May 27, 2009
maafkan aku, teman
May 26, 2009
Al-fatihah..
Pagi tadi, dalam kesibukan untuk menyiapkan diri untuk peperiksaan oral pharma hari ini, tiba-tiba ada sms dari mak.. Kusangkakan mungkin mak bercakap perihal peperiksaan yang bakal kuhadapi hari ini.. tapi sangkaanku meleset jauh sekali..
"Salam..mlmh Sabariah dah meninggalkan kita... tolong sebarkan kpd suma kawan kita yang lain.. n doakan mlmh bersama golongan orang2 yang beriman.. amin"
Sebak juga aku menerima khabar itu. Walaupun arwah bukanlah di kalangan keluarga ku, tapi arwah adalah guru aku semasa di Sekolah Rendah Al-Islah. Aku masih ingat lagi, arwah mengajar subjek matematik, ketika aku di tahun 4. Arwah seorang yang sangat baik, mengajar aku erti kehidupan, mendidik aku menjadi aku yang sekarang.
Seingat aku, dalam bulan Januari 2008, aku dikhabarkan, arwah telah disahkan menghidap kanser usus. Lebih setahun beliau menderita. Aku agak terkilan sebab tak sempat berjumpa beliau ketika dia sakit, walaupun aku ada pulang ke Malaysia Disember lalu..
Tadi, seusai peperiksaan, sempat aku berbual dengan mak lewat ym. Arwah telah selamat dikebumikan di kampung ibu beliau (Kg Jambatan Merdeka) selepas solat Zohor (Malaysia). Arwah meninggalkan suaminya (yang juga kurang sihat) bersama 2 orang anak perempuan. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan para mujahidah dan orang-orang soleh. Al-Fatihah..
May 21, 2009
berakhirlah!
Akhirnya aku lolos dari rutinitas 9 minggu di Bagian Ilmu Kesehatan Anak. Terlalu banyak peristiwa. Banyak cerita. Banyak kenangan di sana. Dan tentunya banyak ilmu dan pengajaran yang terselit.
Di sana aku mengenal anak-anak yang sakit. Cuba memahami. Berempati, bukan bersimpati. Mereka adalah golongan-golongan yang Allah tarik sedikit nikmat kesihatan, yang Allah uji dengan kesakitan. Ada yang hanya sakit-sakit ringan, malah ada yang datang dengan kondisi yang cukup menyedihkan. Ada yang sakit memang kerana sakitnya, ada juga yang datang membawa akibat dari kesalahan dan kesilapan sendiri, malah kelalaian dari orang tua.
Di sana aku belajar mengatur stratergi. Aku punya 9 minggu untuk aku selesaikan semua tanggungjawab dan kewajipanku, dan akhirnya akan diuji pengetahuan dan kompetensiku di Ujian Keluar 1. Peperangan ini tidak mudah. Dalam perjalanan menuju ke pintu keluarnya, banyak halangan dan cabaran yang menatang. Hampir membuatkan aku tewas dan rebah, tapi Alhamdulillah...aku masih mampu berdiri.
PERJALANAN BERMULA..
Sebuah perjalanan yang mencabar bermula ketika aku menginjak ke minggu ke 4. Kami dihantar bertugas di rumah sakit lain, di luar dari ‘lubuk’ kami. Aku bertugas di Rumah Sakit Labuang Baji, kira-kira 30 minit dari kampus. Kami berempat. Jumlah yang sedikit jika dibandingkan dengan belasan orang pada kebiasaannya. Paling tidak sepuluh orang. Mau bagaimana lagi~Kami terima apa adanya.
Pesakit tidak sedikit. Ragamnya apa lagi. Bangsal (wad) dengan kapasiti 50++ orang, disarati dengan anak-anak sakit. Di perawatan kelas, sekitar 10++ orang. Di ruang bayi, ada lagi sekitar 10++. Dan bersiap sedia menerima kelahiran bayi baru. Semuanya di bawah pemantauan kami. Setiap pagi, kami perlu periksa tekanan darah, nadi, pernafasan dan suhu. Menerima keluhan-keluhan mereka. Sakit perut. Demam yang tak turun-turun. Anak yang tak mau makan. Adik yang tak boleh tidur... Berat badan bayi-bayi di kamar bayi. Takaran susu yang diperlukan mereka. Berapa kali kencing berak mereka...
Akibatnya, tidurku tersita. Waktu makanku entah bila. Tenaga benar-benar terkuras. Pekerjaan melebihi waktu yang ada! Sungguh, benar-benar teruji. Aku harus bekerja dengan cepat dan cekap. Waktu perlu dioptimalkan sebaiknya. Tapi aku puas. Puas kerana dapat melakukan sendiri. Melihat sendiri. Mengaplikasi ilmu yang ada, dan sempat berdiskusi dengan doktor dan teman-teman. Kepenatan itu sebagai bayaran kepada ilmu dan pengalaman yang aku peroleh.
“Dok, anakku sakit perut...sakit sekali dok..”
Aku segera ke kamar belakang. Si anak sedang meringkuk di atas katil, memegang perut yang tidak sihat.
“Sejak kapan ini bu?”
“Tadi..sudah dari *WC..”
“Oh, ibu bawa dia ke WC? Knapa tidak *pipis di sini aja...ini anak tidak bisa banyak bergerak. Sekarang sudah sakit perutnya..”
Aku memeriksa tekanan darahnya. Rendah. Malah sudah renjatan. Tangan dan kakinya mulai dingin. Hmm..aku pun mulalah *takikardi. Cemas. Maklum, ini antara kasus-kasus pertamaku.
Segera aku recall apa yang telah aku ketahui. Teori tak semudah di lapangan. Begitulah. Tahu belum tentu mampu. Aku tahu perhitungan cairan untuk renjatan akibat Demam Berdarah Dengue (DBD). Tapi masalah di depanku ini bukan DBD, tapi demam Tifoid!
“Sama ke ni... tifoid boleh renjatan jugak ye?” Aku berteka teki sendiri. Ah, itu nanti aku cari. Sekarang aku harus bertindak segera. Kesian adik ni. Nak tunggu doktor jaga datang, entah bila.
Setelah lebih satu jam, baru doktor jaga datang.
“Kamu bikin apa tadi?” Doktornya bertanya.
“Er, saya atur tetesannya dok..20cc per berat badan. Sudah sejam, saya ukur lagi tensinya sudah baik. Jadi saya kurangkan jadi 10cc...” Menjawab dengan tidak yakin. Entah betul atau salah.
“Ok, maaf dek saya terlambat. Ada urusanku tadi..”
Phew...lega aku.... :)
TERIMA KELAHIRAN PERTAMA
Satu pengalaman menarik, pengalaman pertama menerima bayi.
“Manah, ada panggilan *SC di OK Sito...”
“Aa? SC? Aduh, gimana itu? Saya harus bikin apa?”
Aku belum pun pernah menerima bayi dengan kelahiran normal...tiba-tiba kena terima bayi yang di seksio. Masuk kamar operasi. Waduh~~
Adrenaline merembes. Cemas. Takikardi. Berkeringat dingin. Semua ada lah. Aku masuk kamar operasi tanpa mengetahui apa yang harus aku buat. Baby tu keluar aku yang amik ke nanti? Aku yang lap-lap dia? Yang balut dia? Suction? Semua dah ade ke?
“Dek..kamu yang mau terima bayi?”
“Err...iya dok” Aku mengangguk tidak yakin.
“Kamu yang mau terima?!?” Doktor meninggikan suaranya.
“Eh..tidak-tidak dok..” Eee..ape la yang aku cakap ni. Katun sungguh..
“Panggil doktormu dek. Bidannya juga...bla..bla..bla..” Bebel doktor Obgyn di depan aku ni.
Setelah keluar bayi dari perut ibunya, alhamdulillah anaknya menangis. Gerakan aktif. Mahasiswa Kebidanan membalut kemas si bayi dengan kain batik dan bawa ke kamar bayi. Aku ikut. Excited! Terus sms mak..
“Mak..manah terima bayi! Beshnyee...” hilang segala kecemasan :)
Di kamar bayi aku menimbang bayi, ukur panjangnya, lingkar kepala, panjang tangan, panjang kaki, dan lain-lain.
TERSERLAH SEGALANYA
“Kalau kat anak ni...baru la kite nampak perangai orang tu yang sebenar...”
Seorang senior pernah menyatakan ini kepadaku. Dan setelah melaluinya, baru aku memahami. Dan aku bersetuju dengannya. Di perjalanan panjang selama 9 minggu di sini, tekanannya bukan sedikit. Dalam kondisi yang tertekan inilah, manusia yang berpura-pura tidak mampu lagi melindungi sifat sebenarnya. Akan terserlah segala sifat-sifat buruknya. Banyak di antara mereka mementingkan diri sendiri. Kalasi – curi tulang. Bijak mengambil kesempatan terhadap orang lain. Dan macam-macam lagi. Di sinilah pentingnya sahabat/teman yang boleh kita andalkan. Yang boleh sama-sama membantu, bukan saling menjatuhkan. Dan sekali lagi Alhamdulillah, aku memiliki mereka. Mereka amat memahami & mendukung. Terima kasih sahabat-sahabatku. Aku sayang kalian :)
PESAN DAN KESAN
Melewati bahagian ini menjadikan aku...
~ Lebih menghargai mak dan abah. Bukan selama ni tak menghargai, tapi lebih terasa betapa besarnya pengorbanan yang telah mereka lakukan. Melahirkan aku, itu bukan suatu yang mudah. Membesarkan aku, menjaga makan minumku, sakit sihatku. Apalagi menjadikan aku seperti Maimanah sekarang ini :) Thanks a lot! Love you very much!
~ Lebih bersedia menerima cahaya mata. Ehe. Betul la.. Lebih memahami si bayi, keperluannya, apa yang baik apa yang tidak. Bak kata seorang sahabat, di anak ni dapat latihan menjadi ibu yang baik! ASIH, ASUH, ASAH ;B
~ Lebih kuat, insyaAllah. Terlalu banyak tekanan menjadikan aku lebih kuat. Apalagi bila menghadapi peristiwa-peristiwa yang tak pernah aku alami sebelum ni. Mak berpesan.. “Itulah cabaran alam kerja. SABAR dan THABAT..” “InsyaAllah u can. This will make u stronger”. Yeah, KAMI KENTAL!
~ Bertambah ilmu. Dan semoga ilmu-ilmu ini mendekatkan aku padaNya
~ Dan banyaakk lagi..... :)
Baby kembar. Kat sini banyak jugak baby kembar. Tapi banyak jugak yang tak dapat di selamatkan. Pernah aku terima baby kembar, 400gr dan 800gr. Kecil sangat. Dan lahir premature...akhirya dua-dua tak dapat selamat. Innalillah..
This is my favourite patient. Hampir sebulan kat hospital. Kurus sangat, lemah je..tapi mulut dia petah! "Nak susu sapi..." :)
Sepanjang dok kat hospital, ayah dia cukup sabar menemani dan melayani si anak bongsu ni. Isterinya dah meninggal. Pakcik tu nampak susah hati, tapi tetap bersabar. Melihat si ayah membuatkan hati luluh. Pengorbanan seorang ayah. Alhamdulillah aku ada ayah yang baik. Dan aku mau ayah yang baik juge untuk anak-anakku nanti...Mestilah!
Anak kecil datang dengan muntah-muntah. Dia dah dehidrasi berat, tapi doktor tak dapat pasang infus sebab vena dah kolaps (kempis). Akhirnya jarum besar tertancap kat tulang lutut dia untuk masukkan cairan. Namanye intra osseous - dalam tulang. So kitorang kene pegang kaki adik tu spy cairan lancar masuk. Dari pukul 12 mlm sampai laa keesokan paginya. Dah la adik ni asyik nangis je, rengek-rengek, gerak-gerak... Of course la..sakit tau~~ Tu Fuza dah nak tertido dah tu pegang kaki adik ni...sabaq naa..
ape hal pulak Nusaibah ni..excited dpt pegang si comel kot :)
Cmni la life kitorang. Makan tak tentu waktu. Waktu ni tengah jaga..tapi tak makan lagi. So, ape lagi..call Barokah oder Nasi Goreng Pataya. Share je la... Nak tak? :)
Menceroboh Kedai Strawberry MTOS - Aishah & FuzaMay 15, 2009
May 13, 2009
Sebuah Pertemuan

May 9, 2009
qulilhamdulillah~
Baru sahaja selesai menduduki peperiksaan praktikal Pathology. Killer subject tahun ni…
Beberapa minggu sebelum peperiksaan, berbuih Dr Amal pesan.. “Study well.. “ “Have a good revision”. Sampaikan ada hari-hari yang dikhususkan untuk pelajar Malaysia sahaja untuk mengulangkaji. Egyptian pun kena barrah..!!
“The exam will start on 7 a.m. Please come at 7 a.m. sharp”
Tergamam semua orang. Sebelum ni kelas jam 9 pun mula jam 10. Dr Amal pun pukul 9.30 baru keluar rumah. Mana tak terperanjat semua orang. ‘Ala kulli hal, dah dikatakan pukul 7, pukul 7 jugak lah tercangak kami depan pintu department of Pathology, menunggu ‘amu buka pintu. Dalam hati aku berkata: “Tak pe la, sempat lagi aku belek buku ni.. “
Suasana dalam department sunyi sepi. Mana taknya, belum seorang doktor pun yang dah sampai. Macam mana la nak mula exam pukul 7 ni.. Sementara menunggu doktor sampai, semua sibuk selak buku, ada yang berbincang, ada yang jalan mundar mandir. Tidur pun ada.. hehe.. Macam-macam gaya. Ni baru exam dunia. Macam mana la agaknya keadaan di padang mahsyar nanti sementara menunggu untuk dihisab di hadapan Allah nanti.. Astaghfirullah al-‘azim….
Hampir jam 8.30, Dr Amal pun sampai. Semua mula bising. Kami pun beratur la depan lab,. Ada la dalam 10 ke 15 minit tercangak depan lab tu. Tercangak lagi.. hehe.. Masa menunggu tu sempat la bincang sikit.. pastu bila tak ingat, menggelabah cari buku.. huhu..
And then, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Dah tak sabar-sabar nak pick nombor untuk menentukan kedudukan meja. Dalam hati ni, cuaknya hanya Allah yang tahu. Soalan akan bergantung pada nombor yang dipilih. Berkali-kali aku berdoa dalam hati, biar la dapat soalan yang aku ingat.
No 24. Hah.
Lab 1.
Aku pun masuk la dalam Lab 1 dengan cuaknya. Aku antara orang yang lambat jugak. Kebanyakan tempat dah berpenghuni. Aku tercari-cari di mana la tempat bertuah untuk aku ni. Cari punya cari, rupanya, Nad dah duduk meja no 24. Nad!! Tengok nombor Nad pun 24 jugak. Macam mana ni??
Terus aku jumpa Dr Essam.
“Okay, follow me”
Aku pun ikut membuntuti langkah Dr Essam ke bilik yang paling digeruni oleh semua pelajar Malaysia. Bilik Dr Amal!
Sementara Dr Essam mengambil kertas yang baru untuk aku, sempat lagi Dr Amal wish good luck untuk aku.. hehe..
“Okay, here’s your paper”
My lucky number : 18
Aku pun masuk la balik ke lab 1, tempat aku nun jauh di hujung sana.
First thing that caught my attention is : Bicornuate uterus.. Rasa macam nak melompat pun ada. I was hoping for that jar..
Alhamdulillah.. soalan-soalan yang lain pun agak senang. Slides pun senang-senang belaka. Berkali-kali aku ucapkan syukur. Allah dah tetapkan aku dapat no 18, walaupun jalannya nampak susah, ye la, pagi-pagi hari dah kena keluar rumah, kena tunggu 'amu kena buka pintu, tunggu Dr Amal sampai, dah dapat nombor kena tukar pulak.. tapi Allah tahu, itu yang terbaik untuk aku.
Sama juga la macam hidup ni. Kadang-kadang kita terlupa, bila kita diberikan sesuatu yang kita tidak suka, macam-macam sumpah seranah yang keluar dari mulut kita. Tak kurang juga yang nak menyalahkan orang lain. Lebih teruk, menyalahkan Allah. Na'uzubillah..
Allah s.w.t berfirman :
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
"..dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah : 216)
Jadi, setiap kali kita diasak permasalahan, yang kadang-kadang bisa merobek hati dan iman kita, ingatlah Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kita, Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang beriman.
Buat sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Zagazig, semoga terus thabat untuk meneruskan perjuangan ini, sama-sama kita MUMTAZ tahun ni eh..!!
~ al-khansa’
Next on list:
16.5.2009 – Practical Pharmacology
19.5.2009 – Written Pharmacology Paper 1
23.5.2009 – Written Pharmacology Paper 2
May 4, 2009
Kehilangannya adalah sebuah pengajaran~
“Berak-berak, dok..” jawabnya ringkas. Si Ayah mengusap kepala anak kesayangan yang tidak berambut itu.
“Sejak kapan bu?” Ini soalan lazim yang perlu kami tanyakan kepada setiap pesakit bagi mengetahui lama perjalanan penyakitnya. Ini kemudiannya berpengaruh terhadap penanganan yang perlu diberikan.
“Ada kira-kira satu minggu dok. Tapi berhenti dua hari, datang lagi sakitnya..”
Aku menelan liur yang kelat. Satu minggu? Kenapa begitu panjang waktu yang diperlukan untuk membawa anak ini ke hospital?
Jururawat dan doktor residen datang menghampiriku.
“Kenapa ini dek?” tanya doktor sambil memerhatikan kondisi pesakit.
“Diare, dok..sudah satu minggu” aku sekadar mengulangi apa yang sempat aku dapatkan dari alloanamnesa sebentar tadi. Tanda-tanda vital belum sempat aku ukur.
“Ini sudah dehidrasi berat...cepat pasang infus” arah doktor kepada perawat.
Persiapan dimulakan. Jarum suntik, cairan glucose 5%, tiub infus dan tiang penggantungnya telah tersedia. Tangan dan kaki si anak dipegang. Mencari urat darah yang boleh ditusuk. Anak mula menangis ringan. Rimas mungkin dipegang sebegitu rupa.
Kapas alkohol dioles di tangan kecil itu. Jarum disuntik. Tapi tidak berhasil. Cubaan kedua, tidak berhasil. Cubaan ketiga, di lengan yang satunya..juga tidak berhasil. Di kaki, tak dapat. Malah dicari di kepala, tidak dapat juga! Anak semakin kuat merintih. Sakit ditusuk-tusuk beberapa kali. Namun tiada air mata setitis pun yang keluar. Memang sudah dehidrasi berat, sampai-sampai venanya sudah kempis. Itu menyebabkan para petugas sulit mendapatkan venanya untuk memasang infus.
Doktor berikhtiar. Perlu tindakan segera. Beliau menulis sesuatu di lembar berwarna merah. Anak berusia 6 bulan ini dirujuk ke Bahagian Bedah untuk dilakukan seksio vena. Tindakan memotong sedikit dari vena untuk dimasukkan jarum infus ke dalamnya.
“Kasi netek anaknya bu. Sudah kurang sekali cairannya..” aku sempat berpesan pada si ibu yang kelihatan gusar. Hati ibu mana yang tidak luluh melihat anaknya merintih ditusuk tanpa dapat dia berbuat apa?
Hampir 15 minit, akhirnya utusan dari Bahagian Bedah menampakkan diri. Prinsip triage menyebabkan konsul dari Bahagian Anak diketepikan dahulu sebagai memberi laluan kepada pesakit-pesakit lainnya di Unit Kecemasan. Setelah beberapa usaha dilakukan di beberapa daerah lengan dan kaki, akhirnya infus terpasang dengan abocath yang menyisip di kepala si kecil. Setitis demi setitis cairan glucosa masuk ke sirkulasi darahnya. Anak kembali tenang. Wajah si ibu dan ayah yang tadi gusar, tidak lagi berkocak. Adik Suci Aulia (bukan nama sebenar) ditempatkan di wad belakang.
Dua hari berlalu. Tubuh kecil itu masih tetap begitu. Lemah. Malah mulai panas dan kejang. Sejumlah Stesolid-Diazepam rectal telahpun dimasukkan melalui duburnya. Dahi, ketiak dan pelipat pahanya terselit kain basah yang suam. Tiub oksigen masih terpasang di hidungnya. Si ayah kembali gelisah. Kondisi anak pertama dan tunggal ini nampaknya semakin merisaukan.
“Sabar pak ya. Kita usahakan apa yang termampu. Saya sudah cek jumlah cairannya, obatnya, oksigennya..semuanya insyaAllah berfungsi baik. Jangan putus asa pak ya..”
Tiada lain yang mampu kami lakukan. Segalanya terbatas oleh kuasaNya.
Memandangkan kondisi adik ini bertambah berat, demamnya juga tidak turun, beliau dipindahkan ke ruang tindakan di depan. Lebih dekat untuk kami pantau perkembangannya. Setiap 15 minit, kami memeriksa tanda vitalnya. Denyut jantungnya, suhu dan pernafasan.
Suasana menjadi riuh. Sanak saudara datang memenuhi ruang. Tak kurang juga keluarga pesakit-pesakit yang lain. Semua memerhati dengan pandangan simpati. Sempat aku melihat si ibu. Air mata yang kering masih berbekas di pipi. Setia mendampingi anak kesayangan. Si ayah tertidur di sisi si anak, juga dengan sendu yang masih kedengaran. Kondisi si anak sudah cukup kritikal...
Menjelang malam, anak yang tak terdaya ini kembali kejang. Nafas terhenti. Denyut jantung melemah. Doktor segera mengarahkan agar dilakukan resusitasi. Oksigen diberikan melalui bag-valve-mask. Pijatan jantung dilakukan. Segalanya dilakukan pantas. 1.2.3...1.2.3. Denyut jantung kembali di evaluasi. Mata di suluh untuk melihat refleks pupil. 1.2.3...1.2.3..Periksa denyut jantung dan refleks pupil. 1.2.3...1.2.3... Anak tidak merespon. Statik. Kaku. Suara tangisan mengeras. Usaha diteruskan. 1.2.3...1.2.3... Sekali lagi diperiksa refleks pupil.
“Sudah dek. Sudah meninggal..” akhirnya doktor bersuara. Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.
Bergemalah suara tangisan di situ. Berderai air mata. Mengerumuni jasad mungil yang tidak lagi bernyawa. Telah pergi seorang anak kecil meninggalkan kedua orang tuanya buat selamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya. Aamin.
* * *
Belajarlah sesuatu!
Jangan ambil remeh walaupun kelihatannya begitu. Apalagi pada kanak-kanak. Setiap detik adalah nyawa bagi mereka. Jika ada yang tidak kena pada mereka, segeralah bawa bertemu doktor. Usah tunggu keadaan bertambah parah.
“Tak pe..demam-demam biasa je tu..”
Jangan begitu. Keupayaan kanak-kanak melawan penyakit tidak sama seperti orang dewasa. Sistem tubuh mereka belum cukup sempurna untuk melakukan ‘kerja-kerja berat’ sebagaimana orang dewasa. Tentera-tentera yang melindungi kekebalan tubuh belum cukup terlatih untuk bertempur dengan musuh kuman yang banyak diluar sana.
Semoga kisah benar ini membuka mata anda semua untuk lebih peka dan sensitif terhadap kesihatan diri & keluarga :)







