Oct 1, 2008

UPG-KUL


Hmm..baru je selesai baca PKPMI DIGEST edisi raya ni. Walaupun dah beberapa hari release, tp baru malam ni sempat nak meneliti page by page. Itupun dgn badan yang sakit-sakit dek ‘kerja keras’ menjelang 1 Syawal. Huhu~

Ok, terus aja ke intinya dong. Lepas baca halaman terakhir di bwh slot Leisure, tergerak hati nak menulis post ni. Tentang penerbangan direct Makassar-KL yang baru je ditawarkan pd 25 Julai yang lalu. Apalagi sekarang Bandara Hasanuddin (Bandar Udara a.k.a Lapangan terbang) sudah berubah ‘wajah’ dan ‘lokasi’ menjadi International Ariport.

“Terkejut saya. Saya fikir saya dah berpatah balik ke KLIA!”

Gah sekali bunyinya bila Ust Hasrizal cakap macam tu setibanya dia di Makassar, dari Kuala Lumpur Ogos lalu.

Memang tak dinafikan, kewujudan bandara ‘gah’ ini jauh lebih memudahkan bagi kami anak-anak Malaysia yang menuntut di Makassar. Tak perlu lagi beli dua tiket flight dari Makassar ke Jakarta/Bali/Surabaya dan akhirnya ke Kuala Lumpur-yang harganya mencecah lebih RM400. Itu baru one way. Belum dikira beberapa waktu yang terpaksa dihabiskan untuk tukar terminal (di Jakarta), transit beberapa jam dan pelbagai lagi prosedur imigresen yang memenatkan. Bisa saja sampai hampir satu hari baru tiba di tanah air. Teringat kali terakhir aku pulang ke Malaysia, Ogos 2007 yang lalu. Sampai pukul 12 tengah malam family aku terpacak kat ruang ketibaan di LCCT. Soo0o tiring~

Direct flight ni bagaikan hujan yang mencurah setelah kemarau yang panjang. ‘Mengexcitedkan’ semua orang. Kos penerbangan dapat ‘dikuruskan’ sehingga RM90! Subhanallah. Jauh lebih murah. Dari aspek waktu perjalanan pun menjadi lebih singkat, hanya 3 jam. Rasanya baru tadi melambai teman-teman pulang ke Malaysia, tiba-tiba dah dpt sms dari diorang di Malaysia. Hahh, enak sekali! Meskipun aku tak pernah balik pakai direct flight ni, aku dapat membayangkan betapa mudah & murahnya kemudahan baru ni berbanding yang dulu...

TAPI...

Ditengah-tengah excitement ni, aku dapat merasakan ‘bahang-bahangnya’. Penangan dari direct flight ni, jelas terlihat menjelang Syawal baru-baru ni. Apa kesannya? Statistically, hampir 60% anak-anak Malaysia pulang menyambut lebaran di Malaysia. Hmm, 60% tu mcm ramai je lagi yang ade kat Makassar ni. But the fact is, dari 40% (about 130 orang) yang kat Makassar ni, about 60 orang je pre-clinical student. Yang selebihnya senior-senior clinical, yang waktunya terbatas utk berkomitmen penuh terhadap sambutan raya. Pendek katanya, suasana lebaran kali ni jauh lebih SURAM dari tahun-tahun sebelumnya.

Sudahlah SURAM. Di hari pertama Syawal, aku dapat memperhatikan...adik-adik bersama di dunia mereka sendiri. Susun atur kedudukan di acara makan-makan pagi tadi seolah-olah ada ruang-ruang khusus untuk batch-batch tertentu. Junior di sini, senior di sana. Masing-masing senang dengan kelompok mereka sendiri. Tapi sungguh, aku tak senang melihatnya...

Bukan cemburu, sebab aku sendiri dari my batch yang beraya kat sini. Bukan sedih tak de kawan-kawan rapat di pagi Syawal. Bukan & bukan. Tapi aku melihat keadaan ini mampu berimplikasi terhadap masa depan komuniti di sini. Apakah erti Syawal itu. Bukanlah sebatas technical things-solat sunat Aidiladha, makan, beraya ke rumah-rumah. Tapi lebih dari itu. Kemeriahan bergotong royong memasak hidangan lebaran itu memberi ruang-ruang ta’aruf dikalangan junior & senior. Adik ni nama itu. Kakak ni duduk bilik sana. Kawan aku pandai masak rupanya. Ada juga ‘story-story’ menarik. Walaupun kadang berbaur gosip, namun itulah yang menambah eratkan lagi bonding between senior & junior. Aahh, aku rindukan suasana itu~ Aku harus berusaha keras untuk mengekalkan & menambah seri lagi ukhuwah yang menjembatani komuniti kecil kami di sini... Dan semoga aku tidak sendiri.

i LOVE my community. Banget.

Huhh, tak wajar aku menyalahkan direct flight ni. Tak wajar jugak aku menyalahkan teman-teman yang ‘meraikan’ perkhidmatan baru ni. Nampaknya komuniti ni perlu ‘berkompensasi’ bagi memperkemas tautan-tautan hati di sini. Semoga Allah permudahkan~

No comments:

Post a Comment