Jan 1, 2009

Palestin Memanggil!


Doa untuk Palestin~


اللَّهُمَّ إِنَّ بِإِخْوانِنا الْمَنْكُوبِينَ فِي غَزَّةَ مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَعْلَمُهُ إِلاَّ أَنْتَ، وَإِنَّ بِنا مِنَ الوَهَنِ وَالتَّقْصِيرِ مَا لاَ يَخْفَى عَلَيْكَ، إِلَهَنا إِلَى مَنْ نَشْتَكِي وَأَنْتَ الكَرِيمُ القَادِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَنْصِرُ وَأَنْتَ المَوْلَى النَّاصِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَغِيثُ وَأَنْتَ المَوْلَى القَاهِر،


Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya)?

اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَفاتِيحُ الفَرَجِ فَرِّجْ عَنْ إِخْوانِنا وَاكْشِفْ ما بِهِمْ مِنْ غٌمَّةٍ.


Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu.

اللَّهُمَّ يا عَزِيزُ يا جَبَّارُ يا قَاهِرُ يا قَادِرُ يا مُهَيْمِنُ يا مَنْ لاَ يُعْجِزُه شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّماءِ، أَنْزِلْ رِجْزَكَ وَعَذَابَك عَلَى اليَهُودِ الصَّهَايِنَةِ وَمَنْ يُعِينُهُمْ عَلَى الْمُسْلِمِينَ.


Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam.

اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَقَالِيدُ الأُمُورِ، يا مَنْ يُغَيِّرُ وَلاَ يَتَغَيَّرُ قَدْ اشْتاقَتْ أُنْفُسُنا إِلَى عِزَّةِ الإِسْلاَمِ، فَنَسْأَلُكَ نَصْراً تُعِزُّ بِهِ الإِسْلاَمَ وَأَهْلَهُ وَتٌذِلُّ بِهِ البَاطِلَ وَأَهْلَهُ.


Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya.




[Teks Khutbah Jumaat oleh Dr Hafidzi Mohd Noor; Palestine Centre of Excellence-PACE]


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Awal tahun baru hijrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap rejim zionis Israel. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 300 orang dan 700 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalanganpenduduk Gaza.
Sebenarnya dakwaan Isreal bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri adalah satu pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu semasa gencatan senjata yang berakhir 19 Disember yang lalu dimetrai. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel. Apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.
Khatib juga ingin membawa perhatian hakikat serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza. Inijelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.
Umat Islam mempersoal kenyataan Mahmud abbas yang masih menyalahkan HAMAS keatas serangan di Gaza. Ia adalah bukti jelas bahawa Presiden pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat itu bersekongkol dengan pihak rejimzionis yang mengadakan sekatan dan kepungan ke atas Gaza tanpa hentisejak 18 bulan yang lalu.
Umat Islam dan rakyat Malaysia digesa supaya tidak terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin adalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh mana-mana pihak. Kita juga membidas sikap kepura-puraan negara Islam/Arab. Kejujuran kerajaan Mesir dipersoalkan kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri Mesir beliau 'berjanji' untuk menyiasat perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA?
Atas rasa keprihatinan dan solidariti yang mendalam bersama rakyat Gaza, Khatib mengsyorkan agar umat Islam mengadakan solat Hajat perdana dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat islam agar membela saudara seislam yang teraniaya dan dizalimi di bumi Gaza dan Palestin. Umat Islam harus insaf bahawa isu ini juga terkait dengan pembelaan tanah suci BaitulMaqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa yang diberkati .
Khatib juga menggesa agar umat Islam mempergiatkan dan memperhebatkan kutipan bantuan Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan, website, sesi penerangan di sekolah, pejabat, tempat awam, surau dan lain-lain. Khatib menyeru sokongan seluruh umat Islam agar menghulurkan bantuan kepada saudara-saudaranya di Palestin.
Akhir sekali Khatib ingin merakamkan rasa sedih seluruh umat Islam yang amat mendalam ke atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (tahun baru Hijrah1430H) dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun baru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu khatib menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokongoleh USA dihentikan dengan segera.


Wallahu'alam

3 comments:

  1. Ana suka doa tu. Tapi kecik sangatla.. Bulih tak besarkan sikit?. Ana nak kopi..

    ReplyDelete
  2. a'a la..kecik~xterfikir pulak ana nak besarkan.hehe...tu dah besarkan.
    email pun ana da hantar kt enti.harap membantu :)

    ReplyDelete