Mar 23, 2008

Sebuah permulaan



Benarlah kata Syed Qutb tentang proses dakwah di dalam gerakan Islam. Menjadi orang yang memulakan mahupun orang yang mengakhiri itu bukan sesuatu yang mudah berbanding orang yang meneruskan.
Demikian terasa susahnya memulakan blog yang baru ni. Meskipun sudah terlalu lama memasang impian menghasilkan blog sendiri (selepas blog pertamaku di Friendster~), namun ide-ide itu perlu digali lebih dalam. Kenapa aku menulis blog. Imej apa yang nak aku tampilkan. Tema apa yang akan aku serlahkan. Ke arah mana hendakku bawa. Semua ini perlu jelas.

Kenapa aku menulis blog. Aku suka bercerita. Bercerita tentang pengalaman hidup. Kerna aku percaya, semua orang memiliki pengalaman hidup yang berbeza. Hatta orang-orang yang melalui satu peristiwa yang sama pun, persepsi & penerimaan pasti berbeza. Dan tidak salah untuk belajar dari pengalaman orang lain. Malah itu cara orang bijak belajar dari kehidupan mereka. Dari pengalaman itu kita belajar. Belajar apa yang ada pada zahirnya, dan belajar apa yang ada disebaliknya. Pasti tarbiyah Allah itu yang jauh lebih bermakna.

Kenapa aku menulis blog. Kerana aku suka menyampaikan apa yang aku tahu. Aku suka berkongsi ilmu yang tidaklah seberapa ini. Semoga dengan perkongsian ini, ilmuku dapat dimantapkan lagi. Siapa tahu kalau apa yang aku fahami & ketahui selama ini sedikit menyimpang dari kebenaran? Dengan berkongsi, yang salah dapat diperbetul. Yang benar boleh perkemas. Ilmu itu milik Allah, tiadalah hak ke atasku untuk menyimpannya untuk diri sendiri sahaja.

Kenapa aku menulis blog. Segalanya kembali pada Allah. Aku menulis kerana Allah. Untuk mendapat redhaNya, insyaAllah~BondingSisters terbina dengan kombinasi. Antara aku & adikku, Khansa’. Aku & dia sama-sama berhasrat membina sebuah blog. Namun hasrat-hasrat ini agak terbatas dengan kesempatan & kemahiran masing-masing. Aku punyai sedikit kelebihan dalam penulisan, Khansa’ pula lebih arif tentang teknikalnya. Kombinasi ini sekadar memanfaatkan kelebihan & kekurangan masing-masing, semoga ia menghasilkan sesuatu yang lebih baik..


Selamat datang ke BondingSisters; semoga bermanfaat~

JwiSa~

No comments:

Post a Comment