Sep 16, 2009

Wajah & Buku



Dua kata berbeza maknanya. Tapi bila disatukan, mampu 'menggalakkan' jiwa apalagi jiwa-jiwa muda di luar sana.

Tak salah, tapi berpada. Jangan sampai jatuh haram ke atas kita yang menggunakannya.

Macam pisau.
Ia hanya sebilah pisau, yang kita boleh gunakan untuk memotong ketam dan bakso (bebola daging) yang dengan itu kita dapat mengenyangkan perut; ATAU untuk menikam hati dan jantung milik manusia (bukan lagi ketam atau lembu) yang dengan itu kita mendapat dosa membunuh!
Bukan salah si pisau, tapi salah tangan yang menggunakannya..

Terserah anda nak pakai 'pisau' Wajah & Buku ini untuk apa. Tapi aku nak pakai untuk menyampaikan mesej Islam. InsyaAllah.


Wallahu'alam


refer :

~ Facebook : Antara Pro dan Kontra

Baca juga DI SINI

1 comment:

  1. “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian adalah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. (Surah al-Taubah, ayat 111).

    RUJUKAN:http://al-fikrah.net/News/print/sid=230.html

    (sudah tentu sejarah FACEBOOK itu dari pelajar amerika bukan?

    maka normal jika penyalah guna dan PENGANGGAP MENGGUNA DENGAN BETUL...

    mungkin ramai yang faham visi mereka mengumpul idea menggalak hedonisasi dan humorisme

    ReplyDelete