Sep 30, 2009

Berilmu dan Berbudi

“Assalamualaikum, cikgu..ada kat sekolah hari ni?”
“Wa’alaikumsalam..ada. Petang satgi pukul 3.30 ada jamuan raya.."




Wah. Langkah kanan betul! Patut la hari tu rase macam nak kene pegi jugak sekolah hari Selasa :) Dari pekan Sungai Petani, kami naik teksi ke sekolah. Saje nak mengimbau kenangan naik bas pi skolah (haha..sebenarnye...)


Kedatangan kami disambut Pn Noraini Zakaria yang kebetulan keluar dari pejabat. Nampak la kami yang baru nak melangkah naik ke atas. Alahai rindunye kat cikgu :) Seperti biasa, update berita dan khabar.

Lepas tu..kami menjenguk ke beberapa port.


Bilik guru
Kecoh! Macam ade pesta ape je menyambut kami berdua. Dan bermulalah sesi interview. Macam-macam pertanyaan & komen tentang kami. Maklumlah, kan dah 2 tahun aku tak menjenguk sekolah.


Bilik PK HEM
Bilik ni sekarang ‘dihuni’ oleh Ust Ismail Hussain, menggantikan Cikgu Raof. Kami intai-intai je, tapi Ustaz xde la pulak. Biasa laa..HEM memang sibuk Aku dulu kejap2 datang bilik tu cari cikgu Raof. Kejap dia ada, kejap hilang pulak. Dah la cikgu memang kecik :P


Anjung Informasi
Sepi je tengok anjung ni dari luar. Tak berani laa nak masuk. Tertanya jugak, Cikgu Azam & Pak Dan dok kt sini lagi ke?


Galeri
Galeri mane pulak ni? Erm. Ingat tak ade tempat duduk kt sebelah toilet pelajar pompuan tu? Tempat tu dah jadi galeri sekarang. Nak masuk, tapi berkunci. Kami intai dari luar je (haihh..dari tadi asyik mengintai jee..). Banyak laa piala & pingat skolah kt dalam tu..


Blok D
Jalan-jalan sampai ke Blok D. Kat sebelah bangunan tekno tu dah ade building baru. Dan sekarang sedang dibina satu lagi building. Nak bukak kelas lagi. Sebahagian tasik kt situ dah ditambak untuk bangunan tu...Makin kecik laa taman rekreasi kita...




Dewan Makan
DM makin ceria. Side perempuan tu dah tambah sikit lagi, macam kt sebelah laki tu. Memang DM kite ni kecik pun. Tapi tengok ratio pelajar perempuan dah makin sikit berbanding lelaki. Waktu makan tu, budak perempuan duduk kt side tambahan ni je. Selebihnya dipenuhi budak laki..


Aspuri
Aspuri pun nampak makin ceria. Mural warna warni. Water cooler sampai 3. Cuma kat depan tu nak buat bangunan aspuri lagi satu. Bilik rehat stil macam dulu. TV dah upgrade sket..yg canggih pny. Musolla pun x banyak beza. Cuma ada la tambah rak dan papan kenyataan..Dark Room masih sama :D


Aspura?
Ahha..tak masuk le sampai ke sana...

Okie..Ada beberapa info tentang skolah..

- Pn Siti Rohah dah jadi PK 1, Ust Ismail PK HEM, Cikgu Marlina PK KoKu.
- Pak Rush dah naik pangkat sbg Pegawai Sains & Matematik di Pejabat Pendidikan Daerah (ofis dia kt belakang sekolah tu je)
- Pak Dan, Ust Mizi, Cikgu Harris pun dah keluar..naik pangkat
- Cikgu Raof dah bersara 1997
- Cikgu Puteh, Ustazah Zainab..dah bersara jugak kot. Tak nampak pulak diorang hari tu..
- Majoriti cikgu yang kami jumpe dok komen tentang student sekarang. Disiplin kurang, prestasi pun menurun. Trial SPM SBP baru-baru ni dapat top five dari bawah...
PMR dah dekat. Kelas anjal F3 sedang berlangsung kt Dewan Besar yang tak besar-besar lagi tu :)
- Cikgu Zuraini (budak 4A5 ingat lagi x??) dah mengajar kt sini. Dah kawen, ade anak sorang :)
- Mak kepada Faiz Azhari Noor (AFAN) mengajar kat sini jugak...
- Anjung informasi dah jadi macam bilik tetamu. Kalau ada pegawai mane2 dtg jumpe kt situ je. Tempat cikgu Azam kat belakang, blok D

.....Ade lagi ke??

Tentang prestasi adik-adik kite ni..tak boleh diabaikan. Cikgu-cikgu mengharapkan bantuan dari kita.

“hampa mai la buat program kat adik-adik ni. Bagi motivasi sikit. Kalau orang luar yang bagi, impak dia lain dengan ex-student..”

Bukan sorang je cikgu yg ckp cmni..3-4 org jugak..maknanya, memang diorang mengharap lah jgk. Bagi yang dah keje tu, try la buat program dgn skolah..dana skali, sorang sikit. Yang ringan sama dijinjing, kan :)

Kita dah berilmu, bila lagi nak berbudi? :)

Sep 24, 2009

5 Syawal

Assalamualaikum..

Ops, dah lama rupanya teratak comel ni tak terupdate. Almaklum, Mood ‘beraya di Malaysia’ memudarkan segala keinginan untuk mengirim berita di laman hijau ni. Kad raya kt bawah ni pun, setelah dipaksa oleh Mak dan Abah. Huhu~

Okie. Hari ni dah 5 Syawal. Alhamdulillah, dah dapat 1 hari puasa sunat Syawal. Ada 5 hari lagi. Coming soon insyaAllah. Nak tau kami buka puasa kat mana? Ahaaa..dari Penang ke Sungai Petani. All the way, untuk mencari Radix Fried Chicken (RFC)! Nyam-nyam~~


Kak Aween kata, warna oren dia very 'catchy'

Bagi siapa yang belum tau, RFC ni merupakan produk Islam yang pertama di Malaysia. Konsepnya lebih kurang macam KFC, tapi ni orang Melayu/Islam punye version. I'm impressed. Penuh orang. Beratur panjang..sampai dah maghrib baru dapat makan. Alhamdulillah. Sedaap!


RFC ni salah satu dari produk HPA. Banyak lagi produk diorang. Barangan kesihatan, herba, hotel, IT & communication. Macam-macam lah. Tak tau pulak perpanjangan dari HPA ni ape. Tapi ni betul-betul produk Islam. Untuk terlibat dalam perusahaan diorang ni, ada beberapa program khusus yang wajib dilalui. Tamrin, Qiam dan seumpamanya. Pekerja-pekerja diorang sentiasa dalam keadaan berwudhu’ sepanjang hari. Subhanallah. Siapa kata orang Islam tak boleh berjaya? Malah Allah dah bagi tips yang cukup berguna. Cuma kita je yang malas nak mengamalkannya...

Satu lagi produk HPA ~Dimiliki oleh HPA Organics Sdn. Bhd.]

Tengok suasana kat RFC tadi, rasa macam dekat bandar Islam je. Kebanyakannya bertudung, berkopiah. Pekerjanya pun menutup aurat. Alhamdulillah. Mak kata, kat SP ni je nampak HPA boleh ‘tumbuh subur’. Mungkin sebab masyarakat kat situ ada kesedaran yang lebih terhadap Islam. Tempat lain tu bukanlah tak ade, cuma belum ‘sehangat’ di Sungai Petani ni la kot... Di area tu je, ada 3-4 lot milik HPA dengan pelbagai produk diorang. Tahniah kepada owner HPA. Semoga kualiti dapat di tingkatkan, dan terus berjaya. InsyaAllah. Dan kepada muslimin muslimat di luar sana, apa lagi? Jangan lupa untuk sama-sama menyokong usaha murni ni. Mudah-mudahan menjadi saham kita di akhirat nanti. InsyaAllah :)

Ok. Nak cerita apa lagi? Baanyak sangat cerita sebenarnye ni. Sampai x tau nak cerita yang mana satu. Hehe~ tapi xboleh la nak crite semua kat sini kan. InsyaAllah kalau ada kelapangan nanti akan dikongsikan di sini.

Radix Chicken Delight. Nak try?


Panjang beratur. Beratur sambil fikir menu..nak makan ape ye?

Ha. Dah dapat makanan! Mai le makan~ Ni gambar orang suke makan dan mau makan :)



Sedap sehingga menjilat hidung! Eh, jari laa.. :P




Kat atas ada ruang solat yang amat selesa. Alhamdulillah. Macam ni la bagus!




On the way back, singgah sekolah lama. Sebuah memori :)

Oh ye. Semua gambar yang di upload di post ni adalah hasil dari kamera baru :) Terima kasih mak dan abah dah belikan kamera baru. Lama mengidam nak beli kamera. Kamera ape? Biasa je, simple one. Kecanggihan tu tak penting. Kamera biasa pun, kalau kita tau nak manfaatkannya betul-betul..hasilnya cantik jugak kan? Bukan setakat kamera, pendrive baru pun dapat. (pendrive lama dah hilang..)
Tapi ape-ape pun, mak pesan.. “Manfaatkanlah barang-barang ni untuk menambah pahala. Untuk kerja-kerja dakwah..” InsyaAllah, mak. I will :)

Macro On


Sony 730. Test power sket~


Ok. Dah habis. Nak tgk gambar lagi? Klik sini
Pesanan : JOM PUASA 6! :)

Sep 19, 2009

Sep 16, 2009

Wajah & Buku



Dua kata berbeza maknanya. Tapi bila disatukan, mampu 'menggalakkan' jiwa apalagi jiwa-jiwa muda di luar sana.

Tak salah, tapi berpada. Jangan sampai jatuh haram ke atas kita yang menggunakannya.

Macam pisau.
Ia hanya sebilah pisau, yang kita boleh gunakan untuk memotong ketam dan bakso (bebola daging) yang dengan itu kita dapat mengenyangkan perut; ATAU untuk menikam hati dan jantung milik manusia (bukan lagi ketam atau lembu) yang dengan itu kita mendapat dosa membunuh!
Bukan salah si pisau, tapi salah tangan yang menggunakannya..

Terserah anda nak pakai 'pisau' Wajah & Buku ini untuk apa. Tapi aku nak pakai untuk menyampaikan mesej Islam. InsyaAllah.


Wallahu'alam


refer :

~ Facebook : Antara Pro dan Kontra

Baca juga DI SINI

Sep 15, 2009

Puisi Kenang-Kenangan

Aku tak pandai menulis puisi. Aku hanya pandai berpuisi.
Alhamdulillah, ada insan yang sudi mencipta puisi indah untuk aku deklamasikan sehingga ke peringkat kebangsaan.
Naib Johan Puisidra Sains Kebangsaan 2000
Terima kasih, Pn Hjh Siti Rohah atas kepercayaan yang diberikan. Kenangan ini sungguh indah!



Di Sebalik Rahsiamu..Atom
IzinNya,
Seni dalam keindahan
Sekecil atom ternukil kisah
Jirim membusana empat unsur..
Tanah… api… udara… air bermula segalanya
Yaasin mengungkap citra sistem solar
6 takah 7 petala langit terbentang
Tersusun indah di langit nirmala
Tertib tunduk planet tanpa celaka
Mengungkap benar teori Atom Dalton…
Atom bersfera seni dan pejal menciri jirim
Membuka lembaran kajian tanpa ujung…

Hadirmu..
Sinar katod membukti diri zarah bercas negatif
Elektron memercik jasa
Melahir insan madani
1000 tahun mengorak langkah pertama
Memancar kemilau Al-Hambra seharum Andalusia
Sedangkan..
Gelap jahil masih memayungi bumi Eropah..
Namun.. apabila inkuiri menyapa
Atom diburu dalam kemaruk Renaissance
Sumber tenaga segenap maya

Kazanah atom terhimpun
Jadual berkala membisik sifat diri
Bagaikan insan ketemu cinta
Proton bercas positif menarik sayang kekumin neutron
Dek jalinan kasih.. nukleus terlahir
Elektron bagaikan juara antara bitara
Bergerak pantas memacu tenaga mengelilingi nukleus di petala sana
Laksana planet mengelilingi mentari
Kata Einstein..
“Paduan jisim, rembatan cahaya tenaga terhasil”

Kiranya..
Kering emas hitam di perut lautmu
Kiranya..
Bitumin ghaib dek berinsutnya masa..
Atom meluru di sisi merisik bantu..
Menghulur salam pecahan nekleus
Lautan pasti berbusa diredah megahnya bahtera
Meniup bisikan di mana-mana..
Jambatan alaf terentang antara benua
Dihubung kasih digital maya siber

Di orbit sana
Galaksi gelisah dijeling atom lakuran nukleus
Pastinya..terpana siBima Sakti
Melihat Marikh dalam genggaman..
Reaktor tenaga..
Memuntah nuklear dalam hambatan paradigma
Terpancarlah sinar cahaya
Helium menitip budi di sebalik gas adi..
Reaktor nukleus melampias haba menitis wap
Menggerak janakuasa membias kemilau neon
Bagaikan nur penyuluh alam

Keajaibanmu Kobalt..
Merenjis penawar duka
Tabib dan doktor menadah syukur
Kanser durjana diamuk resah
Diunjam musnah dek Radium radioaktif
Curie membakar diri..mencari formula
Akhirnya..
Pawaka sel dijirus sirna
Organisma barah berkulai sendu merela satu kehidupan
Buatmu homo sapien..

Kini
Terjawab sudah bila dan di mana?
Disingkap pengesan radioaktif
Karbon 14 membisik rahsia asal bermula
Pra sejarah cermin hari ini..
Tindak balas kimia hayat bukan lagi arbitrari..
Khabarkanlah..
Di sebalik citra seninya atom
Satu Terrarium membukti keesaan Maha Khaliq

Dirimu..
Bagaikan pawana berpuput lembut
Sesekali mengirim badai
Menyentak cendekia dek hipotesis dan teori
Seumpama kejutan Quark menciri jirim
Apakah itu benar?
Hanya masa menentukan…


credit to OUR TEAM :)

Dari kiri : Suhaimi & Arif (pelakon), Maimanah (pendeklamasi), Fazlin (PA pendeklamasi :P)
Pn. Koh Mui Hong, En Harris Ganae, Pn Hjh Siti Rohah, En Wazaruddin, Pn Noorsalawati
(dan ramai lagi....)

Sep 11, 2009

Ape sangat nak dikejar...

Dah nak dekat-dekat habis Ramadhan ni, orang dok sakan nak beraya pulak.
Ape sangat nak dikejar raya tu, tak lari pun..
LailatulQadar yang patut lebih dikejar dan diburu sebab belum tentu kita dapat.

Na'uzubillah.
Semoga aku tidak lalai dalam beribadah kepadaMu,
Semoga penghujung Ramadhan ini lebih baik dari permulaannya,
dan semoga Ramadhanku kali ini lebih baik dari sebelumnya.

note :
- Hari ni aku dah nak balik bercuti. Seperti biasa, rasa berat nak tinggalkan komuniti dan segala isinya. Banyak lagi tanggungjawab dan tugas aku yang belum terlaksana. Tapi insyaAllah, sahabat-sahabat yang lain mampu meneruskan dan aku tetap mengikuti perkembangan dari Malaysia :)

- Dalam masa yang sama, rasa tak sabar nak menjejak kaki ke tanah air dan bertemu dengan keluarga tercinta. Semoga cuti kali ni dapat dimanfaatkan sebaiknya. Aku tak nak tergolong dalam golongan manusia yang tertipu dengan nikmat KELAPANGAN dan KESIHATAN.

Ya Allah, suburkan ruhku dengan cinta kepadaMu. Semoga setiap helaan nafas ini mendekatkan aku kepadaMu. Ampuni aku, rahmati aku.. Aamin

Sep 9, 2009

.:Agar Pesan Sampai Ke Hati:.

Alhamdulillah, sekali lagi hati-hati ini disatukan untuk sama-sama mengingatiNya. Hari ini kami bertemu lagi untuk mencari redhaNya. Ku perhatikan wajah mereka satu per satu. Melepas rindu. Lama tidak bersua.
Sudah lebih 3 tahun aku bersama mereka. Selama itu jugalah, aku berusahakan menjadikan ukhuwah ini lebih dari hubungan senior dan junior. Jauh dari hubungan baku dan kaku antara ‘kakak’ dan ‘adik’. Aku inginkan lebih dari itu. Ya, hubungan seorang Naqibah dengan mad’unya memerlukan sebuah erti yang lebih bermakna dari semua itu. Inilah jalinan ukhuwah yang mengantar kepada redhaNya, insyaAllah.



Unit usrah merupakan unit asas dalam gerabak dakwah. Dari unit inilah nantinya jiwa-jiwa dapat dibentuk dan disiapkan untuk membawa pesan Islam kepada masyarakat. Namun yang menjadi pertanyaan, sejauh mana keberkesanan pelaksanaannya? Kenapa kemungkaran dan maksiat tetap saja terjadi di lingkungan komuniti yang wujud sistem usrah di dalamnya? Kenapa mad’u kita tidak menunjukkan perubahan? Eloklah kita memuhasabah diri...

Agar pesan sampai ke hati

Dakwah itu umpama hujan yang jatuh ke tanah. Ia akan turun membasahi bumi, di celah manapun ia. Namun, hanya bejana-bejana yang terbuka dapat menampung titisan hujan itu, sedang bekas-bekas yang tertutup tetap tidak dapat manfaatnya.

Beberapa kiat bagi para da’ie untuk memperbaiki prestasi.

1. Menjaga hubungan dengan Allah swt

Allah yang memegang hati, dan Dialah empunya segala kekuatan. Binalah hubungan yang baik dengan Sang Pencipta, mohon petunjuk & kekuatan, kelancaran dalam berkata-kata serta pemahaman kepada objek dakwah kita.

Syeikh Abdul Rahman As-Sa’ah menceritakan perihal anaknya :

“Anak saya merupakan orang yang paling dekat dengan Al-Quran. Kata-katanya di akui oleh semua yang mendengar, kata-katanya bagai turun dari langit. Beliau tidak pernah lepas dari mazhab, tidak pernah berhenti mengalunkan ayat suci Al-Quran, tidak pernah lupa untuk berzikir dan sujudnya larut dalam zikir kepadaNya.”

Dengan keperibadian sebegini, tidak hairanlah Imam Hassan AlBanna menjadi tokoh pemimpin Islam yang disegani sehingga hari ini. Hubungan baik dengan Allah adalah kunci kepada ketertarikan para mad’u terhadap sang da’ie.

Seorang kenalan pernah berpesan,
“Sebagai seorang pemimpin, kalau nak orang dengar cakap kita, orang senang terima pendapat kita..banyakkanlah bertahajud..”

Tahajud juga salah satu interaksi seorang hamba dengan Penciptanya, kan?

2. Sering memperbaiki diri

Janganlah pernah merasa cukup dengan prestasi dakwah kita hari ini, kerana kita nantinya akan diuji dengan kata-kata sendiri.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik” Al-Hasyr : 19

3. Mementingkan kecerdasan akal, kebersihan hati dan pemahaman Islam yang mendalam

Ketiga aspek ini merupakan modal para da’ie untuk menyampaikan pesan Islam kepada masyarakat. Optimal dalam pemahaman, kreatif dalam menterjemahkannya dan tepat dalam ucapan.

“Dia memberi hikmah kepada sesiapa yang Da kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat.” Al-Baqarah : 269

Hikmah : kemampuan untuk memahami rahsia-rahsia syariat agama

4. Keikhlasan

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya Allah itu baik dan hanya menerima yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mukmin segala apa yang diperintahkan kepada para Rasul”
(petikan Hadith Arba’in ke-10)

Apakah kita mengharapkan usaha kita diterima Allah & membuahkan hasil jika usaha ini tidak dilakukan dengan ikhlas keranaNya? Allah itu baik dan hanya menerima yang baik...

5. Menguasai kaedah komunikasi

Sasaran dakwah hari ini terdiri dari golongan masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Maka pendekatan dakwah juga perlu disesuaikan dengan ‘cara’ mereka. Selain kreativiti dalam menyampaikan mesej, kemahiran dalam komunikasi juga diperlukan oleh seorang da’ie.

6. Berdoa

Seorang da’ie boleh berusaha. Melakukan apa saja yang termampu. Namun tetap hidayah itu adalah hak mutlak Allah, yang hanya Dia berhak memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Justeru seorang da’ie perlu memperbanyakkan doa. Memohon kepada Allah agar dibukakan pintu hati para mad’u, melembutkan hati-hati yang mendengar ajakan mulia ini. Allah yang menguasai hati dan fikiran mereka, maka selayaknya kita sandarkan segala usaha kita kepadaNya.

Wallahu’alam

Bacaan tambahan :
1. Agar Pesan Sampai ke Hati [read]
2. Bagaimana Menyentuh Hati [download]

Sep 2, 2009

'Saudara Baru Saudara Kita'

Nikmat puasa, cahaya hidayah bagi saudara baru

Walaupun baru memeluk agama Islam 26 hari lalu, dia mampu berpuasa penuh sejak Ramadan bermula. Ini merupakan pertama kali, tidak perit atau pedih malah baginya pengalaman menjalani ibadah itu cukup menyeronokkan!

Dia, Azman Yap Abdullah, 32 sentiasa tersenyum dan ceria. Tiada raut keletihan atau kerut di wajahnya. Sungguhpun agak malu-malu bercerita pada awalnya, tetapi bersemangat sekali mengungkap pengalaman berpuasa, satu-satu ibadah yang dijalankan tanpa banyak tanya.
Sejak hari pertama sehingga kini, masih berpuasa tanpa tangguh. Tidak sekerat-sekerat atau separuh hari tetapi penuh, sehingga menjelang waktu berbuka.

“Saya tidak merasa susah, sakit ataupun pedih perut. Semuanya baik dan ianya cukup menyeronokkan!”

Menceritakan pengalaman, kata Azman dia bersahur beberapa minit sebelum masuk waktu subuh hanya dengan menjamah beberapa biji kurma, seperti yang disunnah oleh Rasullulah s.a.w.

“Saya buka puasa pun makan kurma juga. Kemudian cari nasi atau makan di KFC. Ada masa saya berbuka dengan cornflakes atau coco crunch,” katanya sambil tersenyum lebar kepada kami.

Itu perasaan yang diluahkan Azman kepada Harakahdaily yang diberi peluang Allah SWT bertemu dengan insan yang mendapat cahaya hidayah 2 Ogos lalu, lalu mengucapkan kalimah syahadah di Hidayah Centre Pusat Komuniti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dekat sini.

Dia mula mengenali agama indah ini sejak 3 bulan lalu, melalui sahabatnya yang juga merupakan saudara baru. Sahabatnya itu, turut menghadiahkan al-Quran terjemahan bahasa melayu untuk dia lebih mengenali dan memahami agama Allah itu.

“Saya baca terjemahan melayu sebab tak berapa pandai bahasa inggeris. Dari situ, saya mula percaya, bahawa agama Islam ini adalah agama yang baik,”jelasnya dengan tenang.

Masih bertatih dan belajar, dia mengakui baru solat hanya sekali sahaja tetapi terus mendapat bimbingan dua orang ustaz daripada JIM dikenali sebagai Johan dan Abdul Rahim.

Azman merupakan seorang guru tuisyen sepenuh masa, sejak sembilan tahun lalu. Dia mengajar Bahasa Melayu, Mandarin dan Sains untuk pelajar sekolah rendah di Jalan Klang Lama. Lelaki berketurunan Cina ini masih bujang dan agak segan untuk ditemubual pada mulanya, tetapi kemudian menjadi teman mesra kepada kami berdua dari Harakahdaily. Katanya dia masih menyembunyikan keIslamannya daripada ibunya untuk sementara waktu kerana tahu akan reaksi negatif yang bakal diterima.

“Lambat laun, saya akan beritahu juga…cuma perlahan-lahanlah. Tak mau mak saya marah…” katanya masih tersenyum dengan sinar cahaya di wajahnya. Ditanya tentang tip kuat semangat untuk berpuasa dan petua untuk orang yang punya ‘banyak alasan’ untuk culas melakukan ibadah itu, Azman menjawab ringkas tetapi tajam.

“Di belakang rumah kami, ada juga orang Islam makan di restoran Cina waktu bulan puasa. Bagi saya, hati mesti baik dan jangan lupa, Tuhan ada tengok kita.”

Setelah berkongsi rasa dengan Azman, kami beralih pula kepada Siti Aisyah Tresa, 38 yang memeluk agama Islam sejak 1993 di Melaka. Sambil matanya mula berkaca, hampir tumpah air mata, Siti menceritakan detik-detik awal mula menyintai dan menaruh minat kepada agama Islam.

“Saya bekerja kilang dan tinggal di asrama di Johor. Ketika itu saya begitu tertarik melihat kawan sebilik yang sentiasa mengerjakan sembahyang. Tiap kali waktu azan, dia akan terus bersiap-siap untuk sembahyang. Saya tengok dia sembahyang, buat hati saya cukup tenang dan saya jadi minat sangat untuk tahu agama kawan saya itu,”kata Siti.

Katanya kerana terlalu minat, adakala bila di kampung, dia akan sembahyang sendiri-sendiri meniru gerak gaya kawannya itu. Namun, setelah masuk agama Islam, cabaran hebat diterima apabila ditentang hebat oleh kaum keluarga yang masih menganut Kristian. Selama hampir enam tahun, dia melalui tekanan dan asakan hebat. Tetapi selama itu jugalah, dia tabahkan hati dan tidak terputus hubungan dengan kaum keluarga malah secara rutin, setiap sebulan sekali akan pulang ke kampungnya di Kg Layang-Layang, Johor.

“Selama enam tahun, biar apa pun keluarga buat dan beri tekanan, saya cekalkan hati balik juga bertemu mereka sebulan sekali…Alhamdulillah, kini mereka sudah boleh menerima saya dan hubungan masih baik seperti sediakala. Syukur kepada tuhan,” katanya cuba menahan sebak

Kini Siti yang mempunyai dua cahaya mata bahagia bersama suami dikasihi, Khaidir Maidin dan merindui sahabatnya Zainab yang rajin solat itu, yang kini sudah terputus hubungan sejak sekian lamanya. Siti memberitahu, pengalaman berpuasa bukanlah sesuatu yang asing dan menjalani seperti biasa sama seperti umat Islam yang lain. Beliau juga menolak tanggapan bahawa saudara baru sepertinya, sering diabaikan kebajikan dan disisihkan daripada masyarakat Islam.

“Saya sentiasa rasa diperlukan. Tak pernah saudara seagama menyisih saya malah merekalah yang banyak membantu tatkala saya menghadapi kesulitan.."

Sebelum mengakhiri perbualan, Siti sempat menyuntik semangat kepada rakan-rakan saudara baru baik yang sudah lama atau yang masih baru memeluk agama Islam agar terus istiqamah bersama agama tercinta ini.

“Walau apa pun berlaku, teruslah bersama agama Islam. Percayalah, setiap kesusahan yang dihadapi, ada jalan penyelesaian yang diberikan oleh Allah…percayalah, saya juga pernah melaluinya…,” tersenyum mengucapkan terima kasih kepada Harakahdaily.

Sebenarnya insan-insan bertuah ini antara 11 orang saudara baru yang kami temui di Hidayah Centre, Pusat Komuniti JIM, petang semalam.

Hidayah Centre adalah sebuah institusi di bawah JIM yang ditubuhkan sejak 2005, berperanan sebagai pusat sokongan kepada saudara baru membawa tema hidayah yang menarik perhatian iaitu “Saudara baru, Saudara Kita”.

Objektif penubuhannya adalah untuk memberi penempatan sementara serta memberi bimbingan dalam bentuk kelas-kelas pengajian dan khidmat nasihat. Semalam, Hidayah Centre mengadakan sidang media Majlis Pelancaran Buka Puasa yang dihadiri saudara-saudara baru yang kelihatan begitu ceria tetapi malu-malu dan tersipu bilamana lensa kamera menyorot wajah bercahaya mereka. Sebelum sidang media dimulakan oleh jurucakap Hidayah Centre, Joannes Lukas yang juga seorang saudara baru, majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada saudara-saudara baru yang hadir.

Ketika ditanya tentang aduan, masalah dan antara kekangan yang dihadapi oleh saudara baru, Joannes menjelaskan ianya terbahagi kepada beberapa perkara antara yang utama ialah ancaman daripada keluarga dan ketiadaan pekerjaan.

“Bila ada ancaman, maka kita berusaha sediakan penempatan dan penginapan sementara kepada mereka. Bagi yang tiada pekerjaan kerana terpaksa berpindah atau disisihkan, kita mempunyai jaringan dengan NGO Islam dan syarikat yang bersedia memberi peluang pekerjaan bagi saudara baru ini,” katanya.

Setakat ini Hidayah Centre telah beroperasi di 14 cawangan di sembilan buah negeri manakala sejumlah 432 saudara baru yang berdaftar dengan pusat ini.

Bagi meneruskan pengoperasian dan untuk memberi bantuan kepada saudara-saudara baru, Hidayah Care akan menganjurkan Program Majlis Berbuka Puasa pada 12 September ini, di Putrajaya. Menurut Pengarah Program Nasiruddin Tahir majlis itu bertujuan bagi mengutip dana melalui tajaan meja makan ataupun sumbangan syarikat, kumpulan atau individu yang berasa terpanggil untuk membantu saudara baru.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Joannes Lukas atau Rosmawati Zainal di 03-41053159 atau 03-41089669.

Moga sudi membantu dan meringankan beban saudara baru yang juga saudara kita~



[klik pada imej]