Oct 25, 2011

Hari Ini

Satu
Pagi-pagi relax merelaxkan diri review patient sebab KONONNYE in-charge 1 cubicle je..last minute baru tau Goon dah habis Medical, yang membawa maksud : 1) Dia tak datang hari ni 2) Aku kene cover 2 cubicle! Hah~baru kalut. Memang tak sempat review semua. Nasib baik MO baik & tak cerewet. Alhamdulillah..

Dua
Tak sempat habis MO round,  staf nurse panggil. Patient asystole. Kami berempat (2 MO + 2 HO) bersama nurse yang lain bertungkus lumus CPR dan DC patient. Sekejap ok, brady, VT, SVT semua ada. Akhirnya beliau meninggal. Baru berusia 39 tahun, meninggalkan seorang isteri & dua orang anak. Beliau seorang penagih dadah dan menghidap jangkitan pada jantung. Innalillah.

Tiga
Walaupun tak sesibuk hari-hari di wad sebelum ini, aku tetap tak sempat keluar beli makanan (Sebenarnya sempat kalau nak, tapi hari ni rasa macam tak nak makan..*pulak!). Ada bawa bekal roti coklat, cukuplah buat alas perut. Lagipun tak rasa lapar sangat.. Masa jalan pergi kereta nak balik rumah baru rasa lapar. Tandanya? Rindu masakan mak :P

Empat
Alamak, ada kereta putih parking betul-betul belakang kereta aku. Macam mana nak keluar? Aku letak beg dalam kereta, bukak white coat, letak steto...pusing kanan pusing kiri..tak ada orang yang boleh membantu. Tanpa buang masa, bismillah...aku tolak je kereta tu ke belakang. (Sebelum tu, pastikan handbreak kereta tak diangkat..) Nasib baik cuma Myvi yang comel. Aku yang tak gagah ni mampu la nak tolak sorang-sorang.. Akhirnya dapat la aku mengeluarkan kereta dari petak kuning dan berlalu meninggalkan Myvi dan hospital.. Jumpa lagi esok!
(Tolak menolak kereta adalah fenomena biasa di hospital. Almaklum, parking sangat penuh!!)

Lima
Hujan lebat sepanjang jalan. Ya Allah, jantung ni dah tachycardia secepat wiper kereta yang menyapu cermin. Mujur kereta belum banyak. Bawak slow secipuuut.. Tak pe, biar lambat asal selamat. Sekali lagi, alhamdulillah. Selamat sampai rumah :)

Esok
Tetap bekerja 8 pagi hingga 8 malam walaupun hari cuti umum. Tak mengapalah, demi 1) Memberi laluan rakan sekerja berbangsa India menyambut Deepavali 2) Mendapatkan pengalaman & belajar dari pengalaman tersebut 3) Memanfaatkan waktu cuti :P

Mudah-mudahan semua urusan esok berjalan lancar dan dipermudah olehNya.

Sekarang
Mahu rehat.
Assalamualaikum!


Oct 20, 2011

sebuah gambar

Tepat jam 5.03 petang, kereta emasku berhenti betul-betul di hadapan rumah. Yes, aku sampai rumah lebih awal dari mak. Sebelum turun dari kereta, sengaja aku melepak dalam ruang yang sejuk dan empuk itu sambil mendengar puisi yang dialunkan oleh DJ IKIM.

Tangan mencapai handphone yang turut 'kedinginan', ingin melayari halaman MukaBuku untuk seketika. Sejenak homepage MukaBuku terpapar, mataku tertarik pada sebuah gambar...





BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu.
.MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Sepintas membacanya, dengan tidak semena-mena pipiku terasa basah dek air mata yang tumpah. Kata-kata ini seolah-olah ditujukan khusus untukku, yang sedang merasai beratnya ujian yang dihadapi. Yang sedang merasa tidak terdaya menanggungnya. Yang sedang merasa sakit dan pedih yang tidak tertahankan. Yang sedang marasa lemah dan sungguh tidak terdaya..

Terpujuk jua hati yang rapuh ini, benarlah (dan yakinlah!) Allah sentiasa bersama mereka yang sabar.

"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. 
Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." 
(2:153)