Aug 31, 2011

Kini jadi kenangan~

Oh, aku tengah study~ VIVA exam bakal menyusul sejurus selepas cuti rayaa
Tapi nak menulis jugak, tiba-tiba teringat & terkenang...
Suasana lebaran nun jauh di timur. Tanpa mak & abah, tanpa keluarga & sanak saudara apa lagi duit raya..(hehe, nak mention jugak!)

Empat tahun berturut-turut aku menyambut lebaran di perantauan. Untuk lebih tepat, di Makassar. Rutin kami setiap tahun tak banyak berbeza. Gotong royong memasak juadah hari raya : kuah kacang, kuah lodeh, rendang, nasi himpit, ketupat & lemang. Tak ketinggalan kuih muih yang dikirim oleh orang tua dari Malaysia. Yang dah hancur pun ada, tapi layan je~

Tahun pertama di perantauan, perasaan excited lebih mengusai. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami anak-anak Malaysia menerima undangan rumah terbuka Prof Chaeruddin. Wah, seronoklah kami. Prof menyediakan dua buah bas untuk membawa kami dari Rusun ke kediamannya yang tersergam. Juadah ala Makassar kami nikmati dengan lahap. Sesuatu yang 'istimewa' dan menarik di sana adalah Coca Cola. Ambillah seberapa banyak yang kalian mahu. Yang tak berapa nak tahu malu tu, sampai masuk dalam beg. Buat bekal katanya. Aku tengok aje la. Tak pandai nak minum air-air yang mengembungkan perut ni..

Itu hari raya pertama. Gembira & sangat senang hati beraya dengan kawan-kawan. Menjelang hari raya kedua, kami sekali lagi menerima jemputan ke rumah seorang lagi guru (baca : doktor). Namun aku 'menarik diri' dari rombongan. Tahu kenapa? Hehe.. sebab tak cukup duit untuk transport ke sana. Abah belum sempat kirim duit belanja sebelum raya. Alamatnye, kene tunggu lepas raya baru dapat 'duit raya'. Berikat perutlah aku di bilik..(tapi kenapa time tu aku tak puasa je ek?)

Hari raya tahun kedua lebih menyedihkan. Aku diberi tanggungjawab mengendalikan sambutan hari raya tahun tersebut, berganding bersama rakan sejawat : Tuan Mohd Azlan. Macam-macamlah cabaran & kekangan yang dihadapi. Menangani kerenah-kerenah manusia yang tak berapa nak rajin bekerja, mengurus duit-duit yang pandai nak terbang sendiri, dan lain-lain hal yang agak bersifat peribadi. Waktu tu lah rasa naaak sangat balik beraya di Malaysia. Tapi apa boleh buat, inilah satu-satunya pilihan yang ada. Alhamdulillah, itu tanda sayang Allah padaku. Oh ye, tahun ni tak ada baju raya. Baju yang dikirim tak sempat sampai. Jawabnye, pinjam baju kawan. Nasib baik muat & memang baju baru. Sunnahnye kan berbaju baru dan bersih :)

Tahun ke tiga..mm, apa yang terjadi tahun ketiga ye? Tak ingat apa-apa yang menarik pun. Raya seperti biasa, dengan baju raya yang mak jahit-kain batik Jakarta :)

Tahun keempat, majoriti kawan-kawan balik beraya di Malaysia. Almaklum memang tengah cuti, baru habis wisuda (baca : konvo) pre-clinical. Batch aku yang tak balik masa tu cuma aku dan Zuhri. Sedih! Tapi aku punya perancangan tersendiri. Balik beraya akan mengganggu jadual kuliah 'tambahan' yang perlu aku hadiri, dan aku 'menyimpan' cuti untuk Aidiladha nanti. Perlu balik untuk meraikan walimah kakanda Usayd. So berkorban la sikit (setahun 3 bulan tak balik...tahap homesick dah makin memuncak). Alhamdulillah, sangat terasa nikmatnya :)


Menyambut lebaran diperantauan memberikan pengalaman yang tersendiri.

Sangat terasa ukhuwah & ikatan kekeluargaan bila sama-sama duduk bersila mengupas bawang & halia, menumbuk kacang, membasuh ayam, berbelanja di pasar lecak (oh, kami pernah meredah banjir lumpur setinggi bawah lutut di pasar sehari sebelum raya), menghias aula (dewan kecil serbaguna kami) sambil dengar lagu raya, main bunga api di halaman rusun, menyalakan pelita, (tengok orang) membakar lemang, buat nasi himpit tak jadi, buat kek batik, membakar kek pakai oven sampai black out satu rusun, dan..dan..dan...seterusnya. Subhanallah, banyak kenangan yang saaangat manis untuk diimbas. Alhamdulillah, semua itu menambah perasa dalam kehidupanku :)

Okeh, masa habis!
Nak g sambung study.
Doakan insan kerdil ini menghadapi exam lepas raya nanti.

Ya Rabb,
Lancarkan aku berkata-kata, lembutkan hati penguji-pengujiku.
Yang lebih penting, berkati aku dengan ilmuMu, Ya Allah!

~JwiSa

Aug 20, 2011

Pesakit kesayangan

Dah mengantuk tapi nak jugak cerita. Tentang salah seorang pesakitku..

Beliau dirawat di wad di mana aku bertugas sebagai penghidap penyakit TB. Jangkitan kuman TB pada paru-paru yang memerlukan rawatan minimum 6 bulan. Beliau dimasukkan ke hospital kerana terjadi reaksi allergi terhadap ubat-ubat TB (baca : DOTS)

Seperti kebanyakan pesakit-pesakit TB yang lain, beliau merupakan bekas penagih dadah dengan HIV (+) dan Hepatitis C (+). Namun pengalaman hidup mengajarnya, membuatkan beliau kini meninggalkan tabiat lamanya.

Pertama kali aku mengambil darahnya untuk diperiksa, aku melontarkan pertanyaan lazim kepada pesakit-pesakit penagih dadah.

"Pakcik, biasanya susah ke senang nak ambil darah pakcik ni?"

"Biasanya susah doktor..doktor lelaki tu hari tu banyak kali cucuk baru dapat.." balas sang pesakit.

"Hm, memang la susah. Sebab pakcik biasa dok cucuk sendiri kan..urat semua dah jadi keras.." mungkin layak dianggap bebelan seorang doktor kepada pesakitnya. Sambil aku memerhati dan mencari urat mana yang boleh aku dapatkan darah.

Alhamdulillah, aku berhasil mendapatkan darahnya dengan sekali cucuk.

"Ha, pandai la doktor ni. Sekali cucuk je dah dapat.."

"Alhamdulillah..kadang tu nasib je pakcik. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang kene cucuk banyak kali.."

Demikian antara detik-detik pertama mengenali lelaki berusia 50 tahun ini. Beliau seorang yang tidak banyak bercakap, tidak banyak kerenah dan mudah memberi kerjasama.

Saban hari, beliau semakin sembuh & dibenarkan keluar dari hospital. Disebabkan rumahnya terletak jauh dari Pulau Mutiara ini, aku merujuknya ke hospital berdekatan untuk meneruskan DOTS yang masih diperlukan.

Kurang seminggu setelah itu, beliau kembali dimasukkan ke hospital. Kali ini keadaannya agak teruk. Dihantar dengan kerusi roda, sesak nafas dan sangat lemah. Pemeriksaan darah awal juga menunjukkan keadaan yang kurang baik.

Menurut beliau, setelah beberapa hari mengkonsumsi ubat-ubat DOTS dari hospital berhampiran, timbul sesak nafas yang semakin hari semakin memberat. Ini membuatkan beliau kembali ke hospital ini untuk mendapatkan rawatan.

Dari pemeriksaan, kami (team perubatan) menduga adanya sumbatan pada salur darah di paru-paru. Pemeriksaan CT scan menggunakan bahan kontras telah dilakukan secara urgent pada sebelah petang hari yang sama. Aku sendiri yang membawa beliau turun ke bahagian radiologi untuk pemeriksaan. Ketika itu, keadaan beliau stabil hatta tidak lagi memerlukan bantuan oksigen. Seusai pemeriksaan tersebut, aku pulang ke rumah.

Keesokan pagi, di meja makan ketika bersahur aku teringat akan pesakitku yang satu itu. Hari itu (19 Ogos) merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 51. Aku berhasrat untuk memberi sesuatu sebagai hadiah hari jadi kepadanya...

Sesampainya aku di wad, seperti biasa aku akan sepintas melihat pesakit-pesakitku. Aku melihat katil beliau kosong. Tidak ada orang & tilam tidak bercadar.

"Hah! Pergi mana pakcik ni? Pindah katil kot..sebab katil tu memang goyang-goyang sikit semalam.."

Tak sempat aku melangkah ke belakang, terlihat kelibat seorang lelaki - saudara kepada sang pesakit.

"Doktor, ubat semalam yang doktor suruh beli tu saya dah beli. Tapi dia tak sempat makan pun, dah arwah.."

"Haa? Meninggal ke? Macam mana boleh meninggal ni?"

"Pagi tadi doktor, dia nak pergi tandas. Saya bawak la dia dengan kerusi roda. Dia masuk dalam tandas. Lepas tu ntah macam mana, bila saya masuk dalam tandas tu tengok dia terbaring kat lantai dah tak bergerak.."

Ya Allah, alangkah terkejutnya aku mendengar khabar tersebut. Kematian yang sangat tidak disangka. Dan yang lebih menyedihkan, pesakit kesayanganku ini meninggal pada hari ulangtahun kelahirannya!

Aku kesuntukan masa untuk melayan kesedihan. Perlu cepat review semua pesakitku. Namun tanpa sedar, air mata bergenang menanti tumpah membasahi pipi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah. Al-fatihah.

* Difahamkan mereka (doktor bertugas) sempat melakukan CPR untuk menyelamatkan pesakit namun tidak berhasil. Arwah diduga meninggal kerana Pulmonary Embolism.


Aug 10, 2011

1st poster..

Subhanallah, lamanya blog ni menyepi. Nak sangat update tapi terbatas dari aspek waktu & tenaga. Mana taknye, balik je nampak bantal dulu :P

Ok, satu label baru akan dimulakan : diari HO. Banyak yang nak dikongsi & diceritakan, tapi rasanya hanya mampu buat post-post pendek dicelah-celah masa yang ada..

Nak mula dari mana ye? Hari ni 10 Ogos, genap sebulan di Hospital Pulau Pinang. Bulan lepas, 11/7/2011 merpakan hari pertama menjejakkan kaki di hospital ini sebagai pekerjanya. Dalam sebulan, macam-macam telah dilalui. Dah tujuh kali on-call, dah beberapa kali menangis, dah entah berapa kali kene marah, sangat blur dan tak tahu. Setiap pagi keluar rumah rasa macam nak termuntah, tak nak pegi kerja, tak llu makan, berdebar-debar semua ada. Tapi ada jugak la yang positif. Biasa, hidup ada turun naik. Kejap rasa ok, kejap rasa tak ok..

Kalau nak menulis diari tentang perjalanan kerjaya HO ni (walaupun baru sebulan) rasanya tak mampu lah. Banyak sangat. Terutama awal-awal ni,macam-macam benda jadi..Tapi memang kene sesuaikan diri, terutama benda-benda teknikal. Aspek ni, advantages untuk mereka yang belajar di dalam negara. Dah biasa/familiar dengan terms, systems etc. Bagi yang grad dari luar, kene kerja keras sikit la nak catch up everything. Even BRANULA pun tersasul lagi cakap INFUS! (oh ye, dan ubat juga!)

Beberapa peristiwa BESAR yang terjadi selama sebulan ni :
1. Motor mati enjin tengah jalan sebab kehabisan minyak. Al-maklum, motor lama. Indicator minyak pun dah rosak. Memang hajat nak isi minyak kat Sg Nibong, tapi tak sempat sampai sana dah kering! Cuaknyee. Jam hampir 11 malam, nasib baik enjin mati mmg time nak stop kat traffic light. Dan sekali lagi Allah tolong, pakcik cina motor belakang tu tanpa banyak cakap terus membantu. Amek minyak moto dia sikit n tuang kat tangki minyak motor antik ni.. (tapi rasanya motor dia lagi antik kot!). Huhu~rasa macam nak nanges dah. Sangat terharu, bantuan Allah datang tak disangka-sangka...
(Satu lagi peristiwa motor, tayar pancit tapi tak sempat keluar hospital lagi. Alhamdulillah, rezeki baik. Terjumpa pulak dengan sorang makcik yang memang nak balik Bayan Baru :))

2. On-call kedua di wad aktif yang sangat menakutkan. Kene marah teruk dengan boss (memang la kesalahan sendiri, sangat menyesal T__T lain kali akan lebih serius dan berhati-hati! Dah la tak dapat tidur, kene marah teruk. Esok pagi (post call) kene panggil pulak dengan big boss kat clinic. Kene marah lagi. Huwaa~ Hanya Allah yang tahu..
Note : tapi biasa la tu, mana ada riwayat hidup HO tak kene marah. It is just how we face it.

3. Needle prick. Haa, yang ni kene lebih berhati-hati terutama bila handle high-risk patient. Aku dah kene sekali, kene pulak dengan patient Hep B. Alhamdulillah tak ada apa-apa, cuma kene/terpaksa makan ubat prophylaxis yang sangat memualkan & meletihkan. Defaulted!

Bila dah kerja ni, mentality kene ubah. Bukan lagi medical student yang hanya menerima arahan apa nak dibuat. HO adalah doktor, dan perlu berfikir & bertindak mengikut keperluan. Awal-awal dulu lagi la, nak bagi ubat, nak discharge patient, nak ambil darah semua tak boleh nak decide sendiri. Heh. Wake up!

Ape pun sekarang ni masih ada 'topeng 1st poster', which people didn't expect much la. Tapi jangan pulak rasa secure dengan title tu. Buruk padahnye nanti.

Perkara paling penting yang perlu diingatkan, terutama pada adik-adik yang masih belajar. Belajar laaa baik-baik. Jangan study hanya untuk exam. Lepas exam, lupa habis semua. Simpan notes yang lama-lama tu, walaupun version Bahasa Indonesia sebab nota-nota tu la yang akan 'connect' kita dengan apa yang kita dah belajar dulu. English, penting. Jangan ambil ringan...

Dan kalau tak tahu, jangan malu bertanya. Tanyaaa je walaupun rasa macam soalan bangang. Daripada buat-buat pandai...

ok, cukup dulu.
My 1st assessment will be on 9th September, mohon doa semua.