Aug 21, 2009

.:TingTong:.


.:TingTong:.
Setiap detik terus berlalu
Pejam celik jantung terus berpalu
Darah mengalir laju
Tak berhenti, terus melaju

Usia merangkak, berjalan dan berlari
Sedang dua kaki ini tetap berdiri
Sungguh, usia ini cukup sukar dimengerti
Teka teki di sana sini
Apa kan terjadi nanti
Yang jelas, siap-siaplah menghadapi

Perjalanan masih panjang
Syukurlah, hari ini masih petang
Manfaatkanlah, kesempatan tidak akan berulang
Kejarlah, yang pipih tidak datang melayang
Belajarlah, agar usia ini membuatmu semakin matang

RedhaNya yang ku kejar
SyurgaMu yang ku damba
AmpunanMu yang ku harap

Semoga aku tetap berdiri
Walau jatuh berdiri lagi!

Terima kasih buat semua atas ingatan dan doanya

JwiSa~

*baca juga INI dan INI*

6 comments:

  1. Selamat menyambut hari lahir
    semoga diberkati allah, dimurahkan rezeki, dipelihara iman.

    ReplyDelete
  2. Syukran, my Sis :) InsyaAllah, jumpe nanti

    ReplyDelete
  3. Usia 21 - tahun terakhir dalam fasa 7 tahun ke-3. Moga manah terus istiqamah dan dilimpahi inayah Allah dalam setiap 'amal.

    ReplyDelete
  4. selamat menyambut hari lahir sahabatku...

    "...cantik wanita kerana kerjenihan wajah..manis wanita kerana senyuman yg indah.. ayu wanita kerana keserdahanaan lahiriah...hebat wanita kerana keimanan yg teguh.."

    semoga diberkati di dunia dan akhirat..perjuangan kita masih panjang, teruskan berjuang!!

    ReplyDelete
  5. uiks - silap. dah 23 tahun! dah lepas pun fasa ke3. fasa ke4 - berdikari dan punya jati diri sendiri!

    ReplyDelete