Feb 20, 2009

:: Asma - 'Aisya & 'Amalyn ::



"Anak sedare awak dua-dua masuk hospital..."

"Haa? awatnya?"

"Kene asma. Dua-dua pulak tu..."

"La ye ke..siannye..."


'Aisya Nuwayrah memang dah ada asma sebelum ni. Selalu jugak dia penat kalau main lincah sangat. Dah la mmg hiperaktif orangnye. Tak boleh duduk diam. Bila dah rasa susah nak bernafas, baru cari walid. huhu~

Yang bikin kaget, 'Amalyn Nuha pulak kene. Entah macamane ceritanya, kami pun tak tau sangat. Tapi Nuha sesak, bawak g hospital. Tengah sibuk-sibuk uruskan si adik, si kakak pulak tetibe kene. Adei laa... Sempat 4 hari diorang kat Wat Pediatrik HKL. Sian tengok diorang~~


Tentang asma



Cakap-cakap pasal asma ni, boleh la nak berkongsi sikit pasal penyakit ni. Pada asma ni terjadi sumbatan pada salur nafas, secara spesifiknya kat bronkial (saluran nafas yang kecil di paru). Saluran ni dindingnya adalah otot. Pada orang normal, otot ni akan relax supaya udara boleh melalui saluran ni dengan lancar sampai ke alveoli (penghujung saluran nafas, kat sini oksigen dari udara meresap pulak ke saluran darah). Tapi, pada orang asma, otot tadi berkontraksi menyebabkan laluan udara ni menyempit. Lepas tu, terjadi peradangan dan terhasil mukus yang menambah sempit lagi laluan udara ni. Akibatnya...sesak!

Kenapa otot tu boleh berkontraksi berlebihan? Mesti ada sebab... Dan sebab ni macam-macam. Tapi secara dasarnya, ada rangsangan yang tidak normal menyebabkan otot yang sepatutnya relax, jadi kontraksi. Rangsangan yang tak normal ni pun ade berkaitan dengan genetik, yang mungkin seseorang tu lebih sensitif terhadap rangsangan tadi berbanding orang lain. Jadi, dia lebih mudah terkena...



Rangsangan ni dapat dipicu oleh bahan-bahan alergen, misalnya habuk, bulu binatang, suhu yang rendah, makanan tertentu, asap rokok atau mungkin jugak infeksi. Setiap orang yang asma mungkin ada alergi yang berbeza, bergantung dari sistem pertahanan tubuhnya... Dan asma ni berkait rapat dengan genetik, sbb DNA kita ni yang bawak 'sifat-sifat' dari gen ibu bapa. Kalau sifat sel-sel paru ayah/mak kita sensitif terhadap alergen ni, sel-sel paru kita pun akan 'mewarisi' sifat tu...

Jadi, kalau terjadi serangan asma ni... Kene cek tengok, ada tak berkaitan dengan ape-ape bahan alergen. Dalam kes anak sedara kami berdua ni, rupa-rupanya baru 2 hari sebelum serangan asma..depa pi taman burung!! Huhu~~

Bila terjadi sesak, perlu cepat atasi dengan 'bronchodilator' yang kerjanya mengembangkan (dilate) saluran yang sempit tadi. Kalau lambat, akibatnya sel tak cukup oksigen. Keadaan ni bahaya terutama untuk sel-sel otak, apalagi kalau terjadi pada kanak-kanak sebab masa ni la perkembangan otak yang pesat.


Sakit sebagai tanda ingatan


Nuha dengan uminya. Umi tengah sms Mak Ndak dan Mak Teh ke?

Baru dapat kiriman email gambar-gambar diorang kat hospital hari tu. Sian btol tengok diorang. Kecik-kecik dah kene pasang oksigen, suntik sana sini. Tapi itulah namanya manusia, kita hamba yang lemah. Malah sepatutnya kita gembira dengan kesakitan yang Allah bagi, sebab itu tandanya Allah ingat pada kita :)

Mak Ngah suap 'Aisya makan. Sedapnye!


Buat anak sedara kitorang yang cute-mute, semoga keadaan korang baik-baik. Jangan nakal-nakal :)~

5 comments:

  1. harapnya dah semakin baik dua orang anak sedara itu.

    Kebetulan ana baru je belajar fasal asthma and antiasthmatic agent.. boleh ulangkaji

    ReplyDelete
  2. Susah jugak nak menjelaskan tentang asma ni dalam bahasa awam, dan bahasa Malaysia! Dah terbiasa pulak dgn gaya bahasa Indonesia~Makassar :P
    Harap dapat memberi sedikit pemahaman kepada pembaca :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. both of them are getting better..

    Mai, cerita sikit tentang kaedah2 mengubati asthma - modern n traditional - inhaler, nebuliser, gamat, madu, ketam, hati unta..

    ReplyDelete
  4. semoga lekas sembuh yah puteri2nya ^^

    salam kenal dari aceh, indonesia

    ReplyDelete