Aug 31, 2009

Bahtera Hamba

Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...

Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...

Kalau tiba ke pantai putih
Hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu

Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....

Kini danau nurani bersih
Berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
Telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....




[Hayati alunannya di sini]

Aug 25, 2009

Adaptasi


Ogos datang lagi. Bererti, kami akan menerima pelajar-pelajar baru. Angkatan 2009. Alhamdulillah, mereka telah selamat tiba di bumi Makassar ini pada 21 Ogos 2009 yang lalu, tahun ini seramai hampir 50 orang. Melihat mereka datang dengan beg dan kotak yang besar lagi berat, terkenang pula saat kami bergelar mahasiswa baru di Universitas Hasanuddin ini. Hari ini (25 Ogos 2009), genap 4 tahun kami di sini. Sedar atau tidak, kami telah bergelar pelajar tahun akhir! (erk..!!)

Menempatkan diri di dunia baru, dengan rutin yang baru, suasana baru, bahasa baru, serba serbinya baru..pasti memerlukan sedikit adjusment. Adaptasi. Dan teori yang aku pegang sejak dulu, semakin cepat proses adaptasi seseorang, maka semakin cepatlah pula dia bergerak menuju ke matlamatnya. Mungkin benar, mungkin juga salah. Semuanya bergantung pada diri masing-masing.

Aku sering berpesan kepada adik-adik mahasiswa baru, bahawa mereka perlu segera beradaptasi dengan suasana baru ini. Meskipun Makassar tidak terlalu jauh bezanya dengan Malaysia, namun tetap ia memerlukan mengubahsuaian. Ada beberapa fasa dalam proses adaptasi ini.

Fasa satu

Dalam menghadapi satu suasana atau tempat baru, apakah itu tempat belajar yang baru, tempat tinggal, kerja baru, keluarga baru dan sebagainya, kita akan mengalami fasa pertama ini. Pada fasa ini, akan ada satu lonjakan ‘excitement’ dalam diri kita. Kita akan bersemangat untuk menghadapinya. Kita mula merancang untuk berbuat itu dan ini.

Contohnya, seorang mahasiswa yang akan melanjutkan pelajarannya di Makassar, di bidang perubatan. Excited tak? Mesti lah.. Aku nak blaja betul-betul, nak score. Nak bawak Atlas Anatomy Netter, Physiology Guyton, itu dan ini. Rasanya tak nak balik kot. Duduk je kat Makassar. Time cuti boleh ikut extra class. (dan macam-macam lagi..)

Fasa ini normal, dan setiap dari kita melaluinya. Betul x?

Fasa kedua

OK. Dengan excitement tadi, kita pun mulai menempuh kehidupan baru. Hari-hari pertama kuliah, kita bangun awal pagi, datang awal dan duduk depan di dewan kuliah. Khusyuk dengar doktor menjelaskan. Tapi... tak faham la pulak ape yang doktor ni cakap. Laju sangat. Dia buat lawak ape ntah. Semua orang ketawa. Kitorang bdak Malaysia terpinga2.. Kat kuliah pulak, students local bising gile. Menjerit2 dalam kelas. Macam suasana skolah rendah. Sakit kepala. Lepas tu, assistant mula bagi keje berlambak-lambak. Dah la kene taip pakai typewriter manual! Koman btul laa. Akibatnya, tak tidur malam semata-mata nak siapkan keje. Tangan pun bengkak menaip...

Setelah merasai ‘wajah sebenar’ dari dunia baru yang kita hadapi ni, kita memasuki fasa kedua iaitu fasa ‘kejatuhan semangat’. Ternyata ia tidak seindah khabar, tidak semudah yang disangka. Pada fasa ini, kita cenderung untuk jatuh ke titik yang paling bawah. Down. Tak semangat lagi untuk buat apa pun! Rasa menyesal, putus asa. Semuanya ada.


Fasa ketiga

Seterusnya, dengan sedikit kekuatan dan keazaman yang masih tersisa, kita cuba untuk dapatkan kembali semangat dan kekuatan. Cuba menjadikan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Atau pada sebahagian dari kita, lalui saja apa adanya. Secara grafik, motivasi dan semangat kita pada fasa ini akan turun naik. Tidak stabil Tidak setinggi fasa satu, dan tidak pula serendah fasa dua. Apa yang perlu kita lakukan adalah, supaya maintain graf ni supaya tidak terlalu merudum-dan itu ertinya kita QUIT. Jangan dulu!


Fasa keempat

Fasa terakhir, setelah melalui ketiga fasa di atas. Akan sampai satu waktu, kita memasuki fasa ini di mana hidup, emosi dan semangat kita relatif stabil. Pada fasa ini, kita sudah tau rentak yang perlu dimainkan. Kita dah ada momentum kerja yang diperlukan. Kita dah tau, di mana kekuatan kita dan di mana kelemahan yang perlu dielakkan.


Inilah secara ringkas, proses adaptasi yang pasti dilalui oleh setiap orang. Hatta menulis di blog pun, aku akui aku melalui fasa-fasa ini. Namun yang membezakan kita adalah cepat atau lambatnya kita melepasi keempat fasa ini. Setelah itu, kita akan mampu memberi fokus terhadap matlamat kita di depan (asalkan kita jelas betul dengan apa yang ingin kita capai nantinya!). Inilah yang aku katakan di atas - semakin cepat proses adaptasi seseorang, maka semakin cepatlah pula dia bergerak menuju ke matlamatnya.

Cepat atau tidaknya fasa adaptasi ini pula, bergantung kepada diri anda. Kematangan dalam menghadapi permasalahan, pemikiran yang positif, motivasi yang tinggi, dan yang paling penting adanya kebergantungan terhadap Allah serta redha terhadap kehendakNya.

Wallahu’alam

P/s : kepada adik-adikku angkatan 2009, selamat beradaptasi!


[Dah kene bersiap2 ke hospital ni. On duty!]

Aug 21, 2009

.:TingTong:.


.:TingTong:.
Setiap detik terus berlalu
Pejam celik jantung terus berpalu
Darah mengalir laju
Tak berhenti, terus melaju

Usia merangkak, berjalan dan berlari
Sedang dua kaki ini tetap berdiri
Sungguh, usia ini cukup sukar dimengerti
Teka teki di sana sini
Apa kan terjadi nanti
Yang jelas, siap-siaplah menghadapi

Perjalanan masih panjang
Syukurlah, hari ini masih petang
Manfaatkanlah, kesempatan tidak akan berulang
Kejarlah, yang pipih tidak datang melayang
Belajarlah, agar usia ini membuatmu semakin matang

RedhaNya yang ku kejar
SyurgaMu yang ku damba
AmpunanMu yang ku harap

Semoga aku tetap berdiri
Walau jatuh berdiri lagi!

Terima kasih buat semua atas ingatan dan doanya

JwiSa~

*baca juga INI dan INI*

Aug 19, 2009

Panduan umum sepanjang Ramadhan


Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa

1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya.


2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika termuntah, tidak batal puasanya.


3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari.


4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) sama ada dengan tangannya, atau isterinya, atau orang lain, atau memeluk isterinya dengan syahwat. Jika keluar mani hanya kerana terpandang atau terfikir sesuatu yang mengghairahkan, maka hukumnya sama dengan mimpi basah di siang hari, i.e. tidak batal puasanya dan tidak wajib qadak. Begitu juga dengan keluar air mazi, tidak batal puasanya.


5) Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yang terbuka. Tidak batal memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yg tertutup seperti mata (memakai celak atau menitik ubat pada mata) dan sebagainya. Tidak batal juga memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka jika tidak sampai ke dalam perut, seperti mengorek hidung atau mengorek telinga atau menitik ubat telinga.


6) Berniat untuk berbuka puasa, walaupun tidak makan apa-apa.


7) Makan, minum atau berjimak kerana menyangka bahawa telah terbenam matahari (masuk waktu Maghrib), tetapi sebenarnya belum. Atau belum terbit matahari (masuk waktu Subuh), tetapi sebenarnya sudah. Ini adalah pandangan jumhur.


8) Berjimak dengan sengaja.


9) Murtad.


10) Gila, walaupun sebentar.


11) Makan atau minum ketika azan subuh dilaungkan. Ramai menyangka masih boleh makan dan minum ketika azan dilaungkan sehinggalah tamat azan. Ini adalah pandangan yang salah, kerana muazzin tidak disyariatkan untuk azan sehinggalah terbit fajar. Sesiapa yang meneruskan makan atau minum selepas muazzin mula melaungkan azan, maka batal puasanya dan wajib qadak.


Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa


1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.


2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.


3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.


4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)


5) Berbekam.


6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika dilakukan secara berlebih-lebihan.


7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana makanan tersebut tidak sampai ke halkum.


8) Menghidu bau-bauan.


9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak. Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.


10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).


11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal puasanya.


12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif jiddan).


13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) . Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.


14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination) .


15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.


16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).


17) Pendermaan darah atau menerima darah.


18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).


19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.


20) Ambil darah untuk ujian makmal.


21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)


22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.


23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.


24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.


25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).


26) Ubat asthma (inhaler).


27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).


28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.


29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis


30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.



Rujukan:
Fiqh As-Sunnah, Sayyid Sabiq
At-Taqriirat As-Sadiidah Fi Al-Masaili Al-Mufidah
Ibadah Pesakit Terbitan PERUBATAN Mesir



Sumber : via e-mail, Sdr. Mohd Effy Saiful Mohd Fathil, http://effysaiful.blogspot.com/

Aug 14, 2009

Ambang Ramadhan

Salam Jumaat. Semoga hari ini lebih baik dari semalam~
Wa'alaikumsalam. InsyaAllah, kita di ambang Ramadhan.


Menghitung hari. Bulan mulia, Ramadhan hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Ya, kita kini di ambang Ramadhan.

Alhamdulillah, disela-sela kesibukan aku sempat menjadi tamu Allah di Masjid Siti Saerah semalam. Menghadiri Jalasah Ruhy anjuran penduduk setempat. Program bulanan ini semahu-mahunya aku hadiri. Setidaknya ia menyuci hati-hati yang sudah terlalu banyak terdedah dengan dosa dan maksiat ini.

Kali ini ustaz menyampaikan tentang Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyah Rabbaniah. Ia umpama ‘short course’ yang akan mendidik kita menjadi insan yang lebih bertaqwa, dan hasilnya nanti akan menjadikan kita mampu kekal dalam ketaqwaan ini biarpun setelah berada di luar Ramadhan. Hasil ini akan tercapai, dengan syarat : proses tarbiyah Ramadhan ini dilalui dengan tatatertib yang sempurna.

Beberapa silibus dalam madrasah Ramadhan ini, antaranya :

- Melatih diri untuk bersabar. Dalam konteks ini, bersabar dari melakukan hal-hal yang dilarang dan juga bersabar dalam melaksanakan hal-hal yang disyariatkan. Sehingga nantinya, kita sudah terbiasa dan terlatih untuk meninggalkan apa yang dilarang dan melakukan apa yang disyariatkan.
- Amanah dalam muraqabah. Sentiasa merasa diperhatikan walaupun hakikatnya kita tidak dilihat oleh manusia. Puasa adalah ibadah yang paling sesuai untuk melatih sifat muraqabatullah ini.
- Penguatan iradah (kehendak) dan azam.
- Hidup teratur dan disiplin. Ada waktu-waktu tertentu untuk makan, dan ada waktu tertentu yang tidak diperbolehkan makan. Juga ibadah-ibadah yang lainnya.
- Didikan merasai penderitaan orang lain.

Untuk melalui ‘short course’ ini dengan jayanya-mencapai matlamatnya dengan optimum, pasti memerlukan persiapan yang baik. Beberapa persediaan yang diperlukan :
1. Persediaan ilmu.

Berbuat sesuatu tanpa ilmu tentangnya ibarat seekor burung kakak tua yang hanya bercakap tanpa memahami maknanya. Maka, kita perlu persiapkan diri dengan ilmu. Dasar tentang puasa serta pelaksanaannya. Rukun puasa. Syarat-syaratnya. Apa yang membatalkannya, dan apa pula yang disunnahkan. Bagaimana menentukan waktu imsak dan waktu berbuka. Apa sahaja yang membatalkan puasa dan sebagainya. Jangan kita asal puasa, tanpa kita mengetahui tentangnya. Selain itu, kita juga perlu tahu fadhilat dan manfaat dari ibadah ini agar dengan mengetahuinya, kita benar-benar merasakan keagungan ibadah ini.

“Jika manusia tau akan fadhilat dan kelebihan Ramadhan, pasti mereka maukan semua bulan adalah bulan Ramadhan..”

2. Persediaan ruhiyah

Persediaan yang dimaksudkan ini adalah persediaan pada aspek keikhlasan. Sebelum menempuh ibadah puasa, perlu kita ‘pujuk’ hati agar mengikhlaskan diri benar-benar kerana Allah. Ikhlas adalah apabila kita melakukan sesuatu hanya demi redha Allah.

“Aku tidak peduli dengan itu semua, asal Engkau tidak murka padaku..!”

Ucap Rasulullah ketika dilempari batu dan najis oleh kaumnya. Subnanallah, baginda begitu ikhlas dalam menyampaikan dakwahnya.

Sebelum memasuki Ramadhan, setlah beberapa target agar bulan mulia ini betul-betul dimanfaatkan.

Adakah solat kita akan tetap terjaga setelah keluar dari Ramadhan?
Adakah tadarus kita akan tetap terjaga setelah keluar dari Ramadhan?
Adakah Qiam kita akan tetap terjaga setelah keluar dari Ramadhan?
Adakah akhlaq kita akan tetap terjaga setelah keluar dari Ramadhan?
Adakah sedeqah kita akan tetap terjaga setelah keluar dari Ramadhan?
Adakah hati kita akan tetap terjaga setelah keluar dari Ramadhan?

Tepuk dada, tanya iman. Semuanya adalah pilihan.


3. Persediaan fizikal

“Awal-awal puasa ni penat sikit lah. Nanti dah tengah-tengah bulan ok la..dah biasa..”

Selalu dengar dialog ni? Dialog orang-orang yang tidak melakukan persediaan fizikal sebelum menghadapi Ramadhan.

Puasa di bulan Ramadhan juga memerlukan stamina. Maka latihan penguatan stamina diperlukan. Sebab itulah Allah menyuruh kita memperbanyakkan puasa di bulan Sya’ban, supaya kita sudah terbiasa dan tubuh tidak terkejut. Ini sebagai latihan, pre-Ramadhan.


Wallahu’alam

Are you ready?


Aug 12, 2009

oh JW Marriott..!

“Siapa yang bilang kalau itu Noordin? Pihak polisi tidak pernah satu kali pun bilang kalau yang ditembak mati itu adalah Noordin” Kadiv Humas Polri Irjen Pol, Nanan Soekarna kembali bertanya kepada para wartawan.
Ketawa berderai. Memang pun. Media yang membuat spekulasi dan andaian bahawa yang berada di rumah itu adalah Noordin M Top. Sedangkan pihak polis Indonesia tidak pernah sekalipun mengeluarkan kenyataan tersebut. Mereka masih menggunakan perkataan ‘diduga’.

Sedang rakyat Malaysia sibuk sana sini dengan H1N1, lain pula ceritanya dengan negara jiran yang satu ni. ‘Perang Pengganas’ masih saja berlaku, belum selesai rentetan terlepasnya Noordin M Top dari pihak polis. Siaran TV di sini tak habis-habis menyiarkan tentang isu ini. Apa yang terjadi?

Peristiwa ledakan di Hotel JW Marriott, Jakarta 18 Julai 2009 yang lalu kembali menarik perhatian. Peristiwa pengeboman tersebut bukanlah kali pertama di Indonesia, malah ia dikatakan merupakan rentetan dari serangan teroris di negara Garuda ini. Setelah hampir sebulan, pihak polis berjaya menangkap dan menumpaskan beberapa orang yang dipercayai terlibat dalam gerakan teroris ini. Hari ini, pihak polis telah mengadakan press conference secara rasmi bagi mengumumkan hasil penyiasatan mereka.

Itulah rancangan eksklusif yang kami tonton di kamar koas Interna, Rumah Sakit Labuang Baji pagi tadi. Memang betul-betul eksklusif. Nanan Soekarna dengan lantang dan tegas bercerita tentang kronologi perancangan yang dilakukan oleh Ibrahim sebagai perancang serangan tersebut. Setiap satu disampaikan dengan teliti, bermula dari kedatangan Ibrahim bersama Dani untuk survey lokasi, proses membawa masuk bom ke kamar 1808, dan bagaimana Ibrahim telah berjaya mengelirukan pihak sekuriti hotel tersebut. Penjelasan beliau diikuti oleh beberapa tayangan rakaman CCTV yang menunjukkan peristiwa tersebut. Memang mantap.

Menurut pihak polis, Ibrahim merupakan ahli Jamaah Islamiyah berdaftar tahun 2000 dan merupakan individu yang bertanggungjawab merancang pengeboman hotel 5 bintang tersebut. Beliau pernah bekerja di hotel ini sebagai tukang kebun selama beberapa tahun, sehingga sebelum peristiwa bom 18 Julai 2009 yang lalu. Setelah itu, Ibrahim menghilang entah ke mana. Sehinggalah pada 8 Ogos 2009, beliau berjaya dikepung dan ditembak mati di Temanggung. Sempat dia mengelirukan polis dengan menjerit, “Aku Noordin! Kalian tidak bisa menembak aku..!” (lebih kurang macam tu lah bunyinye kot~)

Siapa pulak Noordin M Top ni?

“Dok..itu saudara ta’ itu...” gurau perawat-perawat di Rumah Sakit Labuang Baji.

Katanya Noordin Mohammed Top ni orang Malaysia. Lahir di Johor dan dikatakan sebagai orang kuat dalam gerakan teroris di Indonesia. Wallahu’alam~

Sempat aku berbisik pada teman senegara : Hebatlah polis diorang ni keje. Siap buat press conference untuk clarify mende ni. Bila la polis kite dpt buat mcm ni? Kes penculikan budak-budak pun dah brape terlepas dan senyap cmtu je. Politik memanjang~ :P

Aug 11, 2009

virus nakal:.

virus-virus nakal!


Wabak H1N1 semakin menjadi-jadi. Jumlah ‘mangsa’nya semakin menjadi-jadi. Mangsa yang sakit, dan mangsa yang tidak sakit : mereka yang semakin khuatir dengan jangkitan virus ini (mangsa la jugak tu kan?)

Melihat perkara ni, aku rasa nak menulis sekaligus berkongsi sedikit pengetahuan tentang jangkitan virus ni. Tapi disebabkan kesibukan harus membuat itu dan ini, aku fikir..nanti-nantilah aku tulis. Tapi, semakin banyak pula email dan sms yang aku terima bercerita tentang H1N1 yang semakin menakutkan ini. Yang batuk dan flu sikit, dah mula risau akan serangan virus ini. Mangsa yang tidak sakit ini semakin menjadi-jadi, malah menjadi ‘sakit’ juga.
Ok. Mari kita bercerita tentang virus penjahat ni.

H1N1 adalah salah satu subtype dari Influenza Virus, virus yang paling sering menyebabkan flu pada manusia. Kalau kita flu, selesama & batuk sikit..biasanya penyebabnya adalah Influenza. Ada beberapa strain H1N1, salah satunya memang biasa menyerang manusia dan menyebabkan flu ni. Ada pulak strain H1N1 yang lain, banyak dijumpai pada binatang bernama khinzir. Flu yang timbul disebut sebagai Swine influenza. Dan strain yang lainnya banyak dijumpai pada burung, timbul sebagai Avian Influenza.
Pada dasarnya, serangan virus (virus secara umumnya) bersifat self-limiting disease. Maksudnya, segala gejala yang disebabkan oleh virus boleh sembuh sendiri tanpa menerima pengubatan apa pun. Ini apa yang aku belajar lah~ Tapi, memang wujud beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit yang serius dan mematikan, contohnya Human-Immunodeficiency Virus (HIV). Virus ni bijak. Mereka sentiasa berubah-ubah bentuk sehingga sistem pertahanan tubuh kita selalu tak mampu mengenali mereka sebagai penjahat di dalam tubuh. Itu sebabnya, kita biasa dapat selesema beberapa kali. Banyak kali. Lain dengan penyakit lain yang biasanya kalau sekali dah kena, tak akan kena dah!

Jadi, sama lah dengan virus H1N1 ni. Serangannya bersifat self-limiting disease. Boleh sembuh tanpa pengubatan pun. Yang memberatkan adalah kalau keadaan tubuh kita tidak ‘fit’ untuk melawan virus ini. Ini biasanya terjadi pada orang-orang dengan penyakit immunodeficiency (lemah sistem pertahanan tubuhnya) seperti pada penderita HIV AIDS, Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan kanak-kanak (sistem pertahanan tubuh diorang masih kurang matang)

"Saat ini, 95% penderita virus A-H1N1 dapat sembuh tanpa rawat inap (dirawat di hospital). Bahkan, sebagian lagi sembuh tanpa mendapat ubat apa pun,"- Prof. Tjandra.

Masyarakat tak perlu terlalu risau akan flu ni. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menjaga kesihatan dan sistem imun tubuh agar sentiasa baik. Caranya dengan menjaga kebersihan diri & persekitaran, makan makanan yang berkhasiat, jalani hidup yang seimbang-bersenam juga perlu. Biasakan diri mencuci tangan, sebab penularan virus boleh juga melalui tangan yang dah pegang itu ini. Kalau perlu pakai masker di tempat-tempat yang banyak kuman seperti hospital. Elakkan menyentuh mukosa seperti mata, mulut atau hidung ketika berkomunikasi/berhubung dengan orang lain. Nak makan extra supplement? Silakan. Vitamin atau mikronutrien yang lainnya. Kalau sakit, cepat berikhtiar. Apakah itu makan ubat, jumpa doktor dan sebagainya.

Ok? Smoga penjelasan ni dapat mengurangkan kerisauan korang semua. Bukan tak perlu risau, cuma tak perlu telalu risau. Allah dah jadikan sistem pertahanan yang mantap dalam tubuh kita. Cuma, kita pun kene lah pandai-pandai jaga sistem pertahanan ni. Macam askar-askar, tetap perlu menjalani latihan untuk meningkatkan stamina dan kualiti perkhidmatan :)

* Kalau ade yang salah, harap diperbetul. Saya budak baru belajar ;)

Aug 2, 2009

Musafir Kelana

Musafir Kelana by Rabbani
Berjalan bermusafirlah
Melihat keagungan Allah
Meninjau menitilah
Rahsia ciptaan Allah
Ziarahilah makam kekasih Allah
Kenangilah Rasulullah
Bangunkan jiwa jihad Islami
Semangat syuhada ilahi
Marilah bermusafir
Laksanakan tuntutan jiwa
Bermusafir berkelana
Luaskan pandangan saujana
Bermusafir berkelana
Kenal Tuhan Maha Pencipta
Berbekal keimanan
Penyuluh disempanjang jalan
Mengharap keredaan
Doa menjadi kelaziman
Penat lelah mainan safar
Tempuhi ranjau banyak bersabar
Letih lesu tidak menentu
Syurga menjadi idaman kalbu



Kubu Qaitbay, Alexanderia
Lembu Samiri
[Thaha : 85-98 dan al-A'raf : 148-154]

Masjid Fatah, Zagazig


Pantai 'Ajiba



Tasik Garam

Toba : Sempadan 3 negara (Mesir, Palestin, Jordan)


Tanjung Bayang, Makassar
Air Terjun Bantimurung, Kabupaten Maros

Pelabuhan Tanjung Bira, Bulukumba


Tanjung Bira, Bulukumba



Resepsi pernikahan budaya Bugis-Makassar


Suasana malam di Jakarta Barat


Senayan City, Jakarta


Grasmere, UK




Tower Bridge




"Maka tidakkah mereka memperhatikan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami membangunnya dan menghiasinya, dan tidak terdapat retak-retak sedikitpun? Dan bumi yang Kami hamparkan dan Kami pancangkan di atasnya gunung-gunung yang kukuh, dan Kami tumbuhkan di atasnya tanam-tanaman yang indah, untuk menjadi pengajaran dan peringatan bagi setiap hamba yang kembali (tunduk kepada Allah). Dan dari langit Kami turunkan air yang memberi berkah, lalu Kami tumbuhkan dengan (air) itu pepohon yang rindang dan biji-bijian yang dapat di panen, dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun, (sebagai) rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan (air) itu negeri yang mati (tandus). Seperti itulah terjadinya kebangkitan (dari kubur)"
[50:6-11]