Sep 11, 2009

Ape sangat nak dikejar...

Dah nak dekat-dekat habis Ramadhan ni, orang dok sakan nak beraya pulak.
Ape sangat nak dikejar raya tu, tak lari pun..
LailatulQadar yang patut lebih dikejar dan diburu sebab belum tentu kita dapat.

Na'uzubillah.
Semoga aku tidak lalai dalam beribadah kepadaMu,
Semoga penghujung Ramadhan ini lebih baik dari permulaannya,
dan semoga Ramadhanku kali ini lebih baik dari sebelumnya.

note :
- Hari ni aku dah nak balik bercuti. Seperti biasa, rasa berat nak tinggalkan komuniti dan segala isinya. Banyak lagi tanggungjawab dan tugas aku yang belum terlaksana. Tapi insyaAllah, sahabat-sahabat yang lain mampu meneruskan dan aku tetap mengikuti perkembangan dari Malaysia :)

- Dalam masa yang sama, rasa tak sabar nak menjejak kaki ke tanah air dan bertemu dengan keluarga tercinta. Semoga cuti kali ni dapat dimanfaatkan sebaiknya. Aku tak nak tergolong dalam golongan manusia yang tertipu dengan nikmat KELAPANGAN dan KESIHATAN.

Ya Allah, suburkan ruhku dengan cinta kepadaMu. Semoga setiap helaan nafas ini mendekatkan aku kepadaMu. Ampuni aku, rahmati aku.. Aamin

2 comments:

  1. Salam maimanah..
    sori x dpt hantar ko smlm...
    alhamdulillah, dh selamat smpi msia la ni kan...kem slm family k~
    nak no msia ko...
    psal nak tempah gedung iptek tu, nak detail lagi... (^_^)
    aku maybe tak online kt ym or fb dlm minggu ni...tgu dkt raye br on balik... so pape sms je la k!
    :)

    ReplyDelete
  2. wsm iman :)
    Alhamdulillah..dah sampai Malaysia.
    tapi belum sampai2 ke Penang lagi.ehe~

    ttg program tu, nnt aku send details. Sori xsmpt bfor balik hari tu. cuma mybe ade perubahan tempat..i'll contact u later k ;)

    ReplyDelete