Feb 20, 2009

:: Asma - 'Aisya & 'Amalyn ::



"Anak sedare awak dua-dua masuk hospital..."

"Haa? awatnya?"

"Kene asma. Dua-dua pulak tu..."

"La ye ke..siannye..."


'Aisya Nuwayrah memang dah ada asma sebelum ni. Selalu jugak dia penat kalau main lincah sangat. Dah la mmg hiperaktif orangnye. Tak boleh duduk diam. Bila dah rasa susah nak bernafas, baru cari walid. huhu~

Yang bikin kaget, 'Amalyn Nuha pulak kene. Entah macamane ceritanya, kami pun tak tau sangat. Tapi Nuha sesak, bawak g hospital. Tengah sibuk-sibuk uruskan si adik, si kakak pulak tetibe kene. Adei laa... Sempat 4 hari diorang kat Wat Pediatrik HKL. Sian tengok diorang~~


Tentang asma



Cakap-cakap pasal asma ni, boleh la nak berkongsi sikit pasal penyakit ni. Pada asma ni terjadi sumbatan pada salur nafas, secara spesifiknya kat bronkial (saluran nafas yang kecil di paru). Saluran ni dindingnya adalah otot. Pada orang normal, otot ni akan relax supaya udara boleh melalui saluran ni dengan lancar sampai ke alveoli (penghujung saluran nafas, kat sini oksigen dari udara meresap pulak ke saluran darah). Tapi, pada orang asma, otot tadi berkontraksi menyebabkan laluan udara ni menyempit. Lepas tu, terjadi peradangan dan terhasil mukus yang menambah sempit lagi laluan udara ni. Akibatnya...sesak!

Kenapa otot tu boleh berkontraksi berlebihan? Mesti ada sebab... Dan sebab ni macam-macam. Tapi secara dasarnya, ada rangsangan yang tidak normal menyebabkan otot yang sepatutnya relax, jadi kontraksi. Rangsangan yang tak normal ni pun ade berkaitan dengan genetik, yang mungkin seseorang tu lebih sensitif terhadap rangsangan tadi berbanding orang lain. Jadi, dia lebih mudah terkena...



Rangsangan ni dapat dipicu oleh bahan-bahan alergen, misalnya habuk, bulu binatang, suhu yang rendah, makanan tertentu, asap rokok atau mungkin jugak infeksi. Setiap orang yang asma mungkin ada alergi yang berbeza, bergantung dari sistem pertahanan tubuhnya... Dan asma ni berkait rapat dengan genetik, sbb DNA kita ni yang bawak 'sifat-sifat' dari gen ibu bapa. Kalau sifat sel-sel paru ayah/mak kita sensitif terhadap alergen ni, sel-sel paru kita pun akan 'mewarisi' sifat tu...

Jadi, kalau terjadi serangan asma ni... Kene cek tengok, ada tak berkaitan dengan ape-ape bahan alergen. Dalam kes anak sedara kami berdua ni, rupa-rupanya baru 2 hari sebelum serangan asma..depa pi taman burung!! Huhu~~

Bila terjadi sesak, perlu cepat atasi dengan 'bronchodilator' yang kerjanya mengembangkan (dilate) saluran yang sempit tadi. Kalau lambat, akibatnya sel tak cukup oksigen. Keadaan ni bahaya terutama untuk sel-sel otak, apalagi kalau terjadi pada kanak-kanak sebab masa ni la perkembangan otak yang pesat.


Sakit sebagai tanda ingatan


Nuha dengan uminya. Umi tengah sms Mak Ndak dan Mak Teh ke?

Baru dapat kiriman email gambar-gambar diorang kat hospital hari tu. Sian btol tengok diorang. Kecik-kecik dah kene pasang oksigen, suntik sana sini. Tapi itulah namanya manusia, kita hamba yang lemah. Malah sepatutnya kita gembira dengan kesakitan yang Allah bagi, sebab itu tandanya Allah ingat pada kita :)

Mak Ngah suap 'Aisya makan. Sedapnye!


Buat anak sedara kitorang yang cute-mute, semoga keadaan korang baik-baik. Jangan nakal-nakal :)~

Feb 14, 2009

Adilkah Tuhan?


“Dok..Tuhan itu adilkah?”

Akhirnya dia bersuara setelah seketika duduk berdiam diri dihadapanku. Aku mengangkat wajah, melihat Mustar (bukan nama sebenar) di depan. Dia tersenyum menampakkan giginya yang jarang, agak kuning pada bahagian pangkal.

“Kenapa kita’ tanya begitu..?” Aku kembali bertanya. Masalah ummat yang sedang aku fikirkan membuatkan aku tidak dapat menjawab spontan pertanyaannya. Tidak mahu sebenarnya. Otak ini terasa tepu, penuh dengan semak yang berselirat.

“Tidak, cuma bertanya.. Saya tadi malam bangun, jam-jam 2. Saya lihat yang lain lagi tidur. Saya tertanya..adilkah Tuhan jadikan saya di alam tidak sadar?” Senyum yang tidak dibuat-buat itu masih saja menghiasi wajah kusutnya. Kelihatan helaian rambut putih dicelah-celah rambut hitamnya. Lebih 10 tahun dia menghabiskan waktunya di sini. Di Rumah Sakit Jiwa Dadi.

“Apa maksudnya, alam tidak sadar?” Begitulah lazimnya doktor-doktor muda dan perawat yang bertugas di sini. Cenderung bertanya kembali bagi mengetahui persepsi dan pemahaman para pesakit ini.

“Iya..alam tidak sadar. Kalau dokter kan di alam sadar. Tidak sakit... Enak begitu. Jadi dokter lagi”

Hmm..aku menarik nafas panjang. Sifat empatiku terpancing. Tiba-tiba sayu melihatnya.

“Adilkah Tuhan, dok?” Kembali dia mengulangi pertanyaannya.

“Pasti adil...” jawabku ringkas. Masih memikirkan alasan atau hujah yang dapat aku jelaskan padanya.

“Adil ya..?” Mustar kembali bertanya.

“Pasti Tuhan itu adil. Setiap sesuatu yang Dia jadikan, pasti ada sebabnya. Pasti ada imbalan yang menanti kita. Kalau bukan di dunia, di akhirat nanti insyaAllah. Itupun kalo kita sabar... Banyak-banyak ki’ berdoa pak. Supaya kita’ tenang.. Siapa tau nanti ada keajaiban untuk kita..?” Mustar masih menatap wajahku. Mungkin belum mampu mencerna apa yang baru aku sampaikan tadi.

“Kita’ lihat ini, kan banyak dokter di sini toh? Kami semua ini sebenarnya belajar dari kita’. Nanti sudah jadi dokter, setiap kami merawat pesakit, pasti kita’ juga dapat pahalanya. Sudah brapa banyak dokter yang sudah kita’ bantu? Lihat toh? Tuhan itu adil, biar kita’ di alam tidak sadar.. tapi bisa ki juga dapat pahala yang banyak..” Aku cuba memberi contoh yang paling dekat dengan kehidupannya. Mudah-mudahan dia merasa hidupnya bermakna.

“Iya di’. Sering saya di bawa ke dokter untuk ujiannya ko’as..” Mustar mengiyakan. Senyumnya melebar. Aku senang dengan itu.

“Iya..banyak sekali pahala ta’. Tidak henti-henti selagi dokter-dokter yang pernah kita’ bantu itu juga merawat pasiennya... Begitu...” Mustar mengangguk senang.


Subhanallah. Allah telah menyampaikan peringatannya melalui Mustar. Pertanyaan polos Mustar itu membuatkan aku berfikir sejenak. Ketika aku merasa jenuh dengan masalah-masalah yang melanda, Mustar datang mengajak aku berfikir tentang setiap sesuatu yang telah diatur olehNya. Semua itu pasti ada hikmahnya. Dan pasti ada sesuatu yang ingin Allah tunjukkan. Terima kasih Allah telah memakbulkan doaku...


“..aku akan meneruskan perjalanan ke Kedokteran Kejiwaan selama 4 minggu. Semoga aku dapat belajar sesuatu dan dengan melaluinya aku dapat lebih dekat denganNya, Aamin..”


Feb 1, 2009

SESAK



Gunung tinggi itu perlu aku daki

Samudera luas itu perlu aku layari

Gurun gersang itu perlu aku redahi

Lebat belantara itu perlu aku telusuri


Mampukah aku melunaskan segalanya..?


Tuntutan ini amat menghimpit

Menekan dan mendesak

Menagih usaha dan upaya


Aku terhenyak

Terkulai

Tidak berdaya

Sesak!


Pangkulah aku dengan kekuatanMu, Tuhan~



JwiSa; 28 Jan 2009