Mar 9, 2013

peluang

"That is plastic's patient, boss." 

"I don't care. I want to see this patient."

Terngiang-ngiang lagi suara garau yang semakin hari semakin membuatkan hati aku kecut.

"What is Parkland formula?" 

Pesakit di depan mata aku ni adalah pesakit luka bakar, tapi telah melewati masa kritikal 24 jam pertama.

"I don't know"

Memang aku tak tahu & tak pernah dengar. Teruk? Oh, memang rasa sangat teruk. Tapi memang aku tak belajar Parkland Formula. Seingat aku, hanya ada Brooke's. Atau mungkin ingatan aku yang lapuk, atau aku yang memang kurang membaca.

"You didn't know what is Parkland Formula? Give me your ward assessment form & logbook. You have  failed your ward assessment." 

Dengan berat hati aku pun melangkah ke bilik untuk mendapatkan logbook & assessment form sepertimana yang diminta, sambil mulut kumat kamit menenangkan diri. Allah...

"How long you have been in surgical?"

"Less than 3 weeks."

Tak sempat pun dibuka logbook aku, boss kembali menyerahkannya kepada aku.

"Ok, before you go back today, make sure you tell your MO what is Parkland Formula & how to use it."

Fuhh~ lega. Alhamdulillah masih diberi peluang.

***

Dalam kegusaran yang masih tak reda, akal pun berfikir.
Di dunia ni memang sangat banyak peluang & memang di sinilah tempatnya peluang diberi & ditawarkan.
Di akhirat nanti, siapa yang nak beri peluang pada kita lagi?

Dush. Kene sebijik
Cepat-cepatlah oi,

Masih ada peluang untuk memperbaiki diri sebagai seorang doktor
Masih ada peluang untuk menjadi hamba yang taat dan bersyukur
Masih ada peluang untuk meninggalkan dosa & perkara yang melalaikan
Masih ada peluang untuk beribadah & menghambakan diri padaNya
Masih ada peluang untuk top-up pahala!
Kelak kita pasti akan ditanya, ketika mana tiada lagi peluang untuk berpatah balik.

"Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua, tentang apa yang telah mereka kerjakan dahulu." (15:92-93)


* Baca tentang Parkland Formula di sini



Nov 29, 2012

Tawakal


Tawakal. 

Untuk memperkatakan tentang tawakal, sememangnya mudah. Sangat mudah. Tapi, sejujurnya, adakah kita benar-benar telah meletakkan tawakal kita sepenuhnya kepada Allah s.w.t?

IBADAH HATI

Tawakal adalah ibadah hati, yang lahir dari hati. Ibadah pula datang dari iman, al-imanu billah, keimanan & keyakinan kepada Allah s.w.t.

Dan iman itu mencakupi 3 perkara: anggota, lisan & hati.

Dalam konteks tawakal, hati yang melakukan tawakal, tapi di mana letaknya ibadah anggota & lisan?

Ada seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang meninggalkan untanya tanpa diikatkan pada sesuatu, , lalu ditinggalkan. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak kamu ikatkan?" Ia menjawab: "Saya sudah bertawakal kepada Allah." Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda: "Ikatlah dulu lalu bertawakallah."


Tindakan mengikat unta itulah sebenarnya ibadah anggota, usaha untuk mencapai sesuatu akibat.
Tapi, adakah kerana mengikat unta itu, unta itu pasti tidak akan hilang atau lari? Andai ditakdirkan Allah s.w.t, ada yang mencuri unta tersebut, pastinya unta itu akan hilang. 
Ibnu Qoyyim Al-Jauzi mentakrifkan tawakal: “Tawakal merupakan amalan dan ubudiyah (penghambaan) hati dengan menyandarkan sesuatu hanya kepada Allah, tsiqah terhadap-Nya, berlindung hanya kepada-Nya dan ridha atas sesuatu yang menimpa dirinya, berdasarkan keyakinan bahawa Allah akan memberikan segala kecukupan bagi dirinya dengan tetap melaksanakan sebab-sebabnya serta usaha keras untuk memperolehnya.”
USAHA & TAWAKAL, SEBAB & AKIBAT

Kita melakukan sesuatu usaha, untuk mencapai sesuatu matlamat, untuk memenuhi asbab sesuatu ‘akibat’, & untuk menyempurnakan ibadah anggota kita. Kalau tak study masakan boleh dapat mumtaz?

Tapi, hakikatnya, ‘akibat’ itu adalah di bawah ketentuan Allah s.w.t, tanpa ada sedikit pun hubungan dengan usaha kita. Kalau kita mendapat keputusan yang cemerlang, pada siapa kita sandarkan cemerlang kita itu?

‘Mungkin aku study tahun ni lebih, sbb tu dapat mumtaz
‘Tahun ni aku amalkan study group, mungkin sebab tu keputusan aku cemerlang’

Kalau kita gagal, kita mungkin akan berkata, ‘aku dah usaha sehabis baik dah, tapi kenapa gagal jugak.. ‘ – dengan itu kita telah menyandarkan keputusan kita pada usaha kita.

Allah s.w.t sahaja yang maha tahu apa yang terbaik untuk kita, baik ianya mumtaz atau maqbul, atau gagal sekali pun. Tawakal kita sepatutnya meletakkan 100% baik buruk sesuatu perkara dalam hidup kita kepada Allah s.w.t.

Tawakal & usaha perlu berjalan seiring, tapi kita perlu memutuskan hubungan sebab-akibat dalam tawakal kita. Usaha kita hanya untuk memenuhi ibadah anggota, tapi hati kita menyempurnakan tawakal kepada Allah s.w.t & yakin sepenuhnya dengan keputusanNya.

BEBERAPA DEFINISI TAWAKAL

Tawakal itu merelakan Allah s.w.t menjadi ‘al-wakil’ dalam setiap urusan hidup kita, meyakini zat Allah s.w.t yang mengurus hambaNya dengan kebaikan.
“Hakikat tawakal adalah hati benar-benar bergantung kepada Allah dalam rangka memperoleh maslahat (hal-hal yang baik) dan menolak mudarat (hal-hal yang buruk) dari urusan-urusan dunia dan akhirat” (Imam Ibnu Rajab)
sekumpulan burung terbang berpagi-pagian di Dumyat 

Memaknai tawakal dari sang burung, berpagi-pagian tanpa apa-apa tapi pulang dengan kenyang.
"Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang." (HR At-Tirmidzi)
Tawakal itu kepasrahan hati di hadapan Allah s.w.t, seperti mana pasrahnya seorang mayat di hadapan org yg memandikannya. Tawakal itu adalah membiarkan Allah s.w.t memperbuat sekehendaknya, tanpa mempersoalkan kenapa.

Menyingkap tawakal seorang bayi dalam perut si ibu, menyerahkan urusannya sepenuhnya kepada Allah s.w.t, kenyang atau laparnya, hidup atau matinya, sihat atau cacatnya.

MENDIDIK TAWAKAL DALAM HATI

Dalam Al-Quran banyak diceritakan tentang tawakal para Nabi Allah.

Ingat kisah Nabi Ibrahim a.s yang memusnahkan berhala-berhala ketika ketiadaan orang-orang kafir? Tiadakah perasaan takut dalam hati Nabi Ibrahim ketika itu?

Lihat pula kisah Nabi Allah Musa a.s, bagaimana Allah mendidik tawakal dalam hati Nabi Musa.

Ketika Nabi Musa melihat tongkatnya bertukar menjadi ular untuk pertama kalinya, masih ada rasa takut dan kurang percaya, sehinggakan Nabi lari tanpa menoleh (rujuk Al-Qasas:31).

Kemudian, ketika berhadapan dengan penyihir-penyihir Firaun, Nabi Musa masih merasa takut, tapi hanya dalam hati & tidak sampai melarikan diri. (rujuk Taha: 67)

Dan ketika Nabi Musa bersama pengikutnya melarikan diri dari Firaun, Nabi Musa dengan yakinnya berkata: Sekali-kali tidak akan tersusul. Sesungguhnya Tuhanku bersamaku. Dia akan memberi petunjuk kepadaku. (rujuk Asy-Syu’ara:61-62)

Sebagai seorang doktor (atau bakal doktor), seharusnya perlu sangat-sangat faham tentang tawakal. Doktor perlu berhadapan dengan pesakit, merawat pesakit. Dan usaha merawat pesakit itu tidak lebih hanya sekadar ikhtiar kita untuk menyembuhkan pesakit, tapi kuasa yang menyembuhkan itu adalah Allah. Zahirnya seperti kita bergantung kepada ubat-ubatan & teknologi moden untuk diagnosis & merawat, tapi hakikatnya Allahlah yang menyembuhkan.

Didiklah tawakal dalam hati kita. Manifestasi tawakal akan membuahkan ketenangan dalam hidup. 

Fudhail bin I'yad ketika kematian anak kesayangannya, tertawa dan berkata: "Sesuatu yang Allah mencintainya, aku pun mencintainya, Sesuatu yang Allah kehendaki, maka aku pun mencintai yang Allah kehendaki & pilih"

Tiada istilah depression dalam orang yang bertawakal. Depression hanya untuk orang-orang yang tidak memaknai tawakal dalam hidup mereka!

 ۚ عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلْنَا ۚ رَبَّنَا ٱفْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِٱلْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْفَٰتِحِينَ
"Hanya kepada Allah kami bertawakal, Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak. Engkaulah pemberi keputusan yang terbaik."
(Al-Mumtahanah: 89)

Wallahu'alam

- Mumtaz: cemerlang
- Maqbul: lulus

Mar 22, 2012

"I graduated from Indonesia.."


Hari ini merupakan hari yang bermakna bagi 12 orang junior UNHAS. Kini rasmi bergelar DOKTOR. Sebahagian besar dari adik-adik batch tersebut juga akan menjalani kursus induksi beberapa hari lagi. Atau dengan kata lain, mereka akan mula bekerja. Menempuh rutin dan tanggungjawab baru yang sangat mencabar.

Sempena peristiwa-peristiwa ini, aku terpanggil untuk menulis dan berkongsi sedikit pengalaman bergelar Pegawai Perubatan Latihan Siswazah (Baca : House Officer – HO)


 Cilok gambar dari fb PKPMI Makassar

Memulakan kerjaya sebagai seorang doktor, graduan dari Indonesia memberi tekanan yang tersendiri. Belumpun melangkah ke hospital, satu stigma sudah tertanam dalam fikiran – graduan Indonesia teorinya tak mantap. Meskipun aku tidak senang dengan kenyataan itu, tapi tanpa sedar ia telah membumi dalam diri sehingga setiap alur fikir dan gerak tingkahku dibatasi dengan tembok maya yang terbina ini. Benar, minda mampu menguasai. Dan aku seperti boneka yang menari-nari mengikut rentak stigma yang TIDAK BENAR ini.

TIDAK BENAR?

Ya, ia tidak benar. Kepandaian, kemantapan teori mahupun skil seseorang bukanlah bergantung sepenuhnya pada latar belakang pendidikan mereka. Ia hanya sistem sokongan, sebaliknya yang lebih menentukan prestasi individu adalah empunya individu itu sendiri. Dengan kata mudahnya, bergantung pada diri sendiri. Bukan universiti  atau negara mana yang memberi  ilmu.

GRADUAN LUAR NEGARA

Namun tak dapat dinafikan, budaya membanding-bandingkan graduan dari sana dan dari sini tetap wujud. Secara umumnya menyifatkan graduan dalam negara lebih bagus dan berkualiti dari graduan luar negara.  Namun aku berpendapat -  graduan dalam negara lebih mudah mengaplikasi ilmunya berbanding graduan luar negara.

Memanglah, mengaplikasi ilmu di tempat dan suasana yang sama dengan tempat di mana kita memperoleh ilmu tersebut sememangnya lebih mudah. Tidak bermakna graduan luar negara tidak pandai atau tidak hebat, hanya saja mereka/kami perlu bekerja/berusaha lebih (extra) untuk beradaptasi dengan sistem kerja di Malaysia.

DIRI SENDIRI

Sudahlah, cukup dengan persepsi mereka dan mereka. Yang penting sekarang adalah diri sendiri. Jangan sesekali membiarkan persepsi mereka itu memaku dan menekan keyakinan diri kita – sebagaimana yang berlaku pada aku. Permulaan karierku sangat dibayangi dan dihantui oleh title graduan Indonesia yang aku galasi. Nak bercakap, tak berani. Nak buat itu ini, tak berani. Nak tanya bos, tak berani.  

Sampai-sampai bos menyifatkan aku sebagai seorang yang pendiam, tidak aktif dalam perbincangan dan seumpamanya. (oh, mereka yang mengenali aku pasti akan tergelak besar mendengar – membaca statement ini).

Bos mula bertanya, (ini soalan kegemaran) : “from which university are you graduated?”

KUNCI : KEYAKINAN

Jangan hiraukan semua tanggapan negatif tersebut. Sebaliknya buktikan bahawa kita mampu menjadi yang terbaik. Tampil lebih yakin. Jangan pernah takut atau malu untuk bertanya walaupun ia mungkin hal yang sangat asas dan remeh.  Jaga disiplin. Jangan takut menyuarakan pendapat. Jika memang pendapatmu salah (clinical judgement etc), setidaknya mereka boleh membetulkan dan kita tidak lagi terus menerus dalam kesalahan. Jangan takut berbuat salah (HO lah masanya untuk berbuat salah & belajar dari kesalahan. Nanti dah jadi MO, kesalahan bererti fatal!)

Inilah kuncinya. Perlu YAKIN PADA DIRI SENDIRI.

Alhamdulillah, ia berhasil.

Di ujian akhir 1st posting, examiner - specialist bertanya,
“Let me guess, you are from UKM?”
“No”
“From UM?”
“Em, no..”
“Then which university are you from?”
“I graduated from Indonesia, boss.”

Dan setelah sebulan di 2nd posting, MO on call bertanya,
“Are you from USM, is it?”
“Uhm, no. I’m from Indonesia..”



Gambar hiasan : akhbar memaparkan surat yang dikirim oleh seorang HO


All the best to all my friends & juniors. Believe in yourself (and lots of du’a, of course!)