Mar 29, 2009

Trend Tshirt Labuh



T-shirt labuh sekarang dah menjadi satu trend. Sana sini kite tengok orang pakai tshirt labuh. Macam-macam design dan corak, warna dan style. Cantik belaka. Agen-agen penjual tshirt labuh pun sekarang macam cendawan tumbuh lepas hujan. Promotion sana sini. Sampai pembeli jadi rambang mata nak pilih yang mana. Rasa macam nak beli semua je!hehe..


Tak macam dulu, susah sangat nak dapat t-shirt labuh ni. Kalau nak, kene gi tempah sendiri kat kedai. Pakat ramai-ramai member sape yang nak oder. Itu pun, susah nak cari orang yang nak/sudi buat t-shirt labuh ni. Macam-macam alasan. Susah nak cari kain dari China la..itu la..ini la.. Kalau pun dapat, harga tak semurah harga sekarang. Yer lah, permintaan pun belum tinggi waktu tu. Jarang sangat tengok orang pakai tshirt labuh. Kalau yang pakai tu, orang jalan kanan kiri mesti tengok lain macam. Pelik kot. Ehe~lantak la korang nak kata apa asal bahagia :)
Baguslah...melihat kepada perubahan ni, ia suatu yang baik. Amat baik. Daripada pakai tshirt yang pendek walaupun berlengan panjang, lebih baik memakai tshirt labuh ni. Sopan sikit nampak. Cuma ada beberapa hal yang tetap perlu kita perhatikan...




Kita jangan 'terkaburi' dengan t-shirt labuh ni, sehingga kita lupa untuk menetikberatkan aspek-aspek lain dalam pemilihan pakaian. Apa yang dimaksudkan adalah, fabrik kainnya dan ukurannya. Dalam Islam, etika menutup aurat bukan setakat menutup, tetapi juga melonggarkan pakaian. Ini yang nampaknya agak bermasalah...


Punya laa kita nak pakai t-shirt labuh, tapi sayangnya pemilihan ukuran yang tidak tepat menjadikan kita bukan menutup tubuh, sebaliknya 'membungkus' tubuh. Wanita/perempuan memang secara zahir diciptakan dengan ukuran tubuh yang agak lebar di bahagian panggul. Jadi, kita harus hati-hati betul dengan pemilihan pakaian ni jangan sampai bahagian-bahagian tubuh yang seharusnya kita lindungi malah menjadi hal yang menarik perhatian orang.


Sebelum membeli tshirt-tshirt labuh yang macam-macam jenis ni, pilih la betul-betul ukurannya. Biarlah besar sedikit, jangan yang muat-muat je. Setengah orang berpendapat, kalau pakai baju besar-besar ni nanti nampak tak cantik. Nampak gelebeh..macam-macam lah. Tapi, berbalik kepada tujuan kita berpakaian, tujuan membeli dan memiliki tshirt-tshirt labuh ni...bukankah untuk menutup aurat? Kalau pakaian-pakaian tersebut tidak mampu membawa kita kepada tujuannya, apa manfaatnya? Jadi, biar la pakai baju yang besar sikit. Tak perlu la yang besar gedabak, asal longgar dan selesa untuk di pakai. Mudahkan? Malah yang lebih bagus, pilihlah tshirt yang A-cut, bukan yang straight cut. Potongan yang agak lebar di bahagian bawah..


Orait. Sekadar peringatan buat semua, termasuk diri kami. Semoga kita terlindung dari fitnah~



Erm. Sambil-sambil tu, boleh la saya promo skali. Hehe..tolong promo tshirt Kak Najah and the geng. Silakan berkunjung ke http://www.tshirtlabuhmuslimah.blogspot.com/ untuk pilihan-pilihan tshirt yang menarik!


p/s : Namanya pun tshirt labuh muslimah...kalau dah pakai tu, kene la lengkap pakej muslimahnye. Ibadahnya, akhlaqnya, semua2lah... :) insyaAllah!


Mar 20, 2009

Makassar : Muslimah GALA Night

Jangan ketinggalan untuk menghadirinya!


organized by Islamic Medical Association of Malaysia - Student Chapter Indonesia

Mar 14, 2009

Awas : Musuh Dalam Selimut

Sempat aku termenung kejap sementara tunggu member-member yang lain datang. Mee Pangsit yang aku pesan dah pun 'licin' di depan mata. Tinggal kuah aje. Mata aku terpaku pada botol minuman FresTea rasa Apel yang dingin.



Tiba-tiba aku terbaca kat botol tu...

Diproduksi oleh : PT Coca Cola Bottling Indonesia

Aduh~~ternyata minuman yang selalu aku beli ni pun produk Coca Cola!

Percume (sia-sia) aje slama ni aku tak minum Coke, tapi tetap membeli produk-produk Coca Cola yang lainnya. Hm. Berhati-hati, teliti sebelum membeli kerana masih banyak 'musuh dalam selimut'!!


Bersiaplah!

Department of Paediarty. Akhirnya tiba juga giliran aku melalui bahagian yang paling 'menakutkan' untuk semester ini. Entah apa yang ditakuti, aku sendiri tak pasti. Sedangkan dari teman-teman yang telah melewati bahagian ini memberi persepsi yang pelbagai.


"Anak best!"

"Anak penat sket la.."

"Kat anak asyik kene marah je...."

"Saya enjoy je kat anak"


Hmm..istilah 'menakutkan' yang terlalu subjektif. Bergantung kepada apa yang kita hadapi, bagaimana kita mempersepsikannya dan bagaimana pula kemampuan beradaptasi kita. Untuk itu aku tahu aku perlu membuat persiapan mental, fizikal dan tentunya rohani. Malah aspek terakhir inilah yang paling penting.




Pembelajaran di bahagian ini akan mengambil masa selama 9 minggu. Department kedua terbesar setelah Bahagian Ilmu Penyakit Dalam (internal Medicine). Penat tidaknya, sibuk tidaknya di sini katanya bergantung kepada ramai atau tidak koas (clinical student) yang mendaftar di bahagian tersebut pada minggu itu. Kalau batch yang masuk minggu tersebut ramai, agak melegakan kerana tugas yang setumpuk itu dapat dibahagi. Malangnya, batch yang masuk bersama aku hanya 3 orang. Tidak sebagaimana biasanya, 8-10 orang!


"Hmm..kalian mau bunuh diri ya.." sapa seorang teman Indonesia dengan nada bercanda.
"Waa..masa' cuma kalian bertiga? Aduh kasiannya..."
"Nda papa..mudah-mudahan minggu di bawahnya kalian nanti banyak yang masuk." Ada juga yang optimis dan mendukung.


Ya, begitulah fenomena di bahagian ini. Entah kenapa semua orang sepertinya trauma atau boleh di katakan fobia dengan bahagian ini. Teman-teman yang tadinya berhasrat masuk ke bahagian ini tiba-tiba mengubah fikiran gara-gara tidak banyak yang masuk. Tak berani masuk kalau sedikit yang masuk. (sedangkan merekalah sebenarnya yang akan 'meramaikan' bahagian ini..)


Tapi aku (dan 2 lagi sahabat seperjuangan) nekad untuk meneruskan perjalanan ini. Kalau teman-teman kami yang lain mampu melaluinya, kenapa tidak kami? Dan tentu, aku optimis dengan apa yang di hadapanku kerana aku sentiasa yakin ada Allah di sisiku. Dia akan sentiasa mendengar rintihan dan permohonan aku, insyaAllah.


Beberapa hari yang lalu aku sempat menghadiri ceramah di masjid. Subhanallah, aku menemukan sebuah kekuatan daripada apa yang disampaikan oleh ustaz. Tentang kemenangan dakwah. Kata ustaz, kemenangan itu adalah kemenangan yang diperoleh dengan pertolongan Allah. Dan pertolongan Allah itu hanya datang jika persyaratan pertolongan itu dipenuhi. Analoginya mudah. Seperti pihak MARA atau JPA yang mahu memberi 'pertolongan' dalam bentuk biasiswa atau pinjaman. Mereka mahu memberi, tapi hanya jika si pemohon mencapai taraf kelayakan yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, yang memenuhi persyaratan untuk menerima bantuan tersebut. Begitu juga dalam hal mendapat pertolongan Allah. Seandainya kita memenuhi persyaratan itu, insyaAllah bantuanNya pasti datang.


Ustaz kembali membawakan kisah terkenal, perang Badar dan Perang Uhud. Dua peperangan yang memberi banyak pengajaran. Di peperangan pertama, kemenangan menjadi milik para sahabat dan sebaliknya, Uhud menyaksikan kekalahan kaum muslimin sehingga gigi geraham Nabi s.a.w turut patah. Kenapa demikian? Jawapannya adalah apa yang dijelaskan di atas tadi. Pertolongan Allah itu akan datang setelah syarat terpenuhi. Pada peperangan Badar, meskipun umat Islam hanya seramai 313 orang melawan beribu orang tentera musuh, mereka mampu mengalahkan kaum kafir yang lengkap dengan senjata & kuda perang. Kenapa? Sekali lagi jawapannya, kerana mereka patuh akan perintah Allah & Rasulnya. Para pejuang peperangan Badar itu sesungguhnya begitu hebat dalam hal aqidah, ibadah, dan ketaatannya pada Rasul. Subhanallah...


Sebaliknya apa yang terjadi di peperangan Uhud? Kaum muslimin telah tewas kerana gagal memenuhi persyaratan - tidak patuh kepada perintah Nabi s.a.w dan telah tertanam benih-benih materialistik di hati mereka.


Kisah ini sesungguhnya memberi kekuatan kepada diriku untuk terus melangkah. Tidak ada yang mudah untuk mencapai kejayaan. Maka inilah jalan yang aku perlu tempuhi. Dan tentunya, hanya dengan ketaatan serta kepatuhan padaNya, aku akan terus kuat. InsyaAllah. Bersiaplah, Maimanah!


Ilmu Kedokteran Jiwa

Sebelum laman ini kembali sepi untuk beberapa ketika, aku ingin berkongsi lagi pengalaman di bahagian Ilmu Kedokteran Jiwa. Alhamdulillah, aku telah melepasinya, itupun setelah melalui ujian dengan dr S yang dikatakan 'penguji killer'.

Saya sedang berbual dengan para pesakit di 'penjara kecil' mereka. Mereka mau pulang & minta saya menghubungi keluarga mereka.


Di sini aku berkesempatan memerhatikan tingkah laku para pesakit mental. Macam-macam ragam. Sempat membuatkan aku ketawa, sedih & marah. Melihat mereka membuatkan aku tambah bersyukur dengan kehidupan. Betapa sakit dan menderitanya jika Allah telah menarik nikmat akal dan kewarasan dari diri kita. Sakit yang tidak terlihat dari luar.


Cuba hayati puisi ini. Puisi yang ditulis oleh 'mantan' pesakit jiwa.


I was once in a place
I was in the hell
I talked and I talked
I couldn’t stop, or death would come in spell

Three days I stayed in the dark
I assure you, it was like the hell
To talk and to talk
Or be afraid, death would come in spell

I endured what no human being endured
I knew the thought of my near fellow-men!
God sent me to talk and to talk
To save them from death through their sin

I laid down my head on the table
So tired was I from the task I was in
But no might could prevent me from talking
My fellow-men out of their sin!

Terrible thought have the people
Who live there beyond in the hell
They’ll full of murder and lusts
In darkness, how can one feel well?

Never again, do I want such task
Never again’d I like to go to that hell
Therefor I promise this day on earth
To repend and to mend the way I now dwell

After three days I awoke
My heart so thankful and light
To discover I’m stil on the earth
And tried to be a Christian from that night.


[dipetik dari Buku Maramis : Catatan Buku Kedokteran Jiwa]


Moral of the story - hargailah kehidupanmu dan manfaatkanlah ia sebaiknya.


Perjalanan masih panjang

Inilah jalan hidupku. Dan inilah juga yang bakal aku hadapi kelak. Perjalanan masih jauh, masih banyak bahagian-bahagian yang perlu kami tempuhi. Dan tentunya masih banyak cabaran dan rintangan yang menanti. Semua itu diharapkan dapat menjadikan kami seorang 'petugas kesihatan' yang berkompetensi, dedikasi dan komited. Doakan kejayaan kami.


Ya Allah, rahmati kami di jalan ini!


Mar 9, 2009

koleksi

Mengisi sela waktu di tengah kesibukan~

Seri pagi

petak angka


Miss my mom!



Sungguh, jalanku berliku~



Fathi, bola & Atok Rashid :)




more pictures at


p/s : tengah pening nak exam psychiatry~~doakan saya agar dipermudah..