Apr 6, 2010

Oh blogger~


Beberapa hari ini aku sempat menjengah ke blog kawan-kawan, kenalan dan blogger asing yang entah aku pun tak kenal siapa. Bukan tak ada kerja lain, sekadar nak bersantai-santai merehatkan fikiran sikit. Sambil melihat dunia...

Dunia blogging ni dah tak macam dulu. Blog tumbuh macam cendawan lepas hujan. Bila dah banyak blog ni, banyaklah pulak ragamnya. Memang banyakk~macam-macam ada. Ada yang menulis blog untuk menyampaikan pesan dakwah & nasihat, ada yang jadikan blog sebagai diari, untuk bisnes, program amal, dan tak kurang jugak untuk diri sendiri.

Tak kisahlah apa pun tujuan mereka menulis, cuma yang aku nak highlightkan kat sini..bagi mereka yang menganggap blog mereka sebagai diari, jadikanlah diari tersebut sebagai diari yang beralas. Janganlah semua hal pun nak tulis sampai urusan-urusan yang bersifat TERLALU peribadi, hal rumah tangga suami isteri dan sejenisnya pun nak tulis kat blog. Aku nak baca pun rasa malu dan tak sanggup. Berpada-padalah, seperlunya sahaja...Blog hanya satu wadah, bergantung pada kita bagaimana untuk menggunakannya.

Wallahu'alam

p/s : Pagi ni sepatutnya ada presentation proposal, tapi postpone ke tengahari nnt. Mudah-mudahan semuanya lancar. Doakan!

No comments:

Post a Comment