May 24, 2008

Alhamdu Lillah~

Alhamdulillah~Apakah kata lain yang lebih layak untuk aku ucapkan selain pujian ini?

Kisah EvoN610c

Hampir dua bulan aku kehilangan laptop kesayangan. Hilang bukanlah bererti dicuri, tapi kehilangan sementara akibat rosak. Entah taufan apa yang melanda laptopku, tiba-tiba Windows tak dapat di'capai'. Malam itu dada terasa sesak. Kepala terasa serabut. Buntu. Baru je beberapa bulan aku 'mewarisi' laptop COMPAQ Evo N610c ni dari abah. Dan baru je aku 'rosakkan' laptop NEC yang aku warisi dari emak. Entah. Aku dah tak sanggup nak susahkan siapa-siapa untuk membawa pulang laptopku ke Malaysia.. (Thanx kak Halaa sebab bawak balik laptop saye hari tu..). Dan aku dah tak berani nak bagitau abah lagi, "Abah, laptop manah rosak.."

Setiap kebuntuan itu pasti ada jalan keluarnya~

Namun untuk memecah jalan yang buntu itu bukan percuma. Banyak hal-hal yang aku lalui untuk memperbaiki laptop yang tidak terdiagnose penyakitnya. Aku bersyukur kerana ada insan-insan yang banyak mempermudah jalan ini.

Atiq sentiasa mengalukan aku meminjam laptopnya untuk tugasan-tugasan perkuliahanku. Imad (dkk) menyumbang kepakaran untuk 'merawat' laptop yang tidak demam. Usayd (abang kesayangan) melaburkan sebahagian gajinya untuk membelikan aku harddisk baru. Muaz berlapang dada membawa bersama harddisk tersebut 'terbang' dari Malaysia ke Makassar.

Setelah melalui 'masa-masa sukar' selama 2 bulan ini, hari ini akhirnya aku dapat menggunakannya kembali... Terima kasih semua, serima kasih Allah..alhamdulillah~


Kisah Rupee

Kira-kira sebulan setengah, aku putus 'sumber Rupee'. Wang perbelanjaan bulan Mei & sebahagian wang perbelanjaan bulan April telah aku belanjakan untuk menghadiri Persidangan PKPMI di Jakarta. Tiket yang semakin mahal-amat mahal (Rp1,7 juta) itu aku beli tanpa ada pilihan yang lebih baik. Mudah-mudahan proses bayaran claim dari pihak JPMI segera diuruskan, itu harapanku. Walaupun aku tahu ia tidak selalunya secepat yang aku harapkan. Paling tidak sebulan. Dan demikianlah yang berlaku. 1 minggu, 2 minggu, sebulan.. Bayaran claim dari Jakarta belum aku terima. Dan selama itulah, aku benar-benar harus 'mencatu' perbelanjaan harianku untuk membolehkan aku 'cukup makan' hingga akhir bulan Mei.

Sedikit demi sedikit, barang dapurku habis. Duit tabungan yang tak seberapa terpaksa aku 'pinjam' seketika untuk keperluan semasa. Tidak mengapa kalau aku mengurangkan porsi makanan harianku. Tapi aku tidak boleh & tidak mahu mengurangi 'ilmuku' dengan tidak membeli buku-buku pelajaran yang sedang aku pelajari. Dan aku tidak mempu menangguhkan bayaran bil elektrik & air, bayaran internet dan bayaran-bayaran yang lainnya. Aku terpaksa melupakan seketika untuk keluar membeli belah di Mall Panakkukang, Makassar Trade Center, hatta Alfa sekalipun. Dan maaf buat sahabat-sahabat yang tak terbalas smsnya, aku benar-benar harus berjimat!

Hidup terasa agak kelat, tapi aku masih berbahagia dengan itu.

Dan alhamdulillah, aku mampu 'bertahan' hingga penghujung Mei. Wang perbelanjaan Jun telahpun abah masukkan ke akaun. Terasa sedikit ringan beban yang menekan di dada. Meskipun bayaran claim dari Jakarta belum aku peroleh, namun aku tidak lagi sesak. Hari ini aku dapat membeli segala barang keperluan yang beberapa minggu belakangan ini tidak terpenuhi..Alhamdulillah~


Ambillah ibrah dari setiap peristiwa~

Menyahut seruan ini, aku cuba berkongsi kisah diri. Tiada tujuan lain, selain kita mengambil ibrah/iktibar darinya. Mungkin sahabat-sahabat di luar sana pernah mengalami hal-hal seperti ini. Dan mungkin pernah berhadapan dengan masalah hidup yang lebih menyesakkan. Apa baiknya Allah membiarkan kita melalui detik-detik ini? Tidak ada sebab lain, selain untuk menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur~

Benar, kita sering tidak lupa mengucapkan alhamdulillah. Mengucapkan syukur dan terima kasih padaNya. Tapi apakah kita benar-benar menjiwai setiap kalimah itu? Atau sekadar menjadikan ia sebuah rutin? Namun bila Allah tarik sedikit~terlalu sedikit nikmat dunia dari kita, kita cenderung untuk berkeluh kesah. Menyalahkan diri sendiri mahupun orang lain. Sedih hati. Hilang semangat untuk melalui hari-hari... Di mana perasaan syukur yang kita hadirkan dalam ungkapan Alhamdulillah tadi?

Semoga ujian Allah menjadikan kalimah Alhamdulillah ku lebih bermakna~


Semoga bermanfaat~

^JwiSa

2 comments:

  1. salam perjuangan...

    setiap perkara ada hikmahnya...

    teringat ketika ana menerima berita ayah ana yg sakit tenat di m'sia dulu. dengan passport di kantor imigrasi, dengan cuti krismasnya, dengan tiada tiket kl - penang dll.

    ana rasa benar2 tersepit, barulah kita rasa betapa kerdilnya kita.merayu, memohon, berdoa dan alhamdulillah, allah mudahkan.

    urusan di kantor imigrasi alhamdulillah setelah bbrp hari selesai, perjalanan makassar - jakarta ok, yang paling ana risau adalah tiada tiket blk kl - penang.

    rupa - rupanya ada hikmahnya ana tidak dpt membeli tiket kl - penang seperti dirancang, ana sudah terlepas flight jakarta - kl, masya allah...

    allah bantu lagi, dpt tiket free esoknya jakarta - kl.

    adakah kita masih bersyukur bbrp lama sesudah itu?

    p/s: sorry comment panjang plk

    ReplyDelete