Apr 30, 2008

memori untukmu~


Along~Nazihah selamat melihat dunia Sheffield tahun 1983.

Dua tahun kemudian Usayd pula lahir menemani Along.
Belum puas Usayd menikmati air susu mak, aku menyusul ketika dia baru berusia 1 tahun 1 bulan!
Kehamilan anak ke empat, awalnya disangka lelaki. Nama Syam'an sudah berkali-kali disebut.
Namun ternyata yang keluar itu perempuan, jam 10.40 malam tanggal 31 Disember 1988 :)

Inilah kami empat beradik, dengan macam-macam ragam dan kerenah. Tidak banyak yang terlekat di memori; namun aku pasti ianya adalah detik-detik bermakna dalam hidup..
Setelah 8 tahun, mak disahkan hamil lagi. Pada usia 36 tahun (ketika itu), dengan kehamilan yang amat tidak diduga, sebahagian kawan-kawan mak & abah bergurau dengan mengatakan "Ni anak Ganopolen ni..." ehe~
Menghitung waktu. Kehadiran warga baru ini dalam keluarga amat dinanti-nantikan... Abah, Along, Usayd, apatah lagi Khansa'; masing-masing mengimpikan adik lelaki. Memandangkan kami hanya mempunyai seorang 'teruna' dalam keluarga. Nama Syam'an kembali disebut-sebut.
Ternyata setelah 8 tahun pun, nama itu masih meniti di bibir-bibir kami..

Dalam diam, Mak telah dapat menduga bahawa anak dalam kandungannya itu bukanlah Syam'an yang diimpikan. Syam'an-nama milik lelaki. Kuatnya firasat seorang ibu, anak yang bakal lahir ini adalah anak perempuan. Akhirnya dicari sebuah nama yang mirip dengan nama Syam'an..sehingga bertemulah nama Syaimaa' ~ Tercatat dalam sirah sebagai anak kepada Halimah As-Sa'idiah; ibu susu Nabi Muhammad s.a.w

Waktu yang ditetapkan Allah akhirnya tiba. 30 April 1996, lahirlah Syaimaa' bt Mohd Rashid. Seronok. Gembira. Bahagia. Apakah lagi kata-kata yang ada untuk menggambarkan perasaan tatkala itu??

Syaimaa' membesar di hadapan mataku. Dia membesar bersama-samaku, sedang Along, Usayd & Khansa' tinggal di asrama.

Setiap pagi, tolong mak siapkan dia pergi Nursery..
Setiap petang, bermain dengan si chumel~
Setiap malam, dodoikan si manja dalam buaian..

Keakraban aku dengannya menjadikan dia lebih manja denganku berbanding yang lain~manja amat..

Aku melihatnya membesar..

Hari itu aku mendengar suaranya mengiringi nyanyianku mendodoikannya..

Hari itu dia mula memanjat tangga. Sampai terpaksa kami halang dengan papan besar.

Hari itu dia mula berdiri. Semua perkakas rumah nak di capainya.

Hari itu aku tidur disisinya, yang tangannya sering memegang sikuku.


Hari ulangtahun kelahirannya yang pertama, aku melihat dia menapak, berjalan dengan sendirinya. Ketika itu di rumah nenek, sedang Mak & Abah di Makkah mengerjakan haji.
Hari itu aku melihat dia memakai tudung yang aku jahitkan untuknya. Sudah pandai 'berposing'


Satu hari, ketika aku sedang mengemas pakaian untuk pulang ke asrama.. dia datang menghampiriku. Tubuh mungil berusia 5 tahun itu disandarkan ke bahuku..
"kak Manah nak balik asrama ke..Syaimaa' rindu kat kak Manah.."
Sayu suaranya. Bergenang air mataku ketika itu.
Waktu begitu cepat berlalu. Hari itu aku melihat dia memakai seragam sekolah. Darjah satu di Sekolah Rendah Islam Al-Islah, Teluk Kumbar. Badan yang kecil menggalas beg yang besar.

Hari itu dia pulang mengadu,
"kak Manah..hari ni banin buli Syaimaa'. Depa suruh Syaimaa' buat keje depa.."
Aku tersenyum memujuk

Hari itu dia pulang bercerita,
"kak Manah..mu'alimmah suruh Syaimaa' masuk pertandingan Nasyid.."

Hari itu dia pulang berbisik,
"kak Manah..surat yang mu'allim bagi tu tertinggal kat sekolah.."

Hari ini ketika aku di Makassar, aku terima email dari mak. Gambar-gambar sukan sekolah SRI Al-Islah. Syaimaa' terpilih menjadi olahragawati sekolah.
Hari ini mak mengirim sms. Syaimaa' mewakili sekolah ke Hari Syabab Fatayat.
Hari ini mak kirimkan gambar. Syaimaa' di atas pentas menerima hadiah kecemerlangan akademik...
Hari ini,
dia menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke-12!
Memori untukmu..
Selamat Hari Lahir, adikku Syaimaa'


Semuanya masih segar dalam ingatanku, bagaikan baru saja terjadi. Gembira melihat dia membesar. Bangga dengan pencapaian-pencapaiannya. Rindu mendengar suaranya. Terkenang kerenah-kerenah manjanya. Tak sangka...dia kini sudah meningkat dewasa!

Untuk adinda Syaimaa' yang di sayangi..
Panjatkan syukur pada Allah atas kesempatan usia yang masih Dia berikan.
Ucapkan terima kasih pada Mak & Abah atas didikan & kasih sayang yang mereka berikan.
Bisikkan pada diri, agar menjadi insan yang bertambah amalnya, bertambah ilmunya dan bertambah kualiti akhlaqnya; seiring bertambah usiamu tahun ini..

Amin~


..JwiSa..

Apr 24, 2008

Fahamilah:.

Aktivis dakwah & tarbiyah..
Medan favourite menuju mardhatillah..
Manhajku..
Jamaah Islah Malaysia (JIM)..
Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM)..
*dan mungkin lagi dan lagi*
Usrah & mukhayyam..
Daurah & Seminar..
Remaja, wanita, masyarakat & dunia..
Itu perlu pengorbanan..

Medical doctor..
I don’t have an exact picture..
How will it be..
But somehow..
Hospital, am til pm 2 weeks (ONLY) emergency-off ..
On-call, panggilan ‘pesakit’ will be any time..
Labour room..(insyaAllah)
Misi keselamatan somewhere?
That’s the cycle..
Bersedia mengerah tenaga..

Setiausaha peribadi seorang lelaki bernama suami..
*bakal menjadi profesi tetap hingga akhir hayat, InsyaAllah*
Sayap kanan perjuangannya..
Untuk ditaati & dipatuhi..
Menghiburkan & melayani..
Menjadi rakan kongsi sebuah perniagaan ‘kehidupan’..
Menuntut toleransi..

Pencorak kain putih..
Anak-anak, amanah yg terpikul..
Cantikkah corak itu? Its depend on ME..
Arah mana mahu di pandu?
Bersainglah dengan pengaruh media, hiburan, pembangunan..
Membentuk sebuah jiwa ruhaniah..
Membentuk insan rabbaniah..
Mencabar..

Itulah corak hidup yang bakal aku tempuhi..
Suatu pilihan sebenarnya..
Tapi ini yang aku pilih..
Biar tenaga, waktu, fikiran yang aku pertaruhkan..
Demi Islam & mardhatillah, cita-cita agungku..
Duhai seisi penemanku di masa hadapan..
Ketahuilah impianku ini..
Yang takkan mampu terealisasi tanpa dukungan kalian..
Fahamilah..

~Jwisa

Apr 20, 2008

cerita hujung minggu


Hujung minggu kali ini membawa cerita yang berbeza seperti selalunya.
Cerita 3 generasi berkumpul atas ikatan iman dan ukhuwwah.
Cerita 3 generasi berkumpul di bumi Zagazig.



Jumaat lalu, kami menerima kunjungan dari kakak-kakak senior medic Cairo.
Kak Battah (tahun 6 Ain Shams U),
dan yang lainnya, Kak Fizah, Kak Mizah, Kak KD, n Kak Azah (Tahun 3 Cairo U).



Muka ceria dapat hadiah.. thanx for the chocolates.. =)



beit Safinah + beit Hawa
sorry Aizah.. muka ko tak nampak.. hehe..



ahli beit Saidah dah bertambah lagi seorang??



PMT Zagazig vs kakak kepada PMT Cairo..



beit Ahdhor + beit Akrimi Mathwa
(
ade jugak 3 budak beit lain tersesat dalam ni..hehe..)


Seronok sangat dapat jumpa akak-akak ni sume..
dapat bertukar cerita n pengalaman
thanks akak-akak sume sebab sudi datang menjenguk kami di zagazig
semoga episod perkenalan ni tak berakhir di sini..


Apr 13, 2008

Disebalik Al-Khansa..


Di sebalik setiap nama, ada ceritanya tersendiri..

Inilah kisah di sebalik namaku…

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CINTA SEJATI AL-KHANSA TERHADAP PUTERA-PUTERANYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat. Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."

Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Dia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam. Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang,

"Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahwasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."


Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud,

"Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung."


Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata,

"Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,

"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."


Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati. Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh-musuh bersama-sama sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."


Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,

"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang. Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang. Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri. Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri. Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,

"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal, kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku."

Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya.
Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik anak Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"

Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah kisah di sebalik nama Al-Khansa..
Namun, apalah ada pada nama. Sekadar nama tidak menjanjikan aku untuk menjadi sepertinya. Sekadar nama tidak menjamin aku mampu menjadi setabah Al-Khansa bin Amru. Mampukah aku melahirkan pejuang-pejuang Islam yang sebegitu berani? Dan saat-saat berita kematian anak-anaknya dikhabarkan kepadanya, mampukah aku untuk menjadi setabah itu? Setenang itu?

Ya Allah... thabatkah hatiku di jalan-Mu.. thabbit qalbi 'ala deenik..!!


-thanx husna for the link.. :)


Apr 11, 2008

imtihan dunia vs imtihan akhirat


Fatrah imtihan bakal bermula di bumi Mesir. Azhari mahupun Tibb. Bagi kami pelajar Tibb, hanya tinggal 20 hari saje lagi sebelum menjelang final.. Masa makin suntuk. Masih banyak lagi yang perlu aku ulangkaji. Yang dah belajar satu hal, tambah lagi silibus yang belum habis. Moga dipermudahkan.

Bila tiba musim imtihan ni, tiba-tiba semua jadi sibuk. Sibuk baca buku-buku kuliah. Ada yang sampai tak keluar rumah, makan dengan buku, tidur pun dengan buku. Kuliah pun kosong je.. katanya nak study kat rumah, tapi kita kena ingat, banyak mana ilmu yang kita dapat pun, kalau tak ada berkat guru, susah jugak nak lekat.

Satu perkara penting yang kita selalu lupa. Apa tujuan kita belajar? Adakah niat kita untuk imtihan semata-mata? Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang menuntut ilmu, yang sepatutnya dia belajar kerana Allah, tetapi dia belajar kerana mengharapkan ganjaran dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga." [H.R.Tirmizi]. Betulkan niat kita kembali, bukan untuk imtihan semata-mata, bukan untuk mengejar jawatan tinggi atau gaji beribu, tapi kerana Allah semata-mata.

Selalunya, masa nak imtihan ni la kita ditimpa macam2 masalah. Masa tu la almari nak roboh.. masa tu la kad bank nak hilang.. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang terfikir, kenapa macam tu? Tapi semua yang terjadi ada hikmahnya. tapi alhamdulillah sekarang semua dah selesai. Terima kasih semua yang bagi support, mentally n physically.

Dalam kita sibuk2 menelaah ni.. jangan lupa jaga hubungan kita dengan Allah, dengan mak ayah kita, dengan guru-guru kita, sahabat-sahabat kita. Biar ilmu-ilmu yang kita dapat tu berkat. Usaha sehabis daya, yang lain serahkan pada Allah je..

Setiap kali imtihan, aku mesti terfikir.. ni baru imtihan kat dunia. Macam mana imtihan di akhirat nanti? Bila-bila masa saje kita boleh dipanggil. Kat dunia ni, dalam keadaan kita tahu bila nk imtihan, belum tentu boleh dapat mumtaz. Dah bersedia ke aku?


~al-khansa'

anda marah?

“La tagh-dhob” kata Nabi s.a.w ketika datang pemuda itu meminta nasihat..
“La tagh-dhob” ulang Nabi.
Demikian yang tercantum dalam hadith Nabi yang terkenal,

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w, “Berilah aku nasihat”. Beliau menjawab, “Jangan marah”. Maka diulanginya beberapa kali, kemudian Nabi bersabda, “Jangan marah!” (Hadith riwayat Bukhari)

Ada apa dengan marah?
Dalam bnyk-bnyk nasihat, kenapa nasihat ni yang Nabi bagi?

Satu hakikat tentang marah..
Ia ada pada semua orang!
Kalau xde, maka patologis laa (term medic, bererti abnormalities)
Tapi kenapa Allah jadikan marah sbg fitrah dlm setiap manusia??
“Tidak Aku jadikan sesuatu dengan sia-sia..”
Itu kata Allah…

Yang membezakan kita tentang marah,
Adalah bagaimana kita menanganinya..
How?? Sesungguhnya ia memerlukan kekuatan..
“Kuat seseorang bukan terletak pada badan yang sasa & besar, tapi terletak pada kemampuannya untuk menahan marahnya..”

Dalam medic, saya belajar..
Sesuatu penyakit, lebih baik dihindari daripada diubati..
Pepatah Melayu pun ada cakap,
Menghindari lebih baik dari mengubati..
Betul kan??
Marah pun macam tu..
Sebaiknya kita hidari dari marah..
Sebab kalau dah marah, lebih susah untuk mengawalnya..

Macam mana nak cegah marah?
Dengan latihan..
Melatih diri dengan akhlak-akhlak yang mulia..
Lapang dada, lemah lembut, memaafkan, tenang..
Kalau diri dah terbiasa dengan sifat-sifat ni..
Jadilah kita golongan yang ‘susah nk bagi dia marah..’

Janganlah sbb hal yg remeh..kita marah
Janganlah sbb hal yg belum jelas kedudukannya..kita marah
Janganlah sbb teguran org terhadap kita..kita marah
Janganlah sbb hal yg salah faham..kita marah

Marah itu bahaya..
Marah merosakkan harta benda
Marah menceraikan suami & isteri
Marah mencemarkan imej kita
Marah dapat membunuh orang
Marah boleh menyebabkan syirik
Dengan marah, kita berkemungkinan buat apa saja!!
Astaghfirullah..!

Kalau dah ‘ter’marah jugak?
Kawallah ia..
Rasionalize ur mind..
Ingat Allah bnyk-bnyk..
Ingat kesan buruk kalau kita marah..
Ubahlah posisi dari berdiri ke duduk,
Dari duduk ke baring..
Kunci mulut sekejap dr berkata-kata..
Kalau tidak, terhamburlah semua caci maki..
Astaghfirullah..
Berwudhu’ lah..
Sebab marah itu ibarat api yang menyala..
Semoga air td dapat menyirami nyalaan tu..

Kalau marah ni bawak keburukan sokmo,
Kenape Allah cipta marah??
Saya ulang..
“Tidak Aku jadikan sesuatu dengan sia-sia…”
Marah tu ada baiknya..
Wajib kita marah bila..
Perbuatan maksiat di depan mata..
(PERHATIAN, marah kepada perbuatannya. Bukan kepada pelakunya)
Wajib kita marah bila..
Aqidah & iman kita dicabar..
Wajib kita marah bila..
Sesuatu yang mengancam jiwa, harta & maruah kita..

Apapun, marahlah kerana Allah..
Allah larang perbuatan maksiat..
Sebab tu aku marah..
Aqidah & iman adalah teras kepercayaan aku dlm Islam
Sebab tu aku marah..
Allah suruh aku pertahankan maruah..
Sebab tu aku marah..

Tetapi marahlah dengan cara yang baik..
“Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.” (23:96)

Semoga bermanfaat~

* inspirasi dari huraian hadith arba’in ke-16 oleh Ukhti Nusaibah :)

Debu-debu dosa~

..Ke arah mana halanya..
..Bagi insan yang terleka..
..Mengejar nikmat dunia..
..Bagaikan hidup selamanya..
..Tak peduli dosa noda..
..Siksa azab neraka..
..Hidup jauh dari rahmatNya..
..Terpedaya pada dunia..
..Pentas ciptaan manusia..
..Terlupa pada segala..
..Mengikut nafsu semata..
..Membiar syaitan beraja..
..Di hati dan juga jiwa..
..Mengejar dunia penuh debu dosa..
..Teguhkanlah iman dalam diri..
..Moga dikau akan merasai..
..Betapa indah nikmat Illahi..
..Dan yakin kau akan di rahmati..
..Harus kau percaya dengan pasti ..
..Dunia tidak kekal abadi..
..Hanya menguji cekalnya hati..
..Sebagai khalifah yang sejati..
..Tak perlu kau meragui..
..Andai teguh keimananmu..
..Pasti fahamilah kau nanti..
..Di akhirat yang abadi..
hijjaz
* * * * * * *
Sungguh, diri ini sarat dengan dosa. Tepu dengan maksiat. Padat dengan kealpaan. Kurniakan aku ampunanMu Ya Rabb~

Apr 10, 2008

Hari Baru Pengalaman Baru

Catatan pada 16 Mac 2008..

Hari baru pengalaman baru. Ia benar-benar pengalaman baru yang memberi kepuasan kerja buat aku. Puas melihat wajah-wajah gembira meskipun keletihan. Puas melihat suasana ukhuwah yang terjalin biarpun ia merupakan sebuah persaingan sebenarnya. Smart Circle’s Explorace. Satu lagi pengalaman baru..

Sejujurnya, persediaan untuk program kali ni tidaklah seberapa memandangkan kebanyakan AJK mempunyai komitmen yang lain. Exam pun baru dilepasi. Ukhti Baizura, Siti Asma’ & Maisarah sibuk dengan program semi-mega PKPMI; Mukhayam Ukhuwah Tautan Isnaniah Remaja (MUTIARA) yang akan diadakan minggu depan. Ukhti Iman, Halaa, Azzahra & Maisarah (lagi) sebagai teras iPEM yang baru ‘lahir’. Alhamdulillah. Ukhti Nusaibah, Asma’, Ummi & Sumaiyah banyak membantu. Sekurang-kurangnya memudahkan tugas-tugas Timbalan Pengarah Program yang aku pikul kali ni. Jazakillah akhawat sekalian.. Setiap aspek-peralatan, makanan, cenderahati, kewangan, promosi, teknikal & semuanya telah disiapkan sebelum jam 7.30 pagi tadi.

Program bermula. Ukhti Baizura sebagai MC memulakan majlis. Ta’aruf. Taklimat peserta. Erobik (credits for Ainul..!). Pelepasan peserta tepat jam 9.17 pagi. Semua peserta, sahabat-sahabat & adik-adik junior semangat berlari ke checkpoint sasaran masing-masing. Setiap kumpulan telah diberi pembayang bagi lima checkpoint. Andainya tidak tahu lokasi (destinasi/matlamat) tersebut, maka sulitlah untuk mereka merancang perjalanan yang mengambil waktu kira-kira 1 jam 30 minit ini.

Hilangnya para peserta dari pandangan, aku berbisik sendiri.


"Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan adik-adik & sahabat-sahabatku. Jauhkan mereka dari sebarang kecelakaan. Semoga ada yang dapat dimanfaatkan dari perjalanan ini…"

Aku risau sebenarnya. Risau kalau ada ralat dari pihak AJK sehingga mengganggu perjalanan explorace. Risau kalau penganjuran aktiviti ini tidak mampu mencapai objektifnya. Dan risau juga kalau soalan-soalan & tugas yang diberikan terlalu mudah untuk peserta!! Tapi xpe. Aku yakin dengan percaturan Allah. Aku yakin bahawa apa yang sedang & akan berlaku adalah yang terbaik. InsyaAllah.

Aku tidak bertugas menjaga checkpoint, sebaliknya memantau perjalanan explorace secara umum. Mujur ada speda burukku (terima kasih kerana berkhidmat!!). Dapatlah aku mengelilingi kampus untuk memerhati dari jauh setiap gelagat peserta. Ada yang sanggup berlari dari pintu masuk kampus ke Fakulti Perubatan rather than menaiki public transport (aku yang naik speda pun take time +/- 10 minit untuk sampai). Inilah yang dinamakan semangat. Semangat mengatasi segalanya. Dari jauh kelihatan pulak kumpulan serba merah, memenuhi pete-pete. Ke mana destinasi mereka seterusnya, aku tak tahu. Sekali sekala aku menghubungi AJK lain di lokasi-lokasi berbeza. Sekadar untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Jika ada masalah, elok kalau dapat ditangani segera (konsep yang sama juga yang ditekankan dalam ilmu perubatan yang sedang aku pelajari). Beberapa masalah teknikal memang tidak dapat tidak, pasti akan terjadi. Yang menjadi indikator professional atau tidaknya sesuatu penganjuran itu adalah kemampuan untuk mengatasi & beradaptasi dengan masalah itu secepat mungkin sehingga memberikan kesan yang minimal terhadap program tersebut. Alhamdulillah, ia berhasil kali ni..

Sekitar jam 10.30 pagi, beberapa kumpulan nampaknya sudah hampir selesai. Hmm..not bad. Cepat jugak diorang dapat setelkan everything. Satu demi satu kumpulan datang submit hasil task kepada Ukhti Baizura. Tubuh-tubuh kepenatan direbahkan atas kanvas yang terbentang. Suasana bingit kembali menyerikan ruang terbuka di bawak blok Dahlia ni. Masing-masing excited bercerita pengalaman menarik sepanjang game. Lucu!!!

Majlis penutup diadakan ringkas, dengan menjemput wakil dari setiap kumpulan untuk berkongsi pengalaman menarik mereka. Memang menarik. Ada yang dikatakan ‘buang tabiat’ oleh ayah di Malaysia apabila mereka menghubungi ayah masing-masing untuk bertanyakan soalan teka silang kata-Siapakah Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang? Berapa tahun hijrah sekarang? Ada pula yang tanpa segan silu bertanya pada pemandu pete-pete (public transport) di manakah Rumah Makan Syaidatul Masitah. Walhal, nama itu tak pernah wujud sebagai nama kedai makan, sebaliknya ia adalah nama pemilik kedai tersebut. Sengaja diolah bagi mengelirukan peserta. Menariknya, kumpulan serba merah dengan anggota teramai (8 orang) dikatakan sebagai ahli bomba apabila kelihatan berlari-lari di dalam kompleks beli belah untuk menyelesaikan cabaran di sana!! Aku pun teruja untuk menyertainya. Tapi apakan daya, aku hanya penganjur..huhu.. Mudah-mudahan setiap peserta mendapat faedah dari program yang telah dijalankan ini. InsyaAllah.

Secara keseluruhannya, Alhamdulillah. Aku berpuas hati. Bukan senang untuk aku berasa puas dalam penganjuran sesuatu program. Perfectionist. Tapi sudah tentu tidak ada yang paling sempurna di alam fana ini. Sekurang-kurangnya, aku gembira melihat 36 orang peserta dari 3 batch dapat berkumpul. Dapat berkongsi kepenatan, kegembiraan & pengalaman.

“Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah mengembangbiakkan lelaki & perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah dengan namaNya yang kamu saling meminta-minta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga & mengawasimu” (An-Nisa’ 4:1)

Gembira juga dapat bekerjasama dengan sahabat-sahabat AJK. Semua telah memberi komitmen yang baik. Seperkara yang lebih penting adalah keikhlasan dalam melakukan semua ini. Itu yang amat ditekankan dalam setiap gerak kerja. Alhamdulillah, aku dapat melihat ada kemudahan disebalik keikhlasan tersebut. Allahuakbar~

“Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah & RasulNya, maka hijrahnya itu menuju Allah & RasulNya. Barangsiapa yang berhijrah kerana inginkan dunia atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu menuju apa yang dia inginkan”
(Riwayat Abu Abdullah Muhamaad & Abul Husain Muslim)

Untuk sahabat-sahabat AJK sekalian, terima kasih sekali lagi. Aku tahu kalian penat. Aku tahu tidur kalian untuk beberapa hari belakangan ini tidak menentu. Aku tahu kalian mengorbankan sedikit masa belajar kalian untuk ini. Dan aku tahu kalian ikhlas. Ikhlas dalam meneruskan misi-misi dakwah pada komuniti kecil di sini. InsyaAllah. Semoga ia menjadi saham kita di akhirat nanti. Juga, mohon maaf untuk segala unsur ‘bossy’ yang pasti ada. Yang disedari atau tidak. Hati yang terguris dengan tindakanku, siapa tahu. Terkadang hilang juga kewarasan dalam mengawal kata & perbuatan. (Nampaknya aku perlu bekerja keras lagi untuk lebih menguasai diri..). Maaf.


JwiSa~

Apr 9, 2008

Kisah speda; cukuplah Allah sebagai penjagaku~


Hari Khamis itu hujan amat lebat. Clinical Skil Lab sudahpun selesai. Aku seorang. Kak Wani (groupmate) dah menghilang dengan teman-teman yang lain. Pulang dengan menaiki pete-pete. Bagaimana dengan aku? Nak naik basikal, tapi hujan. Nak tunggu hujan kembali renyai, entah bila. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk meninggalkan sahaja spedaku di kampus, dan pulang menaiki pete-pete.


“Pak, saya mau tinggal speda di sini saja. Selamatkah? Berkunci ji..” aku menyapa pak yang bertugas di pondok jaga.


“Oh, berkunci? Ndak papa. Selamat ji..”

basikal a.k.a speda kesayangan~


Meninggalkan speda kesayangan di kampus bukanlah pilihan yang terbaik sebenarnya. Kawasan parkir di sana adalah suatu kawasan terbuka. Berhampiran pula dengan tapak pembinaan. Ramai pekerja binaan yang sering memandang tajam para ‘spedarian’ setiap kali melewati jalan pulang. Kes-kes kecurian besi juga sering terjadi. Kalau dijual, lumayan. Sahabatku, Ukhti Nusaibah pun pernah kehilangan speda gara-gara meninggalkannya di kampus. Habis hilang dicuri. Aku tahu itu dan aku tidak lupa. Banyak risikonya. Namun dalam kondisi ini aku tidak punya pilihan yang lain. Terpaksa meninggalkan speda di kampus. Kebetulan, kunci speda pun baru diganti. InsyaAllah selamat.. Langkah aku susun meninggalkan fakulti menuju ke pete-pete. Tawakkal. Dan tawakkal. Cukuplah Allah sebagai pelindungku. Aku yakin dan amat yakin dengan lindungannya. Mengatasi segalanya.


“..Katakanlah, “Cukuplah Allah bagiku. KepadaNyalah orang-orang yang bertawakkal berserah diri” (Az-Zumar 39 : 38)


“Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.
Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal” (Ali ‘Imran 3:159)


Next day, tidak seperti selalunya. Tidak mengayuh basikal ke kampus sebaliknya bersama teman-teman yang lain menaiki teksi. Kebetulan waktu itu pun agak terlambat, jadi tak sempat aku nak ke tempat parkir menjeling speda yang ditinggalkan semalam. Apakah ada atau tidak. Risau? Ade la sikit. Tapi tidak sampai mengganggu aktiviti & tumpuan aku di Clinical Skil Lab (CPR & Radiology). Malah, aku terlupa seketika tentang speda..


Seusai latihan di CSL, aku bergerak pantas menuju ke lokasi parkir. Bismillahirahmanirrahim… cak!! Alhamdulillah.. spedaku masih statik di sana. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. Tapi bila aku nak bukak kunci speda, baru tersedar. Pada rantai kunci tersebut ada kesan-kesan seperti di cungkil. Tempat masukkan kunci tidak lagi mulus. Bergerigi. Ternyata ada orang cuba membuka rantai kunci tersebut!


Ya Allah, aku memanjatkan setinggi syukur padaMu. Benar, Engkau sebaik-baik pelindung. Aku kini yakin. Bertambah yakin. Cukuplah Allah bagiku~


JwiSa~

Apr 8, 2008

Kenapa aku menulis..

Kenapa aku menulis?

Aku suka menulis..
sebab dengan menulis aku boleh berkongsi ilmu yang aku dapat dengan orang lain..
Even a little..
Nabi s.a.w bersabda: "Sampaikan dariku walau sepotong ayat."

Aku suka menulis..
sebab itu salah satu cara aku luahkan perasaan..

Aku suka menulis..
sebab bila kita menulis, aku boleh baca balik apa yang aku tulis..
tak seperti bercakap, aku tak boleh dengar balik apa yang aku cakap

Aku suka menulis..
sebab dengan menulis, my left & right brain will be stabilized.. =)

tp..
kadang2 idea tersangkut dalam kepala..
tak terluah dengan perkataan..
kadang2 masa membataskan..
ada idea tp masa pulak tak ada..

Diharap dengan terhasilnya BondingSisters
aku lebih bersemangat untuk menulis..


~al-khansa'