dapat berkongsi kepenatan, kegembiraan & pengalaman.

“Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah mengembangbiakkan lelaki & perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah dengan namaNya yang kamu saling meminta-minta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga & mengawasimu” (An-Nisa’ 4:1)

Gembira juga dapat bekerjasama dengan sahabat-sahabat AJK. Semua telah memberi komitmen yang baik. Seperkara yang lebih penting adalah keikhlasan dalam melakukan semua ini. Itu yang amat ditekankan dalam setiap gerak kerja. Alhamdulillah, aku dapat melihat ada kemudahan disebalik keikhlasan tersebut. Allahuakbar~

“Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah & RasulNya, maka hijrahnya itu menuju Allah & RasulNya. Barangsiapa yang berhijrah kerana inginkan dunia atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu menuju apa yang dia inginkan”
(Riwayat Abu Abdullah Muhamaad & Abul Husain Muslim)

Untuk sahabat-sahabat AJK sekalian, terima kasih sekali lagi. Aku tahu kalian penat. Aku tahu tidur kalian untuk beberapa hari belakangan ini tidak menentu. Aku tahu kalian mengorbankan sedikit masa belajar kalian untuk ini. Dan aku tahu kalian ikhlas. Ikhlas dalam meneruskan misi-misi dakwah pada komuniti kecil di sini. InsyaAllah. Semoga ia menjadi saham kita di akhirat nanti. Juga, mohon maaf untuk segala unsur ‘bossy’ yang pasti ada. Yang disedari atau tidak. Hati yang terguris dengan tindakanku, siapa tahu. Terkadang hilang juga kewarasan dalam mengawal kata & perbuatan. (Nampaknya aku perlu bekerja keras lagi untuk lebih menguasai diri..). Maaf.


JwiSa~

2 comments:

  1. eheh... mmg bossy. huhuhu... ooo.. nmpk anak2 usrah dia 8 org tu je yg rasa teruja ek... ceh~~

    ReplyDelete