Sep 24, 2009

5 Syawal

Assalamualaikum..

Ops, dah lama rupanya teratak comel ni tak terupdate. Almaklum, Mood ‘beraya di Malaysia’ memudarkan segala keinginan untuk mengirim berita di laman hijau ni. Kad raya kt bawah ni pun, setelah dipaksa oleh Mak dan Abah. Huhu~

Okie. Hari ni dah 5 Syawal. Alhamdulillah, dah dapat 1 hari puasa sunat Syawal. Ada 5 hari lagi. Coming soon insyaAllah. Nak tau kami buka puasa kat mana? Ahaaa..dari Penang ke Sungai Petani. All the way, untuk mencari Radix Fried Chicken (RFC)! Nyam-nyam~~


Kak Aween kata, warna oren dia very 'catchy'

Bagi siapa yang belum tau, RFC ni merupakan produk Islam yang pertama di Malaysia. Konsepnya lebih kurang macam KFC, tapi ni orang Melayu/Islam punye version. I'm impressed. Penuh orang. Beratur panjang..sampai dah maghrib baru dapat makan. Alhamdulillah. Sedaap!


RFC ni salah satu dari produk HPA. Banyak lagi produk diorang. Barangan kesihatan, herba, hotel, IT & communication. Macam-macam lah. Tak tau pulak perpanjangan dari HPA ni ape. Tapi ni betul-betul produk Islam. Untuk terlibat dalam perusahaan diorang ni, ada beberapa program khusus yang wajib dilalui. Tamrin, Qiam dan seumpamanya. Pekerja-pekerja diorang sentiasa dalam keadaan berwudhu’ sepanjang hari. Subhanallah. Siapa kata orang Islam tak boleh berjaya? Malah Allah dah bagi tips yang cukup berguna. Cuma kita je yang malas nak mengamalkannya...

Satu lagi produk HPA ~Dimiliki oleh HPA Organics Sdn. Bhd.]

Tengok suasana kat RFC tadi, rasa macam dekat bandar Islam je. Kebanyakannya bertudung, berkopiah. Pekerjanya pun menutup aurat. Alhamdulillah. Mak kata, kat SP ni je nampak HPA boleh ‘tumbuh subur’. Mungkin sebab masyarakat kat situ ada kesedaran yang lebih terhadap Islam. Tempat lain tu bukanlah tak ade, cuma belum ‘sehangat’ di Sungai Petani ni la kot... Di area tu je, ada 3-4 lot milik HPA dengan pelbagai produk diorang. Tahniah kepada owner HPA. Semoga kualiti dapat di tingkatkan, dan terus berjaya. InsyaAllah. Dan kepada muslimin muslimat di luar sana, apa lagi? Jangan lupa untuk sama-sama menyokong usaha murni ni. Mudah-mudahan menjadi saham kita di akhirat nanti. InsyaAllah :)

Ok. Nak cerita apa lagi? Baanyak sangat cerita sebenarnye ni. Sampai x tau nak cerita yang mana satu. Hehe~ tapi xboleh la nak crite semua kat sini kan. InsyaAllah kalau ada kelapangan nanti akan dikongsikan di sini.

Radix Chicken Delight. Nak try?


Panjang beratur. Beratur sambil fikir menu..nak makan ape ye?

Ha. Dah dapat makanan! Mai le makan~ Ni gambar orang suke makan dan mau makan :)



Sedap sehingga menjilat hidung! Eh, jari laa.. :P




Kat atas ada ruang solat yang amat selesa. Alhamdulillah. Macam ni la bagus!




On the way back, singgah sekolah lama. Sebuah memori :)

Oh ye. Semua gambar yang di upload di post ni adalah hasil dari kamera baru :) Terima kasih mak dan abah dah belikan kamera baru. Lama mengidam nak beli kamera. Kamera ape? Biasa je, simple one. Kecanggihan tu tak penting. Kamera biasa pun, kalau kita tau nak manfaatkannya betul-betul..hasilnya cantik jugak kan? Bukan setakat kamera, pendrive baru pun dapat. (pendrive lama dah hilang..)
Tapi ape-ape pun, mak pesan.. “Manfaatkanlah barang-barang ni untuk menambah pahala. Untuk kerja-kerja dakwah..” InsyaAllah, mak. I will :)

Macro On


Sony 730. Test power sket~


Ok. Dah habis. Nak tgk gambar lagi? Klik sini
Pesanan : JOM PUASA 6! :)

8 comments:

  1. Mak kata, kat SP ni je nampak HPA boleh ‘tumbuh subur’. Mungkin sebab masyarakat kat situ ada kesedaran yang lebih terhadap Islam. Tempat lain tu bukanlah tak ade, cuma belum ‘sehangat’ di Sungai Petani ni la kot...

    hai, kawasan rumah saye 2...

    p/s : oh akak dulu blaja kt sm sains mad jiwa ???

    ReplyDelete
  2. khansa'...
    raya kt penang ke thn ni?
    igtkn tak blk m'sia

    ReplyDelete
  3. Badrul Aini : Bad dok SP ek? mm..bagus2..boleh makan RFC selalu. Jangan lupe pos kt sini. hehe
    Yer, akak 5 tahun kat Matgwar.Kat situ la akak di 'polish' setelah di bentuk baik2 kt rumah ;)

    cik nur.iz : khansa' raye kat Penang. Tapi rumah Penang di Mesir :) Tak balik Msia le..

    ReplyDelete
  4. wa best la ko kat situ.suruhla dia bukak branch kat satu msia

    ReplyDelete
  5. the dr : nak bukak branch kne pakai modal besar..sejuta ke katanya..RM la bukan rupiah ;P

    ReplyDelete
  6. wah,saya br tau ade restoran mcm nih,kat kuala selangor ade
    dua kedai HPA jer..
    bagus la,bace ini blog,
    dpt input br..

    ReplyDelete
  7. kat alor star pun ada gak RFC and RCH....kalau RFC kat shahab perdana tu penuh dengan muslimah dari Kolej University INSANIAH....sampai ana sendiri nak masuk pun x berani

    ReplyDelete